Menjelang Hari Pernikahan, Syamsul Yusof Disyaki Demam Denggi
Menjelang Hari Pernikahan, Syamsul Yusof Disyaki Demam Denggi |
- Menjelang Hari Pernikahan, Syamsul Yusof Disyaki Demam Denggi
- Saya Rasa Karier Saya Masih Tidak Terjejas – Hanez Suraya
- (15 GAMBAR)Pra Perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal Daripada WunderClique
- Saya Tiada Masa Untuk Berfoya-foya – Erra Fazira
- (9 GAMBAR)Majlis Bridal Shower Untuk Zarema Sebelum Bergelar Isteri Aidil
- Wardina Safiyyah Akan Berpindah Ke Australia
- Ku Nan Nafi Ada Hubungan Dengan Erra Fazira
- Jangan Dengar Sebelah Pihak, Beri Peluang Saya Jelaskan – Hanez Suraya
- Rita Rudaini Mohon Liyana Manan Bersabar
Menjelang Hari Pernikahan, Syamsul Yusof Disyaki Demam Denggi Posted: 04 Mar 2014 05:28 AM PST Hanya tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berlangsung. Agak sedih juga apabila Abang Nara mendapat tahu mengenai Syamsul Yusof yang telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana disyaki menghidap demam denggi. Sesungguhnya ini adalah satu ujian yang besar buat Syamsul. Ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan yang anaknya itu sempat bergurau untuk bernikah di hospital sekiranya keadaan dirinya tidak bertambah baik. Kata Datin Patimah Ismail kepada Mstar Online:-
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Syamsul Yusof bertambah baik dan dapat meneruskan perancangan untuk bernikah seperti biasa. Untuk makluman, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung Sabtu ini di Masjid Sri Damansara sekitar jam 10 pagi. Semoga Syamsul sihat sebelum hari pernikahannya. Insya Allah. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Rasa Karier Saya Masih Tidak Terjejas – Hanez Suraya Posted: 04 Mar 2014 01:52 AM PST Produk dan duta sememangnya saling bergantungan. Kadangkala sesuatu jenama boleh jatuh hancur sekelip mata apabila duta produknya terpalit kontroversi. Mungkin itu yang boleh dikatakan sedang terjadi kepada produk kecantikan AuraWhite dan dutanya, Hanez Suraya. Melalui pemerhatian Abang Nara di laman sosial, banyak pihak mengajak agar memboikot Aura White kerana kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya. Hanez Suraya ternyata kesal dengan hasutan boikot yang sedang berleluasa di laman sosial ini. Berkata kepada Sinar Harian, Hanez memohon agar tidak dicampurkan hal peribadi dan kariernya. Kata Hanez:-
Apa yang menariknya walaupun sedang dilanda kontroversi, masih banyak tawaran kerja yang diterima oleh Hanez Suraya. Malah Hanez juga memaklumkan yang keluarga dan mereka yang rapat dengannya memahami segala apa yang sedang terjadi kepadanya. Kata Hanez lagi:-
Di kala dihujani dengan tohmahan, hinaan dan cacian daripada orang ramai, sekurang-kurangnya keluarga dan rakan rapat Hanez masih lagi memberikan kata-kata semangat kepada pelakon ini. Tak adalah tertekan 100%. Kalau Abang Nara dilanda kontroversi macam ini, mahu tertekan gila-gila dibuatnya. Apa pun, sama-samalah kita nantikan sidang media daripada Hanez Suraya kelak. Khabarnya Mr. R juga akan tampil untuk membuat penjelasan. UPDATE: Buat mereka yang telah, sedang atau mahu menggunakan AuraWhite, produk ini masih lagi dijual dan berkesan seperti yang telah diwar-warkan oleh ribuan penggunanya. Tidak perlu ada kesangsian mengenai kehebatannya. Dikhabarkan dalam waktu terdekat ini juga pihak AuraWhite akan mengadakan satu kejutan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk awesome ini, anda boleh layari www.aurawhite2u.com Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Pra Perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal Daripada WunderClique Posted: 04 Mar 2014 01:28 AM PST Cantik, kacak dan berseri-serinya bakal pengantin Aidil Zafuan dan Zarema Zainal ini. Memang bak pinang dibelah dua. Abang Nara suka sangat-sangat melihat gambar pra perkahwinan mereka yang diambil oleh WunderClique ini. Memang awesome sangat-sangat. Nampak so sweet!!! Kekacakan Aidil Zafuan memang jelas terserlah di dalam setiap gambar. Sementara kemanisan wajah Zarema Zainal juga berjaya diabadikan di dalam gambar-gambar pra perkahwinan. Renungan mata mereka jelas membayangkan kebahagiaan yang sedang dikecapi menjelang hari perkahwinan. Tak sabar Abang Nara mahu melihat mereka berdua di atas pelamin kelak. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancarnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook WunderClique dan Instagram WunderClique.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tiada Masa Untuk Berfoya-foya – Erra Fazira Posted: 03 Mar 2014 09:00 PM PST Abang Nara dah agak dah yang Erra Fazira pasti akan terkejut apabila membaca desas-desus perhubungannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah Erra sendiri mengakui tidak mengenali Ku Nan secara rapat dan tiada masa untuk menjalinkan hubungan seperti yang didakwa. Kesian Erra baru kena cerai dah timbul gosip tidak masuk akal sebegini.
Malah menerusi Harian Metro juga, Erra melahirkan rasa kecewanya kerana desas-desus seperti ini mengaibkan dirinya yang merupakan seorang ibu tunggal. Kata Erra lagi:-
Macam-macam dugaan yang timbul di dalam hidup insan bernama Erra Fazira ini. Diharap gosip sebegini tidak menghalang Erra untuk memberi fokus dan persembahan terbaik di dalam Konsert Teatrikal Suara Kita yang bermula semalam. Kepada Erra, semoga terus tabah dan cekal dengan apa jua ujian dalam hidup anda. Baca Yang Ini Pulak:- |
(9 GAMBAR)Majlis Bridal Shower Untuk Zarema Sebelum Bergelar Isteri Aidil Posted: 03 Mar 2014 08:20 PM PST Teringat kenangan Abang Nara ketika menjelang hari pernikahan dengan wife tercinta dulu. Hati nervous dan berdebar-debar. Pergi mana-mana mesti berlatih akad nikah je. Hehehe. Lagipun pengantin lelaki tak ada “bridal shower”, mandi bunga dan aktiviti sewaktu dengannya. Pengantin perempuan tak tahu la pulak Abang Nara. Tak sempat nak tanya dengan wife. Apa pun menarik juga apabila melihat gambar-gambar sekitar majlis “bridal shower” yang telah dikongsikan oleh Zarema Zainal. Mengikut pemahaman Abang Nara, “bridal shower” ini lebih kurang macam nak celebrate bakal pengantin perempuan dengan rakan-rakan perempuan sahaja. Antara selebriti yang hadir ialah Nora Danish dan Betty Rahmad. Tentu Zarema seronok berjumpa dengan rakan-rakan dan berborak sakan sebelum bergelar isteri kepada Aidil Zafuan. Lepas ini pasti sukar berjumpa sebab kena tumpukan perhatian kepada rumah tangga. Apa pun, tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan Zarema dan Aidil. Semoga semuanya berjalan lancar. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Wardina Safiyyah Akan Berpindah Ke Australia Posted: 03 Mar 2014 06:55 PM PST Pelakon yang pernah popular menerusi drama Spanar Jaya satu ketika dahulu, Wardina Safiyyah mengumumkan yang dirinya dan keluarga akan berpindah ke Brisbane, Australia dalam masa terdekat ini. Bukan berpindah tanpa sebarang perancangan, Wardina akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang psikologi. Tidak keseorang, suami dan anak-anaknya jug akan turut sama tinggal di bumi kanggaru ini. Pasti seronok dapat tinggal dan belajar di negara orang walaupun terpaksa meninggalkan segala aktiviti ceramah serta amal kebajikan persatuannya di Malaysia. Sambil belajar sambil berehat. Kata Wardina kepada MalaysianDigest:-
Selamat maju jaya dan all the best diucapkan buat Wardina. Sekurang-kurangnya Wardina dapat lari sekejap daripada hiruk pikuk dan kesibukan ketika berada di Malaysia. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa pulang dengan segulung ijazah. Abang Nara pasti ramai peminat Wardina akan merindui kelibat pelakon ini sepanjang ketiadaannya kelak. P.S: Jambatan kedua Pulau Pinang percuma sebulan Baca Yang Ini Pulak:- |
Ku Nan Nafi Ada Hubungan Dengan Erra Fazira Posted: 03 Mar 2014 06:10 PM PST Pelik betul khabar angin yang bertebaran memandangkan penceraian Erra Fazira belum pun sampai sebulan. Dan tambah pelik apabila nama yang dikaitkan dengan pelakon cantik itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Agak tidak masuk akal dan sememangnya menghairankan sungguh.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan terkejut apabila ditanya mengenai hubungan istimewanya dengan Erra Fazira dan menegaskan bahawa beliau tidak akan berkahwin dengan Erra Fazira kerana desas-desus itu tiada kaitan dengannya. Kesian pulak Abang Nara kat Erra Fazira. Edah pun tak habis lagi macam-macam khabar angin dah timbul. Harap bersabar ye!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Jangan Dengar Sebelah Pihak, Beri Peluang Saya Jelaskan – Hanez Suraya Posted: 03 Mar 2014 05:09 PM PST Selewat-lewatnya Rabu ini, kita bakal mendengar penjelasan daripada Hanez Suraya mengenai kontroversi dan kemelut yang sedang melanda dirinya. Agaknya apakah yang dibentangkan oleh Hanez ketika sidang media itu? Memang tak sabar menanti lebih-lebih lagi apabila Hanez menyatakan yang orang ramai terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap dirinya. Hanez juga menjelaskan yang dia bukan melarikan diri dan tidak tertekan dengan apa yang sedang terjadi. Kata Hanez menerusi portal GUA:-
Kalau anda menjenguk ke laman Instagram Hanez Suraya, di situ anda akan dapat melihat hampir kesemua komen yang diberikan adalah berbentuk cacian dan hinaan kepada pelakon ini. Abang Nara memahami perasaan mereka yang memberikan komen sebegitu. Iyerlah, sekarang ini Hanez dilihat sebagai penghancur kebahagiaan rumah tangga orang. Siapa yang suka diperlakukan sebegitu? Namun anda perlu hati-hati kerana Hanez mungkin mem”block” mereka yang menghinanya. Kata Hanez:-
Apa pun Abang Nara tak sabar hendak menunggu sidang media yang bakal dilakukan oleh Hanez Suraya. Diharap Mr. R akan turun padang sekali. Barulah macho dan gentleman. Sama-samalah kita nantikan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Rita Rudaini Mohon Liyana Manan Bersabar Posted: 03 Mar 2014 04:30 PM PST Nampaknya kisah Liyana Manan yang suaminya dirampas oleh Hanez Suraya bukan sahaja mendapat perhatian orang kebanyakan namun turut diperhatikan oleh golongan selebriti tempatan. Salah seorang daripada mereka ialah Rita Rudaini. Umum mengetahui Rita juga melalui kisah hitam di dalam perkahwinannya. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Rita memahami apa yang dirasai oleh Liyana Manan.
Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kepada Liyana Manan, bersabarlah dengan dugaan ini. Kepada rakan-rakan dan keluarga Liyana Manan, inilah masanya untuk anda memberikan sokongan moral dan menjadi bahu buat diri Liyana. Sama-samalah kita doakan agar kisah hitam ini akan berakhir dengan kadar segera. Yang penting, anak-anak perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Tabahkanlah hatimu. P.S: CTM, baju couple t eksklusif yang didatangkan dengan 17 pilihan warna dan semua saiz kini muncul lagi dengan koleksi terbaru Cosmopolitan http://goo.gl/ Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment