Awie Tak Tolak Jodoh Dengan Erra
Awie Tak Tolak Jodoh Dengan Erra |
Awie Tak Tolak Jodoh Dengan Erra Posted: 20 Aug 2014 08:47 PM PDT Awie yang ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian di Cyberjaya semalam menjelaskan ianya hanya kebetulan dan tidak disengajakan. "Terus-terang saya dan Erra tidak berjanji untuk hadir dengan pakaian dari rona yang sedondon dan kebetulan sahaja warna kami sama pada hari itu," Mengulas mengenai komen peminat yang mahu melihat mereka bersama kembali, Awie memberitahu Erra berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya namun Awie akui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah. "Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu."Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak. "Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya. "Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT," jelasnya lagi. Mengenai perkembangan kariernya, Awie kini sedang menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian yang sudah bermula sejak 11 Ogos lalu. Menariknya dia dan Erra akan digandingkan sebagai pasangan kekasih selepas kali terakhir pada 20 tahun dalam filem Tragedi Oktober. "Filem ini berkisar mengenai sebuah perkahwinan yang perlu diselamatkan oleh dua watak yang dijayakan oleh saya dan Erra. Selain itu untuk pertama kalinya, kami kembali bergandingan di dalam filem setelah sekian lama tidak berbuat demikian. "Tapi bagi saya gandingan di dalam filem ini tidak terlalu mencabar seperti ketika kami menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya, baru-baru ini kerana ianya penggambaran yang agak pendek dan bukan secara live di hadapan penonton," ceritanya. Filem produk pertama daripada syarikat Touchtronics Entertaiment Sdn Bhd itu turut menampilkan pelakon utamanya Erwin Shah Dawson dari Singapira dan Shiqin Kamal, selain Nelydia Senros dan Azlee Khairi. |
Posted: 20 Aug 2014 08:43 PM PDT Bukan mudah jadi selebriti. Setiap yang dilakukan mendapat perhatian malah perkara peribadi pun akan menjadi tumpuan masyarakat. Keputusan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya merahsiakan wajah puteri sulung mereka serta menamakan bayi itu sebagai 'Lara' mendapat kritikan segelintir peminat seni. Kata mereka, nama Lara memang sedap didengar namun membawa maksud yang kurang baik iaitu berduka atau sengsara mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun dalam Bahasa Latin, Ukraine dan Russia, maksud Lara membawa erti terkenal, perlindungan dan anggun. Mungkin ada betul juga kritikan peminat. Sebagai orang Melayu dan Islam, adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang punya maksud yang baik dari segi bahasa dan agama. Apa pun, itu hak masing-masing. Kita tengok sahajalah nanti. Sumber dari: Madiha Abdullah |
You are subscribed to email updates from Koleksi Berita Hiburan Sensasi Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment