Powered by Blogger.

(Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh

(Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh


(Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh

Posted: 07 Aug 2014 06:33 PM PDT


Addin

(Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh


Kanak-kanak wanita Indonesia yang dibawa arus dalam tsunami Lautan Hindi pada 2004, ditemukan semula dengan ibu bapanya sepuluh tahun selepas dianggap meninggal dunia, kata ibunya semalam.

Raudhatul Jannah berumur empat tahun ketika beliau dan abangnya dibawa arus daripada rumahnya di wilayah Aceh Barat pada 26 Disember 2004, kata Jamaliah, ibunya, kepada dpa.

Jamaliah berkata beliau dan suaminya berhenti mencari selepas sebulan setelah percaya anaknya meninggal dunia, sehinggalah saudaranya menemui remaja menyerupai anaknya pada Jun.

Mereka mendapati gadis itu dijaga oleh seorang perempuan tua berdekatan daerah Aceh Barat Daya. Keluarga mereka disatukan semula kelmarin.

Jamaliah menunjukkan gambar Raudhatul Jannah pada 2004
"Saya dan suami sangat gembira berjumpa lagi dengan dia," kata Jamaliah melalui telefon daripada Meulaboh, bandar utama di Aceh Barat. "Ini keajaiban tuhan."

Jamaliah berkata beliau pada mulanya meragui gadis itu anak perempuannya sehinggalah dapat menatap wajahnya.

"Jika ada siapa lagi yang ragu, saya sedia buat ujian DNA," katanya.

Jamaliah berkata selepas tsunami melanda rumahnya, Raudhatul dan abangnya, ketika itu tujuh tahun, terlepas daripada tangan suaminya ketika berpaut di papan kayu yang terapung.

Raudhatul, sekarang 14 tahun, memberitahu bahawa abangnya juga mungkin selamat kerana mereka tersadai di Pulau Banyak, menurut ibunya.

"Kami akan cari dia di Pulau Banyak kerana kami percaya dia masih hidup," katanya.

Pulau terpencil yang tanpa penduduk itu terletak kira-kira 40 kilometer dari pantai.

Tsunami Lautan Hindi melanda selepas gempa bumi dari pulau Sumatra, mengorbankan 230,000 orang daripada 14 negara, termasuk 17,000 nyawa di Aceh. ~dpa




Iklan C (ii)





Tindakan Bijak PAS Bagi Mengelak Pakatan Rakyat Berpecah.. Saksikanlah

Posted: 07 Aug 2014 05:36 PM PDT


Addin

Tindakan Bijak PAS Bagi Mengelak Pakatan Rakyat Berpecah.. Saksikanlah


Dalam satu langkah yang dilihat untuk mengelakkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah, PAS menunda tarikh mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang sepatutnya berlangsung pada10 Ogos ini kepada 13 Ogos untuk mempertimbangkan cadangan PKR berhubung kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, penangguhan mesyuarat untuk menimbangkan cadangan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertujuan untuk disesuaikan dengan beberapa perubahan yang berlaku.

"Kita perlu ubah untuk sesuaikan dengan keperluan semasa," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Penangguhan mesyuarat PAS ini dilakukan selepas Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam PR.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau," kata kenyataan itu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Khalid sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan PR.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden PR 23 Julai lalu, gabungan pembangkang itu menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008.

"Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Lim berkata, jika semua pemimpin PR sama ada DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan Barisan Nasional dalam PRU14.

"Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya. ~tmi


Addin:

Addin sokong tindakan PAS ini, elak membuat tindakan kurang bijak dan merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Biarkan Umno berhenti bertepuk tangan dan bersorak..




Iklan C (ii)





Gadis Ini Selamatkan Nyawa Ayah Melalui Facebook..

Posted: 07 Aug 2014 04:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

Gadis Ini Selamatkan Nyawa Ayah Melalui Facebook..

Gadis kecil ini hindarkan ajal sang ayah dengan Facebook
Anak umur 10 tahun ini selamatkan ayahnya pakai Facebook. ©2014 ABCNews

Ketika ramai orang menggunakan Facebook untuk aksi-aksi yang kurang terpuji, gadis kecil berumur 10 tahun ini berjaya menyelamatkan ayahnya yang tengah tenat memakai sosial media nombor satu di dunia itu.

Seperti yang diberitakan oleh ABC News (16/6), seorang gadis kecil bernama Brianna Vance, 10, asal West Virginia, AS, menggunakan Facebook disaat yang tepat apabila sebuah badai hebat menghentam kediamannya.

Badai tersebut dilaporkan menumbangkan salah satu pohon di dekat rumahnya. Nahas, ayah Brianna, Gregory Vance, dan kedua temannya tertimpa runtuhan tersebut. Melihat ayah tengah dalam keadaan luka parah, Brianna lantas berusaha mencari pertolongan menggunakan telefon pintarnya.

 
Tetapi, badai ternyata juga memutuskan isyarat telefon yang ada di kawasan tersebut. Rupanya Dewi Fortuna masih menghampiri Brianna, saat Wi-Fi yang ada di tempat tinggalnya masih menyala. Dengan cepat gadis ini membuat sebuah video SOS atau pertolongan yang dihantar via Facebook.

"Petir telah menumbangkan sebuah pohon dan menimpa rumah kami. Ayahku tertimpa dan hampir korban, dia memerlukan ambulan segera. Tolong hubungi ambulan jika anda dalam liputan isyarat telefon. Kami tinggal di rumah berwarna kuning," ujarnya sambil teresak dalam video.

Untungnya, ada seseorang yang melihat videonya dan akan menghubungi 911 Akhirnya ayah dan kedua kawannya pun berjaya diselamatkan oleh petugas penyelamat tak lama selepas itu. Kini Gregory Vance telah keluar dari hospital
dan dapat berkumpul kembali dengan anak perempuannya yang telah menghindarkannya dari maut.
 (IH)


SPRM Dakwa Tuduhan Saifuddin Nasution Tidak Benar, Berniat Jahat

Posted: 07 Aug 2014 02:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

SPRM Dakwa Tuduhan Saifuddin Nasution Tidak Benar, Berniat Jahat




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membidas kenyataan Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia mengamalkan siasatan selektif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2014. 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membidas kenyataan Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia mengamalkan siasatan selektif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2014. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan tuduhan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia akan bersikap "selektif" terhadap sebarang siasatan ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak benar dan berniat jahat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata badan itu sama sekali tidak pernah mengamalkan siasatan yang memihak kepada mana-mana pihak.

"Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Saifuddin bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.

"SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shukri mengulas kenyataan Saifuddin seperti dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris The Malay Mail Online, yang mendakwa Khalid berani membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Selangor kerana badan itu tidak akan mengambil sebarang tindakan susulan.

Dalam artikel itu, Saifuddin turut mendakwa Khalid berani membuat laporan berkenaan kerana beliau sudah menjadi anggota politik "mesra-Barisan Nasional".

"For sure SPRM will clear him. You know the words 'selective investigation?' They will apply that to Khalid," kata Saifuddin seperti dipetik dalam laporan berita itu.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata tugas dan tanggungjawab SPRM hanyalah menyiasat setiap kes yang ada unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.

"Akta SPRM 2009 dengan jelas memperuntukkan tugas SPRM hanyalah menjalankan siasatan manakala sama ada terdapat merit untuk mendakwa atau sebaliknya, ia merupakan tugas Pendakwa Raya berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh.

"Kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau turut menegaskan mana-mana aduan atau maklumat yang mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya. – Bernama, 7 Ogos 2014.
Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


PKR Pilih Saya Jadi MB S'gor, Bukan Azmin. -Wan Azizah

Posted: 07 Aug 2014 01:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

PKR Pilih Saya Jadi MB S'gor, Bukan Azmin. -Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Makan Malam Bersama Kak Wan – Fakta Di Sebalik Penukaran MB Selangor' di Ampang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2014. 
 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Makan Malam Bersama Kak Wan – Fakta Di Sebalik Penukaran MB Selangor' di Ampang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2014.

Calon PKR untuk jawatan menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengenepikan cadangan Mohamed Azmin Ali juga perlu dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi negeri itu.

"Parti memilih saya, terima kasih," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada program makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor.

Beliau mengulas laporan beberapa pemimpin PKR Selangor yang mengatakan Azmin, timbalan presiden PKR dan ketua PKR Selangor, juga mempunyai keupayaan memerintah negeri terkaya di negara ini. Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari dan Ketua Penerangan Selangor Shuhaimi Shafei menegaskan, Azmin patut dinamakan sebagai calon bersama Dr Wan Azizah, memandangkan pengalaman luas beliau dalam parti.

PKR nampaknya berpecah kepada dua puak, mereka yang ingin presiden parti menggantikan Khalid sebagai menteri besar, dan penyokong Azmin. Satu sidang media bagi mengumumkan sokongan terhadap Dr Wan Azizah oleh cawangan Selangor berakhir dalam keadaan huru-hara semalam apabila kenyataan akhbar kedua diedarkan kepada media sebaliknya menyokong Azmin.

Namun, kenyataan Dr Wan Azizah hari ini disahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang memberitahu pemberita kepimpinan tertinggi PKR memilih beliau seorang sahaja secara rasmi. Terdahulu pada petang tadi, Dr Wan Azizah memberitahu kira-kira 1,000 penduduk di padang Kelab Belia Kampung Baru Ampang sebagai menteri besar, beliau akan memberi tumpuan kepada keadilan, kebersihan Selangor dan membawa negeri ke hadapan.

"Kami mahu mempercepatkan peningkatan. Apabila saya memasuki Kajang, saya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, sampah, saya dapati kadar jenayah yang tinggi. Saya pergi ke hospital dan ia penuh dengan kes-kes denggi.
"Ia bukan kerana mahu menjadi menteri  besar tetapi jika kita ingin menyelamatkan keadaan, jika kita ingin membawa Selangor ke hadapan dan Malaysia amnya, kita perlu perubahan ini," kata presiden PKR yang mendapat sorakan dan tepukan daripada orang ramai. (IH)


Sukan Bogel P.Pg Kerana DAP, Sukan Bogel Negara Di Bawah UMNOIslam?

Posted: 07 Aug 2014 07:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Sukan Bogel P.Pg Kerana DAP, Sukan Bogel Negara Di Bawah UMNOIslam?

 
Umno Pulau Pinang mempersoalkan sekiranya penganjur sukaneka bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang berani menjalankan kegiatan tersebut memandangkan negeri berkenaan diterajui DAP.

Ia dibangkitkan oleh pengerusi badan perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman yang turut mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Beliau mendakwa Lim "lepas tangan" dalam kes berkenaan dan kerana menyerahkannya untuk disiasat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Apakah penganjuran acara yang memalukan dan tidak bermaruah sebegini boleh berlaku di Pulau Pinang kerana individu yang menyertainya berasa bebas dan tidak takut melakukannya di negeri ini kerana Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui DAP?
"Kenyataan pendirian Kerajaan Pulau Pinang terhadap penganjuran sukan bogel berkenaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kerajaan negeri hanya berbangga ketika jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat tetapi dengan cepat melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain apabila terdapat pelancong yang melakukan perbuatan memalukan.

Lim dalam kenyataannya semalam menyebut maklumat bahawa seorang renjer Taman Negara berada di lokasi kejadian ketika kegiatan bogel itu berlaku.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa Taman Negara bertindak ke atas perkara berkenaan memandangkan kawasan tersebut tertakluk kawasan itu tertakluk bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam kenyataannya, Zainal berkata "sukan bogel" merupakan perbuatan "jijik dan memalukan" yang mencemar nama baik Pulau Pinang dan negara ini.

Beliau seterusnya menggesa Kementerian Pelancongan dan agensi pelancongan memastikan para pelancong memahami dan menghormati budaya dan agama warga tempatan.

"Penularan budaya songsang, tidak sihat dari luar negara yang bertentangan dengan adat, budaya, amalan dan agama rakyat Malaysia perlu disekat kemasukannya agar tidak mencemarkan nilai murni yang menjadi pegangan dan cara hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama," katanya.

Beliau turut mendesak polis menyegerakan siasatan dan mendakwa individu terlibat dengan secepat mungkin. Salah seorang daripadanya dikenalpasti sebagai bekas ketua Wanita Kedah. GERAKAN menjelaskan, wanita berusia 40-an itu bagaimanapun tidak lagi menganggotai parti tersebut, dan GERAKAN juga tidak terlibat dengan kegiatan bogel itu.

Sukan telanjang atlet Malaysia menuju ke arah ini. Tak ada pula rakyat Malaysia yang membantah penyebarannya sepert bantahan dalam blog ini, yang baru siar gambarnya saja. Sedangkan kerajaan Malaysia berusaha memperjuangkan ketelanjangan dan kejahiliahannya ke seluruh dunia. Guna habis jentera kerajaan hak rakyat untuk itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Umno Pulau Pinang mempersoalkan sekiranya penganjur sukaneka bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang berani menjalankan kegiatan tersebut memandangkan negeri berkenaan diterajui DAP.  

Samakah dengan ahli sukan negara ini 'berpakaian tetapi telanjang,' yang lebih berani lagi perkenalkan 'sukan telanjang'nya secara rasmi keperingkat global kerana Malaysia ditadbirkan oleh UMNO Islam?


Sukan telanjang Pulau Pinang bergerak secara gelap mungkin peringkat negeri atau nasional, tetapi sukan telanjang Malaysia secara terang-terang penuh penghargaan berperanan ke peringkat antarabangsa. Apabedanya dari sudut Islam agama rasmi Persekutuan, dan kemanusiaan sejagat?


Porrah! UMNO..


Pakatan Rakyat Bakal Berpecah.. Lagi Bukti Terserlah

Posted: 07 Aug 2014 07:25 AM PDT


Addin

Pakatan Rakyat Bakal Berpecah.. Lagi Bukti Terserlah


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi masa 24 jam kepada ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hasan Tantawi untuk menarik balik apa yang didakwa "pembohongan" terhadap pentadbirannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Lim menjawab komen Nasruddin semalam bahawa dia tidak dikritik mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepertimana yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Nasruddin mendakwa projek terowong bawah laut itu akan mencecah harga RM4.63 bilion dan mendakwa ia diberikan secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Bhd.

Nasruddin turut mendakwa bahawa pentadbiran Lim mencatatkan bajet defisit selama enam tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata semua tuduhan itu sama seperti yang dibuat tentera siber pro-BN dan pro-Umno selama ini.

"Jika Nasruddin mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim yang baik dan tidak munafik, maka beliau patut menarik balik pembohongan itu dan memohon maaf kepada saya dalam masa 24 jam," kata Lim.

"Jika gagal berbuat demikian, maka tindak tanduknya tidak bermaruah dan tiada bezanya dengan Umno.

"Saya tiada pilihan dan akan melayannya sepertimana saya melayan lawan dari BN dan akan mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menyebarkan fitnah dan kata-kata nista terhadap saya," tambahnya. ~mk




Iklan C (ii)





Isu MB: PAS Tunda Mesyuarat Ke 13 Ogos. Ada Apa-apa Ke?

Posted: 07 Aug 2014 07:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Isu MB: PAS Tunda Mesyuarat Ke 13 Ogos. Ada Apa-apa Ke?

 
KL: PAS Pusat menunda tarikh mesyuarat kepada 13 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily petang ini.

Bagaimanapun, katanya masa dan tempat mesyuarat tidak berubah. Sebelum ini, PAS Pusat menetapkan 10 Ogos untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

Demikian lapor Harakahdaily. (IH) 



Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


B/Ketua Wanita Gerakan Sertai Pesta Sukan Bogel

Posted: 07 Aug 2014 05:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

B/Ketua Wanita Gerakan Sertai Pesta Sukan Bogel

Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang tersebar luas di Internet. Polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu dengan tujuh daripadanya rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2014.  
Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang tersebar luas di Internet. Polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu dengan tujuh daripadanya rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2014.  

Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.


Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.

"Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan.
"Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an. Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.
"Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.
















Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet. Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia.(IH)


MB S'gor: Kenyataan Penuh Majlis Syura PAS Kekalkan Khalid.

Posted: 07 Aug 2014 04:58 AM PDT


Ibnu Hasyim

MB S'gor: Kenyataan Penuh Majlis Syura PAS Kekalkan Khalid.




KL: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
- HARAKAHDAILY 7/8/2014

Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Lelaki bunuh diri dengan nota "Tidak Tahan Tekanan Kerja" ditemui

Posted: 07 Aug 2014 02:39 AM PDT


Tengok TV Online

Lelaki bunuh diri dengan nota "Tidak Tahan Tekanan Kerja" ditemui


SANDAKAN – Mayat seorang lelaki bersama nota bertulis 'tidak tahan tekanan kerja' ditemui di tingkat lima tempat letak kereta di salah sebuah bangunan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mayat Chang Fui Leong, 45, dijumpai pada pukul 2.50 pagi dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan berkenaan.

Katanya, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut mendapati mangsa yang berjalan seorang diri ke tingkat 10 tidak menunjukkan detik-detik ketika mangsa bertindak terjun.

Pemeriksaan menemui sekeping nota dalam tulisan Cina pada poket seluar mangsa berbunyi "Saya tidak tahan tekanan kerja, saya bunuh diri, tolong hubungi kawan saya dan adik saya," kata Rowell.

Menurut Rowell mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk bedah siasat dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Gambar kembar seiras Datuk Lee Chong Wei tersebar

Posted: 07 Aug 2014 01:21 AM PDT


Tengok TV Online

Gambar kembar seiras Datuk Lee Chong Wei tersebar

Pelanduk dua serupa... Gambar kembar seiras jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tersebar di media sosial. Namun, gambar wanita bertudung itu tidak diketahui pula siapa tuan empunyanya.

Jika Datuk Lee Chong melihat gambar dibawah, pasti beliau berasa geli hati.




Mulai Hari Ini.. Kemelut Di Selangor Bertambah Rumit

Posted: 07 Aug 2014 12:44 AM PDT


Addin

Mulai Hari Ini.. Kemelut Di Selangor Bertambah Rumit


Semua dah jadi kelam kabut apabila Majlis syura Ulamak tiba-tiba membuat pendirian sesuatu yang tiada kena mengena dengan dasar PAS.

Harakah melaporkan bahawa "Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah."

Aneh! Bukankan Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS?

Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat", maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR! 

Dinyatakan bahawa: "keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti." Sejak bila Majlis Syura Ulamak ada membuat kajian untuk menentukan majoriti rakyat menyokong Tan Sri Khalid? 

Dari kalangan ADUN-ADUN Selangor sendiri belum tentu Khalid berjaya mem[perolehi majoriti inikan pula seluruh rakyat! Sementelah lagi ahli partinya sendiri sudah pun menolak beliau dari dipilih menjadi Ketua Cabang dan Timbalan Presiden PKR!

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?

Di dalam Islam, siapa kata panglima Islam yang bernama Khalid Al-Walid tidak berintegiriti? Tetapi beliau dipecat dan digantikan olehg orang lain sekalipun seluruh masyarakat Islam ketika itu menyokong Khalid Al-Walid. Tak timbil soal integriti. Tetapi Khalid Al-Walid akur dengan keputusan kepimpinan. menagapa?

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a. 

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati. 

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a. 

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu. 

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya! ~greenboc




Iklan C (ii)





Krisis Politik Di Selangor Di Jangka Meletop Hari Ini.. Ini Puncanya

Posted: 06 Aug 2014 09:39 PM PDT


Addin

Krisis Politik Di Selangor Di Jangka Meletop Hari Ini.. Ini Puncanya


KUALA LUMPUR: Krisis politik di Selangor yang melibatkan usaha PKR mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kerusi menteri besar dijangka lebih hangat hari ini.

DAP yang selama ini lebih banyak berdiam diri, kecuali satu dua kenyataan dari Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua, dijangka akan menyatakan pendirian berhubung isu ini.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion di Pulau Pinang, yang dikatakan diberi secara rundingan terus.

Kenyataan itu dijawab pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan serangan tersebut keterlaluan.

Guan Eng dijangka akan menjawab tuduhan yang disifatkan tanpa asas itu dalam satu sidang media yang dijadualkan pada 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang, hari ini.

Nasruddin membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim "dibantai teruk" dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh.

Selain isu kenyataan Nasrudin, krisis Menteri Besar Selangor ini juga dikejutkan dengan sidang media Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang mana terdapat dua kenyataan media dikeluarkan.

Satu kenyataan menyokong Wan Azizah, manakala satu lagi kenyataan pula meminta supaya Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali turut dinamakan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Semalam juga, Ketua Setiausaha Sulit kepada Abdul Khalid membuat laporan kepada SPRM terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR.

Dalam keadaan diserang teruk oleh partinya sendiri dan beberapa pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat, Abdul Khalid meneruskan khidmatnya dan semalam membuat lawatan mengejut ke lokasi wabak denggi di Pandamaran, Klang.

khalid lawat kawasan denggi

Hari ini, dalam mengumpul kekuatan dalam menempuh dugaan mengalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor, jawatan yang menjadi rebutan, Abdul Khalid dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor menganjurkan solat hajat perdana untuk mempertahankan kerajaan Selangor.

Krisis politik di Selangor ini bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas apabila Abdul Khalid dikatakan tidak melaksanakan tugas seperti yang dikehendaki partinya, PKR.

Apa yang kita tahu mengenai krisis politik Selangor setakat ini:

1. Abdul Khalid dikatakan membuat keputusan tanpa merujuk pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

2. PKR menerusi mesyuarat Biro Politiknya pada Januari lalu memutuskan Abdul Khalid perlu diganti.

3. PKR menyusun startegi yang dinamakan "Langkah Kajang" untuk menggantikan Abdul Khalid.

4. Menerusi 'Langkah Kajang', ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

5. Anwar bagaimanapun tidak dapat bertanding kerana Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

6. Tempat Anwar digantikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

7. Selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Abdul Khalid tetap tidak melepaskan jawatannya.

8. PKR terus mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatan dan Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

9. Abdul Khalid bagaimanapun menegaskan beliau akan terus memegang jawatan itu hingga tamat penggal ini.

10. PAS Selangor bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

11. Pendirian PAS Selangor mendapat sokongan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

12. PKR menyifatkan PAS tidak menghormati hak mereka dalam memilih menteri besar di Selangor.

13. Pemimpin PAS dan PKR saling membuat tuduhan di laman Facebook.

14. Perbincangan dalaman kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat yang memuatkan analisis kemungkinan pari itu keluar dari Pakatan Rakyat.

15. PKR dan DAP mendesak PAS mengambil tindakan terhadap AJKnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki akibat analisisnya yang memuatkan kenyataan dikatakan bersifat perkauman.

16. Desakan supaya Abdul Khalid melepaskan jawatan terus dibuat PKR, namun ADUN Pelabuhan Klang itu tetap berdegil.

17. PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media menjelaskan Abdul Khalid terlibat dalam kes salah laku.

18. Abdul Khalid dalam kenyataan balasnya mencabar PKR melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

19. PKR memberikan laporan setebal 24 halaman yang memuatkan enam sebab kenapa Abdul Khalid perlu meletak jawatan, antaranya kes hutang Abdul Khalid dengan Bank Islam berjumlah RM59.5 juta dan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

20. PKR juga memberikan Abdul Khalid surat tunjuk sebab kerana dikatakan telah melanggar arahan parti.

21. Abdul Khalid bagaimanapun menjawab surat itu dan mendakwa surat tersebut tidak lengkap. ~awani




Iklan C (ii)





Pihak Yang Untung Dalam Krisis Di Selangor Adalah..

Posted: 06 Aug 2014 08:46 PM PDT


Addin

Pihak Yang Untung Dalam Krisis Di Selangor Adalah..


Jalan keluar daripada kemelut isu menteri besar Selangor adalah sukar, sama ada untuk mereka yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal atau mereka yang mahu bekas tokoh korporat itu pergi.

Menurut pakar sains politik dan penganalisis, ini kerana rakyat Selangor yang kebanyakannya celik politik dan kritis akan menghukum parti dalam Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan tingkah laku mereka mereka menerusi kemelut ini.

Senario paling teruk adalah krisis ini akan mencetus pilihan raya negeri di mana PR akan berdepan dengan pengundi yang hilang kepercayaan pada gabungan itu untuk mengurus dengan baik.

Senario paling baik adalah PR akan terus berkuasa. Tetapi kredibiliti mereka sebagai satu gabungan padu selain Barisan Nasional (BN) yang mampu mentadbir Malaysia akan dipersoal.

Dalam sistem demokrasi berparlimen yang dipraktikkan di Malaysia, seorang pemimpin yang memegang jawatan dalam pentadbiran awam terikat keputusan partinya.

Prinsip ini berkuatkuasa walaupun pemimpin itu dipilih rakyat dalam pilihan raya. Dalam kes ini, Khalid dipilih pengundi untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Tetapi di kalanagan 56 Adun Selangor, beliau dipilih parti komponen PR untuk dicalonkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar.

Sekiranya beliau hilang kepercayaan gabungan itu, beliau boleh diarahkan mengosongkan jawatan itu.

Bukan senang jika Khalid mahu kekal

Buat masa kini, Khalid berpendirian beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun PR dan enggan berundur daripada jawatan itu.

Ini walaupun PKR sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab agar beliau mengosongkan jawatan tersebut seperti yang diputuskan parti itu pada bulan lepas.

Khalid berdepan kemungkinan akan disingkir daripada PKR.

Penganalisis politik dari Penang Institute Dr Wong Chin Huat berkata sekiranya PKR mengambil tindakan untuk menamatkan keahliannya, Khalid hanya boleh ditamatkan sebagai menteri besar melalui usul undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sekiranya beliau gagal mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 29 Adun Selangor semasa usul itu dibentangkan, beliau mesti melepaskan jawatannya.

Wong berkata, kemungkinan pilihan raya negeri diadakan juga boleh berlaku sekiranya Khalid kalah dalam usul itu.

Pemerhati politik percaya PKR dan rakannya DAP akan bersepakat dalam usul itu dan memberi sekurang-kurangnya 28 undi tidak percaya terhadap Khalid.

DAP menguasai 15 kerusi, manakala PKR 13, selepas undi Khalid ditolak.

Sekiranya Khalid ingin menewaskan undi tidak percaya itu, beliau perlu sokongan daripada PAS yang mempunyai 15 Adun dan 12 Adun Umno. Beliau juga mesti menarik sokongan daripada satu Adun PKR atau DAP.

Tetapi senario ini amat bahaya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu sokongan semua Adun PAS dan Umno untuk menang dalam undian tidak percaya terhadapnya dalam DUN. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu sokongan semua Adun PAS dan Umno untuk menang dalam undian tidak percaya terhadapnya dalam DUN. Gambar fail The Malaysian Insider.Sekiranya semua Adun PAS menyokong Khalid, sepertimana dimahukan presiden dan mursyidul am parti itu, ia satu tindakan yang serupa dengan keluar daripada PR.

"Adalah amat tidak wajar bagi PAS untuk menyokong Khalid," kata Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

"Ia adalah satu tindakan yang membelakangi prinsip disiplin di dalam parti," katanya.

Beliau berkata, sebagai ahli, Khalid mesti akur kepada keputusan partinya.

Sokongan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap tingkah laku Khalid seolah-olah menghalalkan tindakan mana-mana ahli parti untuk mengingkari partinya, kata Wan Saiful.

"Sekiranya Adun PAS membelangkangi keputusan PR dan menyokong Khalid dalam usul undi tidak percaya, PAS sendiri akan dicap sebagai parti "yang tidak boleh dipercayai", kata Wan Saiful.

Walaupun Khalid berjaya menghadapi undi tidak percaya itu, imej PAS di kalangan pengundi Selangor akan terjejas teruk.

"Pengundi Selangor berilmu dan sentiasa mengikuti perkembangan politik," kata seorang lagi penganalisis politik, Ibrahim Suffian. 

"Mereka mempunyai pandangan yang mendalam tentang situasi politik dan tingkah laku politik yang baik," kata Ibrahim, yang menerajui Merdeka Center.   

Bagaimanapun, seorang pemimpin veteran PAS berkata semua 15 Adun PAS Selangor itu dijangka mengundi berdasarkan keputusan parti itu pada 10 Ogos. PAS dikatakan akan mengeluarkan pendirian tentang jawatan Khalid selepas mesyuarat itu.

"Majoriti pemimpin PAS mahu PR bersatu dan tidak berpecah. Cuma ada segelintir yang tidak mahu PAS seolah-olah kelihatan tunduk kepada kemahuan PKR," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.

Pilihan raya negeri yang mencabar

Adalah sukar bagi kedua-dua gabungan, sama ada PR atau BN, untuk meraih undi sekiranya pilihan raya negeri diumumkan.

PR terpaksa menjalankan sebuah kempen yang berbentuk defensif, kata Ibrahim.

Gabungan itu perlu banyak mempertahankan dirinya daripada kritikan ia gagal mengurus masalah kepimpinan dalaman sehingga orang awam terpaksa terbeban dengan sebuah lagi pilihan raya.

"PR terpaksa banyak meminta maaf daripada mengemukakan platform baru," kata Ibrahim.

Ibrahim berkata, peratusan keluar mengundi akan merosot dan pengundi yang keluar akan meneliti setiap parti dan calon, dan perbuatan mereka semasa krisis itu.

Sentimen perubahan yang menguntungkan PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan kelihatan dalam pilihan raya tersebut, kata Ibrahim.

Wong berkata, PR mungkin akan kalah sekiranya krisis ini memaksa rakyat Selangor sekali lagi.

"BN boleh menang dalam banyak kerusi jika penyokong PR membuat keputusan untuk menghukum gabungan itu. Kempen rosak undi boleh diadakan atau sebuah 'gerakan ketiga' boleh dilahirkan untuk cuba mendapat sokongan.

"Penyokong konservatif dalam PAS juga berkemungkinan akan undi untuk mengalahkan calon PKR supaya PAS dapat menang lebih kerusi dan mendapat pengaruh untuk calonkan menteri besar. 

"Pada masa sama, orang bukan Islam dan penyokong PKR mungkin akan cuba menggunakan undi mereka untuk mengalahkan calon PAS," katanya.

Ibrahim berkata, BN juga akan menghadapi masalah dalam meraih sokongan daripada pengundi Selangor yang kebanyakannya celik politik.

Isu prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, persepsi BN membenarkan ketegangan kaum dan agama berleluasa dan kenaikan harga barang akan menghantui BN.

Sekirnya PR masih menang, gabungan itu akan berdepan dengan isu siapa akan jadi menteri besar.

Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan parti mana akan mendapat kerusi paling banyak, tiada yang boleh menjangkakan menteri besar baharu akan datang daripada PKR, PAS atau Umno.

Malah jika dilihat bagaimana PR sedang menyelesaikan kemelut menteri besar sekarang, belum tentu lagi gabungan itu dapat menghadapi sebuah lagi krisis menteri besar yang bakal terjadi. ~tmi



Iklan C (ii)





Sudah Bertudung, Foto Bogel Dikatakan Fotonya Beredar..

Posted: 06 Aug 2014 07:59 PM PDT


Ibnu Hasyim

Sudah Bertudung, Foto Bogel Dikatakan Fotonya Beredar..

Depe akui punya (maaf) dadanya lebih besar dari foto bugil
Dewi Perssik ©KapanLagi.com/VJ Randy

HALAMAN HIBURAN
Artis Dewi Perssik seolah sulit lepaskan dunia sensasi. Salah satu sensasi terbaru ialah foto tanpa pakaian mirip janda Saipul Jammiell, beredar melalui media Sosial.

Wanita yang akrab disapa Depe ini mengatakan foto itu adalah oknum tertentu.
Apalagi ia menilai ukuran dada orang di foto tanpa pakaian tersebut, (maaf) tak sebesar miliknya.

"Itu kan diedit orang, badannya bukan badan saya. Badannya bagusan saya, buahnya asli, saiz 36.
kalau yang itu paling 32 ya," kata Depe di sutudio MNCTV, Jakarta Timur, Selasa (5/8) malam.
Foto a  href=
 Itu sebabnya, Depe mengaku sempat me-retweet akaun yang mengangkat naik foto bogel miripnya. Ia menegaskan orang di foto tersebut bukanlah dirinya. Kendati merasa difitnah, Depe enggan melaporkan pelaku ke pihak berwajib.

"Nggak usah dipermasalakan sih. Ada waktunya saya nggak akan main lagi. utama (sosmed). Nanti sampai waktunya saya cuma urus anak saja." pungkasnya. (IH/KPL)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani