Masih Bercinta, Nazim Othman Sokong Keputusan Bella Dally Berhijab
Masih Bercinta, Nazim Othman Sokong Keputusan Bella Dally Berhijab |
- Masih Bercinta, Nazim Othman Sokong Keputusan Bella Dally Berhijab
- Jangan Desak Saya – Erra Fazira
- Anak Che Ta Bakal Pandu BMW 6 Series Bernilai RM700,000
- Tips Memilih Aksesori Fesyen Yang Terbaik
- Engku Emran & Aleesya Berusaha Menangi Hati Erra Fazira Kembali
Masih Bercinta, Nazim Othman Sokong Keputusan Bella Dally Berhijab Posted: 13 Apr 2014 08:17 PM PDT Nampak gayanya berita putusnya hubungan percintaan antara Nazim Othman dan Bella Dally yang heboh diperkatakan baru-baru ini adalah tidak benar. Mereka berdua masih bercinta seperti dulu. Malah Abang Nara yakin rasa cinta Nazim Othman terhadap Bella Dally semakin meningkat apabila kekasihnya itu mengambil langkah untuk berhijab sepenuhnya baru-baru ini. Bercerita kepada Mstar Online mengenai keputusannya untuk berhijrah, Bella Dally memaklumkan yang perasaan ingin bertudung itu datang secara tiba-tiba. Kata Bella:-
Abang Nara perasan sejak kebelakangan ini memang ramai artis muda yang mengambil keputusan untuk bertudung sekaligus tampil menutup aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam. Bagus sangat-sangat. Lebih cepat berhijrah, lebih bagus. Semoga semakin ramai selebriti, tak kira tua atau muda yang akan mengikut jejak Bella Dally. Sememangnya Abang Nara akui mereka yang bertudung tampak lebih jelita dan menawan. Tak gitu? Apa pendapat anda? P.S: Dapatkan segera promosi PERCUMA bernilai Rm468 yang ditawarkan oleh London Weight Management ini. Memang sesuai untuk anda yang mahu kuruskan badan. Dijamin dapat hilangkan 3kg pada sesi pertama rawatan anda. Untuk informasi lanjut, layari http://tinyurl.com/mrp774g dan juga Facebook London Weight Management. Baca Yang Ini Pulak:- |
Jangan Desak Saya – Erra Fazira Posted: 13 Apr 2014 07:42 PM PDT Nampaknya sinar harapan untuk melihat Erra Fazira kembali bersatu dengan Engku Emran kelihatan agak pudar. Walaupun Engku Emran dan Aleesya telah memulakan operasi mencuri kembali hati Erra, reaksi pertama yang diberikan oleh pelakon jelita itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa misi ini adalah satu misi yang agak sukar. Biasalah tue. Hati wanita memang keras sikit kan?
Diharap Engku Emran dan Aleesya tidak berputus asa. Jangan kecewa sangat dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Erra ini. Mungkin Erra terkejut dengan usaha yang dilakukan oleh anda berdua. Perlahan-lahan cuba pujuk lagi. Insya Allah akan berjaya. Niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Go Engku Emran dan Aleesya. P.S: Teaser Kia Sedona dikeluarkan Baca Yang Ini Pulak:- |
Anak Che Ta Bakal Pandu BMW 6 Series Bernilai RM700,000 Posted: 13 Apr 2014 07:22 PM PDT Persoalan yang bermain di minda ramai orang kini terjawab jua. Setelah menzahirkan minatnya terhadap Audi R8, anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy bakal dihadiahkan oleh ibunya sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified yang bernilai kira-kira RM700,000 sebagai hadiah keputusan cemerlang dalam SPM. Pastinya Ammar rasa sangat berbaloi-baloi dengan usaha gigih dan ketekunannya mengulangkaji pelajaran selama ini. Berkata kepada Kosmo, Ammar memaklumkan yang dia dan ibunya sudah pun pergi “survey” kereta BMW 6 Series tersebut. Kata Ammar:-
Abang Nara suka dengan cita-cita dan impian Ammar yang mahu mendapatkan kereta idamannya dengan hasil tangan sendiri kelak. Buat masa ini, lenjan puas-puas dulu kereta BMW 6 Series ini. Jangan lupa ucapkan jutaan terima kasih buat ibu tercinta atas hadiah yang amat istimewa ini. Tahniah Ammar!!! P.S: Pemandangan sebuah pokok mample di Jepun bila bertukar musim Baca Yang Ini Pulak:- |
Tips Memilih Aksesori Fesyen Yang Terbaik Posted: 13 Apr 2014 07:12 PM PDT Aksesori dapat melengkapkan atau menghancurkan penampilan anda. Hari ini, Malaysia Online Shopping portal, Nile.com.my ingin berkongsi 2 konsep mudah untuk memastikan anda membuat pemilihan aksesori yang tepat. Konsep tersebut tidak lain tidak bukan ialah warna dan stail. 1. Warna Sekiranya anda tampil dengan pakaian berwarna hitam, putih atau warna-warna neutral, aksesori dalam warna apa pun akan tampak sesuai dengan anda. Mari kita lihat cadangan oleh Nile.com.my untuk aksesori bertemakan warna MERAH. Red Pearl Design Woman Bracelet dengan harga serendah RM2.80 Cat Design Pink Earing cuma RM2.90 Simple and Stylish Red Necklace serendah RM2.90 2. Stail Aksesori fesyen boleh menentukan stail anda. Pakaian yang "simple" akan kelihatan sangat elegan bergantung kepada pemilihan aksesori yang digunakan. Di bawah adalah 2 jenis stail aksesori yang biasa digunakan, bergantung kepada citarasa anda.
Bow Pearl White Bracelet semurah RM1.90 Butterfly and Pearl Design Earing pada harga RM1.90 Butterfly and Pearl Design Necklace hanya RM2.50
Eye Catching Peacock Design Necklace @ RM4.90 Stylish Earing cuma RM4.90 Glamorous Peacock Design Bracelets hanya RM4.50 Setiap wanita boleh tampil lebih menawan dan bergaya hanya dengan memilih aksesori yang sesuai dengan mereka. Banyak sangat pilihan aksesori yang ditawarkan dengan harga yang SANGAT-SANGAT berpatutan di www.nile.com.my . Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 12,000 mah Power Bank hari ini dengan harga SERENDAH RM39.90 Baca Yang Ini Pulak:- |
Engku Emran & Aleesya Berusaha Menangi Hati Erra Fazira Kembali Posted: 13 Apr 2014 05:08 PM PDT Serius terharu melihat usaha yang sedang dilakukan oleh Engku Emran dan Engku Aleesya untuk memenangi hati Erra Fazira kembali. Menerusi akaun Instagramnya, Engku Emran mengakui masih menyayangi bekas isterinya itu dan kini dengan kerjasama anak mereka, telah memulakan langkah pertama untuk kembali bergelar suami isteri. Abang Nara yakin bukan sahaja Engku Emran dan Aleesya yang akan teruja sekiranya mereka bersatu kembali, tetapi para peminat akan turut sama merasai perasaan yang serupa. Kata-kata yang diluahkan oleh Engku Emran juga sedikit sebanyak membuatkan air mata Abang Nara bergenang:-
Niat yang baik pastinya akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan usaha memenangi kembali hati Erra Fazira ini akan berjaya. Sesungguhnya orang yang paling gembira dan paling banyak mendapat faedah sekiranya ia berjaya sudah tentu Aleesya sendiri. Teruskan usaha anda berdua. Semoga dipermudahkan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment