Saya Tahu Dia Tunang Orang – Zalif Sidek
Saya Tahu Dia Tunang Orang – Zalif Sidek |
Saya Tahu Dia Tunang Orang – Zalif Sidek Posted: 22 Aug 2014 03:53 AM PDT Pergh~~ Walaupun sudah tahu wanita yang didampinginya adalah tunang orang, Zalif Sidek masih selamba berkawan rapat dan berposing mesra bersama si gadis yang dikenali dengan nama Shahirah ini. Mungkin Zalif memegang prinsip ‘selagi belum nikah aku masih ada can lagi’. Prinsip ini hanya mampu ditegakkan oleh mereka yang benar-benar yakin diri.
Nasihat Abang Nara, tak payahlah nak kacau tunang orang. Banyak lagi awek-awek di luar sana. Bayangkan kalau satu hari nanti tunang anda dikacau oleh lelaki lain sampai tak jadi kahwin. Tak ke sedih? Memanglah kalau jodoh tak ke mana. Namun kita haruslah berusaha untuk tidak menidakkan jodoh seseorang tue. Tak gitu? P.S: Pembangunan generasi baru Golf MK8 sudah bermula Baca Yang Ini Pulak:- |
Awie Tidak Pernah Daftar Perkahwinan Kami – Rozana Misbun Posted: 22 Aug 2014 01:26 AM PDT Perkahwinan selama 9 tahun Awie dan Rozana Misbun rupa-rupanya tidak pernah didaftarkan selama ini. Pendedahan ini telah dilakukan oleh Rozana sendiri selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu. Untuk makluman, mereka telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005.
Rozana juga sempat memberi komen mengenai pelbagai cerita yang tidak sedap didengar mengenai dirinya yang bertebaran di Internet sejak kebelakangan ini. Kata Rozana:-
Pastinya kes mahkamah yang sedang berjalan antara Awie dan Rozana akan bertambah rumit kerana tiada bukti pendaftaran nikah mereka. Sama-samalah kita harapkan ada jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak. Jangan sampai anak-anak teraniaya sudahlah. Apa jua keputusan yang ingin dilakukan, fikirkanlah masa depan anak-anak yang tercinta. Info asal Mstar Online. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment