Powered by Blogger.

ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370

ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370


ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370

Posted: 27 Mar 2014 11:38 PM PDT

Tahniah diucapkan atas keprihatian pihak penganjur ABPBH2013 yang sepatutnya berlangsung pada 6 April ini di Arena AllStars, Genting Highlands. Bukan mudah untuk menangguhkan satu majlis yang sebegini besar, namun sensitiviti yang ditunjukkan adalah sangat bagus terutamanya ketika rakyat Malaysia masih bersedih dengan insiden MH370.

abpbh2013 ditangguhkan

Buat masa ini, tarikh dan lokasi baru ABPBH2013 masih lagi belum ditetapkan. Kata pihak penganjur menerusi portal GUA:-

Seluruh negara sudah sedia maklum dengan kejadian yang menimpa pesawat MH370. Justeru, sebagai menghormati ahli keluarga penumpang serta krew anak kapal, saya sebagai penaung bersama ahli jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 sepakat mengambil keputusan untuk menangguhkan acara malam kemuncak ini.

Jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 masih lagi dalam usaha untuk mencari tarikh baru dan lokasi yang sesuai. Perkara ini akan kami umumkan kelak namun, mengenai lokasi, kemungkinan ia akan berlangsung di Kuala Lumpur itu ada, namun kena tengok dulu pada keadaan.

Tahniah diucapkan atas keprihatinan anda. Semoga segala perancangan seterusnya akan berjalan lancar. Apa pun, sama-samalah kita nantikan pengumuman mengenai tarikh dan lokasi baru ABPBH2013.

Baca Yang Ini Pulak:-

Ariani Lancarkan Koleksi Tudung Siti Nurhaliza

Posted: 27 Mar 2014 11:27 PM PDT

Jenama tudung Ariani sememangnya cukup sinonim dan bukannya satu nama asing di kalangan wanita Muslimah Malaysia. Tudungnya yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan membuatkan Ariani menjadi pilihan ramai. Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri satu majlis ekslusif pelancaran koleksi 2014 Ariani dengan rekaan yang lebih mantap dan menarik.
arianiSelain daripada pengumuman Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai duta Ariani menggantikan Wardina, Abang Nara cukup teruja dengan pelancaran “Siti Nurhaliza Collection by Ariani“. Kerjasama yang turut menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dilantik sebagai ikon Ariani ini pastinya menggembirakan para peminat beliau yang selama ini mahu mengikut gaya fesyen tudungnya. Memang cantik-cantik belaka tudung yang dikeluarkan di bawah nama “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” ini.
ariani

Kini menerusi akaun Instagram Galeri Ariani, “preview sale” untuk koleksi tudung “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” sudah mula dimuatnaik untuk tatapan ramai. Sekali pandang pun Abang Nara dah tahu confirm akan “sold out” macam pisang goreng panas. Abang Nara yakin para peminat Datuk Siti Nurhaliza tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki tudung rekaan beliau.
ariani

Wife Abang Nara dah mula memujuk minta dibelikan tudung-tudung Siti Nurhaliza ini. Korang pun pasti rasa teruja kan? Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” dengan melayari laman web www.ariani.my sekarang juga.

Baca Yang Ini Pulak:-

Nur Fazura Bercium Dan Beraksi Mesra Di KLIA?

Posted: 27 Mar 2014 07:36 PM PDT

Wow. Sukar untuk mempercayai apa yang ditulis di MalaysiaGazette ini mengenai pelakon cantik manis, Nur Fazura. Apa tidaknya, Fazura dikatakan membuat aksi terlampau iaitu bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang dan lentuk kepala di bahu. Aksi ini dilakukan olehnya bersama “rakan baik”nya iaitu Randy Seidman, deejay dari Amerika di KLIA baru-baru ini.

fazura bercium sakan

Menariknya menurut wartawan MalaysianGazette tersebut, seorang jurugambar bukan sahaja sempat mengambil gambar aksi panas itu tetapi turut merakamnya. Nampaknya bukan sekadar cakap kosong tetapi siap ada bukti. Namun sehingga ke hari ini video tersebut belum dimuatnaik ke mana-mana media sosial untuk tatapan ramai. Mungkin disimpan untuk dijadikan bahan bukti suatu hari nanti.
fazura bercium sakan

Berikut ialah artikel penuh mengenai aksi seorang wanita persis Nur Fazura itu:-

Bukan saja-saja nak buat cerita dan bukan juga nak mengata tak tentu pasal. Apatah lagi ketika negara sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tapi kalau dah jadi depan mata, tak selesa juga rasanya. Peristiwa ini sebenarnya berlaku di sebuah restoran kopi di Anjung Tinjau di KLIA, dua hari lepas.

Ketika sibuk membuat liputan MH370 di sana, mata rakan-rakan media lain tiba-tiba terpandang sepasang kekasih yang macam kenal seperti sedang dilamun cinta.

Sekali pandang persis aktres popular Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat.

Orang-orang media ini sebenarnya tidak hairan pun tengok orang bercinta kalau dia orang tidak over nak tunjuk mereka tengah cinta.

Namun bezanya dengan pasangan ini yang aksi mereka agak menjolok mata sikit.

Kalau dah namanya artis dan dikenali ramai pula, jagalah sikit tingkah laku di depan orang ramai. Wartawan pula ramai. Nasib baik wartawan luar negara yang sama ramai itu tidak kenal lelaki deejay itu.

Ya lah, nanti kalau kena gosip, marah pula dengan wartawan. Siapa yang tidak kenal Fazura. Mulalah mengutuk wartawan suka buat cerita.

Tapi yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun.

Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok.

Hmmm… mungkin mereka sengaja nak tarik perhatian wartawan di sekeliling itu agaknya sebab ketika itu baharu selesai sidang akhbar MAS di Anjung Tinjau.

Atau mungkin juga mereka nak buktikan bahawa kini mereka sedang berbahagia agaknya. Tapi sekadar pesanan, yang aksi-aksi terlalu peribadi itu, simpan-simpanlah sikit. Nanti kalau dah kahwin, kurang pula nikmat dan tak berapa bernilai lagi.

Cuma yang sedihnya, solat hajat baru diadakan di Anjung Tinjau itu, alih-alih ada artis persis Fazura buat hal pula.

Tapi yang menarik pula, seorang jurugambar bukan sahaja sempat mengambil gambar aksi panas itu tetapi turut merakamnya.

Apa lagi, berebutlah semua rakan media nak tengok rakaman itu. Bukan apa pun, sekadar menghilangkan bosan buat sementara waktu.

fazura bercium sakan

Buat masa ini, Fazura berada di luar negara dan sudah pasti tidak dapat memberikan komen mengenai dakwaan ini. Sama-samalah kita nantikan respon daripadanya kelak.

Baca Yang Ini Pulak:-

Nazim Othman Sudah Putus Cinta Dengan Bella Dally

Posted: 27 Mar 2014 07:13 PM PDT

Yeah~~~~ Berita baik untuk gadis-gadis serta jejaka-jejaka di luar sana yang menaruh hati kepada Nazim Othman dan Bella Dally. Pasangan kekasih ini telah pun putus cinta. Hubungan mereka telah berakhir. Kini mereka sudah kembali “single“. Perpisahan ini telah disahkan oleh Nazim Othman selepas pelakon ini berkongsi beberapa gambar di akaun sosialnya yang membayangkan perkara tersebut.

bella dally dan nazim othman berpisah

Enggan mengulas panjang lebar mengenai perpisahan ini, Nazim Othman berkata menerusi Mstar Online:-

Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum. Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it’s over.

bella dally dan nazim othman berpisah

Namun Abang Nara agak kehairan apabila Bella Dally memaklumkan yang hubungan mereka berdua masih baik. Kata Bella Dally pulak:-

Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham

bella

Mungkin Bella Dally masih belum dapat menerima hakikat hubungan percintaannya dengan Nazim Otman sudah berakhir. Tak apalah, nanti tidak lama lagi pasti akan ada pengakuan daripada Bella. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun, inilah masa terbaik untuk anda “masuk line”. Mereka yang sedang remuk hatinya lebih mudah untuk jatuh cinta. Tak gitu?

P.S: Cara biarawan Shaolin latih seni pertahankan diri

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani