Powered by Blogger.

Anak Ahmad Dhani Terlepas Hukuman Penjara

Anak Ahmad Dhani Terlepas Hukuman Penjara


Anak Ahmad Dhani Terlepas Hukuman Penjara

Posted: 16 Jul 2014 03:01 PM PDT

Anak Ahmad Dhani Terlepas Hukuman  |  ANAK kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani dibebaskan daripada sebarang pertuduhan ekoran kejadian kemalangan ngeri melibatkannya pada September tahun lalu.

Portal Tribunnews melaporkan Hakim Petriyanti memerintahkan Abdul Qodir atau Dul dibebaskan dan diserahkan kepada ibu bapanya pada perbicaraan yang berlangsung pada Rabu.

Pihak pendakwa raya sebelum itu dalam hujahnya memberitahu remaja 13 tahun itu bersalah kerana melanggar undang-undang di bawah Akta 310 UU Republik Indonesia 2009 iaitu melanggar peraturan lalu lintas.

Dul, 13, sebelum ini mengalami cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor pada 8 September tahun lalu.
 Anak Ahmad Dhani Terlepas Hukuman Penjara

Anggota kumpulan Lucky Laki itu ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta, Indonesia.

Dilaporkan seramai enam orang terkorban manakala 11 lagi cedera akibat kejadian itu.
Dalam pada itu, Hakim memberitahu Dul dibebaskan atas alasan remaja itu masih di bawah umur selain berkelakuan baik.

Malah ibu bapanya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap mangsa yang terlibat dan memberikan bantuan dari segi perubatan dan wang pampasan kepada keluarga mangsa.

Dul menerusi peguamnya juga memberitahu kesal dengan kejadian itu dan tidak akan mengulanginya lagi.


Ahmad Dhani , Dul.

Artis Sensasi Jual Belacan Kini Bercerai

Posted: 16 Jul 2014 02:54 PM PDT

Artis Sensasi Jual Belacan Kini Bercerai  |   Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.

"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

"Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Pada Selasa lalu, Ezany yang juga merupakan pengusaha kicap dan belacan telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: "It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita."

Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.

"Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.

"Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai.

"Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami," katanya. – mStar -

Gambar Sensasi Puteri DAP, Adalah Gadis Melayu Cantik

Posted: 16 Jul 2014 02:45 PM PDT

Gambar Sensasi Puteri DAP, Adalah Gadis Melayu Cantik  |   Dyana Sofya dan Syefura Othman merupakan dua anak gadis jelita yang nekad menyertai parti DAP bagi memperjuangkan hak kesamarataan kaum di Malaysia.

Keberanian mereka ini memang harus dipuji memandangkan tidak semudah itu untuk berdepan dengan pandangan seorang dan negatif dari masyarakat melayu. Antara sebab mereka memilih untuk menyertai DAP ialah kerana parti tersebut menyediakan ruang untuk wanita muda melayu.

dyana+sofya Gambar Sensasi Puteri DAP, Adalah Gadis Melayu Cantik
Terdapa dua persamaan Dyana Sofya dan Syefura Othman iaitu mempunyai lingkungan usia yang hampir sama, Dyana 27 tahun manakala Syefura 25 tahun. Yang kedua pula ialah keterbukaan mereka dalam menangani kritikan dan tomahan masyarakat.

Syefura+Othman+cun Gambar Sensasi Puteri DAP, Adalah Gadis Melayu Cantik

- sumber -

Qi Razali Naik Angin Lagi, Kali ini di Twitter?

Posted: 16 Jul 2014 02:39 PM PDT

Qi Razali Naik Angin Lagi, Kali ini di Twitter?  |   Selepas timbul kontroversi dia bergaduh dengan Nelydia Senrose di tempat awam, Qi Razali sekali lagi berang apabila khabar angin dikaitkan mesra dengan pelakon Nora Danish ditimbulkan semula oleh seorang individu di laman sosial Twitter. Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 37, berkata, perkara tersebut membuatkan dia tertekan kerana tuduhan itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan cintanya dengan aktres Nelydia Senrose.

“Ada orang cuba buat fitnah lagi di Twitter, mungkin kerana keluar filem Bencinta kelmarin di televisyen, gosip itu timbul semula yang mana ia tidak berasas langsung. Kalau cerita tu betul saya tidak kisah dan kalau cerita itu tak betul pun saya akan diam sahaja tetapi kalau sampai menjejaskan hubungan saya macam mana? Tak kan saya nak diam,” katanya kepada mStar Online.

Qi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang statusnya di laman Twitter pada Isnin lalu yang berang dengan tindakan seorang pengikut di laman Twitter kerana menyebarkan fitnah iaitu khabar angin tentang dirinya mempunyai hubungan dengan pelakon Nora Danish. Dalam Twitter tersebut Qi memberitahu tuduhan itu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan hingga menyakitkan orang-orang yang dekat dengannya.

Umum mengetahui Nora Danish kini bercinta dengan Nedim Nazri. Qi turut melahirkan rasa kesal apabila hubungan cintanya sering menjadi perhatian dan dihimpit pelbagai kontroversi.

“Saya tulis status itu supaya dapat bagi mesej kepada orang yang sebarkan khabar angin itu. Saya tidak tahu apa niat dia berbuat demikian. Saya perlu pertahankan maruah saya juga sebab itu saya tulis di twitter untuk betulkan keadaan dan lagi bagus kalau dapat jumpa orang tersebut dan berbincang apa masalah dia sebenarnya,” kata Qi.

Sementara itu, menjelaskan tentang kontroversi bergaduh di tempat awam itu, Qi menganggap ia hanya sekadar salah faham antara dia dan kekasihnya Nelydia Senrose tentang sesuatu perkara yang tiada kena mengena dengan dirinya. Dia juga kesal apabila tindakannya memujuk Nelydia disalah erti dan dianggap sebagai tidak menghormati wanita.

“Perselisihan faham itu terjadi disebabkan benda lain, saya hanya ingin memujuk dia sahaja, itu nampak seperti kami bergaduh. Saya malas nak besarkan cerita negatif macam ni, apa yang mereka sampaikan kononnya saya tidak hormat wanita, itu juga tidak benar sama sekali,” katanya.

- sumber -

Dato Siti Nurhaliza Sokong Israel, Kecam Rakyat Palestine

Posted: 16 Jul 2014 02:32 PM PDT

Dato Siti Nurhaliza Sokong Israel, Kecam Rakyat Palestine   |  Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.

Bercakap kepada mStar online, Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.

"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu (semalam).

Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.

Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli… Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.

10523512 610161322438563 1371518470 n Dato Siti Nurhaliza Sokong Israel, Kecam Rakyat Palestine

Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.

Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.

Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut. – sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani