Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab

Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab


Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab

Posted: 25 Aug 2014 02:46 PM PDT

pra perkahwinan emma maembong dan zizan razak Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab

Gambar pra perkahwinan Zizan Razak dan Emma Maembong? Adakah berita dan penyebaran gambar itu benar? Menerusi laporan mStar Online hari ini, pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan berkenaan. Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.

“Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya. Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini,” katanya.

emma maembong dan zizan razak pra perkahwinan Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab

Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu. Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan. Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan. Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.

“Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan. Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi,” tuturnya.

 

emma maembong dan zizan razak jepun Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab
gambar pra perkahwinan emma maembong dan zizan razak Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jepun Terjawab
- sumber -

 

Gambar Perkahwinan Aaron Aziz Dan Siti Saleha Tersebar

Posted: 25 Aug 2014 01:04 PM PDT

Gambar Perkahwinan Aaron Aziz Dan Siti Saleha Tersebar |  Dua pelakon terkenal tanah air, Aaron Aziz dan Siti Saleha sememangnya mempunyai chemistry tersendiri dan tidak dinafikan sama padan dan cantik sehingga mereka dulu pernah mencetuskan fenomena melalui drama bersiri Nora Elena.

Terbaru, Aaron Aziz dan Siti Saleha kini digandingkan lagi sekali sebagai pasangan kekasih untuk berlakon dalam Telefilem berjudul Cinta Paling Agung.

gambar kahwin Aaron Aziz dan Siti Saleha Gambar Perkahwinan Aaron Aziz Dan Siti Saleha Tersebar

 

-sumber-
 

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Terpegang Tangan Tunang

Posted: 25 Aug 2014 12:50 PM PDT

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Terpegang Tangan Tunang  |  Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

 Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Terpegang Tangan Tunang

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.

Kontroversi Nabil Ahmad Bakal Disingkir Dari Meletop?

Posted: 25 Aug 2014 12:42 PM PDT

Kontroversi Nabil Ahmad Bakal Disingkir Dari Meletop?  |   Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, terkejut dengan berita tersebut sedangkan dia baru saja menandatangani perjanjian bagi menyambung kontrak selama dua tahun bagi mengendalikan program berkenaan.

"Siapalah yang buat gosip macam ini, apa salahnya tanya saya dahulu?

"Terkejut saya apabila membaca gosip tersebut. Saya terus bertanyakan pihak produksi Meletop adakah ia benar sedangkan saya baru saja menyambung kontrak dengan mereka.

"Pihak produksi pun terkejut dengan berita itu kerana apa yang dinyatakan dalam gosip itu adalah salah dan tidak benar," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Minggu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Nabil bakal disingkirkan daripada Meletop oleh pihak produksi memandangkan pengacara gandingannya, Neelofa mahu menarik diri mengendalikan program berkenaan.

Meletop disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Laporan tersebut turut menyatakan tempat Nabil akan digantikan dengan pelawak popular, Zizan Razak.

Perkara itu membuatkan Nabil  berasa hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi kerana ia dilakukan tanpa melakukan perbincangan dengannya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, sehingga kini gosip mengatakan Neelofa bakal menarik diri juga tidak diketahuinya kerana dia bersama pengacara wanita itu masih lagi menjalankan tugas masing-masing seperti biasa.

"Saya ada dengar juga mengatakan Neelofa mahu tarik diri. Tetapi sehingga kini pihak produksi tak cakap apa-apa lagi. Peliklah, macam-macam spekulasi pula yang muncul.

"Apa-apapun, saya percayakan pada rezeki. Jika pihak produksi masih lagi mahu saya terus mengendalikan Meletop, itu rezeki. Dan jika mereka enggan menggunakan khidmat saya pun tidak apa. Yang penting biarlah segala urusan dibuat dengan betul," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Kata pelawak itu, isterinya, Nazirah Ayub, 26, kini sedang hamil dua bulan dan berita itu membuatkan dia lebih bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar lebih stabil pada masa akan datang. Nabil dan Nazirah turut mempunyai seorang anak bernama Naira Mikayla yang berusia dua tahun. -mStar-

 

Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Hancur Berkecai

Posted: 25 Aug 2014 12:38 PM PDT

Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Hancur Berkecai  |  Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah apabila kedua-dua mereka putus cinta.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin.

Intan berkata, biarpun hubungan tersebut sudah berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa.

Apakan daya… sudah tiada jodoh antara mereka. Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu menjelaskan, dia tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional.

"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Kamal, 28,  yang dihubungi mStar Online terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu.

Malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.

"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya.  – mStar-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani