Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Bayi 18 Bulan Dijadikan Hamba Seks Oleh Ibu Sendiri

Posted: 02 Feb 2014 03:00 PM PST


Seorang ibu di Indiana, Amerika Syarikat mengaku menjual bayinya berumur 18 bulan demi melayani seks. Ini adalah kali kelapan dia menjual bayinya itu. 

Akhbar the Huffington Post melaporkan, Natisha Hillard mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman dengan tuduhan pornografi anaknya sendiri. Rakan perniagaan Hillard bernama Christopher Bour juga disabitkan kesalahan kerana disyaki telah menjual rakaman dirinya dan bayi Hillard ke beberapa orang.

Salah satunya pelanggan pornografi anaknya yakni pemilik sebuah rumah urut. "Saya akan bermain seks dengan bayi dan ini nyata. Esok tonton saya," Bour menuliskan salah satu mesej kepada pelanggannya itu. 

Penyiasat mengatakan mereka menemui gambar Bour bersama bayi berumur kira-kira 6-9 bulan. Ada perempuan memegang bayi itu dan telah dikenalpasti sebagai Hillard. 

Keduanya menghadapi hukuman minimum 30 tahun mempornografi kanak-kanak.

Bergadai Nyawa Untuk Elak Bayar Tol

Posted: 02 Feb 2014 02:00 PM PST


Seorang pemandu kereta sanggup membahayakan diri sendiri apabila bertindak berani merentasi sebatang sungai yang membeku di China, semata-mata mahu mengelak daripada membayar tol jambatan.

Pada mulanya, pemandu berkenaan dilihat memandu perlahan dan berhati-hati untuk menguji tahap kekerasan ais di sungai itu.

Beberapa saksi lain berkata, mereka berasa cemas setiap kali terdengar bunyi rekahan ais ketika kenderaan berkenaan bergerak di permukaan sungai yang membeku itu.

Namun, tidak lama kemudian pemandu tersebut mula memandu dengan penuh yakin untuk melintasi sungai selebar satu kilometer itu dan berjaya merentasi sungai beku itu dengan selamat, sekali gus dia berjaya menjimatkan wang sebanyak AS$0.50 (RM1.60) untuk membayar tol.

Laluan terdekat untuk menyeberangi sungai sepanjang 5,464 kilometer itu adalah dengan menggunakan Lebuh Raya Jingsang dengan memandu sejauh kira-kira 111 kilometer melalui bandar Ordos.

Sungai itu bermula dari Pergunungan Bayan Har dan merentasi sembilan wilayah China serta dua wilayah autonomi menuju ke Laut Bohai, di wilayah Shandong, timur China. - AGENSI

Bilik Kebal Bank Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Posted: 02 Feb 2014 11:00 AM PST


 Bank Simpanan Emas Terbesar di Dunia, Sesuai namanya, Federal Reserve Bank of New York terletak di New York di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat Bilik Kebal (ruang simpanan) emas terbesar di dunia. 

Di Bilik Kebal ini dianggarkan terdapat 10% dari simpanan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai US $ 270 bilion. Simpanan emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara lain, yang mempercayakan disimpan di The Fed Bank of New York. 

Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam bilik kebal tersebut.

Empat Beradik Dari Sweden Akan Bersekolah Di Kelantan

Posted: 02 Feb 2014 03:42 AM PST


Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden akan dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah, Peringat, Kelantan.

Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, berkata beliau gembira kerana dapat menjaga semua anak saudaranya itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia, terutama Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) dan (Timbalan Menteri Luar) Datuk Hamzah Zainuddin.

"Bagi pihak keluarga kami amat gembira mereka kembali kepada kami di sini," katanya kepada pemberita sejurus tiba bersama-sama anak saudaranya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, malam tadi.

Ketibaan Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya iaitu Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif,7, disambut anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur sedih sebaik tiba pada jam 8.15 malam dengan pesawat FireFly dari Kuala Lumpur.

Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember lalu kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Mengulas perancangan masa depan, termasuk persekolahan keempat-empat beradik itu, Shaleena, adik kepada Shalwati, berkata perkara itu akan dibincangkan dengan ahli keluarganya.

Sementara itu, suami Shaleena, Nik Ahmad Farid Nik Abdullah, 44, berkata empat beradik berkenaan memang rapat dengan anaknya dan sering tinggal di rumahnya apabila mereka pulang bercuti di kampung halaman.

"Mereka akan bersekolah di negeri ini, bagaimanapun, sekolah berkenaan belum ditetapkan lagi," katanya.

Bagaimanapun, ahli keluarga tidak membenarkan pihak media menemuramah Aishah dan adik-adiknya.

Empat beradik itu tiba jam 7.04 pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Mereka ditemani Hamzah, seorang pegawai khas beliau dan seorang saudara keluarga empat beradik itu. – BERNAMA

Mayat Siap Sedia ‘Bertinju’

Posted: 02 Feb 2014 03:39 AM PST


San Juan: Beratus-ratus peminat petinju Puerto Rico Christopher Rivera Amaro, 23, yang mati dibunuh mengunjungi upacara penghormatan terakhir untuknya.

Mayat Amaro yang lengkap dengan sut tinju berhud kuning, berkaca mata hitam dan sarung tangan tinju disandarkan di tepi gelanggang palsu. Dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk berlawan di gelanggang yang berlatar tirai merah putih, warna rasmi bendera negara itu.


Naib persiden rumah mayat Marin, Elsie Rodriguez berkata keluarga Amaro mahu upacara itu menonjolkan konsep sukan tinju dan pihaknya menyediakan gelanggang itu sebagai memenuhi permintaan mereka. Gelanggang tinju itu dibina di pusat komuniti di kompleks perumahan awam berhampiran San Juan. Menurut Rodriguez, pihaknya mengambil masa beberapa jam untuk mewujudkan suasana seperti di gelanggang tinju di situ. Sebelum ini, rumah mayat berkenaan pernah menunaikan permintaan yang seumpamanya bagi upacara sedemikian untuk beberapa keluarga ternama lain, termasuk mayat lelaki yang menunggang motosikal.

Selain itu, terdapat juga mayat seorang lelaki lain menghisap rokok. Amaro yang mempunyai lima rekod kemenangan daripada 15 perlawanan ialah petinju kelas 59 kilogram. Polis berkata, dia ditembak Ahad lalu di Santurce. Amaro meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan ibunya. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. - Agensi

Sarjan Paksa Anak Buah Makan 15 Burger

Posted: 02 Feb 2014 03:38 AM PST


Tokyo: Seorang anggota polis berpangkat sarjan meletak jawatan selepas ditahan kerana memaksa orang bawahannya memakan sehingga 15 burger sebagai cara untuk mendisiplinkan mereka.

Sarjan di bahagian trafik yang berusia 40 tahun itu meletak jawatan dari jabatan polis di Osaka, barat Jepun minggu lalu.

Akhbar Yomiuri Shimbun berkata, dia berulang kali mengarahkan empat orang bawahannya, memakan 15 burger, 15 donat, empat cawan besar mi segera atau tiga hingga empat liter kopi susu.

"Selepas mendapati orang bawahannya tidak bekerja secukupnya, saya bertindak mendisiplinkan mereka," kata sarjan berkenaan kepada penyiasat.

Orang bawahannya yang berusia 20-an dan 30-an yang ditugaskan di dua pos polis komuniti dipaksa makan makanan itu apabila sarjan itu melawat mereka. - AFP

Raja Azmi Enggan Buat Filem Kerana Lambakan Karya Tidak Berkualiti

Posted: 02 Feb 2014 03:34 AM PST


Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui tidak akan menerbitkan sebarang filem kerana tidak mahu mengambil risiko terhadap industri filem tempatan yang semakin tenat.

Bagaimnapaun, Raja Azmi, 55, berkata, dia akan kembali semula menerbitkan filem setelah keadaan pasaran filem benar-benar pulih.

Tambahnya, perkara ini dilihat semakin serius apabila tiada sebarang kawalan terhadap kualiti sesebuah filem yang akan dikeluarkan.

Jelasnya, kini terlalu banyak filem yang tidak mencapai kualiti yang sepatutnya untuk layak berada di panggung.

Sementara itu, bercerita tentang filem kontroversi Anak Ikan yang ingin diterbitkannya, Raja Azmi berkata, Anak Ikan akan dijadikan sebuah telefilem untuk sebuah stesen televisyen.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Raja Azmi berkata, dia kini sedang sibuk dengan perancangan membawa konsert Gelombang Salamiah ke Singapura.

Justin Bieber Hampir Luka Dicakar Peminat

Posted: 02 Feb 2014 03:31 AM PST

Justin Bieber dilaporkan terpaksa melarikan diri daripada peminat-peminat yang mengkerumuninya pada satu majlis meraikan ulang tahun seorang peminatnya.
Bagaimanpaun, keadaan majlis menjadi tidak terkawal apabila para peminat penyanyi tersebut menyerbunya tanpa menghiraukan pengawal keselamatan yang ada.
Bagaimanapun, Justin hampir luka dicakar oleh peminatnya ketika sedang bersusah payah melarikan diri untuk masuk ke dalam kenderaannya.

Shake 'N Go/Take Harga Borong

Posted: 02 Feb 2014 02:09 AM PST


Shake N /GoTake Mini Fruit, Yogurt, Juice Ice Blender

Features:

Multi-functional mini blender
- Instantly blend smoothies and protein shakes
- Blend and drink from the same bottle
- Blend ice with ease
- Convenient flip top straw
- Quick breakfast solution
- Doubles as takeaway cup
- Secure sports bottle flip top
- Cordless with dishwasher safe blending compartment
- Boost daily fruit and vegetable intake with personalised, healthy concoctions

Specifications:
- Motor Base:
- Wattage: 180w
- On/off power switch with safety interlock
- Weight: 684g
- Dimension: 5.5" (tall) x 4" (diameter)
- Travel Bottle:
- Weight: 4.3oz (123g)
- Dimension: 9" (tall) x 2.5" (diameter)
- Maximum container volume: 16oz

Package includes:
2 bottles set
1x Blender
2x Sports Bottles
1x User Guide

RM55/pcs
MOQ = 1

RM45/pcs
MOQ = 6

Amaran Kepada Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT (Wajib Baca)

Posted: 02 Feb 2014 02:06 AM PST

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
Untuk kawan-kawan Facebook, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.
Lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, saya dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita India yang sangat berbudi bahasa:
Wi: Selamat pagi boleh bercakap dgn En. Zufri?
Mz: Ye saya bercakap, ada apa ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank encik.
Mz: awak ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan Malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank encik.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni cakap perkara yang sama, jadi saya percayakan dia)
Wi: Ok encik, saya cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang encik gunakan sekarang.
boleh saya tahu alamat penuh encik?
Mz: alamat saya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye saya…
Wi: dah berapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok saya ingin membuat pengesahan, kad debit encik bermula dengan 4283 3210
Mz: ye betul…
Wi: boleh encik lengkapkan no 8 terakhir
Mz: 16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…sekarang, encik ada tanda tangan dibelakang kad debit encik ke?
Mz: ye ada…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan saya no ahli kad encik?
Mz: xxx…
Wi: ok..sekarang saya ingin memberitahu En Zufri kad encik gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. Dia boleh digunakan ketika encik..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi encik potongan 30-70% di klinik-klinik terlibat.
Encik juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dan encik juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamat yang encik berikan. Jadi ini berharaga RM299.00. Saya telah pun membuat penolakan dari kad Maybank encik.
Mz: eh.awak cakap tadi nak buat pengesahan kad saya, kenapa pula tiba-tiba awak nak ambil duit saya? ada saya cakap saya nak beli kad awak ni..jangan nak memandai lah.
Wi: encik telah berikan saya butiran encik dan bermakna encik setuju..
Mz: awak jangan ingat saya nak sangat dengan kad tu.
Wi: ok tak apa..kalau encik tak nak, saya tak kan hantar kad tu..tapi duit encik telah ditolak..bila-bila masa encik nak kad tu, boleh hubungi kami dan kami akan hantarkan…encik kerja mana?
Mz: saya kerja TNB..saya tak perlukan kad awak..saya dapat semua kemudahan perubatan..mak bapa saya pun dapat kemudahan juga…kenapa perlu saya nak gunakan kad awak..saya tak nak, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) sekarang ni, saya dah tolak, encik tak boleh buat apa-apa lagi..nak tak nak saya dah tolak duit encik.
Mz: awak kerja mana ni..awak kerja dengan siapa?
Wi: saya kerja di Rawang dan ini adalah dari goverment…ok encik, ada apa-apa lagi, kalau tak ada apa-apa terima kasih kerana berikan kerjasama…( terus letak phone)
Darah dah tak tenteram, buka terus Maybank2u…
Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat call Maybank buat pengesahan…
Pegawai bank memaklumkan, ia adalah sendikit yang cuba nak dapatkan butir peribadi kad bank. Nombor 8 digit pertama disebutkan adalah nombor sama untuk pemegang kad, nombor 8 digit terakhir dia akan minta kepada kita. Untuk nombor ahli kad sebelah tanda tangan tu adalah nombor yang penting untuk pengesahan kad. Encik tak perlu risau…dia tak berjaya mengambil duit dari akaun encik…saya telah batalkan kad dan encik perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatan dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!

Bangkai Misteri Di Santubong Sarawak

Posted: 01 Feb 2014 10:43 PM PST


Bangkai seekor hidupan laut yang masih belum dikenalpasti sepanjang lebih tiga meter ditemui terdampar di pantai berdekatan sebuah pusat persiaran di Pasir Panjang, Santubong

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani