Powered by Blogger.

Dr. Zuhdi Marzuki Buat Onar Lagi..

Dr. Zuhdi Marzuki Buat Onar Lagi..


Dr. Zuhdi Marzuki Buat Onar Lagi..

Posted: 19 Aug 2014 05:24 PM PDT


Addin

Dr. Zuhdi Marzuki Buat Onar Lagi..


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) bersalaman dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sambil diperhatikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media Pakatan Rakyat semalam. 

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini.PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam PR berkata hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor baharu untuk menggantikan Khalid yang sudah dipecat partinya.

Keputusan itu dibuat selepas calon kedua yang dicadangkan PAS, Azmin menolak dirinya dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.PAS sebelum itu memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid dalam satu mesyuarat yang dikatakan sebagai penentu kepada masa depan gabungan pembangkang.Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Azmin sebagai calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.

PAS juga mengambil ketetapan mengekalkan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka dalam pentadbiran Selangor.

Dalam respon balas Khalid kepada keputusan PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu akan memohon mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat seterusnya berkenaan status beliau.Khalid berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini kontroversi timbul dalam PR apabila tersebar mesej WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesej itu berbunyi:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB."Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."

Mesej tersebut menimbulkan kemarahan pimpinan PKR dan DAP yang mendesak parti Islam itu memecatnya kerana lari daripada landasan perjuangan PR. ~tmi


Addin:

PAS sepatutnya ambil tindakan displin kepada Dr. Zuhdi kerana mengingkari arahan parti dan mrmburukkan imej pimpinan..





Iklan C (ii)









Dulu Memakai Jilboobs.. Akhirnya Berjilbab -Artis Eddies Adelia

Posted: 19 Aug 2014 04:50 PM PDT


Ibnu Hasyim

Dulu Memakai Jilboobs.. Akhirnya Berjilbab -Artis Eddies Adelia

Edies-adelia



HALAMAN HIBURAN

Artis Eddies Adelia (35) (gambar) mengaku pernah memakai tudung tetapi tetap berpakaian ketat, yang sekarang popular disebut jilboobs. Hal itu terjadi ketika ia baru mula mengenakan hijab, pada 2010.

"Saya dulu begitu (memakai tudung dengan fesyen ketat), di awal-awal, kerana enggak tahu kan. Ya, cuma dua-tiga bulan. Mujurlah ngaji, taklim, jadi tahu kalau itu tidak boleh," kata Eddies.

Eddies kemudian meninggalkan cara berpakaiannya itu setelah tahu bahawa hijab sepatutnya tidak dipadu-padankan dengan pakaian ketat.
 
Edies Adelia adalah bintang lakonan yang telah banyak membintangi sinetron dan filem skrin lebar Indonesia. Peranan terkenalnya saat menyokong sinetron komedi seram. Perempuan kelahiran Sleman, Yogyakarta, 26 Februari 1979 itu, juga seorang penyampai program televisyen itu, adalah pembawa acara untuk program acara religi Nada dan Kalbu yang disiarkan di TPI.
Untuk berhijab, Eddies membina rasa percaya diri (PD) dan memilih gaya kasual.

"Aku sih begini aja, simple, berusaha untuk tampil kasual, dan, yang penting itu percaya diri. Aku pernah datang ke suatu majlis, perempuannya cuma aku yang pakai tudung, tapi PD aja tuh," kata Eddies lagi.

Bintang sinetron siri Hidayah ini mendedahkan bahawa beberapa rakannya tidak mengetahui bahawa tudung tak boleh dipadu-padankan dengan pakaian ketat. Untuk itu, ia menyarankan mereka untuk mengetahuinya dari majlis ilmu.

"Beberapa teman aku aja ada yang enggak tahu kalau pakai tudung tidak boleh seperti itu. Jadi, yang penting, jangan hanya pakai tudung, juga pelajari ilmunya, beransur-ansur semua itu," tekan Eddies.
Jilbab Yang Syar'i dan Tidak
Jilbab Yang Syar'i dan Tidak
Di Malaysia juga ramai artis-artis begitu. Jadi, yang penting ingat pesan Eddies., jangan hanya pakai tudung, juga pelajari ilmunya, beransur-ansur semua itu.  Alhamdulillah!  (IH)

Lihat sebelum ini..
Jilboobs, Tutup Tapi Tonjol. Trend Baru Pakaian Mu...Jilboobs Kini Amat Menakutkan. Bagaimana Tangani?Jilboobs, Pakaian Pelacur Di Aceh. Masih Tak Boleh... 


JOM Masuk Terowong Bawah Tanah Hamas Di Gaza,

Posted: 19 Aug 2014 02:08 PM PDT


Ibnu Hasyim

JOM Masuk Terowong Bawah Tanah Hamas Di Gaza,


Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu. 
Seorang pejuang dari sayap tentera Hamas, Izz el-Deen al-Qassam meneroka terowong bawah tanah di Semenanjung Gaza, Palestin, ISnin (18/8). Hamas mengajak sejumlah wartawan dan jurugambar untuk membuktikan bahawa kenyataan Israel yang mengaku telah memusnahkan semua terowong milik pejuang Islam itu adalah salah.

JOM ikuti pergerakan pejuang Hamas di lorong bawah tanah Gaza, sebagai membuktikan kenyataan Israel yang mengaku telah memusnahkan semua terowong milik pejuang Islam itu adalah tidak benar.

Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu.
Pejuang Hamas memberikan taklimat semasa menelusuri terowongan bawah tanah di Jalur Gaza, Palestin,  Isnin (18/8).
Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu.
Pejuang Hamas singgah di salah satu markas yang berada di dalam terowong bawah tanah di Semenanjung Gaza, Palestin, Isnin (18/8).
Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu.

Salah satu terowong bawah tanah yang lepas dari serangan Israel ini kelihatan masih kukuh.
Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu.
Seorang pejuang Hamas berjaga di salah satu pintu masuk terowong bawah tanah di Semenanjung Gaza, Palestin, Isnin (18/8).
Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu. 
Seorang pejuang Hamas berjaga di salah satu pintu masuk terowong bawah tanah di Semenanjung Gaza, Palestin, Isnin (18/8).

Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu.
Pejuang Hamas membawa senjata laras panjang saat meneroka terowong bawah tanah di Semenanjung Gaza, Palestin, Isnin (18/8).
Hamas membantah pernyataan Israel yang mengaku telah menghancurkan semua terowongan milik pejuang Islam itu.
Pejuang Hamas saat meneroka terowong bawah tanah di Semenanjung Gaza, Palestin, Isnin (18/8)
(IH)


Sadis - Daging budak RM8 dijual di Indonesia

Posted: 19 Aug 2014 09:32 AM PDT


Tengok TV Online

Sadis - Daging budak RM8 dijual di Indonesia

Gambar Hiasan

Pekanbaru: Suspek pembunuhan kanak-kanak yang menjadi korban pasangan suami isteri gila sek$ baru-baru ini mengaku menjual daging mangsa pembunuhan itu ke beberapa warung makan.

Menurut suspek terbabit, daging manusia itu tidak dijual melalui skala runcit sebaliknya secara pukal.

Ketua Komosi Nasional Perlindungan Kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, selepas daging itu dilapah daripada tulang ia dimasukkan ke karung plastik dan dijual kepada pemilik kedai makan di sekitar Kota Perawang di Siak.

"Suspek mengaku sekarung plastik boleh mencapai harga Rp30,000 (RM8).

"Namun pemilik kedai makan itu tidak tahu mereka membeli daging manusia kerana dimaklumkan, ia adalah daging rusa," katanya.

Minggu lalu media melaporkan polis Riau menangkap sepasang suami isteri dan dua kenalan mereka yang menculik sebelum membunuh sehingga tujuh kanak-kanak.

Polis mendapati pasangan suami isteri itu mencabuI atau meIiwat mangsa sebelum dibunuh.

Pasangan itu kemudian berasma.ra sejurus selepas membunuh mangsa.

Dua pembantu mereka kemudian memotong badan mangsa sebelum sebahagiannya dibuang, manakala yang lain dijual kepada pemilik kedai makan.

Arist berkata, aktiviti menjual daging kanak-kanak itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

"Jika pemilik warung bertanya mengapa mereka menjual 'daging rusa' itu, suspek berdalih kononnya untuk wang membaik pulih motosikal," katanya. - Agensi


Bradford, Kota Bebas (Tanpa)-Israel Di UK -George Galloway

Posted: 19 Aug 2014 09:03 AM PDT


Ibnu Hasyim

Bradford, Kota Bebas (Tanpa)-Israel Di UK -George Galloway

Bradford, kota bebas-Israel di Inggris
Kota Bradford. ©flickr.com

Ahli parlimen Inggeris mewakili wilayah Bradford Barat George Galloway menganjurkan Bandar Bradford menjadi kawasan bebas-Israel. Dia juga menyeru Bradford memboikot semua produk Israel, termasuk kampus-kampus, dan pelancong Israel.

Galloway menyampaikan mesej itu atas nama ahli Parti Kehormat di Kota Leeds, di tengah sebuah acara mesyuarat. Dia mengajak hadirin untuk menyokong pendapatnya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Russia Today, minggu lalu.

Komen Galloway yang dimuat naik ke media sosial YouTube itu menimbulkan berbagai macam respon dari para pengguna Twitter. Bahkan komen dia membuat Polis Yorkshire Barat menjalankan penyelidikan.

"Kami telah menerima dua aduan berasingan atas komen George Galloway saat berpidato di depan orang ramai di Leeds pada 2 Ogos 2014. Kami tengah menyiasat aduan ini," kata seorang jurucakap Polis Yorkshire Barat.

Menanggapi keganasan Israel terhadap warga Palestin di Jalur Gaza, Galloway menyatakan.. 


"Kami sudah menyatakan Bradford sebagai wilayah bebas-Israel."
"Kami tidak mahu produk-produk Israel. Kami tidak mau perkhidmatan Israel dalam bentuk apa pun. Kami tidak mahu ahli akademik-akademik Israel, datang ke universiti atau kampus," kata dia.
"Kami bahkan tidak mahu pelancong Israel datang ke Bradford jika mereka sudah punya rancangan ke sana. Kami menolak negara haram, barbar, bengis, yang menyebut dirinya Israel," tegas Galloway. (IH)


Kisah ngeri Anggota Polis dipenggal & dicacatkan didedahkan Pegawai Penyiasat

Posted: 19 Aug 2014 08:48 AM PDT


Tengok TV Online

Kisah ngeri Anggota Polis dipenggal & dicacatkan didedahkan Pegawai Penyiasat


KOTA KINABALU - Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

"Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.

Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya."

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.


Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai 'Imam Tua' dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

"Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?" soal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mohamad Hasnal: "Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut."

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Febuari tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Febuari.

Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis Asisten Superintendan Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna. - Bernama


Kepimpinan PR Perlu Bertemu Segera. -Lim Kit Siang.

Posted: 19 Aug 2014 07:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Kepimpinan PR Perlu Bertemu Segera. -Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu merangkum strategi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pakatan itu. – Gambar fail The Malaysia Insider.




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu merangkum strategi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pakatan itu. – Gambar fail The Malaysia Insider.














Pergolakan dan krisis kepimpinan membabitkan jawatan menteri besar Selangor yang hampir memecahkan gabungan pembangkang itu, mencalar dan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, pemimpin gabungan pembangkang di semua peringkat seharusnya merangka strategi untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Pemimpin PR di semua peringkat di seluruh negara tidak boleh menafikan PR tidak tercalar daripada krisis menteri besar di Selangor yang mencalarkan keyakinan rakyat pelbagai agama dan kaum," kata Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
"Oleh sebab itu, kepimpinan PR perlu bertemu segera dan kerap merangka strategi bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada pakatan yang musnah disebabkan krisis menteri besar Selangor."

PKR sebelum ini memecat keahlian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR atas alasan beliau sering membuat keputusan membelakangkan keputusan parti.
Parti komponen PR itu kemudiannya menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid.

Khalid bagaimanapun enggan berundur, sekaligus memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari DAP dan PKR, dan mengekalkan 4 Exco PAS untuk membolehkan kerajaan negeri terus menjalankan urusan mereka.

"Bagaimanapun terdapat perbezaan antara krisis yang dihadapi PR ini dalam sejarah enam tahun PR memerintah Selangor dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Lim, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Lim berkata, parti komponen PR adalah sama rata dan mempunyai hak bersuara sama rata dengan menyelesaikan segala perbezaan berdasarkan prinsip perbincangan dan kesabaran yang tinggi.

"Jika tiga parti – PAS, DAP, PKR – gagal menyelesaikan perbezaan mereka dalam PR, ia menandakan tamatnya pakatan PR," kata Lim.

Lim berkata, Umno dan BN sering menggunakan media sosial dan Internet mendakwa ketiga-tiga parti dalam PR menggunakan satu sama lain.

"Mereka menyebarkan mesej seperti pemimpin DAP adalah patung PAS, manakala PAS pula boneka DAP.
"Pemimpin DAP dan PAS bukanlah boneka, PKR juga bukan boneka PAS dan DAP," katanya.
Lim berkata, parti dalam PR itu sebaliknya tidak berada dalam politik untuk kepentingan diri sendiri, namun atas prinsip politik.
"Sebab itu PR jauh berbeza dengan model pakatan BN," katanya.

Rakyat juga, kata Lim, begitu ingin tahu kritikan yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut menarik balik sokongan kepada pemimpin itu.

"Pak Lah, bekas perdana menteri sudah tentu menjadi orang paling gembira di Malaysia selepas membaca blog Dr Mahathir kerana beliau bukanlah perdana menteri terburuk," katanya merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga bekas perdana menteri selepas Dr Mahathir. – 19 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


PAS Calon 2 Nama Lepas A/Hadi Mengadap Sultan -Suhaizan Kaiat

Posted: 19 Aug 2014 06:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

PAS Calon 2 Nama Lepas A/Hadi Mengadap Sultan -Suhaizan Kaiat

 
Oleh SUHAIZAN KAIAT

Tanggal 17 Ogos 2014 yang lalu menjadi satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa. Bagi PAS, ia merupakan salah satu 'historical moment' dalam sejarah panjangnya di pentas politik tanah air.

Keputusan telah pun dicapai. Semua orang sudah tahu.

Namun yang penting bagi saya, dinamika yang berlaku dalam PAS sepanjang berinteraksi dengan isu ini adalah pengalaman yang amat berharga khususnya bagi saya sendiri yang baru sahaja diamanahkan sebagai ketua Pemuda PAS.

Media pro-Umno - seperti kebiasaannya - terus menerus menggambarkan bahawa keputusan dibuat oleh PAS dalam mesyuarat 17 Ogos yang lalu sebagai tidak 'gentleman'. PAS diwarnakan menerusi media-media mereka sebagai 'membuat pusingan U' demi mengikut telunjuk DAP. Mentera mereka bahawa PAS berjaya diperalat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu semamangnya sudah pasti.

Jalan alternatif

Saya berpandangan bahawa PAS bukanlah membuat pusingan U khususnya apabila ada yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh presiden serta Majlis Syura Ulama sebelum ini yang ternyata kononnya tidak sejajar keputusan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 Ogos.

Bagi saya, PAS mengambil jalan alternatif setelah jalan yang asalnya sudah rosak.

Jalan asal adalah menerima Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Asasnya adalah kemampuan beliau dalam mentadbir Selangor. Berita tentang kelemahan politik Khalid pada pandangan PAS masih bersifat dalaman parti dan ia boleh diperbaiki oleh partinya sendiri.

Mengekalkannya dengan menambah baik prestasi politik Khalid jauh lebih rendah risikonya berbanding mengugurkannya. Bahkan kepimpinan utama Pakatan Rakyat juga boleh memberikan cadangan, pandangan serta kritikan kepada PKR menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Namun, jalan yang dilalui PAS tidak seperti difikirkan pada awalnya. Masalah yang dihadapi Khalid seperti perbincangan dan pertimbangan panjang pucuk kepimpinan partinya sendiri mengakibatkan keahliannya sebagai anggota PKR digugurkan.

Nah, Khalid bukan lagi ahli PKR sekaligus beliau bukan lagi dari Pakatan Rakyat.

Dalam konteks ini, kita perlu sedar bahawa tahalluf siyasi PAS adalah dgn PKR dan DAP, bukan dengan batang tubuh Khalid! Maka PAS mengambil jalan baru dengan menolak Khalid. Inilah yang saya sifatkan sebagai dinamika PAS dalam membuat sesuatu keputusan. Seperti harusnya sesuatu minuman itu diminum, menjadi terlarang sekiranya keadaan minuman itu bertukar menjadi minuman yang memabukkan.

Jalan baru PAS adalah menolak Khalid dari kerusi MB. Jalan baru ini memerlukan PAS  menamakan pengganti kepada kerusi MB. Bagaimanapun, jalan baru PAS tetap ke hadapan dan bukannya pusingan U seperti yang digambarkan oleh media pro-Umno.

Dua nama, satu alternatif

Presiden PAS mempunyai hubungan agak baik dengan istana Selangor. Pada Syawal keempat, beliau dititah mengadap sultan. Hasilnya, presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Datuk Seri Wan Azizah.

Atas pertimbangan-pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali (selepas Wan Azizah) sebagai alternatif. PAS boleh sahaja mengemukakan nama dari ahli partinya sendiri sebagai alternatif kepada Wan Azizah. Namun atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, keputusan itu tidak mungkin dibuat oleh PAS.

PAS juga penuh sabar ditohmah khianat terhadap Pakatan kerana mengekalkan empat orang exco bersama menteri besar bebas. Niat PAS adalah baik untuk menyelamatkan kerajaan Selangor sebelum menteri besar yang baru dilantik. Minimum exco dalam kerajaan Selangor adalah empat orang maka PAS menggalas peranan ini.

Atas semangat inilah, saya dengan penuh rendah diri menyeru rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat yang mendokong serta menyokong Pakatan Rakyat, usah ragu dan curiga dengan PAS. Kita akan mempertahankan pakatan ini demi berhadapan dengan Umno-BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

SUHAIZAN KAIAT ketua Pemuda PAS

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


TERKINI: Modus Operandi Penjenayah tabur duit atas jalan raya!

Posted: 19 Aug 2014 05:42 AM PDT


Tengok TV Online

TERKINI: Modus Operandi Penjenayah tabur duit atas jalan raya!



CRIME ALERT: TABUR DUIT, CURI DUIT


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari.

Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki.

Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

M.O
1. Suspek terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita
2. Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan
3. Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan.


Nasihat
1. Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan. Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran.
2. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian.
3. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.

Panas! Lelaki Melayu Isytihar MURTAD di Twitter



Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah murtad di Twitter. Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk? Entahlah…

Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dia mengakui bahawa dia percaya Tuhan itu wujud.

Faiz bagaimanapun memilih nama Yuen Zhou sebagai nama barunya. Namun, bimbang dimarahi oleh kaum cina, maka dia menukar kepada nama lain. Faiz mengaku, semasa dirinya masih islam, dia juga adalah seorang pendakwah dan pendekar islam.

Bagi Faiz, Islam tiada lagi fungsinya di dunia ini. Faiz juga menjelaskan dia tidak berbangga beragama Islam. Bukannya dia tidak mahu ikut, tetapi dek malas dan malas nak mempercayai islam lagi.

Dalam masa yang sama, Faiz masih belum memberitahu keluarganya mengenai status murtadnya itu dan dia menjangkakan perkara ini akan menjadi viral di media sosial dan media cetak tidak lama lagi.





Semudah itu lelaki ini mengisytiharkan dirinya murtad. Mohon pihak jabatan agama mengambil tindakan serta merta terhadap lelaki ini dan beruskan secukup-cukupnya kepala lelaki ini agar dia bertaubat dan sedar bahawa apa yang diucapkannya itu boleh membinasakan masa depannya di dunia dan akhirat. - My Media Hub. Nota Kaki: Sumber maklumat diperolehi dari laman Amazing Nara


Krisis MB S'gor: Khalid Mohon Maaf ‘susahkan rakyat’.

Posted: 19 Aug 2014 03:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Krisis MB S'gor: Khalid Mohon Maaf 'susahkan rakyat'.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014. 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid brahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar. Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.
"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran." – 19 Ogos, 2014. (IMI)

Sila lihat..    
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?



E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Gambar Pelik Mesyuarat Puteri Umno.. Saksikanlah

Posted: 19 Aug 2014 03:21 AM PDT


Addin

Gambar Pelik Mesyuarat Puteri Umno.. Saksikanlah


Pandang, fikir dan nilai ... Apa yang tidak kena dengan Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Teluk Intan, Perak ini???????





~omakkau



Iklan C (ii)









Isu MB S'gor: Memilih Kepimpinan Berintegriti -Siti Zailah

Posted: 19 Aug 2014 02:49 AM PDT


Ibnu Hasyim

Isu MB S'gor: Memilih Kepimpinan Berintegriti -Siti Zailah


Ketua DMPP - YB Siti Zailah Yusof






Oleh SITI ZAILAH MOHD YUSOF
 
Segala puji-pujian hanya  kepada Allah, Dewan Muslimat PAS Malaysia bersyukur  berakhirnya kemelut yang melanda apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan  mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat yang bersejarah itu sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yb Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus menamatkan  spekulasi dan menjawab segala persoalan rakyat di semua peringkat.

Jentera muslimat berdiri teguh serta wala' dan taat menerima setiap keputusan yang kami yakin berasaskan kebijaksanaan, musyawarah dan istikharah kepimpinan.

Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan Islam itu menang dipenjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak kehadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah s.w.t.

Kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP disemua peringkat renungilah kata-kata Dato'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bila disebut Kelantan bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu (hati) manusia. Kita mesti jaga qalbu (hati) manusia, kerana qalbu (hati) ini sengaja Allah s.w.t. ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu (hati) manusia, automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manuia dan aqidah manusia...."

Semoga kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan dalam platform demokrasi ini dan menjadi batu bata yang saling mengukuhkan.

Mesej khas kepada masyarakat, marilah kita sama- sama melihat  konflik ini dari pandangan yang positif. Ianya berlaku  untuk memilih kepimpinan berintegriti dan mampu memberi khidmat yang terbaik. Alhamdulillah, setakat ini Kerajaan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah banyak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sila lihat..    
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?




E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Apa 'plan B' PKR Jika Istana Tolak Azizah?

Posted: 19 Aug 2014 12:55 AM PDT


Ibnu Hasyim

Apa 'plan B' PKR Jika Istana Tolak Azizah?

 
Dengan kemungkinan sultan Selangor menolak nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru, PKR masih berteka-teki berhubung rancangan alternatifnya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution (bawah) memberitahu Malaysiakini bahawa mereka akan menunggu sultan berangkat pulang daripada luar negara sebelum membuat sebarang perancangan.

"Kita tidak patut membuat jangkaan awal apa yang istana akan lakukan. Kita patut fokus tunggu sultan pulang," katanya.

Sultan kini sedang berada di luar negara dan dijadual berangkat pulang pada 27 Ogos.

Istana Selangor semalam menyatakan bahawa Khalid memohon menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi membincangkan isu pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, setiausaha sulit sultan Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

Khabar angin bertiup bahawa sultan mungkin tidak berkenan memilih Wan Azizah menerajui negeri itu.

PAS dilaporkan mendakwa ada mendengar bahawa istana menolak cadangan melantik Wan Azizah sebagai menteri besar. (MK)


Sila lihat..  

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


(Advertorial) Produk Vxgra

Posted: 19 Aug 2014 12:55 AM PDT


Addin

(Advertorial) Produk Vxgra


Produk VXGRA keluaran pengilang melayu bumiputra #1 jenama bertaraf antarabangsa mampu bersaing di pasaran global.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam mengeluarkan produk kesihatan & skincare, kini dengan kajian RND terhadap herba-herba khasiat lelaki maka hasilnya jenama VXGRA mengeluarkan 4 produk utama lelaki :

1. Vxgra Men Cream – Segar & Bertahan

2. Vxgra Men Attraction – Pewangi Rangsangan Wanita

3. Vxgra Men Caf̩ РPembekal Mineral & Testerone.

4. Vxgra Men Booster – Penjana Ghairah Lelaki

Dengan kajian RND dan teknologi terkini digabungan dengan herba-herba terpilih kaya dengan mineral penjana rangsangan sexual lelaki mampu membantu meningkatkan daya kesihatan lelaki 100% .

Bahan-bahan herba antaranya :

1. Catuaba – Pencetus Rasa Sexsual

2. Butea Superba – Tingkatkan Sperma

3. Panax Ginseng – Tenaga Batin

4. Tongkat Ali – Hormon Seksual

5. Maca – Rangsangan Sex

6. Tribulus – Booster Sexsual





Klik laman web rasmi Vxgra : www.vxgra.com

Tiada sebarang bahan terlarang racun atau sebagainya, pemgambilan yang berterusan akan meningkatkan prestasi kelakian dan kesihatan yang baik. Anda PASTI TERUJA !!

Pihak Vxgra menawarkan SATU peluang perniagaan kepada individu yang ingin menjadi ejen / stokis Vxgra bagi pasaran tempatan dan global.

Anda boleh layari laman web kami www.vxgra.com untuk peluang menjana pendapatan dan informasi lengkap.

VXGRA MEN HERBS TECHNOLOGY



Pengurusan Asia Pacific
Encik Fakhri Hashim
+60103235777





Khalid Ibrahim Buat U-Turn?

Posted: 18 Aug 2014 11:32 PM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Buat U-Turn?


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran. ~tmi





Iklan C (ii)









Kempen Hudud Sepatutnya Iringi Kempen Hentikan Rogol.

Posted: 18 Aug 2014 11:06 PM PDT


Ibnu Hasyim

Kempen Hudud Sepatutnya Iringi Kempen Hentikan Rogol.






KEMPEN 'Laksanakan Hudud Kearah Penyelesaian Rogol' sepatutnya mengiringi kempen 'Hentikan Rogol: Aku Kisah!' yang dianjurkan NGO Citizens Against Rape.  

Demikian cadangan dari Weblog Ibnu Hasyim.

"Bukti-bukti sejarah dan amalan di beberapa negara Islam boleh membuktikan kejayaan Hudud.
"Apalagi di negara Malaysia yang di dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) menyebutkan Islam sebagai 'Agama Bagi Persekutuan'. "Kata Editornya Dr Hj MohdHasyim.

Citizens Against Rapeakan mengajak semua pihak termasuk pihak berkuasa dan masyarakat bersama-sama bertanggungjawab mencegah jenayah itu yang dianggap semakin menjadi-jadi seperti yang dilapor media. Program yang bermula di empat bandar utama itu, turut disokong beberapa NGO wanita antaranya All Women's Action Society (AWAM), Women's Aid Organisation (WAO), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women's Action Resource Group (SAWO).

Pada 22 Ogos ini, aktiviti seperti berkumpul, berjalan dan tarian 1 Billion Rising diadakan di Medan Stesen Keretapi Ipoh mulai jam 5 petang. Sementara keesokannya pula, bermula jam 7.45 malam, akan diadakan majlis ucapan dan teater jalanan di pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara sebelum perarakan ke Dataran Merdeka bagi aktiviti nyalaan lilin.

Pada tarikh yang sama juga aktiviti yang sama diadakan di kawasan Marudi, Sarawak yang dijadual pada jam 4 petang dan di Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu, Sabah pada jam 5 petang.

"Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran orang awam bahawasanya jenayah rogol dan keganasan seksual adalah TIDAK boleh diterima; dan demi menuntut akauntabiliti pihak kerajaan untuk menangani jenayah rogol dan keganasan seksual secara efektif," kata kenyataan kumpulan itu semalam.
 

Penolong Pengarah Program Lee Wei San pula berkata pihaknya amat berharap semua pihak memberi sokongan terhadap usaha yang mereka lakukan demi menangani jenayah itu.

"Hudud amat sesuai perlaksanaannya di Nusantara ini, dan dibukti oleh sejarah seperti di Aceh, Melaka dan lain-lain. Mengapa kita masih membanggakan perundangan penjajah sedangkan perundangan kita sendiri telah terbukti kegemilangnnya?" Tanya editor weblog ini lagi.  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India


Berita Gempar Hari Ini..

Posted: 18 Aug 2014 10:36 PM PDT


Addin

Berita Gempar Hari Ini..


PETALING JAYA: Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan.Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel.

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. 

"Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek.

"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan."

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens.

Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia.

Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150. ~mstar



Iklan C (ii)









Menteri Dedah Punca Sebenar Malaysia Ada Hubungan Perdagangan Dengan Israel

Posted: 18 Aug 2014 09:24 PM PDT


Addin

Menteri Dedah Punca Sebenar Malaysia Ada Hubungan Perdagangan Dengan Israel


Dalam menerima desakan menghentikan hubungan dagang dengan Israel kerana kekejaman rejim Zionis itu terhadap Palestin, Putrajaya menegaskan Malaysia sudah menghentikan perdagangan langsung dengan Israel, tetapi sukar untuk melakukan yang sama dalam kes perdagangan tidak langsung.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, tindakan memboikot produk buatan Israel boleh dilaksanakan, namun akan menjejaskan beberapa produk keperluan termasuk kapal terbang memandangkan terdapat komponen yang dikeluarkan syarikat Israel.

Mustapha dipetik akhbar Utusan Malaysia berkata, perdagangan tanpa sempadan dan urusan pelaburan langsung asing (FDI) dengan pelbagai negara merupakan realiti hari ini.

Oleh itu, sukar bagi Malaysia mengelak perniagaan tidak langsung dengan Israel. "Perdagangan (secara langsung) ini dihentikan, terutama sekali apabila menilai apa yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin," katanya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Sydney, Australia minggu lalu, lapor Utusan.

Mustapha berkata, Malaysia turut menjalankan urusan perdagangan dengan Palestin yang mana turut melibatkan pihak berkuasa Israel.

Sekiranya kerajaan ingin memboikot perdagangan tidak langsung dengan Israel, Malaysia juga terpaksa menghentikan perdagangan dengan Palestin.

"Maka, hal itu tidak dapat dielakkan, jika mahu menghentikannya, Malaysia terpaksa juga menghentikan perdagangan dengan Palestin," katanya ketika menjawab pertanyaan pelajar sempena misi perdagangan seminggu ke Australia untuk menggalakkan perniagaan dan pelaburan Malaysia-Australia.

Beliau berkata, perdagangan terus mungkin berlaku memandangkan Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dengan penguasaan pasaran 70% pengeluaran dunia.

Beliau berkata, disebabkan itu, mungkin ada syarikat Israel yang terpaksa membeli sarung tangan getah itu.

Mustapa turut berkata, faktor lain yang berpotensi menjadikan Malaysia menjalinkan perdagangan dengan Israel apabila ada rakan dagang yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

Beliau berkata, salah satu contoh adalah perdagangan antara Malaysia dan Singapura, yang mana negara republik itu adalah antara rakan dagang utama negara dan mempunyai hubungan diplomatik perniagaan dengan Israel.

"Disebabkan hal ini (melalui Singapura), agak sukar untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk itu berasal dari Israel atau tidak," katanya lagi.

Ekoran serangan bertalu-talu rejim Zionis kepada penduduk Gaza di Palestin, beberapa kumpulan mendesak kerajaan menghentikan hubungan dagang dengan Israel.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin sebelum ini mendakwa, pemimpin Malaysia munafik kerana tidak berani mengaku menjalinkan hubungan dagang dengan Israel melalui penghantaran produk minyak sawit ke Pelabuhan Ashod dan Haifa di negara berkenaan.

Badrul berkata, ketika pemimpin negara mengajak rakyat bersedih, kerajaan Malaysia sendiri menghantar sejumlah besar minyak sawit untuk kegunaan negara berkenaan, malah Malaysia adalah rakan dagang utama Israel.

"Kerajaan hari ini munafik, hipokrit, kita ajak rakyat menderma untuk Palestin, tetapi kita hantar kapal besar untuk bantu ekonomi Israel.

"Kitalah punca, kita antara rakan dagangan utama, kalau kita hentikan Israel akan ada masalah," katanya.

Badrul turut menunjukkan bukti penghantaran kapal laut minyak sawit dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor ke Pelabuhan Ashod pada 3 Julai lalu.

"Tiada apa lagi yang diharapkan, SAMM hanya mengharapkan kerajaan berterus terang kepada rakyat, negara ini sebenarnya pro-Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah," dakwanya. ~tmi





Iklan C (ii)









Naib Presiden PKR Kena Cekup

Posted: 18 Aug 2014 07:45 PM PDT


Addin

Naib Presiden PKR Kena Cekup


Polis merekodkan kenyataan Naib Presiden PKR N Surendran di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju petang ini selepas mengeluarkan waran tangkap berikutan dakwaan kenyataan berunsur hasutan.

Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, waran itu disampaikan kepada ahli Parlimen berkenaan pada jam 7.52 petang dengan kehadiran peguamnya Latheefa Koya.

Khairi berkata Surendran, yang akan didakwa di mahkamah esok mengikut ‎Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataannya direkodkan.

Surendran dijangka didakwa kerana berkata dakwaan kes Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis sebelum ini berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, yang juga peguam Anwar, dan meminta beliau membawa penjamin ke mahkamah esok.

Latheefa yang mengiringi Surendran di balai polis itu berkata, beliau menerima panggilan hari ini daripada seorang pegawai polis memberitahu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana menghasut.

"Pegawai polis memberitahu beliau akan didakwa esok. Mereka tidak perlu mengeluarkan apa-apa waran tangkap tetapi saya rasa mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko," kata Latheefa.

Surendran berada di sana lebih daripada sejam bagi kenyataannya direkodkan.

Beliau memberitahu pemberita kemudian, pertuduhan itu tidak akan menghalangnya daripada meneruskan perjuangan.

"Saya pada awalnya ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin supaya dapat hadir di mahkamah esok bagi menjawab pertuduhan kenyataan berunsur hasutan terhadap saya dan kerana mengkritik keputusan perbicaraan Liwat 2 Anwar. Mereka mengatakan ia adalah menghasut.

"Ini tidak menghalang saya daripada melakukan tugas saya. Saya akan meneruskan perjuangan bagi menjadikan Malaysia lebih baik," katanya.

Surendren berkata keputusan mendakwanya akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan memandangkan proses rayuan terhadap kes Anwar semakin hampir.

Terdahulu, ahli Parlimen Padang Serai itu berkata Najib dan Umno akan mendedahkan diri mereka kepada penelitian jika beliau didakwa dengan pertuduhan itu.

Mereka yang disabitkan dengan tuduhan hasutan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kerjaya politik beliau sebagai wakil rakyat akan berakhir kerana akan kehilangan kelayakan, jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun dan tidak menerima pengampunan.

Pada 8 Ogos, Surendran, yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan didakwa membuat kenyataan mengenai Najib berhubungan pertuduhan yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang itu. ~tmi




Iklan C (ii)





Airasia lancar ujian Wifi dalam pesawat!

Posted: 18 Aug 2014 07:42 PM PDT


Tengok TV Online

Airasia lancar ujian Wifi dalam pesawat!



SHAH ALAM - AirAsia mengadakan ujian percubaan memperkenalkan wifi dalam pesawat sebagai persediaan sebelum melancarkannya pada penghujung tahun ini.

Pada peringkat pengujian, sambungan wifi ini dibuka untuk ujian bagi aplikasi Line, WhatsApp dan WeChat ke atas semua kod penerbangan AK, dan akan diperkenalkan di semua kumpulan AirAsia lain.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Air Asia, Tony Fernandes berkata, beliau bangga dengan pencapaian AirAsia memperkenalkan kemudahan berkenaan.

"Peralatan wifi yang diperkenalkan pada awalnya lebih mahal, tapi kami ambil inisiatif sendiri menyediakannya dengan nilai berpatutan. Ia mengambil masa lima tahun untuk capai pada kedudukan ini.

"Perkhidmatan wifi dalam pesawat akan menjadi yang pertama di dunia dengan harga berpatutan. Sebagai inisiatif untuk memulakan perkhidmatan ini, AirAsia menganggarkan kos RM60 bagi setiap penumpang," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, bagi tempoh dua bulan dari sekarang, AirAsia akan memilih 60 penumpang setiap pesawat menyertai ujian yang dilakukan secara percuma.


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani