Facebook Kami Sokong Liyana Manan Diwujudkan, Lebih Banyak Gambar Mesra Hanez & Romie Dikongsi
Facebook Kami Sokong Liyana Manan Diwujudkan, Lebih Banyak Gambar Mesra Hanez & Romie Dikongsi |
- Facebook Kami Sokong Liyana Manan Diwujudkan, Lebih Banyak Gambar Mesra Hanez & Romie Dikongsi
- Saya Tidak Takut Pada Karma – Hanez Suraya
- Si Betina Pun Gatal, Dah Tahu Laki Orang Masih Mahu Bermain Api – Chef Wan
- Kenapa Saya Perlu Meminta Maaf? – Liyana Manan
Facebook Kami Sokong Liyana Manan Diwujudkan, Lebih Banyak Gambar Mesra Hanez & Romie Dikongsi Posted: 06 Mar 2014 01:56 AM PST Wow. Makin menarik nampaknya perkembangan kontroversi antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan. Ternyata rakyat Malaysia hampir kesemuanya simpati dengan nasib yang menimpa Liyana Manan. Abang Nara yakin kaum isteri dan ibu di luar sana dapat merasai penderitaan dan betapa sedihnya hati Liyana mengharungi dugaan ini. Atas dasar mahu menunjukkan sokongan, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun ditubuhkan. Senang cerita, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan turut bertindak sebagai CSI untuk membongkar apa yang telah dilakukan oleh Hanez bersama Romie. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tidak Takut Pada Karma – Hanez Suraya Posted: 05 Mar 2014 10:45 PM PST Karma. Abang Nara tak percaya pada karma. Dalam Islam pun rasanya tak ada karma. Namun dalam bab Hanez Suraya ini, karma ini boleh ditafsirkan sebagai “kau rampas suami orang hari ini, nanti satu hari orang rampas suami kau pulak“. Apabila diajukan soalan mengenai “karma” atau pembalasan ini, Hanez Suraya menyatakan yang dia tidak takut dengan perkara tersebut. Yang menariknya, ketidaktakutan Hanez adalah kerana percaya dirinya berada di pihak yang benar. Kata Hanez menerusi Mstar Online:-
Kekadang Abang Nara sendiri rasa “stress” dan “tension” membaca kata-kata Hanez Suraya ini. Namun Abang Nara respek sebab Hanez mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Tak terjejas langsung dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya menerusi laman sosial. Cuma Abang Nara tertanya-tanya, ada ke orang lain selain Hanez dan Romie yang percaya pelakon ini berada di pihak yang benar? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Baca Yang Ini Pulak:- |
Si Betina Pun Gatal, Dah Tahu Laki Orang Masih Mahu Bermain Api – Chef Wan Posted: 05 Mar 2014 09:05 PM PST Pedas, pedih dan perit sungguh komen yang diberikan oleh Chef Wan di akaun Instagramnya mengenai kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya. Tergelak besar Abang Nara membacanya. Sekali baca memang agak “laser” kata-kata Chef Wan tetapi memang itulah hakikat dan kebenarannya. Respek kepada Chef Wan kerana sering mengeluarkan pendapat yang bernas dan padat. Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:-
Terima kasih kepada Chef Wan kerana mengeluarkan kata-kata yang sangat mantap ini. Apa pun Abang Nara berharap agar kontroversi yang menjadi perhatian satu Malaysia ini dijadikan pengajaran buat kita. Kalau ada yang tengah mengorat laki orang tue, lupakanlah hasrat anda. Kalau anda seorang suami, jagalah anak bini elok-elok. Tak payahlah nak pasang perempuan lain. Bagilah kasih sayang secukupnya kepada keluarga anda. Kredit informasi Instagram Chef Wan. P.S: Aston Martin V8 Vantage di Geneva Baca Yang Ini Pulak:- |
Kenapa Saya Perlu Meminta Maaf? – Liyana Manan Posted: 05 Mar 2014 08:36 PM PST Kalau kita rakyat Malaysia tak faham mengapa Liyana Manan harus meminta maaf kepada Hanez Suraya, tuan empunya badan lagilah “blur”. Abang Nara pun tak tahu kesalahan apa yang telah dilakukan oleh Liyana sehingga harus meminta maaf. Adakah tindakan Liyana membela nasibnya sebagai seorang isteri dan ibu adalah satu kesalahan? Siapa yang jadi mangsa dan siapa yang pemangsa sebenarnya di dalam kontroversi ini? Berkata kepada Berita Harian hari ini, Liyana Manan mempersoalan permohonan Hanez Suraya yang mahu dirinya memohon maaf kepada pelakon itu. Kata Liyana:-
Betul kata Liyana Manan itu. Kalau kemaruk sangat nak kahwin pun, biarlah kes penceraian diselesaikan terlebih dahulu. Abang Nara rasa kesilapan besar Hanez Suraya ialah mengatakan Mr. R adalah duda sedangkan statusnya sehingga sekarang masih suami kepada Liyana Manan. Apa pun kepada Liyana, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Anda harus kuat demi 2 orang anak anda. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar suatu hari nanti. P.S: Masjid biru St. Firus di Rusia kini 100 tahun Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment