Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Kenali Sifat Bangsa Yahudi Yang Ada Dinyatakan Dalam Al-Quran
- Tradisi Paling Ngeri Buang Kemaluan
- Makhluk Misteri Cadborosaurus di Teluk Nushagak, Alaska
- Datuk Siti Tegur KJ
- Buat Kebajikan Selepas Jalani Hukuman Mati
- Majid Terima Hadiah Kasut
Kenali Sifat Bangsa Yahudi Yang Ada Dinyatakan Dalam Al-Quran Posted: 13 Nov 2013 09:53 AM PST Siapa tidak kenal dengan kezaliman Zionis yang kejam merampas tanah dan membunuh rakyat Palestin dengan sesuka hati mereka. Jika melihat watak Israel demikian, sebenarnya tidak perlu hairan. Ini kerana, Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran sudah menggambarkan sifat buruk orang-orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan suka mengobarkan api peperangan dengan bangsa lain, terutama kaum Muslimin. Dalam Al-Quran sekurang-kurangnya disebut 22 sifat bangsa Yahudi, iaitu: 1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah: 75,91,93,120,145,170; An-Nisa: 160; Al-Maidah: 41) 2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran: 110; An-Nisa: 55) 3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82) 4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am: 20) 5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah: 75,91,101,140,145,211; Ali Imran: 71,78; An-Nisa: 46; Al-Maidah: 41) 6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah: 76,101,120,146; Ali Imran: 71) 7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah: 87,101,120,146; Al-Maidah: 41) 8. Engkar dan tidak boleh menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah: 91,99; Ali Imran: 70) 9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah: 171) 10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran: 71) 11. Berpura-pura menyokong orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah: 76; Ali Imran: 72,119) 12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146) 13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah: 94,111,113,120,135,145; Al-Maidah: 18) 14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa: 53) 15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 90,105,109,120) 16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah: 90,95,96,212) 17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah: 100,246,249 Ali Imran: 183,184; An-Nisa: 46) 18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah: 204,246; Ali Imran: 72; An-Nisa: 46) 19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24,94,183,184; Al-Maidah: 41) 20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 206,212,247) 21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran: 75,76; At-Taubah: 34) 22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran: 64) |
Tradisi Paling Ngeri Buang Kemaluan Posted: 13 Nov 2013 09:53 AM PST Tradisi kebiri "kasi kemaluan" ini disebut juga Eunuchs atau disebut juga kasim,seorang laki-laki yang kehilangan kesuburannya kerana kemaluannya telah dibuang dengan sengaja atau kerana sebab-sebab lain.Catatan-catatan paling awal tentang pengebirian dengan sengaja untuk menghasilkan orang kasim berasal dari kota Lagash di Sumeria pada abad ke-21 SM. Sejak itu, selama beribu-ribu tahun orang kasim bekerja di berbagai kebudayaan seperti pelayan istana atau pelayan rumah tangga, penyanyi laki-laki dengan suara tinggi, petugas-petugas keagamaan khusus, pejabat pemerintah, komandan militer, dan pengawal kaum perempuan ataupun pelayan Orang kasim pertama disebutkan di empayar Asyur (l.k. 850 hingga 622 SM). Mereka biasa tampil di istana maharaja-maharaja Akhemenid dari Persia atau firaun dari Mesir (hingga dinasti Lagid yang dikenal sebagai Ptolemeus, yang berakhir dengan Cleopatra).Di Tiongkok kuno, pengebirian adalah salah satu bentuk hukuman tradisional (hingga Dinasti Sui) dan sarana untuk mendapatkan pekerjaan di kalangan istana maharaja. Pada akhir Dinasti Ming ada 70.000 orang kasim di Istana maharaja. Jabatan seperti itu demikian berharga orang-orang kasim tertentu berhasil mendapatkan kekuasaan yang demikian besar sehingga melampaui kekuasaan perdana menteri sehingga pengebirian diri sendiri harus dilarang. Jumlah orang kasim yang menjadi pegawai Istana maharaja akhirnya menurun hingga 470 orang pada 1912, ketika mereka tidak lagi digajikan. Orang-orang kasim diberikan jabatan-jabatan pegawai negeri yang demikian tinggi dengan alasan bahwa mereka tidak dapat mempunyai anak, mereka tidak akan tergoda untuk merebut kekuasaan dan mulai sebuah dinasti. Pada saat yang sama, sebuah sistem serupa juga ada di Vietnam. |
Makhluk Misteri Cadborosaurus di Teluk Nushagak, Alaska Posted: 12 Nov 2013 04:13 PM PST Pada tahun 2009, ada desas-desus tentang seorang nelayan di Alaska telah berjaya merakam makhluk misteri yang disebut sebagai Cadborosaurus dan menyerahkan hasil rakaman itu kepada Discovery Channel. Desas-desus itu ternyata benar dan pada hari ini Discovery channel akan menayangkan rakaman tersebut secara exclusive. Apakah kita telah mendapatkan bukti kewujudan makhluk cryptid Cadborosaurus? Boleh saja. Walaupun masih terlalu jauh untuk menyimpulkannya dengan pasti. Rakaman yang menarik ini diambil oleh seorang nelayan di teluk Nushagak, Alaska, pada tahun 2009, dan akan ditayangkan perdana hari ini pada acara "Hillstranded", sebuah dokumentari khas dari Discovery Channel. Pada rakaman tersebut, terlihat adanya seekor (atau lebih) makhluk panjang seperti ular sedang berenang di teluk. Ukurannya kurang lebih sekitar 6 hingga 9 meter dengan punuk di punggungnya. Makhluk itu juga menyemburkan air dari punggungnya seperti seekor ikan paus. Ini cukup luar biasa kerana tidak ada ikan yang menyemburkan air dari punggungnya selain paus. Makhluk dalam rakaman tersebut, jelas bukan seekor paus. Ini screen shot rakaman tersebut. Kalian boleh menyaksikan rakaman dari discovery channel di akhir postingan ini. Ketika melihat makhluk dalam rakaman tersebut, mungkin orang-orang akan segera mengaitkannya dengan Nessie, cryptid paling termashyur di dunia dari Lochness, Scotland. Namun, para cryptozoologyst yang menyaksikannya mencari kalau makhluk itu lebih mirip dengan makhluk cryptid lain, iaitu Cadborosaurus, yang diberi nama berdasarkan teluk Cadboro di British Columbia, tempat makhluk jenis ini pertama kali ditemui. Paul Leblond, bekas ketua Department of Earth and Ocean Sciences di universiti British Columbia mengatakan kepada Discovery News kalau ia sangat terkesan dengan rakaman tersebut. Leblond pernah membantu menulis buku mengenai Cadborosaurus yang berjudul "Cadborosaurus: Survivor from the deep". "Walaupun rakaman itu diambil pada situasi yang sedikit hujan dan kapal yang bergoyang, rakaman itu kelihatan sangat asli." Cadborosaurus sendiri mempunyai nama gelaran Cadborosaurus Willsi, yang bermaksud reptilia atau cicak dari teluk Cadboro. Namun, kadang-kadang orang-orang hanya menyebutnya sebagai Caddy. Makhluk ini dianggap sebagai salah satu jenis ular laut yang mempunyai kepala seperti kuda, mata yang besar dan punggung yang berbonggol. Penampakan makhluk seperti ini telah dilaporkan selama puluhan tahun. Namun baru pada tahun 1937 dijumpai bangkainya di Queen Charlotte Island, British Columbia. Bangkai itu dijumpai di dalam perut seekor ikan paus. Sejak saat itu, nama Cadborosaurus mulai dikenal secara luas. Bangkai Cadborosaurus yang misteri itu kemudian diteliti dan disimpulkan sebagai bangkai anak paus. Namun kesimpulan ini ditolak oleh sebahagian orang, termasuk oleh pekerja yang menemuinya pertama kali. Misteriusnya, bangkai itu kemudian hilang entah kemana. Kerana itu, rakaman Alaska menjadi sangat penting bagi para cryptozoolgyst yang ingin meneliti kembali kemungkinan kewujudan makhluk ini. Ramai penyelidik percaya yang Cadborosarus adalah sejenis belut gergasi atau Frill Shark (Yang memang berbentuk mirip belut). Namun Leblond menyangsikannya kerana gerakan makhluk yang kelihatan dalam rakaman tidak seperti gerakan seekor ikan. "Pastilah makhluk (dalam rakaman) itu sejenis reptilia atau mamalia kerana ia bergerak naik turun (berayun) secara menegak. Ikan sendiri bergerak ke kiri dan kanan." Tentu saja satu-satunya cara untuk menentukan identiti makhluk itu adalah dengan mencari makhluk misteri tersebut. Rakaman ini mungkin boleh menjadi penanda aras bagi para cryptozoolgyst. Jim Covel, senior manager di Monterey Bay Aquarium, menyimpulkannya dengan sangat baik. "Kita memang masih mencari banyak spesies baru di dalam lautan sehingga membolehkan beberapa orang untuk menampung fikiran-fikiran seperti ini dan mengisi kekosongan yang ada dengan imaginasi. Namun, hal ini menunjukkan betapa penerokaan ilmiah sangat diperlukan." |
Posted: 12 Nov 2013 03:37 PM PST KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam membuat teguran secara terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) menerusi laman Twitter peribadi miliknya. Siti Nurhaliza, 34, memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semalam, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 mengkritik Khairy Jamaluddin dengan berkata: "Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua." Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas. Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut. Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu. Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak. |
Buat Kebajikan Selepas Jalani Hukuman Mati Posted: 12 Nov 2013 03:54 PM PST Seorang pembunuh kanak-kanak yang dijadual menjalani hukuman mati minggu ini memohon supaya organnya didermakan bagi membantu seramai mungkin orang lain. Peguam Lisa Lagos berkata, Ronald Phillips bersedia mendermakan anggota badannya kepada sesiapa saja jika ia tidak mampu membantu ibu dan saudara kandung perempuannya yang kebetulan uzur ketika ini. Kata Lisa, tawaran Phillips itu dibuat tanpa sebarang syarat. Phillips, 40, dihukum mati atas kesalahan merogol dan membunuh anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun di Akron pada 1993, Dia dijadual menerima suntikan maut esok melalui cecair yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana pelaksanaan hukuman di AS sebelum ini. Rayuan Phillips ditolak Gabenor Ohio, John Kasich, minggu lalu. Ibu Phillips mengalami masalah sakit buah pinggang dan bergantung kepada mesin rawatan dialisis, manakala seorang daripada saudara kandung perempuannya menghidap sakit jantung. Pendakwa berkata Ohio tidak lagi menggunakan dua ubat yang merosakkan organ dalaman banduan apabila mereka menjalani hukuman mati. Pihak berkuasa bercadang menggunakan dua cecair lain untuk melaksanakan hukuman mati itu tetapi tidak diketahui bagaimana kesannya terhadap organ dalaman seseorang. |
Posted: 12 Nov 2013 03:49 PM PST Seorang anak jati Pahang, Norman Jalil, 37 sanggup berulang–alik dari Seremban ke Temerloh sejak dua hari lalu semata-mata mencari Abdul Majid Abdul Hamid, 57 yang kini dalam misi melunaskan nazarnya berjalan kaki dari Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan ke Stadium Shah Alam. Norman yang kini bertugas di Seremban berhasrat untuk menghadiahkan sepasang kasut kepada penyokong tegar pasukan Tok Gajah itu sebagai menghargai semangatnya yang yang sanggup berjalan kaki lebih 200 kilometer setelah pasukan bola sepak Pahang memenangi Piala Malaysia baru-baru ini. Pencariannya berhasil apabila dia terserempak dengan Abdul Majid di hentian rehat Genting Sempah kira-kira jam 7.30 petang kelmarin dan menyerahkan kasut kepada lelaki itu supaya perjalanan seterusnya lebih selesa. Norman berkata, dia bangga dan kagum melihat semangat Abdul Majid yang sanggup berjalan kaki hanya berselipar bagi menamatkan misi nazarnya demi negeri Pahang. "Sebagai anak Pahang, saya juga bangga dengan kejayaan Tok Gajah dan hadiah kasut ini adalah sumbangan ikhlas sebagai simbol menghargai semangat beliau," katanya. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment