Powered by Blogger.

Syamsul Yusof Beli Rumah RM1 Juta Sebagai Persiapan Kahwin

Syamsul Yusof Beli Rumah RM1 Juta Sebagai Persiapan Kahwin


Syamsul Yusof Beli Rumah RM1 Juta Sebagai Persiapan Kahwin

Posted: 16 Jan 2014 12:42 AM PST

Untungnya Puteri Sarah Liyana bakal menjadi isteri kepada Syamsul Yusof. Mana tidaknya, menurut Utusan Malaysia hari ini, pengarah hebat ini dikatakan telah membeli sebuah rumah berharga RM1 juta sebagai persiapan perkahwinannya. Lokasinya? Sudah tentu di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, inilah namanya rezeki. Bukan senang untuk melihat anak muda Melayu sehebat Syamsul Yusof.

syamsul yusof

Malah rata-rata yang mengenali pengarah berusia 30 tahun ini mengetahui bahawa Syamsul memandu kereta Hummer. Rumah dah ada, kereta dah ada, calon pun dah ada, memang sesuai sangat untuk Syamsul menamatkan zaman bujangnya. Ditanya mengenai perkara ini, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam berkata:-

Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manfaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak

Saya memang mengalakkan anak-anak supaya menyimpan, buat aset sedari muda. Ia bukan untuk saya dan isteri, tetapi untuk mereka sendiri kerana selepas ini, merekalah yang akan meneruskan kehidupan dengan keluarga masing-masing.

Saya dan isteri sudah tua, sampai masa kami akan pergi menghadap Illahi. Mereka akan tinggal dan meneruskan legasi kami. Saya harap selepas ini mereka akan meneruskan apa juga perkara baik yang pernah kami suami isteri lakukan

syamsul dan puteri sarah

Buat masa ini, Syamsul dan Puteri Sarah masing-masing mengambil pendekatan tidak memberikan sebarang komen mengenai majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung Februari ini. Tak apalah. Abang Nara percaya Syamsul akan menjemput para media untuk menghadiri majlis persandingannya kelak. Semoga dengan perkahwinan ini kelak, rezeki Syamsul akan lebih murah. Tahniah Syamsul.

Baca Yang Ini Pulak:-

Randy Siedman Kawan Lelaki Paling Rapat Sekarang – Fazura

Posted: 15 Jan 2014 10:25 PM PST

Kalau anda menatap kembali gambar-gambar sambutan tahun baru 2014 yang dikongsikan oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya, anda pasti akan perasan kehadiran seorang lelaki “mat saleh” berkepala botak. Lelaki itu bernama Randy Siedman dan merupakan seorang pemuzik serta DJ yang popular di Los Angeles. Sepanjang percutian di Amerika Syarikat, Randy banyak menemani Fazura. Persoalannya, adakah mereka berdua bercinta?

randy siedman dan fazura

Buat anda yang menyimpan perasaan terhadap Fazura, bolehlah menarik nafas lega. Fazura dan Randy tidak bercinta, namun bagi Fazura, Siedman adalah kawan lelaki yang paling rapat dengannya. Kata Fazura kepada MalaysianDigest.

Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.

Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.

Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana

randy siedman dan fazura

Masih ada “can” lagi untuk jejaka-jejaka Malaysia yang mahu menawan hati Fazura. Si cantik manis ini masih lagi single mingle. Kini Fazura sudah pun pulang ke Malaysia dan sedang sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya yang bertajuk “Kami Histeria”. Nampak macam best. Ada Diana Danielle, Sara Ali dan ramai lagi.
randy siedman dan fazura

Beberapa lagi gambar terbaru Nur Fazura dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura.

randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura

Baca Yang Ini Pulak:-

Shila Amzah Nafi Dirinya Jutawan

Posted: 15 Jan 2014 07:40 PM PST

Shila Amzah adalah salah seorang daripada selebriti wanita yang tersenarai namanya sebagai jelitawan jutawan yang dikeluarkan oleh Metro Ahad baru-baru ini. Di dalam senarai tersebut, Shila dikatakan membawa pulang pendapatan bernilai RM2.5 juta setahun dengan salah satu sumber pendapatannya ialah kontrak bernilai RM5 juta bersama Shanghai Media Group. Selain itu Shila turut menjadi duta kepada produk Safi Balqis.

shila amzah

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Shila Amzah menafikan dirinya memperolehi pendapatan mencecah jutaan ringgit setahun. Shila terus memperbetulkan kenyataan itu kerana ia adalah tidak tepat dan membabitkan isu keselamatan. Iyerlah, kalau orang jahat di luar sana tahu Shila jutawan, confirm kena “target” punya. Terang Shila:-

Apabila membaca laporan berkenaa, Sha memang terkejut kerana perkara itu tidak benar sama sekali. Memanglah sebagai ganjaran memenangi pertandingan Asian Wave di Shanghai lebih setahun lalu, saya ditawarkan kontrak bersama Shanghai Media Group sebanyak RM5 juta, tetapi ia dalam bentuk pelbagai dan bukannya wang tunai.

Kontrak bersama sebuah produk kecantikan pula sudah lama tamat. Sha tidak mahu perkara ini membautkan orang salah faham dan ingat Sha kaya raya. Sudahlah kejadian ragut dan rompak semakin berleluasa sekarang.

shila amzah

Ada logiknya kebimbangan Shila Amzah tersebut. Malaysia sekarang memang sudah tidak aman. Macam-macam jenayah dilakukan tak kira masa, ketika dan siapa. Diharap dengan penerangan ini, tiada lagi timbul salah faham. Abang Nara harap Shila Amzah turut sama mengambil langkah berhati-hati ketika keluar berjalan-jalan. Perhatikan keadaan sekeliling. Manalah tahu ada mata yang sedang memerhati.

P.S: Kerana lalai, wang RM2,000 dilarikan 2 orang gadis

Baca Yang Ini Pulak:-

(8 GAMBAR)Sambutan Hari Jadi Siti Nurhaliza Yang Ke 35

Posted: 15 Jan 2014 06:31 PM PST

Dilahirkan pada 11 Januari 1979, Datuk Siti Nurhaliza adalah salah seorang diva, lagenda dan penyanyi terhebat pernah ada di Malaysia. Suaranya gemersik, vokalnya yang memukau dan penampilannya yang sentiasa menawan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia jatuh cinta kepadanya. 11 Januari 2014 yang lalu, genaplah umur beliau 35 tahun. Selamat hari jadi Datuk Siti Nurhaliza!!!

hari jadi siti nurhaliza

Semoga hidup Datuk Siti Nurhaliza semakin diberkati, dirahmati dan dipenuhi dengan limpahan kasih sayang daripada keluarga, sahabat handai dan para peminat. Insya Allah tahun 2014 ini akan menjadi tahun yang terbaik buat Datuk Siti daripada segala segi. Abang Nara paling suka melihat video romantis Datuk Siti menari dengan Datuk K ketika majlis sambutan hari jadinya.

Romantik bukan? Lagi beberapa keping gambar sekitar sambutan hari jadi penyanyi nombor 1 Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

hari jadi siti nurhaliza

hari jadi siti nurhaliza
hari jadi siti nurhaliza
hari jadi siti nurhaliza

hari jadi siti nurhaliza
hari jadi siti nurhaliza
hari jadi siti nurhaliza

Baca Yang Ini Pulak:-

Alif Satar Kahwini Sha Dila September Ini

Posted: 15 Jan 2014 06:09 PM PST

Jutaan tahniah diucapkan buat penyanyi, Alif Satar yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada September ini. Majlis merisik kekasihnya, Sha Dila Halid telah pun dilakukan hari Selasa lalu. Kedua-dua belah keluarga telah bersetuju untuk memilih September sebagai tarikh pernikahan pasangan kekasih ini. Untuk makluman, Alif Satar kini berusia 24 tahun manakala bakal isterinya ialah 30 tahun.

alif satar kahwini shadila

Hubungan Alif dan Sha Dila telah pun mencecah usia 4 tahun. Kata Alif Satar kepada Harian Metro:-

Saya risau dan berdebar juga semalam (Selasa) sebab saya tak ikut rombongan merisik itu, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar Benda ini pun macam tiba-tiba sahaja terdetik.

Kami sudah berkawan empat tahun. Jadi saya rasa ia adalah keputusan paling tepat dan terbaik.Kami sudah selesa antara satu sama lain. Orang keliling pun sudah tengok kami ke sana dan sini berdua. Jadi tak syok juga orang cakap itu ini.

alif satar kahwini shadila

Tahniah buat Alif Satar dan Sha Dila atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari pernikahan kelak. Kalau tak silap, Abang Nara pernah terserempak dengan pasangan ini di The Curve satu ketika dahulu. Memang sama cantik sama padan. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Optima K5 Generasi Baharu akan dilancarkan 16 Januari ini


alif satar kahwini shadila
alif satar kahwini shadila
alif satar kahwini shadila
alif satar kahwini shadila

Baca Yang Ini Pulak:-

Mari Menderma Sambil Makan Mcdonald’s Prosperity Burger

Posted: 15 Jan 2014 05:09 PM PST

Yeahh ~~ Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Walaupun tidak menyambut perayaan ini, Abang Nara ada sebab bergembira dengan kedatangannya. Antara sebab-sebab ialahnya:

1. Limau Mandarin yang manis ~~~ Abang Nara dah beli 3 kotak dah. Memang best petang-petang lepak sambil makan limau. Dalam tak sedar boleh habis setengah kotak. Sedap sangat!!!

limau2. Cuti yang panjang ~~ Bolehlah merancang pergi jalan dengan wife dan anak-anak. Ingat nak balik kampung tapi takut jalan sesak pulak. Jadi maybe cuti kali ini pergi mandi manda kat Sunway Lagoon je. Sambil-sambil tue boleh tengok tarian naga. Mesti anak Abang Nara excited.

limau

3. Prosperity Burger McDonald's kembali dijual. Sedap sangat burger Prosperity nie. Dengan lada hitamnya yang menyebabkan kepedasan, memang terbaik!!! Seminggu confirm 2,3 kali pergi makan.

limau

Masa Abang Nara tulis nie pun dah memang keluar air liur dibuatnya. Hehehe. Terbayang kesedapannya. Lagi terbaik, untuk tahun keempat berturut-turut, kempen McDonald's “Prosperity Gives Back'" kembali semula. Tahun ini, dengan setiap pembelian Prosperity Meal pada 18 dan 19 Januari ini, RM1 akan didermakan kepada 70 rumah kebajikan di seluruh Malaysia. Inilah peluang anda untuk menderma sambil makan Prosperity Burger.

Selain itu, McDonald's juga memperuntukkan RM82,000 untuk diberikan kepada rumah kebajikan tempatan. Banyak kan amaun tersebut? Korang pun berpeluang untuk menang sebahagian daripada RM82,000 yang diperuntukkan kepada pelanggan-pelanggan Prosperity Burger. Caranya, hanya perlu ke McDonald's yang terpilih sehingga 17 Januari ini, beli 2 Prosperity Meal dan jawab soalan yang diberikan oleh "radio cruisers" yang ada di situ.

Kalau jawapan anda tepat, anda akan diberikan Prosperity Gift Packet yang boleh ditukar kepada wang tunai. RM1 yang dimenangi, RM1 jugalah yang akan didermakan kepada badan kebajikan oleh McDonald's. Terbaik bukan? Jangan lupa buka website www.mcdonalds.com.my untuk mengetahui jadual kedatangan "radio cruisers" ini.

limau

Dan kalau anda tak berkesempatan untuk menyertai kempen yang Abang Nara ceritakan di atas, jangan risau sebab ada satu lagi kempen yang sangat senang. Menggunakan hashtag #prosperitytogether, kita hanya perlu kongsikan sebab kita mahu makan Prosperity Meal dengan seseorang menerusi Instagram, Twitter atau Facebook. Yang paling kreatif akan mendapat hadiah istimewa daripada McDonalds. Korang boleh tengok apakah ayat-ayat kreatif yang telah dikongsikan di www.prosperitytogether.com.my. Mudah je kan?

limau

Cubalah sertai kempen "Prosperity Gives Back" oleh McDonald's ini. Mana tahu ada rezeki korang untuk dapatkan angpow besar di Tahun Baru Cina ini. Selamat mencuba. Untuk maklumat lanjut, layari www.mcdonalds.com.my dan juga Facebook McDonald's Malaysia.

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani