Aksi Berkemban Drama Erma Fatima Undang Kontroversi
Aksi Berkemban Drama Erma Fatima Undang Kontroversi |
- Aksi Berkemban Drama Erma Fatima Undang Kontroversi
- Respon Erra Fazira Bila Engku Emran Mahu Rujuk Semula
- Pelajar Perempuan Berbogel Di Hotel Sambil Menipu Ibunya Beli Buku Teks Tersebar
- Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series G Power Modified Bernilai RM700,000
- Emma Maembong Paksa Zizan Razak Lafaz Cinta Di Khalayak Ramai
- Hanis Zalikha Bukan Girlfriend Saya – Hairul Azreen
- Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka
- Raja Azmi Tidak Setuju Tak Pakai Tudung Bakal Masuk Neraka
- Jep Sepahtu ‘Rasa Semak’ Dengan Isu Shahrol Shiro
- Video : Adegan Panas Antara Dewi Perssik dan Ian Kasela Tersebar
Aksi Berkemban Drama Erma Fatima Undang Kontroversi Posted: 14 Apr 2014 01:53 AM PDT Aksi Berkemban Drama Erma Fatima Undang Kontroversi | Nampaknya, drama bersiri Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima bakal mengundang kontroversi kerana penampilan sesetengah pelakon wanita di dalam filem berkenaan yang kelihatan hanya berkemban. Drama Takhta 3 Ratu menampilkan beberapa pelakon hebat tempatan seperti Erra Fazira,Awie, Elli Suriati dan aktres kelahiran Indonesia, Feby Febiola. Secara ringkas, drama ini menceritakan tentang kisah pemerintahan Sultan Mansur pada tahun 1546.
|
Respon Erra Fazira Bila Engku Emran Mahu Rujuk Semula Posted: 14 Apr 2014 01:43 AM PDT Respon Erra Fazira Bila Engku Emran Mahu Rujuk Semula | Seperti yang kita tahu, bekas suami Erra Fazira, iaitu Engku Emran telah meluahkan hasratnya menerusi laman Instagram bahawa dia mahu rujuk semula dengan Erra. Hasrat itu turut disampaikan menerusi baju anaknya, Engku Aleesya yang tertera hashtag 'PRAYFORMOMANDAYAH'. Ramai peminat mereka mendoakan agar Erra dan Engku Emran dapat rujuk atau bersatu semula. Bagaimanapun, semua itu mungkin tidak kesampaian apabila Erra Fazira dilihat seolah 'tawar hati' dengan bekas suaminya itu. Kata Erra, dia tidak mahu isu tersebut diperbesarkan dan amat terkejut dengan perkembangan terbaru itu. Sehubungan itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.
Tambah pelakon dan penyanyi itu, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.
Sebagai rekod, Emran dan Erra pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 18 Februari lalu dengan talak satu. |
Pelajar Perempuan Berbogel Di Hotel Sambil Menipu Ibunya Beli Buku Teks Tersebar Posted: 14 Apr 2014 01:13 AM PDT Video Pelajar Perempuan Berbogel Di Hotel Sambil Menipu Ibunya Beli Buku Teks Tersebar | Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya untuk menipu dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar hari ini. Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip. Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel. Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu dipercayai telah dirakam dan disebar oleh teman lelakinya. Video klip ini masih ada di dalam simpanan whatsapp Ida yang diterima dua hari lepas. Ibu bapa di ingatkan agar memantau kegiatan anak-anak anda agar jangan sampai tertipu seperti ini. MasyaAllah ia sungguh menakutkan kerana video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, serta sikap gadis ini yang sedang dan sanggup menipu ibunya di dalam telefon. Sikap gadis ini juga seolah-olah sudah BIASA dalam keadaan begitu kerana sedikit pun tidak memperlihatkan perasaan malu. Yang penting hiasi peribadi serta jagalah maruah anda, untuk diri sendiri, ibu bapa dan agama anda. |
Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series G Power Modified Bernilai RM700,000 Posted: 13 Apr 2014 09:07 PM PDT Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series G Power Modified Bernilai RM700,000 | Perkara ini menjadi lebih besar dan meraih perhatian ramai lebih dari apa yang kami jangkakan. Mungkin kerana ianya melibatkan Rozita Che Wan dan hadiah kecemerlangan SPM yang bernilai ratusan ribu ringgit. Kami dahulu tidak terima apa apa, kerana gagal. Heh. Dalam laporan terbaru Kosmo! Ahad, Ammar Effendy yang telah menjadi bualan ramai sepanjang minggu lalu mengesahkan yang beliau akan menerima kereta BMW 6 Series G Power Modified yang harga pasaran ketika ini sekitar RM700,000.
Dalam laporan tersebut, Ammar Effendy turut dikatakan bersyukur dan gembira dengan hadiah kereta mewah yang ditawarkan ibunya itu dan berkata mungkin akan membeli kereta Audi R8 idamannya itu dengan duitnya sendiri selepas bekerja kelak.-rotikaya |
Emma Maembong Paksa Zizan Razak Lafaz Cinta Di Khalayak Ramai Posted: 13 Apr 2014 09:03 PM PDT Emma Maembong Paksa Zizan Razak Lafaz Cinta Di Khalayak Ramai | Panjang sungguh tajuk entri hujung minggu ini. Peduli pula kami. Baru baru ini menerusi akaun Instagram beliau, Emma Maembong telah memuat naik sebuah video berdurasi 15 saat yang dipenuhi dengan muka kekasihnya, Zizan Razak.
Anda boleh saksikan video kami muat naik semula di Youtube, di atas. Sekadar gurauan hujung minggu atau tidak sesama mereka, tindakan Emma Maembong ini nampaknya mengundang beberapa komen kurang enak untuk dibaca termasuk yang mengatakan beliau mengada-ngada (atau gedik dalam bahasa rempitnya). Hmm.-rotikaya |
Hanis Zalikha Bukan Girlfriend Saya – Hairul Azreen Posted: 13 Apr 2014 08:58 PM PDT Hanis Zalikha Bukan Girlfriend Saya – Hairul Azreen| Jika anda peminat setia program Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, pasti anda kenal dengan jejaka bernama Hairul Azreen yang pernah menjuarai program tersebut bersama rakannya, Dazrin Kamaruddin. Walaupun mempunyai paras rupa kacak dan berbakat dalam lakonan, namanya seakan-akan jarang didengari melainkan gosip percintaannya dengan pengacara dan blogger terkenal, Hanis Zalikha. Melalui laman sosial milik mereka, dapat dilihat kemesraan yang terjalin dan ia seolah-olah menunjukkan bahawa pasangan ini sedang bercinta, tetapi hingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai status hubungan mereka.
Malah dia juga seolah-olah sudah penat untuk menjawab semua pertanyaan orang mengenai status hubungannya dengan gadis itu.
Bila selalu sangat orang tanya benda yang sama, soalan yang sama, saya pun akan jawab benda yang sama. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya kawan dengan dia daripada sekolah dan memang rapat, memang baik daripada dulu, so sekarang ni jumpa pulak dalam satu bidang yang sama. Menurut Hairul lagi, mereka menjadi lebih akrab kerana mereka saling meminta tunjuk ajar mengenai beberapa perkara berhubung perihal kerja. Dia minta saya ajar tentang cara buat action, saya pula ada buat satu rancangan pengacaraan untuk satu stesen televisyen lain, jadi, saya perlukan dia untuk mengajar saya dan dia perlukan saya untuk belajar fighting. Dalam pada itu, Hairul berkata tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi kerana semuanya sudah terjawab dan dia berharap semua pihak faham dan tidak mempersoalkannya lagi. Perkembangan terbaru, Hairul kini sedang menjalani penggambaran Drama 'Misiku Kuza 2′ bersama Areja Lee dan kini sibuk menguruskan studio miliknya iaitu Hello Studio.-ohbulan *Tahun lepas, sekitar Jun, penulis telah berjumpa pasangan ini dalam fligh dari Incheon , South Korea ke Malaysia. Tapi tak de lah berkepit seperti pasangan kekasih. Mungkin ada betulnya kenyataan Hairul. |
Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka Posted: 13 Apr 2014 02:27 PM PDT Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka | Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.
Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta “bantuan kerohanian” sebelum melaksanakan usaha mereka. Antara perkara-perkara yang mereka “bersetuju” adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat. Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas. Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular. Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya. Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam. |
Raja Azmi Tidak Setuju Tak Pakai Tudung Bakal Masuk Neraka Posted: 13 Apr 2014 12:16 PM PDT Raja Azmi Tidak Setuju Tak Pakai Tudung Bakal Masuk Neraka | Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu bab agama usahlah kita pandai-pandai keluarkan kenyataan mengikut logik fikiran semata-mata. Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi. Apabila ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah, Raja Azmi menyatakan dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting. Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama. Raja Azmi dirakam berkata, "Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.
Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu. Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, "Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh." Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan benang yang basah. |
Jep Sepahtu ‘Rasa Semak’ Dengan Isu Shahrol Shiro Posted: 13 Apr 2014 11:57 AM PDT Jep Sepahtu ‘Rasa Semak’ Dengan Isu Shahrol Shiro | Pelawak terkenal, Jep Sepahtu mengakui dia sedikit sebanyak berasa rimas apabila sering kali dikaitkan mempunyai masalah dengan seorang lagi pelawak yang tidak kurang popularnya, Shahrol daripada kumpulan Shiro.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jep kini sedang sibuk mengacarakan program School of Lawak, rakaman Karoot Komedia musim terbaharu serta dua telefilem khas raya yang bakal menyusul kelak. Oleh: AUDREY LEE |
Video : Adegan Panas Antara Dewi Perssik dan Ian Kasela Tersebar Posted: 13 Apr 2014 10:37 AM PDT Video : Adegan Panas Antara Dewi Perssik dan Ian Kasela Tersebar | Kisah adegan ranjang antara Dewi Perssik dan Ian Kasela “Radja” terus menjadi panas. Kes tersebut bermula apabila Dewi Perssik diarah menjadi model video klip single terbaru Radja yang berjudul “Parah”. Kemudian Dewi dipaksa untuk beradegan mesra di katil dengan ahli utama band Radja, Ian Kasela. Dewi mendedahkan bahawa tidak ada masalah baginya untuk melakonkan peranan tersebut. Namun, ada beberapa adegan yang keluar dari permulaan video dan membuat Dewi merasa tidak selesa. Sedangkan pihak Radja menuding Dewi Perssik tidak profesional kerana tidak melakukan adegan yang mereka inginkan. Nak tahu apakah adegan panas yang Dewi Perssik perlu lakukan lihat video dibawah : |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment