Kehilangan MH370 : Komen Artis Yang Pernah Bertugas di Awan Biru
Kehilangan MH370 : Komen Artis Yang Pernah Bertugas di Awan Biru |
- Kehilangan MH370 : Komen Artis Yang Pernah Bertugas di Awan Biru
- Hazlin Hussain Tak Kisah Diparodikan
- 12 GUA : Mark Adam Alami Insiden Hampir Ragut Nyawa
- Raja Azura Berjaya Kumpul RM3,000
- Oh Chentaku Rakam Banyak Lagu Melayu
- Selebriti Bakal Berkahwin
Kehilangan MH370 : Komen Artis Yang Pernah Bertugas di Awan Biru Posted: 10 Mar 2014 11:00 PM PDT Misteri kehilangan pesawat MH370 menimbulkan banyak tanda tanya serta spekulasi daripada ramai pihak. Pihak GUA turut mendapatkan komen beberapa selebriti yang pernah berkhidmat di awan biru berhubung isu ini. |
Hazlin Hussain Tak Kisah Diparodikan Posted: 10 Mar 2014 08:35 PM PDT Aksi Hazlin Hussain yang tegas sewaktu mengacarakan program popular di TV3, '999' seringkali diparodikan menjadi bahan jenaka. Bagaimanapun, personaliti TV ini menjelaskan yang dia tidak kisah gayanya diparodikan. "Saya tahu, aksi saya mengacara program '999' diparodikan di radio, YouTube dan juga di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya memandang positif perkara tersebut. Bagi saya, jika ada yang melakukan parodi, jadi mereka sedari dan menonton program yang saya acarakan," ujar Hazlin ketika ditemui di program tanggungjawab korporat sosial anjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong pada Ahad lalu. "Saya tak kisah diparodikan, malahan saya hormati perkara tersebut kerana itu idea mereka. Asalkan niat mereka lakukan parodi tersebut untuk menghiburkan orang ramai, saya okay sahaja. Saya yang melihat mereka lakukan parodi pun hanya tergelak sendiri melihat keletah mereka," kata pembaca berita 'Buletin Utama' TV3 ini. Dalam pada itu, Hazlin yang baru sahaja tampil dengan imej bertudung menjelaskan yang semua pihak memberikan respon positif kepadanya. Ujar Hazlin, apabila dia memuat naik gambarnya berhijab buat kali pertama di laman Instagram, ramai orang yang memberikan kata-kata dorongan dan rangsangan positif terhadap dirinya. "Saya pernah berfikir, mungkin ada pihak yang tak suka jika saya mengubah imej saya, namun begitu telahan saya ternyata salah. Segalanya dipermudahkan. Menerusi laman Instagram, mereka memberikan kata-kata rangsangan dan dorongan buat saya. Setiap kali saya membaca maklum balas yang ditinggalkan di ruangan komen, hati saya rasa sebak dan terharu," ujar Hazlin lagi. Hazlin juga menjelaskan imejnya sebagai seorang wanita berhijab juga tidak akan menghalangnya untuk terus mengacarakan rancangan berbentuk jenayah dan turun padang untuk sama-sama membongkar aktiviti jenayah. "Saya rasakan imej bertudung bukanlah alasan untuk saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti membanteras jenayah untuk program '999' seperti melakukan pemeriksaan di kelab malam, membongkar aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Lagi pun, ramai sahaja anggota penguat kuasa yang terdiri daripada kaum wanita yang mengenakan hijab," jelas Hazlin mengakhiri bicara. |
12 GUA : Mark Adam Alami Insiden Hampir Ragut Nyawa Posted: 10 Mar 2014 08:04 PM PDT Nama Mark Adam semakin dikenali gara-gara single keduanya berjudul 'Pencuri' mendapat perhatian ramai. Single pertama Mark, 'Sampai Nanti' gagal mendapat tempat di hati peminat bidang seni suara tempatan. |
Raja Azura Berjaya Kumpul RM3,000 Posted: 10 Mar 2014 09:00 AM PDT Pengacara rancangan bual bicara 'Primadona' di Astro Prima, Raja Azura berkongsi pengalamannya melawan perasaan fobia terhadap tempat tinggi. |
Oh Chentaku Rakam Banyak Lagu Melayu Posted: 10 Mar 2014 09:00 AM PDT Kumpulan muzik indie, Oh Chentaku (OCK) memilih pendekatan dengan mengadakan siri jelajah bagi mempromosikan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ketiga mereka berjudul 'Young Hearts' sebelum melancarkan album tersebut. |
Posted: 10 Mar 2014 08:19 PM PDT Akhir-akhir ini ramai selebriti yang mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menamatkan zaman bujang. Ada yang sudah lama berhubungan dengan pasangan, ada juga yang baru beberapa bulan. |
You are subscribed to email updates from GUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment