Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Misteri Masjid Kampung Kuala Dulang
- Kelebihan Hari Jumaat
- Binatang Aneh Yang Masih Wujud
- Video Sejarah Yang Jarang Dilihat
- Misteri Tamam Shud Yang Masih Misteri
| Misteri Masjid Kampung Kuala Dulang Posted: 12 Dec 2013 08:31 AM PST ![]() Masjid Kuala Dulang mendapat nama dipercayai daripada satu peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan apabila ada sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan untuk semua jemaah.Siapa menyediakan dulang berisi makanan berkenaan tidak diketahui dan peristiwa itu berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Malah, mitos mengenainya masih diperkatakan sehingga sekarang. Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Samah, 71, mengakui cerita mengenai dulang itu dikatakan benar-benar berlaku menerusi beberapa versi cerita disampaikan beberapa penduduk awal yang menduduki kawasan berkenaan.Dia yang mula menduduki kampung berkenaan pada 1953 dan sudah berkhidmat sebagai siak di masjid itu sejak 15 tahun lalu berkata, mengikut cerita, dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka.
Pernah berlaku dua kali banjir besar di kampung berkenaan iaitu sebelum merdeka dan pada 1970 tetapi masjid berkenaan tidak ditenggelami air.Ramai penduduk yang hairan dengan keajaiban itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang. Berdasarkan orang alim dan ulama yang pernah mendengar keajaiban itu, mereka dapat melihat pelampung di bawah masjid berkenaan dan apabila banjir, pelampung itu akan menolaknya ke atas bagi mengelakkannya tenggelam. Walaupun sudah tiga kali pengubahsuaian dijalankan hingga membolehkan masjid itu menampung 400 jemaah, struktur dan identitinya asalnya masih dikekalkan bagi menjadikannya sebagai tempat bersejarah. Tiang masjid berkenaan masih tiang asal dan tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu masuk waktu sembahyang juga dikekalkan.Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid yang dibuat pada abad ke-16 ketika masjid berkenaan dibina. |
| Posted: 12 Dec 2013 08:29 AM PST Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat ![]() Amalan Sunat Hari Jumaat Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah" Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang. Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga" Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan. Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82). Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan. Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat. |
| Binatang Aneh Yang Masih Wujud Posted: 12 Dec 2013 08:27 AM PST Berikut ini adalah gambar-gambar binatang yang paling aneh yang pernah ada di muka bumi ini, dan yang lebih menghairankan lagi, semua haiwan ini masih ada sampai sekarang - malaysiasensasi ![]() Aiieaiie Ayeaye ![]() Aksolotal Axolotl ![]() Alpaka Alpaca ![]() Angora Rabbit ![]() Blobfish ![]() Dumbo Octopus ![]() Emperor Tamarin ![]() Frill-necked-Lizard ![]() Hagfish ![]() Komondor Dog ![]() Narwal ![]() Proboscis Monkey ![]() Pygmy Marmoset ![]() Red Panda ![]() Saki Monkey ![]() Shoebill ![]() Shoebill 2 ![]() Starnosed Mole ![]() Suckerfooted Bat ![]() Sun Bear ![]() Tapir ![]() |
| Video Sejarah Yang Jarang Dilihat Posted: 12 Dec 2013 08:27 AM PST ![]() Selepas kedatangan Britsih ke Tanah Melayu mereka mengaut begitubanyak keuntungan di sini. Terbukti dalam sejarah bahawa Tanah Melayu telah berjaya menyelamatkan ekonomi British. Tetapi ketika itu PKM yang sangat benci akan Britsih ini bertindak melumpuhkan ekonomi penjajah tersebut dengan merosakkan landasan keretapi dan menetak pokok getah di ladang-ladang milik British. Maka propadanda dibuat oleh Britsih supaya umat melayu ketika itu supaya takut kepada komunis dan meletakkan komunis sebagai pengganas. Apa yang jelas Britsih telah merompak hasil bumi melayu ini - malaysiasensasi.net |
| Misteri Tamam Shud Yang Masih Misteri Posted: 12 Dec 2013 08:24 AM PST Kembali pada bulan Disember 1948, seorang lelaki yang tidak dikenali ditemui mati di SomertonBeach, yang terletak di Adelaide, Australia. Ditemui pada salah satu poket beliau sehelai kertasdengan perkataan "Tamam shud" yang ditulis di atasnya. Kata-kata itu diterjemahkan "siap" atau "berakhir" berdasarkan petikan yang terdapat dalam The Rubaiyat Omar Khayyam. Walaupun kerajaan di seluruh dunia telah cuba untuk mengenal pasti lelaki yang identitinya masih misteri. |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


























0 comments:
Post a Comment