Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis Malaysia |
- Cuma Garis Bra Nampak, Bukan Nampak Buah Dada Pun – Raja Ema
- Teguran Saya Tiada Kaitan Dengan Bola Sepak – Siti Nurhaliza
- (TAHNIAH)Yasmin Hani Selamat Lahirkan Anak Lelaki
- Muflis Atau Tak, Saya Tak Ganggu Orang – Awie
- (10 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Datuk Seri Diraja Jalani Sidek Dan Isteri Dari SazaStudio
Cuma Garis Bra Nampak, Bukan Nampak Buah Dada Pun – Raja Ema Posted: 12 Nov 2013 10:39 PM PST Sejak kemunculannya semula, Raja Ema memang kelihatan lebih muda, seksi dan bergaya. Kadang-kadang macam tak percaya pula yang salah seorang anak Raja Ema sedang menduduki SPM tahun ini. Iyerlah, muka Raja Ema nampak segar bugar, tegang dan badan pun nampak macam anak dara lagi. Terbaru ketika menghadiri perasmian butik Didie Alias, baju yang dipakai oleh Raja Ema telah menimbulkan kontroversi dan menjadi perbualan ramai. Mana tidaknya, memang jelas terserlah aset yang dimiliki olehnya. Fuh~~ Adakah Raja Ema ingin bersaing dengan Lana Nordin? Memang sukar untuk menentukan pemenangnya. Hehehe. Namun menurut Raja Ema, baju yang dipakainya OK dan tidaklah ketat sangat. Terang Raja Ema:-
Yang bagusnya, Raja Ema tidak berkecil hati dengan kritikan, cemuhan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya. Tambah Raja Ema lagi:-
Bagi Abang Nara, orang yang bijak tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain mempertikaikan kewibawaan dan keperibadiannya. Entahlah, tafsiran “bijak” bagi setiap orang berbeza jadi ia terlalu subjektif untuk dibincangkan. Yang penting, biarlah Raja Ema bahagia dengan hidupnya. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Teguran Saya Tiada Kaitan Dengan Bola Sepak – Siti Nurhaliza Posted: 12 Nov 2013 09:50 PM PST Ramai rupanya yang mempertikaikan teguran Datuk Siti Nurhaliza terhadap Khairy Jamaluddin di dalam artikel sebelum ini. Antara pendapat yang popular ialah Datuk Siti harus menumpukan perhatian dalam bidang hiburan dan tidak melibatkan diri dalam bidang bola sepak. Ada yang lebih ekstrem membuat sindiran “baru pergi stadium sekali dah pandai cakap pasal bola” kepada Datuk Siti. Namun hari ini menerusi Harian Metro, Datuk Siti Nurhaliza membuat penjelasan bahawa tegurannya terhadap Khairy adalah penggunaan bahasa yang dianggapnya tidak sesuai dan tiada kaitan langsung dengan bola sepak. Kata Siti:-
Jadi dengan penjelasan ini, diharap semua orang jelas dengan teguran yang disampaikan oleh Siti. Mungkin ada benar kata-kata Siti namun kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di belakang tabir FAM sehingga Khairy sanggup menggunakan perkataan tersebut. Harap-harap janganlah Khairy dan Siti bermusuhan kerana ini. Apa kata anda? P.S: Proton Perdana berdasarkan Honda Accord Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Yasmin Hani Selamat Lahirkan Anak Lelaki Posted: 12 Nov 2013 07:05 PM PST Jutaan tahniah diucapkan buat Yasmin Hani dan suami yang telah menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 12 November 2013. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Yasmin sendiri menerusi akaun Instagramnya. Abang Nara pasti Yasmin dan suami kini teruja bergelar ayah dan ibu kepada anak lelaki mereka. Comel kan gambar yang dikongsikan oleh Yasmin Hani ini? Caption di bawah turut serta ditulis beserta gambar ini:-
Semoga si anak dan si ibu akan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua. Selamat datang ke alam ibu dan bapa. P.S: Harga Toyota Corolla Altis dijangka bermula pada RM115,000 Baca Yang Ini Pulak:- |
Muflis Atau Tak, Saya Tak Ganggu Orang – Awie Posted: 12 Nov 2013 06:33 PM PST Desas-desus mengenai status Awie yang kononnya telah diisytiharkan muflis kini menjadi perbualan hangat orang ramai. Ada yang menyatakan ia sekadar khabar angin, namun ada yang yang beranggapan Awie benar-benar muflis. Apa pun Abang Nara tertarik dengan pendapat Awie mengenai perkara ini. Memang sempoi sungguh Awie. Bagi Awie, dakwaan tersebut bukan perkara penting kerana ia adalah lumrah dan banyak berlaku kepada sesiapa pun termasuk golongan kerabat dan VIP. Muflis atau tidak, ia tidak menyusahkan dan memberi masalah kepada sesiapa. Kata Awie:-
Betul juga kata Awie tue kan? Yang terasa kepayahan pun adalah keluarga dan sanak saudara Awie. Namun biasalah, kalau dah namanya selebriti, semua benda orang nak ambil tahu. Apabila ditanya mengenai dakwaan memindahkan aset miliknya kepada isteri, Awie menjawab:-
Betul juga kata Awie nie kan? Kalau tak bagi harta kepada isteri dan anak-anak, nak bagi kepada siapa lagi? Merekalah penyambung dan waris yang paling dekat dengan diri kita. Takkan tiba-tiba Awie nak bagi harta dia kat Abang Nara pula kan? Hehehe. Apa pun, muflis atau tidak, semoga Awie berbahagia hidup di samping keluarga tercinta. Tak gitu? P.S: Ford Transit tiba di Malaysia Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Datuk Seri Diraja Jalani Sidek Dan Isteri Dari SazaStudio Posted: 12 Nov 2013 04:09 PM PST Sebelum ini kami telah menulis mengenai majlis perkahwinan Datuk Seri Diraja Jalani Sidek dan Datin Seri Diraja Zaleha Mohd Khalid di Hotel Hilton, Kuala Lumpur beberapa hari lepas. Dalam entri ini dipaparkan gambar-gambar dari majlis tersebut. Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan SazaStudio. Sila like fanpage mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej fotografi perkahwinan untuk hari bersejarah anda. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Datanglah beramai-ramai ke Bazar Industri Kreatif di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 November ini mulai 5.00 petang – 11.00 malam. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, pertandingan breakdance, jualan produk seni dan budaya, persembahan kebudayaan, persembahan kugiran dan banyak lagi. Maklumat lanjut, layari facebook.com/bazar.seni
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment