Fizo Omar Kecewa Ramai Manusia Busuk Hati
Busuk hati, dengki, cemburu, keyboard warriors dan suka menghentam orang semacam sudah menjadi norma masyarakat Malaysia. Pelik juga apabila usaha murni orang ramai membantu mangsa banjir pun dijadikan isu, dikritik serta dihentam habis-habisan. Sepatutnya selaku rakyat Malaysia yang prihatin, kita harus memuji usaha dan pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan anak bini seperti yang dilakukan oleh Fizo Omar semata-mata untuk meringankan beban mangsa banjir.
Semata-mata hanya kerana berkongsi gambar dan video dirinya sedang ber’selfie’ di atas kenderaan, Fizo Omar telah menerima pelbagai kecaman daripada banyak pihak. Ada yang menyatakan Fizo tak pergi menolong sebaliknya sibuk bergambar sahaja. Ada yang siap cakap Fizo tak ikhlas dan nak tunjuk baik je. Kalau Abang Nara jadi Fizo, memang pedih dan sakit hati membaca tohmahan tak masuk akal itu. Luahan hati Fizo Omar ini harus dijadikan iktibar untuk mereka yang suka mengutuk.
Secara jujur, Abang Nara pun tak mampu nak berkorban seperti yang dilakukan oleh Fizo Omar dan ramai lagi rakyat Malaysia iaitu dengan turun padang di tempat bencana banjir. Apa yang mampu Abang Nara lakukan hanyalah sumbangan daripada segi keperluan asas dan kewangan. Tapi tak adalah Abang Nara nak condemn mereka yang pergi membantu. Sebaliknya Abang Nara terharu dengan pengorbanan mereka. Jadi kalau kita yang tak sampai tahap nak berkorban tinggalkan anak bini, tak perlulah nak cakap lebih-lebih. Cuma hormati, respek dan doakan agar keselamatan sukarelawan ini terjamin dan usaha membantu dapat dijalankan dengan lancar. Tak gitu?

0 comments:
Post a Comment