Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Hasrat Berkahwin Dengan Hantu Akhirnya Tercapai
- Sadisnya Rumah Anak Buangan Di China
- Rakaman Video Hantu Pecahkan Cermin Kereta
- Kad Kahwin Syamsul & Syafiq Menyusul Dua Minggu Lagi
- Kes Pukul Anak: Azizul Tenang Jawab Soalan Peguam Pendakwa
- Ular sawa 3.04 Meter Telan Seekor Buaya
- Ibu Potong Kedua Tangan Anaknya Berusia 8 Tahun
- Kejam, Tahanan Kanak-Kanak Jadi Makanan Anjing di Korea Utara
- Bakar Isteri Kerana Cemburu
- Lelaki Ini Dilenyek Sampai Mati
- Ahli Politik Wanita Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel
Hasrat Berkahwin Dengan Hantu Akhirnya Tercapai Posted: 04 Mar 2014 02:00 PM PST Dalam adat mereka , perkahwinan hantu sering dijalankan. Kita juga biasa melihat mereka menjalankan upacara hantu setiap tahun. Di China , orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka berkahwin dengan wanita tersebut. Akhirnya, dua orang perompak tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga, mereka mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama mayat. Artikel yang berkaitan tercapai hasrat berkhawin dengan hantu: Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi'an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap. Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital. Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi'an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara "perkahwinan hantu". – Agensi |
Sadisnya Rumah Anak Buangan Di China Posted: 04 Mar 2014 02:00 PM PST Henan, China. Sejak tahun 1986, Yuan Lihai telah menerima lebih 100 foundlings [bayi yang ditinggalkan ]. Sebahagian dari mereka yang dah membesar telah berkahwin dan kerja telah meninggalkannya, dan masih terdapat 39 berada bersama beliau hingga hari ini, sebahagian dari kanak-kanak itu ada yang menderita sakit mental dan cacat. Yuan Lihai hanya menjual makanan ringan di jalanan untuk menyara hidup untuk dirinya kanak-kanak dan bayi, manakala suaminya yang menentang pengambilan pembuangan bayi telah berpisah dengan beliau. Bermula pada tahun 1987, Yuan Lihai telah mengambil kanak-kanak cacat atau berpenyakit, setelah menerima lebih 100 kanak-kanak dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan beberapa orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat penyakit yang teruk dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi. Yuan Lihai agak terkenal di sana, dengan orang-orang biasa, hospital, dan juga polis, perkhidmatan kecemasan, ramai di antara kanak-kanak tersebut telah dihantar kepadanya. Pada tahap tertentu, institusi kebajikan awam anak yatim telah menolak jenis "rumah anak yatim persendirian" komplikasi antara moral, undang-undang, dan faedah / keuntungan menyebabkan peruntukan kepadanya tidak dapat dilaksanakan. |
Rakaman Video Hantu Pecahkan Cermin Kereta Posted: 04 Mar 2014 09:53 AM PST Hantu memecahkan kaca kereta berjaya dirakamkan kamera. Video ini dimuat naik pada 3 November 2013. Rakaman sepanjang 50 saat ini dimuat naik oleh Nguyen Adam . Video bertajuk "OMG: Ghostly Image Damages Car" ini merakam bentuk berwarna putih melalui kawasan letak kereta. Softpedia, melaporkan jurucakap Jabatan Polis Hatford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Leftenan Brian Foley berkata petugasnya menemui kaca kereta bertaburan di tanah bersebelahan kereta. Rakaman ini telah disaksikan polis tempatan. Polis menyatakan kemungkinan bentuk putih itu adalah angin yang bergerak disekitar kawasan letak kereta. Namun kemudian polis merasa keliru dengan penemuan cermin betaburan ditempat parking kenderaan. Lihat video di bawah dairishare |
Kad Kahwin Syamsul & Syafiq Menyusul Dua Minggu Lagi Posted: 04 Mar 2014 09:50 AM PST Persiapan majlis resepsi anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq yang akan dilakukan secara serentak pada 18 April depan berjalan lancar dan hampir selesai. Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, kad undangan akan mula diedarkan dalam tempoh dua minggu lagi. Tambah Fatimah, majlis menyambut tetamu akan diadakan secara sederhana di Dewan Perdana Felda dengan bertemakan putih dan merah jambu dengan busana rekaan Alia Bustamam. Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada sebelah selepas akad nikah pada 8 Mac ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night. Dalam pada itu, ditanya tentang penaja, kata Patimah, mereka tidak mengambil mana-mana penaja untuk majlis resepsi tersebut. Perkara tersebut juga atas permintaan Syamsul yang mahu majlis berjalan dalam keadaan yang sederhana. Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara kira-kira pada pukul 10 pagi. Manakala, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul. |
Kes Pukul Anak: Azizul Tenang Jawab Soalan Peguam Pendakwa Posted: 03 Mar 2014 07:30 PM PST STOCKHOLM - SWEDEN. Hari ketujuh perbicaraan pasangan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin yang didakwa di Mahkamah Daerah Solna atas tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga tahun 2013 hari ini menyaksikan giliran Azizul dipanggil memberikan keterangan. Azizul yang memakai baju kemeja berwarna hijau lengkap bertali leher dan berkot hitam dipanggil bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa sebaik sahaja Mahkamah bermula pada jam 9 pagi. Perbicaraan yang dijalankan dalam Bahasa Sweden dengan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa itu dimulakan dengan Azizul diminta untuk menceritakan mengenai latar belakangnya bermula dengan diri, keluarga, isteri dan anak-anaknya. Beliau yang ditahan reman sejak 18 Disember tahun lalu sempat berkongsi saat manis menceritakan bagaimana isterinya, Shalwati menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi dengan menaiki pengangkutan awam. Saat ditanya adakah dia pernah melakukan kekerasan terhadap empat orang anaknya, Azizul menafikan perkara tersebut. Azizul yang mengaku mengamalkan cara didikan tegas bagaimanapun berkata dia telah mengurangkan ketegasan tersebut sewaktu berpindah ke Sweden kerana dikejutkan dengan situasi sedih yang berlaku sewaktu mendaftarkan persekolahan anak ketiganya, Adam. Mengulas mengenai insiden tersebut, Azizul kedengaran tersekat-sekat sambil ada ketikanya menundukkan muka sementara Shalwati yang memakai baju dan tudung berwarna merah dilihat mula mengesat air mata. Seluruh mahkamah juga merasa hiba apabila Azizul menerangkan dia terkesan dengan situasi yang mana Adam tidak dibenarkan untuk didaftarkan di sekolah biasa sebaliknya diminta ke sekolah khas (slow learner) akibat daripada disleksia yang dialaminya. Azizul yang menggelar Adam sebagai 'streetsmart' mengatakan akibat insiden itu, dia mengurangkan ketegasan bagi mengelakkan tekanan terhadap anak-anaknya terutamanya Adam. Saat ditanya mengenai insiden-insiden pukulan yang didakwa dilakukan oleh beliau, Azizul menafikan ada memukul anak-anaknya di muka, belakang badan dan tangan sebaliknya menyatakan dia hanya memberikan pukulan ringan sebagai pengajaran kepada anak-anaknya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bukannya berniat mencederakan atau mendatangkan kesakitan. Azizul yang ditanya berkaitan empat insiden di mana dia dikatakan memukul anak-anaknya menerangkan insiden pertama berlaku ketika di meja makan sewaktu menikmati makan malam yang mana Azizul berkata ianya adalah mustahil untuk beliau memukul Ammar ketika itu kerana tempat duduk anak keduanya itu berhadapan dengannya dan kedudukan itu tidak memungkinkan Ammar dipukul. Insiden kedua pula dikatakan berlaku apabila Azizul menggunakan rotan sewaktu mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran. Azizul menegaskan ianya tidak berlaku kerana kayu nipis yang dikatakan sebagai alat memukul itu hanya digunakan sebagai penunjuk dan jika digunakan untuk memukul sekalipun, ia tidak mendatangkan kesakitan atau kesan. Selain itu, terdapat juga insiden yang berlaku di dalam kereta di mana Azizul dikatakan memukul Ammar yang bertengkar dengan Aisyah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Azizul menafikan kejadian tersebut dengan menceritakan dia hanya menyentuh bahu Ammar dan memintanya berhenti berbalah dengan kakaknya. Sewaktu kejadian itu, Azizul yang sedang memandu terdengar anak-anaknya bertengkar apabila Ammar yang duduk di bahagian depan menggerakkan kerusinya jauh ke belakang mengakibatkan Aisyah yang duduk di tempat duduk belakang tersepit. Aisyah yang beberapa kali meminta Ammar membetulkan kerusinya tidak dihiraukan menyebabkan Azizul menghalang dan meminta Ammar untuk membetulkan kerusinya. Pegawai Pendakwa yang sentiasa cuba membuktikan Azizul ada memukul anaknya ketika ini bertanya mengenai kejadian Ammar dipukul semasa hari halloween. Azizul yang kelihatan tenang bagaimanapun menjawab mereka tidak menyambutnya kerana ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh itu, dia tidak tahu bilakah hari tersebut selain menyatakan kejadian ini tidak pernah berlaku. Ketika ditanya bagaimana dia menzahirkan perasaan marah, Azizul menjelaskan kebiasaannya dia akan meninggikan suara selain membuat bunyi sama ada mengetuk meja atau tangga. Ada ketikanya dia turut memutuskan talian internet dan membuat kiraan sebagai amaran kepada anak-anaknya. Perbicaraan bersambung 5 Februari 2014. |
Ular sawa 3.04 Meter Telan Seekor Buaya Posted: 03 Mar 2014 06:30 PM PST Seekor ular menelan seekor buaya selepas membelitnya dalam satu pertarungan di Tasik Moondarra, Queensland, Australia. Detitk-detik pertarungan itu disaksikan oleh seorang lelaki, Travis Corlis dan isterinya, Tiffany Corlis. Menurut Travis, ular sawa itu sepanjang 3.04 meter manakala buaya tersebut sepanjang 0.91 meter. "Kedua-dua haiwan itu bertarung di dalam tasik. Kami berdiri sambil menyaksikan (pertarungan itu) dengan penuh kekaguman," kata Travis. Menurutnya, beberapa jam kemudian, dia mendapati ular berkenaan membelit badan buaya tersebut dan menarik haiwan berkenaan ke tepi tebing. Travis berkata, ular tersebut melepaskan belitan pada buaya berkenaan di tepi tasik tersebut. Dia berkata, ketika belitan itu dilepaskan, buaya tersebut telah mati. "Kira-kira 10 minit kemudian, buaya itu telah ditelan ular berkenaan," katanya. Tiffany berkata, pertarungan tersebut dianggapnya seperti satu kejadian yang tidak dapat dipercayainya tetapi pernah berlaku di depan matanya. "Namun, kejadian itu benar-benar berlaku. Ular tersebut telah menelan buaya itu," katanya. Menurut Tiffany, ketika bertarung, buaya berkenaan bergelut untuk memastikan kepalanya berada di atas permukaan air. Dia berkata, kedua-dua haiwan itu kelihatan letih semasa pertarungan tersebut berlaku. Pada akhirnya, kata Tiffany, buaya tersebut memenangi pertarungan itu. - AFP |
Ibu Potong Kedua Tangan Anaknya Berusia 8 Tahun Posted: 03 Mar 2014 05:33 PM PST Seorang budak lelaki berusia 8-tahun menderita akibat kedua-dua tangan dipotong. Di wilayah Henan negara China seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang dikenali sebagai Chu Chu yang hanya boleh berbaring di atas katil hospital, tidak dapat menggerakan kedua tangannya, setelah kedua-dua tangan beliau dipotong oleh seseorang. Perkara ini membuatkan orang ramai sangat terkejut. Siapakah yang melakukan perkara yang sedemikian. Datuk sebelah bapa Chu Chu ini menerangkan apa yang berlaku, bagaimana dia menemui Chu Chu berdarah dan tanpa tangan, kemudian dia menghubungi polis, dan di mana dia menjumpai tangan Chu Chu dalam tandas. Bapa Chu Chu menjelaskan bahawa isterinya mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit tetapi bertintak kejam keatas anak mereka. Ibu budak itu mengakui bahawa dia memotong tangan Chu Chu ini. Keluarganya berkata, dia adalah pesakit mental dan dia telah ditemui di sebuah hospital mental di Wuhan. |
Kejam, Tahanan Kanak-Kanak Jadi Makanan Anjing di Korea Utara Posted: 03 Mar 2014 04:10 PM PST Korea Utara, mempunyai pelbagai rekod yang mengerikan dalam pemerintahannya. Dipetik dari Dailymail, salah seorang bekas banduan di penjara Korea Utara, Ahn Myong Chol, menceritakan sebuah kisah ngeri tentang kanak-kanak malang yang menjadi makanan anjing dan dikebumikan hidup-hidup. Ahn Myong Chol adalah salah seorang yang berjaya melarikan diri dari Korea Utara dan akhirnya bekerja di Korea Selatan. Kini selepas ia berjaya membelot dan menjadi pengurus organisasi Bebaskan Gulag Korea Utara, ia menceritakan pengalamannya semasa menjadi saksi kekejaman di sana. Beliau pernah melihat kanak-kanak sekolah yang baru pulang dan diserang oleh 3 ekor anjing. Dengan ganasnya anjing-anjing ini mengoyak tubuh budak-budak tersebut. "Anjing-anjing itu membunuh tiga budak. Dua lainnya luka parah dan penjaga menanam mereka hidup-hidup," cerita Ahn. Keesokan harinya anjing-anjing yang berjaya membunuh kanak-kanak ini akan diberi makanan istimewa sebagai hadiah. Korea Utara memang mempunyai kisah tragik seperti dilaporkan oleh Chinasmack. Para tahanan di sana dipaksa kerja pada suhu di bawah 25 darjah. Banyak di antara mereka menderita kelaparan dan seringkali menggadai nyawa di sana. "Orang-orang di kem tidak diperlakukan seperti manusia. Mereka seperti lalat yang boleh dihancurkan," cerita Ahn. Masih banyak kanak-kanak malang yang kehilangan masa zaman kanak-kanak mereka, sebagai korban dari taktik politik, peperangan dan diskriminasi. |
Posted: 03 Mar 2014 04:08 PM PST Kota Bharu: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum membakar wanita itu di rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, malam kelmarin. Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya, dituduh suaminya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur 40 peratus pada muka serta kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar berkata, adik mangsa dihubungi kakaknya memberitahu dia dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar oleh suaminya. Menurutnya, adik serta tiga abangnya bergegas ke rumah mangsa dan apabila sampai, mereka sempat melihat suspek menampar muka mangsa di luar rumah. |
Lelaki Ini Dilenyek Sampai Mati Posted: 03 Mar 2014 04:06 PM PST Batu Gajah - Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini. Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini. Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu. "Susulan itu, polis IPD Batu Gajah dan Unit Polis Forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di atas pelepah kering daun pokok kelapa sawit. |
Ahli Politik Wanita Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel Posted: 03 Mar 2014 04:02 PM PST KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips). Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin. Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T. "Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat. "Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu. Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. gambar hiasan |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment