Menantu Perkosa Ibu Mertua Tengah Berkemban
Menantu Perkosa Ibu Mertua Tengah Berkemban |
- Menantu Perkosa Ibu Mertua Tengah Berkemban
- Nora Danish Mengamuk Dengan Hotel Legoland, Terperangkap Dalam Lif
- Pelik: Operator TNB Bercakap Dengan Cermin Setiap Hari
Menantu Perkosa Ibu Mertua Tengah Berkemban Posted: 17 Aug 2014 05:58 PM PDT Menantu Perkosa Ibu Mertua Tengah Berkemban | Sifat kebinatangan menguasai nafsu seorang menantu apabila sanggup memperkosa ibu mentua yang juga warga emas dengan menutup mulutnya menggunakan kain dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeriah, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa berusia 69 tahun bukan saja diperkosa, malah dibiarkan menanggung kesakitan sebaik perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumahnya. Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa berseorangan di rumah sambil berkemban sebelum suspek berusia 42 tahun secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu.
“Suspek turut menyumbat mulut mangsa dengan kain bagi mengelak jeritannya didengari jiran,” katanya ketika ditemui, semalam. |
Nora Danish Mengamuk Dengan Hotel Legoland, Terperangkap Dalam Lif Posted: 17 Aug 2014 05:24 PM PDT Nora Danish Mengamuk Dengan Hotel Legoland, Terperangkap Dalam Lif | Kalau kami berada dalam situasi Nora Danish pun boleh naik kemarahan selepas terperangkap dalam lif tanpa bantuan daripada pihak hotel yang bertanggungjawab. Pelakon itu baru baru telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau di Instagram. Menurut Nora Danish beliau bersama kakaknya Nadya, Zarema Zainal isteri kepada Aidil Zafuan dan juga seorang pengawal peribadi Nedim Nazri telah terperangkap dalam sebuah lif di hotel Legoland selama sejam dan pada 30 minit pertama tiada siapa yang datang membantu. “Selama 10 minutes my sister Nadya yang berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can you imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yang jaga dan monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini!”
“Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatnya orang didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dengan lagu dan juga lampu berkelip. Memang pening la sesiapa yang stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau memeningkan my pregnant friend adn my sister yang asthma itu, mereka kata tidak boleh”
Mungkin hotel Legoland boleh jawab apa masalah sebenarnya yang terjadi sehingga kakitangan sendiri mengakui perkara ini sudah banyak kali terjadi. Jangan tunggu ada tragedi baru melatah mahu perbetulkan keadaan ya tidak?-rotikaya |
Pelik: Operator TNB Bercakap Dengan Cermin Setiap Hari Posted: 17 Aug 2014 04:51 PM PDT Pelik: Operator TNB Bercakap Dengan Cermin Setiap Hari | Bercakap depan cermin. Mungkin suatu perbuatan pelik malah seseorang individu yang melakukannya akan dianggap kurang siuman namun bagi sesetengah individu, perbuatan itu menjadi aktiviti lumrah mereka. Hakikatnya tidak ramai yang tahu bahawa perbuatan tersebut dipraktikkan kesemua operator di Tenaga Nasional Berhad (TNB) CareLine semasa berkomunikasi dengan pelanggan di talian yang rata-rata mempunyai seribu satu kerenah. Setiap operator di TNB CareLine diberikan satu cermin bulat yang diletakkan di atas meja masing-masing untuk melihat diri sendiri semasa berinteraksi dengan pelanggan.
Berpengalaman selama 12 tahun di dalam kerjaya tersebut, wanita berasal dari utara tanah air, Nur Azian Aziz berkongsi saat manis sepanjang mengendalikan pelbagai aduan serta permasalahan pelanggan TNB. Berkongsi rahsia bercakap depan cermin, Nur Azian berkata apabila sedang berkomunikasi dengan pelanggan di talian telefon, beliau dapat melihat mimik muka malah dapat membantu mengawal emosi.
Beliau berkata, baru-baru ini seorang pelanggan TNB telah menghantar e-mel kepada pengurusnya menyatakan ucapan terima kasih kepada beliau yang pantas memberi respons kepada aduan. |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment