Powered by Blogger.

Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua

Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua


Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua

Posted: 01 Sep 2014 09:56 PM PDT



KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2014: Pengarah Bade Hj Azmi telah mengesahkan isteri keduanya, Aida Abdullah sudah pun hamil anak sulung mereka.
Bade berkata dia akui gembira untuk menanti keahiran cahaya matanya.
"Saya tentunya teruja tapi saya rileks saja. Lagipun lama lagi tempoh untuk menantikan kelahiran tersebut. Anak-anak saya pun teruja bila dapat tahu mereka bakal dapat adik baru.
"Anak lelaki atau perempuan saya tak kisah. Saya dan isteri pun tak sibuk-sibuk nak buat scan. Kami terima apa saja pemberian Allah. Apa yang ibu dan bayi sihat," katanya kepada murai.com.my
Tambahnya lagi, kedua-dua isterinya itu sudah saling bertemu dan berkenalan. Bahkan anak-anak mereka juga sudah dipertemukan dengan Aida.
"Erma dah jumpa Aida. Anak-anak juga sudah jumpa. Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," ceritanya.
Mengenai perkembangan karrier, Bade bakal muncul dengan telefilem terbaru arahannya khas sempena Tribute P. Ramlee berjudul 'Mahabbah Rindu'.
Drama berkisar cinta yang terhalang akibat dari permusuhan ibu bapa masing-masing itu dijayakan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Intan Ladyana, Wan Nor Azlin, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi. 'Mahabbah Rindu' terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini bakal ditayangkan di TV1 pada 30 November 2014
Sumber:murai.com.my

Eina Azman Terima Hantaran Chevrolet Camaro & RM77,000

Posted: 01 Sep 2014 09:52 PM PDT


Sumber oleh Utusan
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2014: Pelakon Ainur Syakira Azman atau Eina Azman, 19, selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hardew, 35, dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel malam semalam.
Menurut laporan Utusan, Eina dinikahkan sendiri oleh bapanya, Azman Abdullah dan disaksikan oleh Imam Masjid As-Syakirin KLCC, Zulkapli Abdul Mutalib kira-kira pukul 9 malam.
Pada majlis pernikahan itu, Eina menerima mas kahwin sebanyak RM770, wang hantaran bernilai RM77,000 selain sembilan dulang berisi barang hantaran sambil dibalas tujuh dulang oleh pengantin lelaki.
Selain itu, Eina turut menerima kejutan daripada pihak pengantin lelaki yang turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Chevrolet Camaro yang bernilai kira-kira RM320,000.
"Debaran semakin hilang selepas saya selamat dinikahkan pada malam ini. Syukurlah," katanya.
Majlis pernikahan Eina-Kaiser cukup istimewa apabila mengetengahkan tema Bollywood dan Arab yang dihadiri kira-kira 100 jemputan terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat.
Sementara itu, Kaiser yang baru memeluk agama Islam pada 30 Jun lalu turut menyatakan kesyukuran apabila majlis pernikahan berjalan lancar seperti dirancang.
"Alhamdulillah, tugas baharu menanti selepas selamat bergelar suami kepada Eina. Doakan saya," katanya.

Barisan Artis Menyambut Merdeka ke 57

Posted: 01 Sep 2014 09:49 PM PDT


Sumber oleh Berita Harian
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2014: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 57 yang disambut secara sederhana bagi menghormati tragedi MH17 dan MH370. Disini Lahirnya Sebuah Cinta amat bertepatan bagi membangkitkan semula semangat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Murai dengan kesempatan ini berkongsi ucapan Hari Kemerdekaan yang ke 57 yang dibuat oleh para artis dan selebriti tanah air. Salam Hari Merdeka untuk semua pembaca Murai.
Dato` Siti Nurhaliza
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-57, marilah kita bersama-sama menjaga keamanan, ketenteraman dan perpaduan yang ada. Jagalah kemakmuran negara kita dengan baik kerana kitalah pewaris generasi merdeka. Semoga kita akan terus dijauhi malapetaka dan ujian besar. Malaysia diuji dengan cukup hebat tahun ini dan semoga kita akan terus dilindungi Tuhan. Al-Fatihah buat yang terkorban dalam tragedi MH17.
Ziana Zain
Kita tahu negara kita sedang diuji. Kita sedang menghadapi saat yang menyukarkan apatah lagi dengan kejadian MH370 dan MH17. Sempena Hari Merdeka ini marilah kita sama-sama bersatu padu tak kira apa kaum pun, tak kira apa saja pegangan politik kerana apa yang paling penting kita patut bersyukur negara kita terus merdeka. Kita patut berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang bersusah payah untuk membangunkan Malaysia. Maka saya menyeru rakyat Malaysia marilah sama-sama kita berdoa supaya negara ini terus berada dalam keadaan yang aman. Selamat Hari Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Datuk Aznil Nawawi
Selamat Hari Merdeka Malaysia. Semoga kita terus bersatu dalam melalui cabaran yang ingin melihat kita berpecah-belah. Pertahankan nilai kita dan setiap inci tanah air tercinta ini.
Lisa Surihani
Salam sejahtera, mari kita sama-sama raikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 penuh kesederhanaan. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dilahirkan di negara tercinta ini kerana di sinilah lahirnya cinta bak kata tema Hari Merdeka. Tepat sekali tema yang dipilih kerana walau berbilang kaum dan agama, kita bagaikan satu keluarga besar. Ia satu sifat dan cara yang diamalkan sejak dulu dan elemen inilah yang kita terus pegang serta amalkan di antara satu sama lain sekali gus untuk generasi akan datang. I Love Malaysia. Salam sayang dari saya.
Johan As`ari
Di sini lahirnya sebuah cinta... sempena kemerdekaan negara kita yang ke-57, kita harus memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana terus memberi nikmat ini. Doa setulus ikhlas untuk pemimpin negara supaya dapat terus mentadbir negara dengan adil dan saksama serta sentiasa memakmurkan negara. Justeru ayuh kita bersama-sama mengeratkan silaturahim antara kita yang berbilang budaya, agama dan bangsa. Khusus buat belia, kekalkan perpaduan ini untuk generasi mendatang.
Hans Isaac
Bagi pihak pasukan kerja teater Supermokh Sebuah Muzikal, salam kemerdekaan daripada saya buat warga Malaysia. Harapnya kita akan terus berusaha untuk membantu memajukan negara tersayang tanpa kata-kata serta perbuatan negatif. Saya sayang Malaysia dan akan terus melakukan yang terbaik buat diri sendiri serta negara. Salam 1Malaysia.
Zain Saidin
Sebagai anak Malaysia saya cukup bangga dengan apa yang negara kita capai termasuk usaha gigih kepimpinan negara dalam memartabatkan Malaysia. Jangan lupa jasa mereka yang banyak bersusah payah memberi kita keamanan dan kesenangan. Selamat Hari Merdeka.
Izara Aishah
Selamat Hari Merdeka! Saya berdoa semoga negara kita kekal aman sentiasa. Salam sayang daripada saya.
Siti Sarah
Kesederhanaan kali ini tak bererti kita tidak beriya-iya mahu meraikan kejayaan negara yang terus mencapai kemerdekaan. Terapkan sayang kepada Malaysia dalam diri dan jangan sampai ia hilang daripada pandangan mata kita. Semoga negara dan rakyat Malaysia akan terus kuat berdepan dengan dugaan mendatang. Amin
Soo Wincci
Malaysia tapak lahir permulaan hidup saya. Tahun ini saya tak dapat meraikannya di negara tercinta kerana sedang berkongsi bakat di luar negara. Selagi saya tak dapat mengangkat nama Malaysia di mata dunia, selagi itu saya akan terus berusaha dalam memartabatkan nama negara kita. Ini antara sedikit perjuangan yang saya mahu lakukan di arena seni. Selamat Hari Merdeka.
Rita Rudaini
Saya bangga menjadi rakyat dan anak Malaysia. Saya bertuah hidup di Malaysia yang aman. Moga negara kini akan sentiasa dilindungi Tuhan daripada bencana. Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.
Tasha Shilla
Selamat Hari Merdeka. Semoga negara kita akan kekal aman dan sejahtera. Kita terus bersatu padu dan teguh untuk kerakyatan kita bersama.
Daphne Iking
Syukur Alhamdulillah negara kita sudah merdeka 57 tahun. Mari kita bersama-sama berjuang untuk mengeratkan lagi sikap perpaduan sesama kita. We can agree to be disagree dan itulah keindahan kepelbagaian kaum di negara kita sekali gus menjadi simbolik kepada belas kasihan, kebaikan dan kesederhanaan. Saya cinta Malaysia. Selamat Hari Merdeka.
Liyana Jasmay
Malaysiaku, selamat menyambut kemerdekaan yang ke-57. Semoga dengan kemerdekaan ini akan menyatukan kita dengan lebih erat bagi semua bangsa dan agama, supaya kita sebagai rakyat akan terus merdeka dengan jiwa yang kental dalam menghadapi segala cabaran mendatang. Salam sayang buat semua rakyat Malaysia.
Adibah Noor
Sedangkan jari jemari kita berbeza-besa tapi saling memerlukan. Namun kalau hilang satu sekalipun, maka pincanglah kehidupan. Raikan perbezaan di antara kita. Malaysia tiada selainnya, kau tetap ku cinta Malaysia.
Nurul Wahab
Selamat Hari Kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Teruskan keharmonian dan jangan berbalah. Untuk generasi muda belajarlah dari generasi tua, belajarlah untuk tertib. Teruskan bersatu padu tak kira apa kaum. Malaysia terus dipandang dunia dan kita harus mempertahankan kemerdekaan ini selama-lamanya.

Atilia Dan Adam Bersatu Pada 31Ogos2014

Posted: 01 Sep 2014 09:14 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2014:  Dalam diam-diam, penyanyi Atilia yang kini turut bergelar guru Yoga bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Adam.

Berita yang menggembirakan itu telah diumumkan sendiri oleh Atilia atau nama sebenarnya Raja Atilia Raja Haron menerusi laman instagram peribadinya. 

Atilia yang hit menerusi lagu Sangkar telah membuat pemgumuman tersebut selepas memuatnaik gambar pelaminnya.

Dia turut memaklumkan bahawa dia bakal berkahwin pada hari ini di sebuah majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat handai.

"Terima kasih kepada yang mendoakan perkahwinan kami," katanya. 


Sumber:murai.com.my

Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Dek Anak Berpelok

Posted: 01 Sep 2014 09:09 PM PDT

KL, 27 OGOS 2014: Sekarang ni apa sahaja yang berkaitan atau yang dilakukan oleh artis pasti menjadi perhatian dan silap langkah sahaja pasti cepat sahaja dikritik oleh orang ramai dan peminat.
Terbaru foto berpelukan anak kepada pelakon Nora Danishd an Erra Fazira yang dimuat naik ke dalam Instagram Nora telah dikritik hebat oleh pengikutnya yang kurang senang dengan adegan itu.
Adegan Rayqal dan Aleesya berpelukan itu nampaknya membuatkan ada yang kurang senang dan menganggap ianya tak perlu dibiarkan kerana takut akan berlanjutan bila dewasa nanti.
Namun tak kurang juga yang masih berfikiran positif kerana menurut mereka kanak-kanak itu masih kecil kerana ianya hanya sekeping foto yang mesra dari anak kecil.
Berikut merupakan foto tersebut.
Sumber: murai.com.my

Rumah Ramli Ms Kena Serbu

Posted: 01 Sep 2014 09:04 PM PDT


SUMBER OLEH BERITA HARIAN 
PUCHONG, 28 OGOS 2014: Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.
Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.
Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.

Diserbu JAIS, Suatu Rahmat Buat Alyah ?

Posted: 01 Sep 2014 08:48 PM PDT


Kredit Foto: Instagram Alyah 
KL, 28 2014: Hari ni rakan-rakan Murai Batu di portal Murai tidak senang duduk. Terutamanya si Ketua Editornya iaitu Ellyna Ali. 

Apa tidaknya dari pagi hingga ke saat ini, tak henti-henti dia menerima panggilan telefon daripada entah siapa entah yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu perkahwinan pengarah muzik, Dato' Ramli MS dengan penyanyi Alyah. 

Rata-rata bertanya mengapa Ramli MS perlu merahsiakan perkahwinan tersebut? Sedangkan, ramai yang tidak kisah pun dengan hubungan cinta yang terjalin di antara mereka berdua serta keputusan mereka untuk mendirikan rumahtangga. 

Iyalah, kalau sudah suka sama suka, apa salahnya. Kalaupun ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan perkahwinan mereka memang betul-betul terpaksa dirahsiakan, tidak payahlah beriya-iya mengelak atau cuba menafikan perkara tersebut sebelum ini. 

Sebab, bila kesahihan tentang berita perkahwinan mereka terlerai dan rahsia yang cuba disimpan kemas sebelum ini tiba-tiba pecah, siapa yang akan tanggung malu kalau bukan diri sendiri? 

Ironinya, segalanya terlerai apabila mereka diserbu oleh pihak JAIS. Mahu tidak mahu, terpaksalah mereka membuat pengakuan bahawa mereka sudah pun berkahwin di Batam, Indonesia kira-kira setahun setengah yang lalu. 

Agaknya kalaulah peristiwa tangkapan ini tidak terjadi, sampai bila agaknya rahsia hendak disimpan? Sampai bila agaknya Alyah terpaksa mendiamkan statusnya yang sudah pun bergelar isteri orang sejak sekian lama ini? 

Rasanya inilah suatu  rahmat yang tidak terhingga buat Alyah. Walaupun diserbu JAIS adalah suatu perkara yang memalukan, tetapi akhirnya statusnya sebagai isteri Ramli MS telah pun terjawab akhirnya tanpa ianya keluar dari mulutnya sendiri.
Berkat kesabaran Alyah selama ini agaknya, akhirnya itulah hikmahnya yang diperolehi. Bak kata Pak Mustarjo dalam filem Pendekar Bujang Lapok: "Sabarlah,,, kerana Tuhan akan sentiasa membantu orang-orang yang sabar....". 
Apapun, Murai Batu lihat ramai geng wartawan hiburan dan orang-orang industri yang tersenyum puas apabila mengetahui tentang berita perkahwinan mereka, hasil daripada susulan serbuan tersebut. 

Seorang editor hiburan di Utusan turut meletakkan sebuah posting yang cukup menarik di laman facebooknya. Posting tersebut ditujukan kepada Ramli MS. 

Posting tersebut berbunyi: Wartawan tanya dengan baik, kau nafi, kau mengelak. Wartawan tanya-tanya lagi, kau "maki", kau buat muka sinis tak berjenis. Mati-mati tak mengaku dah kahwin. Àkhirnya, kena libatkan pihak JAIS, tak boleh mengelak dah, terpaksa mengaku korang dah kahwin setahun lebih. Persoalannya, kenapa tak nak mengaku? Buruk sangat ke laki/bini tu sampai tak nak diakui statusnya? Malulah jadi perempuan kalau kahwin, laki tak mengaku bini. Macamanalah masyarakat nak hormat orang seni, kalau begini perangainya? Datuk ke tak Datuk, ada aku kisah?


Ha.. Murai Batu harap perkara ini akan dapat dijadikan iktibar oleh kita semua. Kalau betul kahwin, tak payah nak sorok-sorok dan tak payah nak cuba nafikan. Benda yang baik, harus diuar-uarkan. Kalau tidak diuar-uarkan, Allah SWT sendiri pun boleh 'kantoikan'. Siapa kita hendak tandingi kuasa Allahkan? 

Sumber: murai.com.my

Ramli Ms Maki Pengikut FB

Posted: 01 Sep 2014 08:45 PM PDT


Sumber Astro Gempak
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2014: Sekitar minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita 'perkahwinan sorok' pengarah muzik terkenal Ramli M.S dan penyanyi Alyah.
Berita tersebut telah menjadi viral dan perbualan semua pihak termasuk di media-media sosial.
Astro Gempak pada Jumaat lepas telah menerima e-mel daripada seorang pembaca yang memberitahu tentang pengarah muzik tersebut yang telah memaki pengikut di laman sosial Facebook.
Menurut pengirim e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai 'L', Ramli telah menggunakan perkataan 'P***M*K' terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinannya dengan Alyah.
Kata 'L' lagi, seorang temannya telah memuatnaik status di laman Facebook berserta keratan berita bertajuk "Macamlah Saya Jual Dadah," terbitan mStar Online pada Jumaat lepas.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada teman-teman Facebook yang kemudiannya bertindak memberi pandangan masing-masing.
Status teman 'L' itu juga telah menarik perhatian Ramli yang bertindak memaki pemberi komen: "Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku."
Selepas itu Ramli meninggalkan satu lagi komen : "Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!"
Sebelum mengakhiri tulisannya, 'L' berkata, dia tidak menyalahkan Ramli menegur pemberi-pemberi komen tersebut, cuma kurang berkenan apabila perkataan 'p***m*k' itu digunakan.
Bagi Astro Gempak pula, mengenali Ramli dan pendiriannya yang tidak suka kisah peribadinya dijaja, sudah tentu komen-komen tersebut menaikkan kemarahannya sehingga menyebabkan dia terlepas kata.
Walau apapun kita doakan Ramli dan Alyah hidup bahagia hingga ke akhir hayat.
Terdahulu dilaporkan Ramli dan Alyah telah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun yang lalu.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani