Ammar Alfian Rakam Aksi Lucah Di Instagram?
Ammar Alfian Rakam Aksi Lucah Di Instagram? |
- Ammar Alfian Rakam Aksi Lucah Di Instagram?
- Peminat Mahu Ayda Jebat & Zul Ariffin Kahwin
- (8 GAMBAR)Keluarga Bahagia Adam & Fiza
- (TAHNIAH)Adira Kini Bertudung Sepenuhnya
- Shila Amzah Mohon Maaf Salah Faham Perkongsian Gambar Me-Layu
- (15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Tetap Comel Walau Disaluti Serbuk Warna
- Neelofa Terus Berdiam Diri Gosip Kahwin Kerabat Diraja Kelantan
Ammar Alfian Rakam Aksi Lucah Di Instagram? Posted: 20 Aug 2014 06:04 AM PDT Terkejut Abang Nara membaca ruangan Mizz Lahar di suratkhabar Kosmo hari ini. Mana tidaknya, Ammar Alfian yang penuh dengan kontroversi satu ketika dahulu dikatakan telah merakam aksi lucah bersama seorang pelakon lain dan berkongsi video tersebut di Instagramnya. Walaupun hanya 15 saat, aksi yang ditunjukkan memang jelas dan akan membuatkan si penonton mengeleng-gelengkan kepala. Mungkinkah rakaman video tersebut hanya salah satu babak lakonan Ammar Alfian? Atau ia adalah satu cara untuk Ammar meraih semula publisiti selepas sepi daripada dunia hiburan? Mungkin Ammar sengaja mahu mencipta kontroversi agar namanya disebut kembali. Entahlah. Hanya Ammar yang tahu. Harap-harap ia hanya babak drama/filem lakonan Ammar. Kalau ia realiti, Abang Nara hanya mampu geleng kepala. P.S: Harga, spefisikasi dan pilihan varian Perodua Axia Baca Yang Ini Pulak:- |
Peminat Mahu Ayda Jebat & Zul Ariffin Kahwin Posted: 19 Aug 2014 11:02 PM PDT Dasyat. Hebat sungguh penangan drama Rindu Awak 200% yang menggandingkan Ayda Jebat dan Zul Ariffin. ‘Chemistry’ yang ditunjukkan oleh mereka berdua di dalam drama ini menyebabkan para peminat mahu mereka turut bercinta di dalam dunia sebenar. Itu tandanya memang menjadi lakonan mereka. Tapi secara jujur, Abang Nara tengok mereka berdua nie memang ‘matching’ pun. Kalau bercinta memang sesuai sangat. Namun seperti yang anda semua tahu, Zul Ariffin sudah pun mempunyai kekasih yang bernama Gayatri. Jadi harapan seorang peminat yang menghantar email kepada Ayda Jebat mahukan dia berkahwin dengan Zul Ariffin nampaknya tidak akan tercapai. Malah Ayda Jebat sendiri mengetahui yang Zul Ariffin sudah berpunya. Kata Ayda Jebat:-
Selagi Zul dan Ayda belum berkahwin, jangan putus harapan untuk melihat mereka berdua bersatu di dunia realiti. Manalah tahu cinta berputik di lokasi seperti yang sering terjadi kepada para pelakon lain. Hehehe. Apa pun, drama Rindu Awak 200% ini sememangnya menaikkan nama Zul dan Ayda. Semoga populariti yang dikecapi akan memurahkan lagi rezeki mereka berdua. Baca Yang Ini Pulak:- |
(8 GAMBAR)Keluarga Bahagia Adam & Fiza Posted: 19 Aug 2014 10:04 PM PDT Alhamdulillah. Selepas mengharungi detik penceraian satu ketika dahulu, kini Adam dan Fiza kembali hidup sebagai suami isteri. Ditemani 2 orang puteri yang pastinya menceriakan lagi kehidupan mereka, jelas terserlah kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Adam dan Fiza selepas berjaya menempuh dugaan dalam perkahwinan mereka. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Adam, anak-anak, rakan-rakan dan kaum keluarga terapat baru-baru ini telah menyambut hari jadi Fiza di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur. Seronok tengok mereka sekeluarga. Anak-anak hasil perkahwinan Fiza yang dahulu pun tampak amat mesra dengan Adam. Insya Allah suatu hari nanti pasti Adam akan dikurniakan anak sendiri. Sama-samalah kita doakan. Selamat hari jadi diucapkan kepada Fiza. Semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah di bawah pimpinan Adam. Semoga murah rezeki untuk mengandung sekali lagi. Insya Allah. Lagi beberapa gambar keluarga bahagia Adam dan Fiza dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Iklan menyayat hati dari Thailand. Sila sediakan tisu
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Adira Kini Bertudung Sepenuhnya Posted: 19 Aug 2014 09:30 PM PDT Comelnya Adira yang kini sudah bertudung sepenuhnya. Kekasih kepada Shahrul Nasrun ini baru sahaja berhijrah 3 hari dan perubahan ini datang ikhlas daripada hati penyanyi yang popular dengan lagu Aku Ada Kamu ini. Adira tampak makin comel dan menawan apabila bertudung. Moga terus istiqamah dalam menutup aurat selepas ini. Ditanya sama ada penghijrahannya ini ada kaitan dengan soal perkahwinan, Adira berkata menerusi Berita Harian:-
Baguslah kalau begitu. Kita kalau nak bertudung dan menutup aurat mestilah kerana Allah. Hati kena tulus suci dan ikhlas. Jangan kerana orang lain. Semoga dengan perubahan ini makin murah rezeki Adira. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Shila Amzah Mohon Maaf Salah Faham Perkongsian Gambar Me-Layu Posted: 19 Aug 2014 07:00 PM PDT Agak panas juga komen-komen yang diberikan oleh pengikut-pengikut Shila Amzah di Instagramnya. Ini semua angkara perkongsian sebuah gambar oleh Shila Amzah yang menunjukkan seorang peminatnya mengkritik mutu persembahan yang ditunjukkan oleh penyanyi ini. Shila telah meletakkan caption “Me-Layu” di dalam gambar tersebut. Ia terus menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang cuba memahami apa maksud sebenar yang mahu disampaikan Shila. Pada pandangan Abang Nara, kritikan yang diberikan oleh ‘azim_fauzi’ di atas adalah satu kritikan jujur dan boleh digunakan oleh Shila untuk memperbaiki lagi mutu persembahan di masa hadapan. Mungkin agak kasar cara komen tersebut disampaikan. Dengan menggunakan caption “Me-Layu”, Shila telah menyebabkan peminatnya mempersoalkan kemampuan Shila menerima kritikan. Tak kurang ada yang menyokong Shila dan menyatakan yang memang orang Melayu hanya tahu mengkritik dan tidak menyokong bangsa sendiri. Sesi berbalas komen yang hangat telah pun berlaku di kalangan para peminat Shila Amzah. Akhirnya penyanyi ini tampil untuk meminta maaf dan menenangkan keadaan. Tulis Shila:-
Apa pun, jadikanlah teguran sebegini sebagai satu pembakar semangat untuk Shila memperbaiki diri dan persembahan di masa hadapan. Biasalah peminat kalau dia dah bayar dan tak suka pastilah nak tegur. Bukan nak malukan cuma harap di masa hadapan akan ada peningkatan. Kalau tak ada teguran macam mana kita nak jadi lebih power kan? Harap-harap Shila bersikap terbuka dalam hal ini. Selamat maju jaya!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Tetap Comel Walau Disaluti Serbuk Warna Posted: 19 Aug 2014 05:45 PM PDT Kalau orang comel, letak apa pun tetap comel juga. Sekiranya ada gelaran pelari paling comel walaupun telah disaluti serbuk warna di ‘The Color Run’ yang telah berlangsung hujung minggu lalu, pastinya ia menjadi hak mutlak Datuk Siti Nurhaliza. Walaupun penuh taburan serbuk warna di wajahnya, kecomelan beliau masih jelas terserlah. Wife Abang Nara yang tengok gambar-gambarnya pun melahirkan rasa kekaguman. Abang Nara terasa rugi pula tidak menyertai ‘The Color Run’ ini. Jelas terserlah kemeriahan, kegembiraan dan keseronokan di wajah para pesertanya. Semuanya tersenyum riang. Pasti seronok berlari sambil dibaling serbuk warna. Datang berlari memakai baju putih dan apabila balik sudah dipenuhi dengan warna-warna pelangi. Best kot!!! Kalau tak silap, ini adalah kali pertama ‘The Color Run’ diadakan di Malaysia. Diharap ia akan diadakan lagi tahun hadapan. Boleh Abang Nara join. Lagi beberapa gambar Datuk Siti Nurhaliza yang maintain comel dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Evolusi kasut NIKE selama 43 tahun
Baca Yang Ini Pulak:- |
Neelofa Terus Berdiam Diri Gosip Kahwin Kerabat Diraja Kelantan Posted: 19 Aug 2014 05:08 PM PDT Penafian daripada sumber istana Kelantan telah pun kita dengari, namun pelakon jelita Neelofa terus mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip perkahwinannya dirinya dengan kerabat diraja Kelantan. Neelofa sekadar mengucapkan ‘selamat hari raya’ sambil berlalu pergi dengan tersenyum manis ketika ditemui di Hotel Sunway Resort sempena majlis pelancaran 1Malaysian Icon. Pengurus Neelofa, Shawn Amer memaklumkan yang mereka terpaksa bergegas pulang kerana Neelofa mempunyai kelas untuk dihadiri ketika pihak media cuba mengejar pengacara Nona ini untuk mendapatkan komennya. Nampaknya Neelofa masih belum bersedia untuk memberikan sebarang ketenangan mengenai gosip yang bertiup amat kencang ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan apabila Neelofa sudah bersedia kelak. Sumber asal MalaysianDigest. P.S: Perodua Axia dilancarkan secara rasmi Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment