Powered by Blogger.

Pendedahan Saya Bukan Untuk Jatuhkan Reputasi Puteri Balqis – Jinggo

Pendedahan Saya Bukan Untuk Jatuhkan Reputasi Puteri Balqis – Jinggo
(9 GAMBAR)Cinta Lokasi Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Membawa Ke Gerbang Perkahwinan
Hormati Mangsa Banjir, Zarina Zainuddin Tangguh Perkenal Suami & Madu
(8 GAMBAR)Siti Nurhaliza Turut Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Kuala Lipis



Pendedahan Saya Bukan Untuk Jatuhkan Reputasi Puteri Balqis – Jinggo
Agak sedih juga sebenarnya apabila pendedahan Jinggo yang dilakukan menerusi media sosial telah menyebabkan orang ramai menganggap Puteri Balqis dan pihak pengurusannya kini mula berlagak diva selepas memenangi anugerah baru-baru ini. Walaupun ibu Puteri Balqis telah tampil dan menerangkan segala dakwaan Jinggo adalah fitnah semata-mata, sedikit sebanyak reputasi pelakon cilik itu pasti tercalar dengan apa yang telah terjadi.



Tampil menerusi Mstar Online, Jinggo menerangkan pendedahannya itu dilakukan kerana kecewa dengan sikap bapa Balqis yang mengeluarkan kata-kata kesat apabila membalas mesejnya dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan reputasi Puteri Balqis. Kata Jinggo:-


Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini. Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu.

Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat. Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat.

Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan. Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran.



Mendengar penjelasan Jinggo membuatkan Abang Nara teringat kata-kata ibu Puteri Balqis yang mendakwa pihak produksi menganggu mereka siang dan malam semata-mata untuk mendapatkan khidmat anaknya. Namun apabila dah lahirkan persetujuan, tawaran dibatalkan secara tiba-tiba. Nasihat Abang Nara, lain kali pihak pengurusan Puteri Balqis kena bertegas agar tidak lagi dipermainkan sebegini rupa. Jangan kasihankan orang lain. Kepada Jinggo pulak, kalau dah beria-ia sampai kacau orang siang malam, pastikanlah janji ditepati. Kesian orang lain terpaksa menerima tawaran anda tetapi apabila sampai hari yang dijanjikan, tawaran dibatalkan begitu sahaja.


Cinta Lokasi Marian Rivera Dan Dingdong Dantes Membawa Ke Gerbang Perkahwinan
Kami pasti ramai pembaca BN adalah penonton soap-opera Filipina, bukan? Panga Ko Sayo, Sana’y Wala Nang Wakas, MariMar dan banyak lagi. Dan pastinya anda juga mengenali pelakon jelita Marian Rivera yang berupakan bintang MariMar.


A photo posted by Niceprintphoto (@niceprintphoto) on Dec 12, 2014 at 4:42am PST

Untuk makluman anda, semalam Marian, 31, telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Dingdong Dantes, 34. Aktres itu menyerlah dalam gaun rekaan Michael Cinco. Dia membawa jambangan bunga ros putih.

Marian dibawa ke altar oleh bapanya dari Sepanyol. Francisco Alonso yang sampai di Filipina sebaik saja majlis perkahwinan bermula.

Marian dan Dingdong bertemu pada tahun 2007 apabila bergandingan dalam drama adaptasi tempatan “MariMar”.

Mereka sering berlakon bersama sejak itu dalam siri televisyen, termasuk drama Dyesyebel pada tahun 2008.


Hormati Mangsa Banjir, Zarina Zainuddin Tangguh Perkenal Suami & Madu
Sepatutnya hari ini Zarina Zainuddin akan mengadakan satu sidang media untuk memperkenalkan suami dan madu yang telah berkongsi hidup dengannya selama 21 tahun. Mengikut perancangan, mereka bertiga bakal bersanding untuk menyambut ulangtahun perkahwinan masing-masing. Namun menghormati tragedi banjir dan nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia, Zarina Zainuddin telah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis-majlis tersebut. Satu langkah yang amat bijak dan penuh berhemah daripada pelakon ini.



Nampaknya para peminat terpaksalah menunggu lama sedikit untuk mengetahui identiti suami dan madu Zarina Zainuddin. Abang Nara tertarik membaca punca sebenarnya Zarina mahu memperkenalkan identiti 2 orang penting di dalam hidupnya. Rupa-rupanya ramai lelaki gatal di luar sana yang ingin mengorat dirinya. Tak boleh salahkan mereka. Zarina memang seorang ‘hot mom’. Kata Zarina:-


Dek jarang memuat naik gambar suami di laman sosial dan hanya memuat naik gambar bersama anak saja, ramai pula yang fikir bukan bukan.

Sampai satu tahap orang ingat saya sebenarnya janda. Biasalah bila tak pernah tayang suami di khalayak ramai, mulalah orang berteka teki.

Lebih teruk apabila saya yang turut bekerjaya sebagai ahli perniagaan, ada pula lelaki yang mula ambil kesempatan dan menggatal. Yalah atas dasar kerja, saya beri nombor telefon bimbit tanpa prejudis.

Saya pun sudah minta izin suami dan madu untuk mengadakan majlis berkenaan. Dulu di awalan perkahwinan biasalah kalau tak sebulu dengan madu.

Tapi sekian lama saya dan madu sudah okey. Perlahan lahan saya cuba masuk hidupnya dan begitu juga dengan madu. Alhamdulillah saya tahu kedudukan saya sebagai isteri kedua.

Kini hubungan dengan madu semakin baik termasuk keluarga masing masing



Sama-samalah kita nantikan tarikh baru dari Zarina Zainuddin untuk majlis pengenalan suami dan madunya. Tak sabar nak menanti. Sumber Berita Harian.

(8 GAMBAR)Siti Nurhaliza Turut Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Kuala Lipis


Kuala Lipis adalah tempat kelahiran penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Jadi apabila ia dilanda banjir, sudah tentu kehadiran Siti Nurhaliza untuk membantu mereka yang terlibat dalam bencana tersebut sedikit sebanyak menaikkan semangat. Comel sungguh melihat aksi Siti Nurhaliza menaiki traktor. Memang sempoi orangnya. Untunglah penduduk Kuala Lipis mendapat seorang selebriti yang begitu prihatin dengan nasib mereka.



Semoga usaha murni Datuk Siti Nurhaliza sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan para penduduk Kuala Lipis. Kakak beliau iaitu Saida turut sama hadir membantu apa yang patut. Terharu Abang Nara melihat Siti Nurhaliza menyingsing lengan, mengacau lauk kawah dan mengangkat barangan bantuan. Awesome sangat-sangat.



Lagi beberapa gambar Siti Nurhaliza ketika membantu mangsa banjir Kuala Lipis dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



P.S: Koleksi terkini daripada MisClaire ini memang amat sesuai untuk dipakai ketika anda pergi ke kenduri kahwin, majlis makan malam dan juga festival. Saiz yang ditawarkan bermula 2XL sehingga 6XL. Kalau beli 2 hanya RM140, kalau beli satu RM85. Jangan lupa masukkan kod voucher “2DRESSBN140” untuk dapatkan harga promosi ini. Sila ushar lebih banyak koleksi di www.misclaire.com, Facebook MisClaire dan juga Instagram MisClaire.










0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani