(14 GAMBAR)Majlis Bersiram Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri
(14 GAMBAR)Majlis Bersiram Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri |
- (14 GAMBAR)Majlis Bersiram Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri
- (8 GAMBAR)Nora Danish, Nadeem & Rakan-Rakan Bercuti Di Thailand
- Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong
- Membeli Belah Lagi Di Hishop.my
- Mawi & Ekin Turun Bantu Golongan Gelendangan
- Kalau Sudah Sayang Mesti Ada Rasa Cemburu – Qi Razali
- (15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
(14 GAMBAR)Majlis Bersiram Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Posted: 10 Dec 2013 02:24 AM PST Esok Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri bakal dinikahkan di Istana Negara lama. Hari ini dan semalam, bakal pengantin baru ini telah pun mengadakan majlis bersiram, berinai dan khatam Al Quran bersempena perkahwinan mereka. Memang nampak meriah sekali. Lebih-lebih lagi majlis bersiram yang mengikut adat Jawa. Mesti sejuk Nina kena siram dengan air. Hehehe. Abang Nara yakin Jovian dan Nina sudah tidak sabar lagi untuk menunggu ketibaan hari esok. Semoga segala persiapan telah pun siap dan mengikut apa yang dirancang. Tak sabar Abang Nara nak menunggu detik istimewa mereka berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis berinai, bersiram dan khatam Al Quran Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Jovian, Instagram Nina dan Instagram Min PrettyPeektures.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(8 GAMBAR)Nora Danish, Nadeem & Rakan-Rakan Bercuti Di Thailand Posted: 09 Dec 2013 10:54 PM PST Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tercinta dan rakan-rakan rapat. Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand bersama-sama. Tentu havoc dan seronok sangat!!! Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem. Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala. Semoga Nora Danish, Nadeem dan Dimorian Crew selamat pulang ke Malaysia kelak. Jangan nakal-nakal sangat di negara orang. Keselamatan harus dijaga. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong Posted: 09 Dec 2013 10:34 PM PST Rasanya semua orang tahu akan kemesraan yang wujud di antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Sebelum ini Abang Nara ada berkongsi artikel mengenai bukti-bukti percintaan antara mereka berdua yang dikumpulkan oleh peminat. Namun sehingga ke hari ini, sama ada Emma atau Zizan masih berdiam diri dan enggan menguar-uarkan status hubungan mereka.
Menarik juga konsep yang diguna pakai oleh Emma Maembong ini. Secara logik ada kebenaran kata-katanya. Kalau bagitau lebih-lebih, tup-tup tak jadi memang boleh bikin malu. Kalau betul-betul bercinta pun, lebih baik hanya mereka berdua sahaja yang tahu perasaan itu. Tambah Emma lagi:-
Nampak gayanya peminat yang mahukan Zizan dan Emma bercinta kenalah tunggu Zizan masuk meminang Emma. Setakat sekarang ini, anggap sahajalah mereka sekadar kawan rapat. Apa pun, Abang Nara tengok Zizan dan Emma ini memang sama padan sama cantik orangnya. Semoga suatu hari nanti apabila sudah ada hubungan yang sah, mereka akan tampil ke hadapan untuk memaklumkannya kepada semua orang. Jangan sorok-sorok pulak. P.S: Kereta masuk air ketika banjir? Tonton video ini untuk mengetahui apa yang harus dilakukan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Membeli Belah Lagi Di Hishop.my Posted: 09 Dec 2013 08:29 PM PST RM300 untuk membeli belah di Hishop.my sememangnya satu jumlah yang banyak. Wife Abang Nara gembira betul sebab dia memang suka barangan yang ada di Hishop ini. Mana taknya, HiShop.my adalah Malaysia's No. 1 Online Beauty and Cosmetics Store dengan lebih 3000 produk dan 140 jenama. Memang puas hati sangat-sangat dengan pilihan yang ada.
Kepantasan penghantaran barangan yang dibeli daripada Hishop.my memang sangat mengkagumkan. Beli hari ini, esok sudah sampai. Melonjak kegembiraan wife Abang Nara melihat bungkusan Hishop di atas meja. Abang Nara senyum je. Wife suka Abang Nara pun suka. Bukak-bukak kotak, memang banyak free sample yang diberikan. Barangan yang dihantar pun tak ada yang rosak. Kesemuanya betul seperti yang dibeli. Banyak juga yang boleh dibeli di Hishop.my dengan RM300. Bolehlah pakai untuk 2,3 bulan. Antara barangan yang wife Abang Nara beli ialah:- 1. Ciracle Blackhead Off Sheet 2. TT Charcoal Detox Brightening Mask - wife Abang Nara suka sangat dengan topeng muka ini. Katanya lepas pakai memang segar kulit muka. Terasa berseri-seri. Memang makin cun lah bini Abang Nara lepas ini. Hehehe. Hanya RM10 sahaja. Murah kan? 3. Stylerush Mini Hair-Styling Iron - terbaik gila benda ini. Abang Nara pun guna kat rambut Abang Nara. Boleh buat macam-macam style tanpa merosakkan rambut. Siap ada jaminan setahun lagi. Memang terbaik punya!!! Banyak lagi produk menarik yang boleh didapati di Hishop.my ini. Wife Abang Nara kalau masuk website Hishop, confirm lebih daripada sejam. Khas buat pembaca BeautifulNara, jangan lupa gunakan code “NARAHS” ketika membuat pembelian di sini. Kalau beli lebih daripada RM99, akan dapat voucher RM20. Terbaik kan? Nasihat Abang Nara, subscribe newsletter dan jangan lupa LIKE Facebook Hishop untuk mendapatkan informasi, promosi dan maklumat terkini daripada mereka. Baca Yang Ini Pulak:- |
Mawi & Ekin Turun Bantu Golongan Gelendangan Posted: 09 Dec 2013 08:00 PM PST Alhamdulillah. Makin ramai golongan selebriti yang mula membuat kebajikan tanpa mengira tempat, masa dan siapa. Selain daripada Datuk Siti Nurhaliza, baru-baru ini Mawi dan Ekin juga telah membantu golongan gelandangan di sekitar Chow Kit, Jalan Sultan dan Jalan Petaling. Gembira Abang Nara melihat inisatif daripada pasangan suami isteri ini. Walaupun ada pihak yang menyalahertikan usaha murni pasangan ini dengan mempersoalkan keikhlasan mereka, bagi Abang Nara tiada masalah pun untuk Mawi dan Ekin berkongi gambar-gambar usaha murni mereka. Mana tahu dengan perkongsian sebegini, lebih ramai orang akan sedar dan mencontohi tindakan mereka. Bukannya tugas kita untuk mempertikaikan keikhlasan Mawi dan Ekin. Sekurang-kurangnya mereka ada melakukan sesuatu yang dapat membantu golongan gelandangan. Daripada kita duduk mengomen dan mengkritik yang bukan-bukan, lebih baik kita turut mengikut insiatif yang dilakukan oleh pasangan ini. Kepada Mawi dan Ekin, teruskan usaha anda. Jangan peduli kata-kata orang. Kalau boleh lepas ini buat dengan skala yang lebih besar lagi. Tahniah Mawi dan Ekin. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kalau Sudah Sayang Mesti Ada Rasa Cemburu – Qi Razali Posted: 09 Dec 2013 06:54 PM PST Abang Nara sokong kata-kata Qi Razali. Secara logiknya Abang Nara pun akan jeles sekiranya melihat kekasih hati dipegang oleh lelaki lain. Abang Nara memahami perasaan cemburu Qi apabila gambar agak mesra kekasihnya, Nelydia Senrose bersama Sharnaaz tersebar baru-baru ini. Kalau tak cemburu, memang tak masuk akal lah. Confirm hati pedih punya!!! Namun begitu ke”gentleman” Qi Razali terserlah apabila mengaku kontroversi itu adalah kesalahan dirinya. Macho betul Qi ini. Bukan senang nak mengaku kita buat silap. Bagi Abang Nara ini perkara biasa. Pasangan bercinta wajar cemburu. Kata Qi menerusi Kosmo:-
Terbaru Sharnaaz ada berkongsi gambar di atas menerusi akaun Instagramnya. Namun kali ini Qi tidak lagi mengeluarkan status-status cemburu seperti yang pernah dilakukannya. Qi memahami bahawa apa yang dilakukan oleh Sharnaaz ialah salah satu cara mempromosikan drama terbaru lakonannya dan bukanlah satu provokasi terhadap dirinya. Biasalah kalau kekasih hati seorang pelakon inilah asam garam yang perlu ditempuhi. Diharap Qi bersabar. Jangan cepat cemburu. Kekalkan kemachoan seperti sekarang ini. Lepas ini kalau nak luahkan perasaan pun kenalah tanya kepada Nelydia dulu. Takut nanti berlaku salah faham sekali lagi. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Posted: 09 Dec 2013 06:33 PM PST Banjir yang melanda Pahang sejak beberapa minggu lepas merupakan ujian yang sangat besar kepada penduduk negeri tersebut. Banyak kereta, rumah, barangan berharga dan macam-macam lagi yang musnah dalam bencana alam ini. Abang Nara ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang mengalami kerugian. Bertabahlah, sesungguhnya ujian Allah itu diberikan kepada mereka yang mampu menerimanya. Selaku anak kelahiran Pahang, Siti Nurhaliza telah pun turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Di bawah nama Yayasan Nur Jiwa dan SimplySiti, Siti sendiri menyingsing lengan dan mengagihkan barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. Datuk K juga turut sama turun padang membantu isterinya itu. Tindakan Siti Nurhaliza ini seharusnya dipuji dan dicontohi oleh artis-artis yang lain. Sekurang-kurangnya hati para mangsa banjir gembira sedikit kerana dapat menatap wajah penyanyi nombor 1 negara ini secara “live”. Semoga usaha murni Siti ini dirahmati dan diberkati olehNya. Abang Nara tabik hormat kepada Siti Nurhaliza atas inisatifnya yang sangat-sangat awesome ini. Lagi beberapa keping gambar Siti Nurhaliza membantu mangsa banjir dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Latihan musim sejuk tentera Korea Selatan dan Russia
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment