Saya Tidak Pernah Terbabit Dengan Mana-Mana Video Lucah – Nur Fazura
Wow. Abang Nara sungguh terkejut mendengar berita ini. Mana tidaknya, kini ada video berdurasi seminit memaparkan aksi seorang wanita yang bermirip wajah Fazura dengan aksi lucah sedang tersebar menerusi emel. Namun anda semua terutama peminat Fazura tidak perlu risau. Pelakon jelita ini telah pun tampil membuat penafian dan memaklumkan tidak pernah terlibat dengan mana-mana video lucah.
Ini bermakna wanita di dalam video tersebut bukanlah Nur Fazura sebaliknya hanya orang lain yang mempunyai wajah seakan-akan dirinya. Fazura juga telah membuat laporan polis dan SKMM untuk memastikan penyebaran video itu tidak berlaku dan namanya tidak lagi dikaitkan dengan video tersebut. Kata Fazura:-
Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah. Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan.
Beberapa tahun yang lalu juga Fazura pernah menjadi mangsa fitnah apabila video lucah dengan wajah wanita yang mirip dengannya telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Apa pun dengan penafian ini, diharap nama Fazura tidak lagi dikaitkan dengan video tersebut. Kesian Fazura di penghujung tahun 2014 ini banyak pula kontroversi yang melanda dirinya. Semoga tahun 2015 yang mendatang akan membawa sinar yang lebih terang. Sumber Harian Metro.

0 comments:
Post a Comment