Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Pasangai Kantoi Bersenggama Dimandikan Dengan Air Longkang
- Petir Yang Tak Pernah Berhenti Sejak Ribuan Tahun Hingga Sekarang
- Guru Paksa 30 Murid Makan Biskut Bersalut Air Maninya Sendiri
- Wanita Ditembak Kerana Dadah
- 3 Penumpang Putus Kepala Dirempuh Pemandu Traktor Mabuk
- Ibu Askar Terima Cek Satu Sen
- Bapa Malu Dengan Sikap Prihatin Anaknya Terhadap Binatang
Pasangai Kantoi Bersenggama Dimandikan Dengan Air Longkang Posted: 06 Mar 2014 12:30 PM PST Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan iktibar. Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di Panton Labu, Aceh Utara. Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung. Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan air longkang. Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu. Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus selepas itu atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa. P/s: Kalau di Malaysia, orang kampung buat begini, saya jamin, pertama: mereka akan diserang oleh kaum kerabat pasangan yang ditangkap khalwat itu, kedua: mungkin ada menteri dan NGO akan membidas/mengutuk tindakan itu, anda mungkin dapat meneka NGO dan menteri itu, ketiga: tidak mustahil orang yang memandikan pasangan itu akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan pelik! Saya berkata demikian kerana banyak ibu bapa menyerang cikgu di sekolah walaupun mereka mengetahui bahawa anak mereka berkelakuan macam syaitan! Jangan pula kata saya anggap hukuman ini islamik, namun upacara memandikan dengan air longkang itu melambangkan betapa jijiknya perbuatan mereka. |
Petir Yang Tak Pernah Berhenti Sejak Ribuan Tahun Hingga Sekarang Posted: 06 Mar 2014 10:07 AM PST INILAH satu fenomena keajaiban alam yang berlaku di bumi, yang masih menjadi misteri sejak ribuan tahun sehinggalah sekarang. Terletak di muara sungai Catatumbo berhampiran Tasik Maracaibo (Venezuela). Fenomena misteri itu adalah, berlakunya petir dan kilat sabung-menyabung yang sangat dahsyat dan bunyinya yang mengegarkan jantung sesiapa saja yang mendengar dan melihatnya. Fenomena inilah yang dinamakan 'Catatumbo Lightning'. Kejadian misteri ini berlaku setiap hari sejak ribuan tahun dahulu tanpa pernah berhenti sehingga sekarang. Cuba anda bayangkan, petir tersebut menyambar selama 10 jam dalam sehari, dan petir tersebut menyambar sehingga 280 kali sambaran dalam satu jam. Boleh anda bayangkan berapa kali 'petir Catatumbo' menyambar dalam sehari !! Dan yang lebih menakjubkan lagi, dalam satu tahun, petir ini menyambar sehingga 140 hingga 160 hari dari 365 hari dalam setahun. Dan petir tersebut kebanyakkannya menyambar dengan ketinggian 5 km. Subhanallah! Sungguh luar biasa sekali... Sejak ribuan tahun para pelaut telah menggunakan 'Catatumbo Lightning' sebagai arah panduan agar mereka tidak tersesat di lautan. Kerana 'Catatumbo Lightning' boleh dilihat dari jarak sehingga 400km atau 250 batu jauhnya. Walaupun saintis telah membuat banyak kajian dan teori mengenai fenomena misteri ini, tetapi apa yang menyebabkannya terjadi begitu masih tidak dapat di rungkai sehingga kini. Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi. KEJADIAN PETIR DAN GURUH ADA DI SEBUTKAN DIDALAM AL-QURAN: Surah An Nur, Ayat 43: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Surah Ar Ra'd: Adalah surah ke-13 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini dinamakan Ar Ra'd yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya "Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya", menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT. Dan lagi sesuai dengan sifat Al-Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia. Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah SWT tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah. |
Guru Paksa 30 Murid Makan Biskut Bersalut Air Maninya Sendiri Posted: 06 Mar 2014 10:02 AM PST Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya. Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun. Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka. Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah. Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan. Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata. Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu. Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya. Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu. Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012. |
Posted: 05 Mar 2014 07:52 PM PST Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, Sepang. Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaiannamun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis. Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah. "Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai. "Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil," katanya. |
3 Penumpang Putus Kepala Dirempuh Pemandu Traktor Mabuk Posted: 05 Mar 2014 07:43 PM PST Di Russia, seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika kejadian. Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan Russia itu. Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus. Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. |
Posted: 05 Mar 2014 07:40 PM PST Montreal: Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai 'bayaran pelepasan' tiga tahun selepas anaknya membunuh diri. Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22. Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan. "Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston. "Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung," katanya. - AFP |
Bapa Malu Dengan Sikap Prihatin Anaknya Terhadap Binatang Posted: 05 Mar 2014 04:00 PM PST Dipetik dari Metro.co.uk, seorang ayah menceritakan pengalamannya saat ia merasa malu melihat apa yang telah dilakukan oleh sang anak. Mengapa demikian? Lelaki dariPhilipina ini menjelaskan bahawa sudah dua minggu, setiap hari anaknya membawa beg besar dan keluar dari rumah. Ia pergi ke luar bandar di sana entah untuk berbuat apa. Maka si ayah yang ingin tahu ini mengikuti anaknya. Ternyata sampai di sana, ia terkejut melihat apa yang dilakukan oleh anaknya. Ternyata mereka disambut oleh beberapa ekor anjing yang kelihatan mempunyai penyakit kulit, kotor dan sakit. Dan anaknya memberikannya makan. Jadi inilah yang dilakukan oleh anaknya beberapa hari terakhir. Si ayah sedikit malu mengetahui kenyataan ini. "Aku malu mengatakan bahawa aku agak jijik. Namun anakku mengubah pandangan itu. Ia tak takut seperti aku. Padahal aku hampir ngeri melihat zombie kecil itu melakukan tos dengan anakku beberapa kali," ceritanya. Namun sang ayah kemudian merasa terharu dan bangga pada apa yang dilakukan anaknya. Sejak saat itu, dia bersedia membantu membelikan bekalan makanan yang diperlukan oleh anjing tersebut. Tindakan heroik anaknya menyelamatkan anjing itu, anak lelakinya berkata bahawa ia ingin membuka perlindungan haiwan sendiri. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment