Powered by Blogger.

Azmin Ali Sindir Khalid Ibrahim

Azmin Ali Sindir Khalid Ibrahim


Azmin Ali Sindir Khalid Ibrahim

Posted: 17 Aug 2014 06:42 PM PDT


Addin

Azmin Ali Sindir Khalid Ibrahim


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.

Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Bagi saya parti lebih utama.

Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.

"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti.

"Pemuda PKR sebelum ini berkata, parti itu harus mempertimbangkan untuk Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor.Setiausaha Pemuda PKR Pusat, Julailey Jemadi berkata, permintaan itu dibuat susulan mesyuarat sayap pemuda PKR yang berlangsung selepas PAS mengumumkan keputusan mereka.

"Kami bersetuju mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mempertimbangkan semula cadangan PAS supaya memasukkan nama Azmin sebagai calon kedua," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mereka berharap agar PR dengan tiga parti sebagai komponennya menjadi gabungan yang mapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum akan datang.

Azmin berkata, kepimpinan parti daripada PKR, PAS, dan DAP akan mengemukakan surat kepada Sultan untuk memaklumkan parti itu bersetuju hanya Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru. ~tmi





Iklan C (ii)





Umno, Khalid Ibrahim Terkedu Dengan Berita Terbaru Ini..

Posted: 17 Aug 2014 06:33 AM PDT


Addin

Umno, Khalid Ibrahim Terkedu Dengan Berita Terbaru Ini..


Pakatan Rakyat (PR) hanya akan menghantar satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dibuat setelah calon kedua yang dicadangkan PAS awal hari ini, Mohamed Azmin Ali menolak dirinya daripada dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.

"Saya patuh kepada keputusan dibuat parti melalui perbincangan dalam PKR untuk mencalonkan Wan Azizah," kata Azmin ketika sidang media pimpinan pusat PR di Subang Jaya, Selangor hari ini. ~tmi





Iklan C (ii)





Kantoi!! Portal Berita Tersilap Lapor, Mungkin Disaman

Posted: 17 Aug 2014 02:43 AM PDT


Addin

Kantoi!! Portal Berita Tersilap Lapor, Mungkin Disaman


Sinar Harian hari ini membuat permohonan maaf kepada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib kerana menyiarkan berita kononnya beliau dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami sakit dada.

Dalam permohonan maaf yang dijadikan berita paling utama laman webnya dan kini menjadi berita kedua paling hot di laman itu, Sinar menegaskan Saari tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini.

Sinar versi online pada 16 Ogos lalu menyiarkan berita bertajuk "Adun Hulu Kelang Masuk IJN" ekoran khabar angin yang disebarkan kononnya Saari diserang sakit jantung.Kami ingin menegaskan bahawa Adun tersebut, YB Saari Sungib tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini.

"Dengan ini Sinar Harian memohon maaf sekali lagi kepada beliau dan keluarganya," kata Sinar dalam permohonan maaf itu.Ekoran tindakan Saari dan seorang lagi Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) berpecah dari kumpulan utama PAS dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar menyebabkan kedua-duanya menjadi sasaran di laman sosial.

Ekoran itu, berita rekaan disebarkan termasuk kononnya Saari dimasukkan ke IJN setelah mengadu sakit dada.

Saari ketika dihubungi The Malaysian Insider menafikan khabar angin itu dan sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkannya.

Ini kerana berita itu cuba menggambarkan beliau mendapat balasan kerana kononnya melanggar 'bai'ah' atau janji setia dengan PAS. ~tmi




Iklan C (ii)





Wow, Bogel! Wakil Negara Islam (?) M'sia Di Sukan Olimpik Remaja Dunia..

Posted: 16 Aug 2014 11:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Wow, Bogel! Wakil Negara Islam (?) M'sia Di Sukan Olimpik Remaja Dunia..


Olivia tetap berusaha untuk mendapat tempat terbaik pada Sukan Olimpik Remaja 2014.

SUKAN
NANJING: Gimnas pelapis kebangsaan, Olivia Tai Qing Tong tidak berani meletakkan sasaran tinggi pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) kerana ia merupakan penampilan sulung beliau pada kejohanan berprestij itu.

Temasya empat tahun sekali tersebut berlangsung selama 12 hari dan bermula secara rasminya, Sabtu membabitkan kira-kira 3,800 atlet daripada 204 buah negara.

Olivia, 14, berkata sasaran peribadi beliau adalah untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk meletakkan sasaran lebih tinggi atau naik podium.

"Saya tidak berani membuat sasaran lebih tinggi daripada mara ke perlawanan separuh akhir, namun tidak bermakna saya tidak mahu sumbang pingat untuk negara kerana semua atlet yang bertanding pada mana-mana kejohanan tidak ingin pulang dengan tangan kosong," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Olivia yang meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra, Bukit Jalil Februari lalu berkata beliau telah bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan pada hari kejohanan nanti.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas itu akan beraksi dalam acara gimrama individu reben dan titian mulai 26 Ogos ini di Pusat Olimpik Natatorium Nanjing).

Olivia berkata harapan beliau adalah untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik Rio di Brazil pada 2017 dan akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman pada temasya ini.

Wow, inilah wakil negara Islam Malaysia (?) di di Sukan Olimpik Remaja di Nanjing.

Lihat ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)


Tahniah Presiden PAS! Keputusan Bijak, Kekal Pakatan, Tak Tuntut Jawatan MB..

Posted: 16 Aug 2014 10:55 PM PDT


Ibnu Hasyim

Tahniah Presiden PAS! Keputusan Bijak, Kekal Pakatan, Tak Tuntut Jawatan MB..

Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki mesyuarat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.  
Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki mesyuarat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.  

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.
"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Keputusan bijak PAS tanda kematangan. Mencantum dan merapatkan aliran-aliran fikiran dalam PAS dan dalam PKR sendiri. 

Tahniah Presiden PAS! (IH) 

Sila lihat.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Lagi Berita Gempar Dari Selangor..

Posted: 16 Aug 2014 09:45 PM PDT


Addin

Lagi Berita Gempar Dari Selangor..


KUALA LUMPUR 16 OGOS: Akuan Bersumpah yang ditandatangani 30 ADUN  Selangor adalah sah dan mencukupi untuk membuktikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti ahli dewan, kata peguam dari Lawyers For Liberty, Afiq M Noor.

Beliau berkata demikian mengulas kenyatan peguam Khalid yang menyatakan SD berkenaan bukan bukti konklusif dan boleh ditarik serta dipinda pada bila-bila masa.

"Saya percaya bahawa kesemua 30 ADUN yang menandatangani Akuan Berkanun tersebut, telah mengetahui dan maklum akan implikasi perundangan sekiranya mereka menyediakan satu akuan palsu dan tidak benar.

"Menurut Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun 1960, menyediakan satu akuan palsu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.

"Nyata Akuan Berkanun yang disediakan oleh 30 ADUN tersebut adalah satu dokumen yang serius dan mempunyai kesan di bawah undang-undang," ujarnya merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2010 dalam kes Dato' Seri IR Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin melawan Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir.

Afiq  dalam pada itu turut mempersoalkan mengapa Khalid sendiri tidak memanggil satu sidang khas bagi membolehkan satu undi tidak percaya dibuat ke atas dirinya."Bola berada di gelanggang Khalid kerana seorang MB boleh memanggil satu sidang khas di Dewan Undangan Negeri," katanya.

Menurutnya lagi, adalah mustahil dan tidak masuk akal apabila Khalid meragui bahawa 30 Adun berkenaan tidak lagi yakin dengannya sebagai Menteri Besar.

"Saya percaya kita tidak lagi berkomunikasi menggunakan perantaraan burung merpati seperti zaman dahulu. Kebanyakkan dari kita di Malaysia boleh mengetahui apa yang berlaku di segenap penjuru dunia kurang dari 2 saat," katanya. ~sk





Iklan C (ii)





Keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat Hari Ini Bocor?

Posted: 16 Aug 2014 08:42 PM PDT


Addin

Keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat Hari Ini Bocor?


Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah:
Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR.Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atauMenyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.

Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah.

"Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR  menarik 2 Adun PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. 

Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak  kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata: "Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata: "Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian.

"Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama."Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos."Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri. ~tmi





Iklan C (ii)





Hamas Terus Bantu Rakyat, Beri USD1 Ribu Bagi Pemilik Rumah Hancur

Posted: 16 Aug 2014 08:01 PM PDT


Ibnu Hasyim

Hamas Terus Bantu Rakyat, Beri USD1 Ribu Bagi Pemilik Rumah Hancur

Hamas beri USD 1 ribu bagi pemilik rumah hancur
Jalur Gaza dibom.

Kementerian Sosial Hamas bakal memberikan bantuan US $1 ribu bagi tiap warga Gaza yang rumah mereka hancur akibat serangan Israel.  Mengutip akhbar Yediot Ahronot, akhbar the Times of Israel melaporkan, Sabtu (16/8), bantuan itu merupakan sumbangan dari kerajaan Qatar.

Gempuran Israel selama lebih dari sebulan telah menghancurkan sepuluh ribu rumah di Gaza. Amukan negara Zionis itu juga menewaskan hampir dua ribu orang dan mencederakan lebih daripada 9,800 orang.

Qatar memang dikenali pro-Gaza. Sebelum perang meletup di Gaza, mereka merancang menghantar US $40 juta untuk membayar gaji pegawai kerajaan Hamas. Namun rancangan itu gagal lantaran ditentang Amerika SyarikatHingga saat ini perundingan gencatan senjata ditaja Mesir di Ibu Kota Kaherah belum mencapai kesepakatan.
(IH)


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani