ALOR SETAR : Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.
Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.
Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.
Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang 'beraksi' dalam kepala lori berkenaan.
Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu.
Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.
Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah dilanggannya.
"Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya," katanya.
Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya.
Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.
"Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.
"Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah," katanya.
Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.
Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar April lalu apabila isterinya terjumpa telefon bimbit digunakan untuk menghubungi peneman lori terbabit ketika mahu mengambil wang belanja sekolah anaknya.
Wati yang menemani Awang ketika ditemu bual berkata, dia mengesyaki sesuatu yang pelik apabila melihat suaminya memiliki dua telefon bimbit sebelum menyuruh anaknya memeriksa kandungan nombor telefon dan SMS.
Wati berkata, hatinya hancur luluh apabila mendapati hampir semua 150 SMS itu mengandungi kata-kata sayang dan berbaur lucah daripada janda yang ditujukan kepada suaminya.
Isterinya turut menemui nama dan nombor telefon bimbit 10 wanita dipercayai peneman lori dalam telefon bimbit suaminya itu.
Malah, kesan perbuatan Awang menyebabkan anak kedua mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, mengalami tekanan dan hampir terjun dari bangunan 23 tingkat kerana tidak percaya bapa yang disanjung dan dianggap idola, terbabit kegiatan maksiat.
"Saya menghubungi seorang janda yang bekerja di kedai makanan di sini dan dia mengakui kerap bersama suami menyebabkan hati saya hancur mendengar pengakuannya.
"Selepas berbincang dengan suami untuk berpisah, barulah dia sedar perbuatan buruknya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi demi masa depan anak-anak," katanya yang kini dalam proses kaunseling bagi memulihkan semangatnya.
Wati berharap, pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi membendung masalah ini kerana kasihan terhadap isteri pemandu lori yang terbabit dalam gejala berkenaan.
Sumber- ooo.my
0 comments:
Post a Comment