Ally Iskandar & Farah Lee Namakan Anak Mereka Mariam Isabel
Ally Iskandar & Farah Lee Namakan Anak Mereka Mariam Isabel |
- Ally Iskandar & Farah Lee Namakan Anak Mereka Mariam Isabel
- (15 GAMBAR)Ashraf Muslim, Isteri-Isteri & Anak Bercuti Di Bandung
- (12 GAMBAR)Ayda Jebat Yang Kini Popular Menerusi Drama ‘Rindu Awak 200%’
- Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah
Ally Iskandar & Farah Lee Namakan Anak Mereka Mariam Isabel Posted: 19 Aug 2014 02:43 AM PDT Menerusi rancangan Wanita Hari ini, Ally Iskandar dan Farah Lee telah mengumumkan nama anak mereka iaitu Mariam Isabel. Ejaan nama tidak dapat dipastikan sama ada Isabel atau Isabelle. Untuk makluman, Farah Lee telah selamat melahirkan si puteri comel pada 8 Ogos yang lalu. Pastinya mereka berdua sedang berada dalam fasa teruja dengan kehadiran orang baru dalam hidup. Farah Lee dilihat mengalirkan air mata ketika Ally Iskandar mengucapkan terima kasih kerana melahirkan Mariam Isabel. Sesungguhnya pengorbanan seorang isteri amat besar dan salah satunya ialah berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan zuriat. Semoga keluarga Ally Iskandar dan Farah Lee makin meriah, ceria dan bahagia dengan kehadiran Mariam Isabel. Lepas ini bolehlah tambah sorang lagi. Harap-harap ‘baby boy’ pulak. Insya Allah. Info asal MyArtis. P.S: Mazda bangunkan sistemk hibrid diesel-elektrik Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Ashraf Muslim, Isteri-Isteri & Anak Bercuti Di Bandung Posted: 18 Aug 2014 09:27 PM PDT Seronoknya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah keluarga Ashraf Muslim ini. Memang tak salah untuk Abang Nara katakan yang Ashraf Muslim telah berjaya menghapuskan stigma masyarakat mengenai poligami. Kalau sebelum ini kita sering membayangkan isteri-isteri yang bermadu hidup bermusuhan, tidak bertegur sapa dan saling membenci, kemesraan yang ditunjukkan Dayana dan Wan Sakinah jelas membuktikan yang madu itu manis jika kena caranya. Kepada Ashraf Muslim, Abang Nara respek anda. Keadilan yang ditunjukkan oleh Ashraf Muslim terbukti apabila kedua-dua isterinya mendapat beg yang sama untuk dibawa ke Bandung. Agak kelakar apabila Ashraf Muslim menulis ‘pergi kosong, balik penuh’. Hehehe. Shopping sakan nampaknya Dayana dan Wan Sakinah. Abang Nara suka tengok mereka berdua. Memang jelas keakraban mereka seperti ‘best friend’. Semoga kekal sebegini hingga akhir hayat. Kalau anda perhatikan betul-betul, nampak Dayana memang seperti sedang mengandung kan? Walaupun belum mengesahkan berita kehamilannya, sama-samalah kita doakan agar keluarga Ashraf Muslim akan bertambah tahun ini dengan kehadiran cahaya mata dari Dayana pula. Seronok tengok mereka semua. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Keep calm and wear hijab yang membuatkan darah naik Yang Ini Pun Best Jugak:- |
(12 GAMBAR)Ayda Jebat Yang Kini Popular Menerusi Drama ‘Rindu Awak 200%’ Posted: 18 Aug 2014 08:56 PM PDT Nama Ayda Jebat kini sedang meniti di bibir para peminat drama Rindu Awak 200%. Gandingannya bersama Zul Ariffin ternyata mempunyai ‘chemistry’ yang memikat dan mengujakan para penonton. Memulakan kariernya dalam industri hiburan sebagai peserta Akademi Fantasia 9, kini bintang Ayda Jebat bersinar pula sebagai seorang pelakon. Memang rezeki sungguh. Mempunyai wajah iras-iras Wawa Zainal, lakonan Ayda Jebat di dalam drama Rindu Awak 200% masih boleh dipertingkatkan. Pada mulanya memang nampak agak kekok dan keras, namun beberapa episod kebelakangan ini sudah mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika diasah lagi, pasti Ayda Jebat boleh pergi lebih jauh. Mutu lakonan mestilah seiring dengan wajah menawan. Jangan hanya bergantung kepada muka cantik semata-mata. Selamat maju jaya Abang Nara ucapkan kepada Ayda Jebat. Semoga tak mudah lupa diri dengan populariti yang dikecapi menerusi drama Rindu Awak 200% ini. Diharap akan dapat banyak tawaran berlakon selepas ini. Lagi beberapa gambar Ayda Jebat dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Kesemua 6 Bugatti Veyron turun padang
Baca Yang Ini Pulak:- |
Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah Posted: 18 Aug 2014 08:24 PM PDT Aduh. Sedihnya Abang Nara membaca luahan hati Alyah. Umpama hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati ayah. Sebelum ini Alyah pernah berjanji untuk merungkaikan status hubungannya dengan Ramli MS selepas Hari Raya, namun sehingga ke hari ini, ia tetap menjadi misteri sehingga persoalan tersebut timbul kembali. Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Alyah mengakui tertekan dan tidak tahu di mana mahu meletakkan maruah dirinya. Panjang lebar luahan hati Alyah kali ini. Memang dapat dirasakan betapa dirinya tertekan dengan apa yang terjadi. Nak beritahu perkara sebenar pun tak boleh. Terpaksa dipendam. Pasti perit hati Alyah menanggung semua ini. Kata Alyah:-
Sabarlah Alyah. Memang sudah tertulis nasib anda sebegini. Jangan tertekan sangat. Yang penting anda tahu perkara sebenar. Berdoalah banyak-banyak agar hati Ramli MS terbuka untuk memberitahu perkara sebenar. Kami selaku peminat pun tak sabar sebenarnya nak tahu status hubungan anda berdua. Insya Allah satu hari nanti akan terungkai jua. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment