Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook Otak Kotor

Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook Otak Kotor


Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook Otak Kotor

Posted: 28 May 2014 05:45 PM PDT

Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook Otak Kotor  |  Bekas model Pla yboy yang dalam proses mengenali Islam,Felixia Yeap telah memuatnaik satu status menempelak sesetengah orang melayu yang gila se ks dan mencuba melakukan provokasi s ek sual terhadap dirinya.

Menurut Felixia Yeap,beberapa pengguna Facebook yang berbangsa Melayu telah menyelongkar halaman Facebook rasminya untuk mencari gambar-gambarnya yang lalu ketika dia masih menjadi model Pla yboy.

152 1 819x1024 Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook Otak Kotor

Antara komen-komen yang dia dakwa ditulis oleh pengguna Islam berbangsa Melayu ialah ‘Nak Ra mas’ , ‘Nak Pa ncut Dalam’ , ‘Nak Ber om en’ , ‘Nak Ji lat’ dan ‘Nak Admin Masuk N eraka’.Sesungguhnya perkara ini sangat memalukan kita kerana ia ditulis oleh orang Melayu sendiri! .Apa nak jadi? Orang sedang cuba memahami dan mendalami Islam di hina sebegitu?

- sumber -

Video Perog0l Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan Tersebar

Posted: 28 May 2014 05:24 PM PDT

Video Perogol Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan Tersebar  |  Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan individu selepas dipercayai telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, sekumpulan individu yang dipercayai ahli keluarga kepada mangsa rogol membelasah lelaki berkenaan yang berusia 30-an di hadapan orang ramai.

Video Perogol Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan Video Perog0l Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan Tersebar

Mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dipercayai datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa nafsu lelaki berkenaan.

Berang dengan berita malang itu, keluarga mangsa bertindak mencari suspek dan berjaya mengesan salah seorang dari mereka yang dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.



Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam. – sumber

Isu Perkauman Lin Dan vs Misbun, Cina Sokong Siapa?

Posted: 28 May 2014 10:58 AM PDT

Isu Perkauman Lin Dan vs Misbun, Cina Sokong Siapa  |  Sebaik sahaja tamat Piala Thomas, media sosial yang masih penuh dengan luahan sedih tiba-tiba hangat setelah pernyataan Ridhuan Tee yang mendakwa kaum Cina di Malaysia menginginkan Malaysia menjuarai Piala Thomas hanya sekadar menyokong pemain Cina Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan trend sokongan kaum Cina di Malaysia dengan menggunakan analogi "Lin Dan vs Misbun". Pernyataan sedemikian sekali lagi membangkitkan isu patriotisme kaum Cina di Malaysia dan turut dibahaskan dalam media sosial.

Saya berkesempatan menyaksikan perlawanan Piala Thomas secara siaran langsung di sebuah restoran yang berhampiran pada malam itu. Suasana di restoran ketika itu sememangnya riuh-rendah dan peminat bersorak setiap kali pemain wakil Malaysia memperoleh mata.

Saya meninjau reaksi peminat yang terpesona dengan aksi-aksi pemain badminton seketika, kesemuanya terdiri daripada berbilang kaum. Kelihatan jelas sukan mampu menyatupadukan masyarakat yang berlainan kaum atau agama.

 




Selama ini, saya yakin kaum Cina yang menyokong Datuk Lee Chong Wei, bukan kerana beliau berketurunan Cina, tetapi beliau sebagai ikon kebangsaan negara kita.

JUSTERU, saya berpendapat pernyataan yang diutarakan oleh Ridhuan Tee adalah tidak jitu dan gagal menggambarkan senario masyarakat kaum Cina yang sebenar.

Dengan ini, saya ingin berkongsi pengalaman yang terjadi kepada kawan saya, khususnya kepada mereka yang mempertikaikan semangat patriotisme dalam kalangan kaum Cina.

Media sosial seperti Facebook juga tidak kekurangan dengan kritikan ketika mereka melihat waris warga China yang bertindak agresif terhadap pihak berkuasa.

Kolumnis veteran itu yang menggunakan analogi "Lin Dan vs Misbun" adalah tidak sesuai sama sekali. Saya tidak menafikan bahawa tentunya terdapat penyokong Lin Dan dalam kaum Cina tetapi minat terhadap seseorang tokoh sukan tidak terhad oleh kewarganegaraan mereka.

Bagaimanakah pula terdapat mereka yang meminati Rossa daripada Siti Nurhaliza?

Identiti nasional kaum Cina merentasi identiti etnik telahpun dibuktikan sebelum ini. Maka tanggapan peribadi yang prejudis terhadap patriotisme dalam kalangan kaum Cina di Malaysia seharusnya diketepikan.

Sempat Minta Maaf Dengan Isteri dan Ibu

Posted: 28 May 2014 10:46 AM PDT

Sempat Minta Maaf Dengan Isteri dan Ibu  |  Beberapa jam sebelum terbunuh, anggota tentera, Lans Koperal Muhamad Fiffieixezapey Mat Hussin, 28, sempat menghubungi isterinya di sini, meminta maaf atas kesilapan yang mungkin melukakan hati isterinya.

Norhidayah Hasbullah, 27, berkata, suaminya itu menghubunginya jam 10 malam kelmarin dan mereka berbual lebih 10 minit.

“Dia tak macam biasa malam tadi (malam kelmarin), dia asyik meminta maaf atas segala kesalahan dan berharap saya tidak kecewa kerana dia tidak mampu memberikan kekayaan. Saya hairan kerana dia tidak pernah berbual demikian sebelum ini. Saya katakan kepada dia bahawa saya tidak mengharapkan kemewahan hidup.

“Dia berharap benar supaya saudaranya membuat telegram di kem tentera bagi membolehkan dia balik kampung kerana dia risau keadaan saya yang mengandung anak pertama sejak dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Guchil, Sungai Petai di sini, semalam.

Norhidayah turut memberitahu suaminya itu dia sihat dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan, namun suaminya tetap berhasrat untuk balik ke Kelantan walaupun baharu sebulan berada di Sabah.

Norhidayah yang berasal dari Kampung Chat, Meranti, Pasir Mas, berkata, suaminya beria-ia untuk pulang, mungkin kerana mahu meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada Sabtu ini.

“Saya terfikir untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama tapi saya tidak menyuarakannya kerana saya mahu dia komited dengan tugasan.

“Dia sepatutnya ke Dubai tapi dia meminta untuk berkhidmat dalam negara memandangkan saya menghadapi masalah dengan kandungan, akhirnya dia ditugaskan ke Lahad Datu selama tiga bulan,” katanya yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing, Johor.

Menurutnya, suaminya pernah ditugaskan ke Sabah sebelum ini tapi menolaknya atas beberapa faktor tetapi kali ini, dia tidak boleh menolak kerana tiada orang boleh menggantikan tempatnya. Sementara itu, ibu Muhamad Fiffeixezapey, Norma Mohamad, 50, ketika ditemui berkata, dia menghubungi anaknya itu tiga hari lalu untuk bertanya khabar.

Katanya, ketika itu, anak kedua daripada lima beradik itu banyak menasihatinya supaya mengambil ubat mengikut jadual kerana dia menghidap pelbagai penyakit.

“Dia juga meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa terhadap saya," katanya.

Menurut Norma, dia menerima ketentuan ALLAH itu walaupun sedih dengan kehilangan arwah selepas kematian suami, Allahyarham Mat Hussin Mat Hassan, 10 tahun lalu. – sumber -

 

Sejarah Melaka Mungkin Perlu Dirombak

Posted: 28 May 2014 10:41 AM PDT

Sejarah Melaka Mungkin Perlu Dirombak  |   Sejarah Melaka dalam buku teks sekolah berkemungkinan perlu dirombak semula berdasarkan penemuan baharu Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep).

Pengurus Besar Iksep Datuk Aziz Ujang berkata penemuan itu dibuat hasil kajian institut itu yang dalam proses menyiapkan lapan jilid Buku Sejarah Nasional Malaysia, yang kini masuk 80 peratus siap.

Sejarah kegemilangan Melaka dirujuk 100 tahun sebelum kejatuhan empayar itu pada 1511 tetapi melalui kajian terbaharu Iksep, ia sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada 1262, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kem Rakan Remaja Patriotik 2014 peringkat negeri  di Pusat Latihan Khidmat Negara Nasuha di Pagoh hari ini.

Katanya beliau akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan berhubung perkara itu.

Beliau berkata empat jilid pertama Buku Sejarah Nasional Malaysia yang menelan belanja RM4 juta itu bakal dilancar November depan.

Aziz berkata buku sejarah itu merupakan hasil kajian lima tahun, membabitkan 18 orang pakar sejarah negara termasuk dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum empat jilid pertama itu diterbitkan, Iksep akan menganjurkan bengkel kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menambah baik isi kandungan buku sejarah berkenaan.

Aziz berkata untuk mengelak daripada fakta sejarah dalam buku tersebut dipertikai, kesemua pakar sejarah yang terlibat dalam membantu pengisian buku tersebut adalah daripada ahli-ahli akademik pelbagai bangsa bagi menentukan kesahihannya dan tidak terpesong daripada kebenarannya.

Antara kandungan buku itu termasuk menjejaki sejarah negara di antara prasejarah daripada zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal, Mesolitik (zaman batu pertengahan), Neolitik (zaman batu baharu), ke rentas era kegemilangan Empayar Melayu Melaka, pra dan pasca Merdeka sehingga era globalisasi yang membentuk Malaysia moden.

Katanya, sumber buku sejarah Nasional Malaysia adalah berdasarkan daripada rekod, dokumen serta hikayat-hikayat Melayu dan Cina termasuk arkib, muzium dan pusat sejarah terutama di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. – Bernama

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

Posted: 28 May 2014 10:03 AM PDT

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat  |  Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir  bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2  petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

"Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.

"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak.

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.



Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012. – astroawani -

Gosip : Pemain Bola Sepak Punca Pengacara Popular Tutup Aurat

Posted: 28 May 2014 08:00 AM PDT

Gosip : Pemain Bola Sepak Punca Pengacara Popular  Tutup Aurat| Kalau dilihat imej terbaru pengacara wanita popular ini, memang sejuk mata memandang. Semakin hari semakin ayu pula sejak berhijrah.

Sebelum ini dia lebih selesa membiarkan rambutnya mengurai, namun beberapa bulan lepas selebriti ini dilihat mula menutup sebahagian kepalanya biarpun masih belum bertudung penuh.

Dalam rancangan kendaliannya juga selebriti berkenaan semakin terbuka mempamerkan imej terbarunya yang lebih sopan.

Menurut sumber-sumber terapat, pengacara yang juga penyampai radio itu di dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Tambah sumber lagi, teman lelaki barunya itu adalah seorang pemain bola sepak dan mempunyai personaliti yang agak islamik. Barangkali pengacara berkenaan terbuka hati untuk menutup aurat sedikit demi sedikit kerana dinasihatkan oleh teman lelakinya.

Baguslah jika mempunyai kekasih yang membimbing ke arah kebaikan, jangan pula jadi macam sesetengah individu yang terpesong membuat perkara-perkara tak berfaedah kerana terpengaruh dengan pasangan.

Apapun, jika benar pengacara tersebut sudah menemui cinta baru, kami doakan hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.InshaAllah icon smile Gosip : Pemain Bola Sepak Punca Pengacara Popular  Tutup Aurat -Ohbulan

 

Kempen Penyusuan Badan Yang Tidak Kena Langsung

Posted: 28 May 2014 07:57 AM PDT

Kempen Penyusuan Badan Yang Tidak Kena Langsung| Iklan untuk kempen penyusuan susu ibu telah mendapat kecaman ramai kerana ia tidak menggambarkan langsung mengenai aspek penyusuan.

Sebaliknya iklan yang memaparkan selebriti aktres Camila Sodi dan peninju La Barby Juarez itu seolah-olah satu pertunjukan badan.Dalam iklan itu Sodi tidak berbaju dan hanya menutup dadanya dengan banner . Ia dikecam kerana iklan itu lebih bersifat provokatif dan seksi.

Kempen penyusuan ibu di Negara itu terpaksa diadakan bagi menggalak kaum wanita menyusu badan bayi mereka. Mexico merupakan antara negara di Amerika Tengah yang mempunyai kadar penyusuan badan yang rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan ibu-ibu menyusu bayi mereka sehingga usia bayi enam bulan namun hanya 14 peratus wanita di Mexico menyusukan bayi mereka.

Faktor seperti kekurangan zat, cuti bersalin yang tidak sempurna dan ketiadaan peluang untuk mengepam susu di pejabat menyebabkan wanita memberi susu formula kepada bayi mereka.-mynewshub

Abby Abadi Bakal Fail Penceraian

Posted: 28 May 2014 07:54 AM PDT

Abby Abadi Bakal Fail Penceraian| Nampaknya khabar angin yang mengatakan rumahtangga pasangan Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar mempunyai masalah telah terjawab apabila ada laporan mengatakan bekas selebriti itu bakal memfailkan penceraian.

Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, selepas usaha untuk menyelamatkan rumahtangga mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

Menerusi laman sosial Instagram sebelum ini, Abby Abadi ada mengirimkan beberapa keping gambar memberi bayangan yang hubungan beliau dan suami dilanda masalah namun enggan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand. -rotikaya

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani