Sampai Bila Saya Nak Makan Hati? – Emma Maembong

Mengapa Nak Tuduh Saya Sebagai Orang Ketiga? – Kamal Adli
Dikritik Beri Pengaruh Negatif Kepada Remaja, Drama Suamiku Encik Sotong Ada Selit Unsur Pengajaran
Selepas 8 Minggu Dalam MLM2014, Kumpulan Virus Masih Hambar
Sijil Nikah Awie & Rozana Palsu, Tiada Dalam Pangkalan Data
(7 GAMBAR)Inikah Kekasih Fad Bocey? Comel Lote Orangnya
Abby Abadi Kritik Sukarelawan Banjir Tidak Tutup Aurat
Emma Maembong Sahkan Dia Dan Zizan Razak Sudah Putus Cinta
Dikritik ‘Gedik’, Ogy Ahmad Daud Sifatkan Penonton Tidak Faham Seni Persembahan

Perghhhh. Tak pernah disangka ayat sebegini akan keluar daripada mulut Emma Maembong. Selama ini aksi Emma dan Zizan seringkali menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka. Nampak sweet. Nampak manis. Nampak romantik. Rupa-rupanya Emma Maembong sudah lama memendam rasa. Menangis, berendam air mata dan juga makan hati. Tak sangka di sebalik senyuman gembira rupanya hati Emma penuh luka.
Tidak diketahui pula apa yang dilakukan oleh Zizan Razak sehingga menyebabkan Emma terasa sebegini rupa. Biarlah ia menjadi rahsia mereka berdua. Yang penting, Emma turut menafikan yang dia hanya mahu mengikis wang Zizan. Kata Emma:-
Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.
Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati?
Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.
Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya.
Untuk makluman, hubungan Emma dan Zizan sudah lama goyang cuma baru-baru ini sahaja baru pelakon comel ini nekad meninggalkan kekasihnya itu. Hmmmmm. Kesiannya. Apa pun, Emma akan terus menyokong Zizan sebagai seorang kawan. Kata Emma:-
Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya. Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga
Sehingga ke saat ini, Zizan masih tidak memberikan sebarang reaksi mengenai perpisahan ini. Mungkin Zizan juga masih bersedih dengan apa yang terjadi. Iyerlah, bercinta lama-lama tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Siapa tak sedih kan? Emma Maembong pulak tue. Fuh~~~ Tak apalah. Inilah yang dikatakan tak ada jodoh. Semoga mereka bertemu dengan insan yang lebih sesuai selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Nama Kamal Adli pernah dikaitkan dengan keretakan hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong satu ketika dahulu namun pelakon itu menganggap ia adalah satu gosip yang kelakar. Pastinya Kamal Adli menarik nafas lega apabila desas-desus itu tidak benar dan dinafikan oleh pasangan kekasih tersebut. Namun hari ini selepas Emma Maembong mengesahkan berakhirnya hubungan cintanya dengan Zizan, nama Kamal Adli selagi lagi hangat diperkatakan sebagai punca keruntuhan percintaan tersebut.
Enggan terus namanya diburukkan, Kamal Adli tampil menerusi portal Astro Gempak untuk menafikan dirinya terlibat sebagai faktor perpisahan Emma dan Zizan. Kamal juga turut menafikan dirinya pernah menghantar Emma ke lapangan kapal terbang seperti gosip yang timbul. Kata Kamal:-
Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut. Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka.
Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Jadi tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan.
Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan tersebut, saya juga tak tahu apa yang mereka inginkan daripada saya sehingga timbul cerita rekaan seperti itu.
Demi Tuhan, saya tidak pernah menghantar dia ke 'airport' seperti mana dakwaan tersebut. Jika benar apa yang dikatakan oleh 'pembawa cerita' itu, sila kemukakan bukti kepada saya. Jangan membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa sebarang bukti kerana itu akan lebih memburukkan keadaan
Desas-desus hubungan cinta antara Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan mula berputik apabila mereka berdua berlakon bersama drama ‘Cinta Tanpa Syurga’. Namun berdasarkan penerangan Kamal di atas, ternyata desas-desus tersebut adalah palsu semata-mata. Apa pun, Emma Maembong kini sudah single mingle. Tunggu apa lagi? Sila ngorat.

Menarik sungguh artikel mengenai drama tempatan di TheAntDaily yang baru Abang Nara baca sebentar tadi. Di kala adegan bercium di dalam drama/filem Barat ditapis, jalan cerita drama tempatan yang membenarkan isteri pergi bercuti dengan kekasih hati di Bali sehingga mengandung diluluskan pula oleh pihak yang bertanggungjawab. Ia seolah-olah menunjukkan perkara ini adalah satu norma masyarakat dan pastinya akan memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak yang menonton drama sebegini.
Seorang ibu bernama Julieza Ibrahim melahirkan rasa prihatinnya dengan jenis-jenis drama yang sedang dipertontonkan untuk tontonan rakyat Malaysia di kaca televisyen. Kata Julieza:-
Jika anda ingin menyemai nilai positif kepada belia Malaysia, adakah drama sebegini yang akan tayangkan? Saya tidak mahu anak saya menonton program seumpama ini.
Berdasarkan hukum Islam, seorang lelaki dan wanita yang tidak berkahwin boleh ditangkap ‘khalwat’ tetapi di dalam drama Melayu, ia ditunjukkan seolah satu perkara biasa yang berlaku hari-hari yang dibenarkan.
Apakah yang sedang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem? Adakah ini nilai yang ingin kita semaikan kepada anak-anak kita? Anda bercerita mengenai pembuangan bayi tetapi di masa yang sama anda tunjukkan drama seorang wanita berkahwin yang mengandungkan anak lelaki lain.
Orang muda tertarik akan drama sebegini. Adakah program sebegini yang kita mahu mereka tonton? Mereka mungkin beranggapan apa yang ditayangkan adalah budaya dan ia adalah ‘cool’ dan ‘betul’ untuk dilakukan.
Anda haruslah mempraktikkan apa yang diajar. Sudah tentu Islam membenarkan hiburan, tetapi ia sepatutnya hiburan pada jalan yang betul. Kenapa tidak ditayangkan drama dengan nilai yang lebih positif?
Menarik bukan kata-kata daripada seorang ibu ini? Abang Nara memang dah perhatikan lama dah drama-drama Melayu ini (drama negara lain pun lebih kurang serupa). Jalan cerita mesti sama. Kahwin paksa, lahir anak luar nikahlah, isteri garang tak hormat suami, suami macam dayus dan macam-macam lagilah yang kebanyakan nilai negatif. Jarang dapat tengok drama Melayu yang bagus-bagus. Mungkin jalan cerita sebegini yang digemari oleh penonton drama tanah air.
Apa pun menurut penerbit eksekutifnya drama Suamiku Encik Sotong iaitu Zetty Alia, akan ada pengajaran yang bakal disampaikan di dalam 10 episod terakhir drama ini. Untuk makluman, Suamiku Encik Sotong mempunyai 20 episod. Kata Zetty menerusi Mstar Online:-
Sekarang kita baru tengok episod 10 bersiaran, ada 10 episod lagi yang akan ditayangkan yang mana episod seterusnya akan menampilkan nilai pengajaran.
Kami tidak membuat drama ini untuk menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat, setiap adegan yang tidak baik akan diberi pengajaran pada akhirnya nanti.
Tak kan kita buat drama yang tiada pengajaran kepada masyarakat. Bagi saya penonton perlu tonton hingga akhir baru menilai drama ini
Sama-samalah kita nantikan pengajaran yang bakal diselitkan kelak. Apa pula pendapat anda mengenai drama-drama tempatan sekarang ini? Banyak yang bernilai positif atau negatif? Sila kongsikan di ruangan komen.

Pasti peminat kumpulan Virus akan memarahi Abang Nara apabila membaca artikel ini. Namun sebenarnya Abang Nara adalah salah seorang yang menaruh harapan tinggi apabila mengetahui Tauke, Yus dan Zizan akan bergabung di bawah satu kumpulan untuk MLM2014. Membawakan nama Virus, persembahan mereka sentiasa Abang Nara nantikan setiap minggu. Sayangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Minggu pertama dan minggu kedua masih tidak lawak bolehlah diberikan alasan tiada ‘chemistry’. Namun kalau sudah masuk minggu kelapan lawak yang dipaparkan masih hambar, apakah lagi alasan yang boleh digunakan? Tidak dinafikan pada minggu kelapan yang bertemakan ‘artis jemputan’, lawak yang ditampilkan oleh Virus dengan Amyra Rosli lebih baik berbanding minggu-minggu sebelum ini.
Namun jika dibandingkan dengan lawak Bocey, Shiro dan Sepahtu, tak melampau dikatakan jika mutu lawak Virus berada satu takuk di bawah kumpulan-kumpulan ini. Kehambaran lawak Virus juga dibuktikan apabila sudah 2 minggu berturut-turut mereka berada di bottom 3. Nasib baiklah minggu lalu tiada penyingkiran. Kalau tak Abang Nara yakin nama kumpulan Virus yang akan disebut.
Ada yang berpendapat gabungan Yus, Tauke dan Zizan adalah satu gandingan yang salah. Lebih baik Yus dan Tauke beraksi sebagai kumpulan Jambu. Ini kerana lawak-lawak Jambu dalam Maharaja Lawak Mega sebelum ini ternyata menyengat. Kehadiran Zizan seolah-olah membataskan lawak mereka. Ada betulnya juga pendapat itu. Namun satu jalan penyelesaian haruslah dicari. Nak tak nak kini mereka bertiga bergerak sebagai satu kumpulan.
Kalau Abang Nara seorang yang berpendapat lawak Virus masih hambar, bolehlah nak cakap ini adalah satu artikel yang bertujuan menjatuhkan kumpulan ini. Namun ini adalah realiti yang harus ditelah oleh Virus. Hampir 90% komen-komen di laman sosial melahirkan rasa kecewa, sedih dan hampa dengan mutu persembahan Virus setiap minggu. Kami semua sayangkan Virus sebab itulah kami beri komen sebegini. Kalau tak sayang, kami biarkan sahaja Virus hanyut dengan lawak syok sendiri. Tak gitu?
Abang Nara memahami yang Zizan, Yus dan Tauke masing-masing sibuk dengan aktiviti sehingga membataskan persediaan untuk MLM2014. Namun jika persembahan yang sama diteruskan, ia pasti akan mengecewakan para peminat. Diharap Virus akan lebih bersedia, banyak buat study, dan kembali membuatkan orang ramai tertawa. Jangan sampai tersingkir kerana peminat sekarang sudah pandai menilai. Populariti sahaja tak guna jika lawak tak menjadi.
Sama-samalah kita nantikan persembahan kumpulan Virus minggu ini. Diharap ia akan dapat menggeletek perut Abang Nara. Apa pula pendapat anda?

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar telah mendedahkan yang sijil nikah Awie dan Rozana adalah palsu selepas semakan di pangkalan data menyaksikan sijil tersebut didaftarkan atas nama orang lain. Untuk makluman, Awie dan Rozana telah pun bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Rozana telah mendakwa bahawa Awie tidak pernah mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.
Pemeriksaan telah dilakukan menerusi sistem e-Munakahat berdasarkan nombor MyKad, nama Rozana serta nombor siri sijil nikah namun kedua-dua memberikan jawapan yang menghampakan. Menurut Yusoff Abu Bakar, hampir 100 peratus data yang dipaparkan oleh sistem e-Munakahat adalah tepat. Kata Yusoff:-
Pada 4 Julai 2014, kami membuat semakan menerusi applikasi e-Munakahat menggunakan nombor MyKad dan nama Rozana, namun kedua-duanya gagal didapati dalam pangkal data kami. Pada 8 Julai 2014, kami menerima permohonan daripada Ahmad Azhar Othman menyemak dokumen itu dengan menyertakan salinan sijil nikah mereka. Kami membuat pencarian berpandukan nombor siri sijil berkenaan dan mendapati ia didaftarkan atas nama orang lain.
Prosiding seterusnya bakal berlangsung pada 13 Januari 2015. Untuk makluman, Awie tidak menghadiri prosiding semalam. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Sumber Harian Metro.

Populariti kumpulan Bocey mula meningkat sejak menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Tahun ini, nama kumpulan ini semakin femes dan menyerlah dengan lawak-lawak bermutu tinggi di MLM2014. Tidak dinafikan persembahan kumpulan Bocey adalah antara yang dinantikan oleh jutaan penonton MLM2014 pada setiap hari Jumaat. Namun seperti biasa apabila popular, kisah-kisah peribadi ahli-ahli kumpulan ini turut sama menjadi perhatian. Terbaru, gambar Fad Bocey dengan seorang wanita yang dikatakan kekasihnya mula bertebaran di Internet.
Gambar-gambar bersama gadis yang bernama Syaheeraa Rahman ini telah dikongsikan oleh Fad sendiri menerusi akaun Instagramnya. Ayat-ayat yang disertakan juga berunsurkan romantik. Kemungkinan besar Syaheera telah berjaya mencuri hati Fad atau dalam erti kata lain, ialah kekasih pelawak ini. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan.
Pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Itulah korang nak mengorat lambat sangat. Hehehe. Yang penting kita doakan kebahagiaan Fad dan Syaheera. Ada jodoh bolehlah makan nasi minyak. Gembira Abang Nara melihat kebahagiaan mereka. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fad Bocey.

Sebelum ini Abby Abadi pernah memberikan reaksi berkenaan kritikan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkenaan kemunculan artis berhijrah sebagai ustazah ekspres.
Baru-baru ini Abby baru pulang dari mengerjakan umrah dan khabarnya telah membuat komen di akaun Instagram yang mengkritik sukarelawan yang membantu mangsa banjir di Pantai Timur kerana tidak menutup aurat.
Dalam kenyataannya juga Abby mengkritik pihak media yang menayangkan sukarelawan atau mangsa banjir yang tidak menutup aurat. Tindakan Abby ini mendapat kritikan sumber kami yang enggan dinamakan. Beliau berkata:
Bro, ustazah express Ni bru blik umrah, sesuke hati nk mngata org2 yg bntu banjir..Who’s she to judge people – die rase die Mmg dh confirm ahli syurga agaknya.
Memang mengagumkan keprihatinan Abby terhadap aurat, rasanya sudah berkali-kali dia memberikan komen tentang aurat sebelum ini.
Apa yang dikatakan mungkin ada betulnya tetapi tidak dinafikan, cara tegurannya disampaikan mungkin menyakitkan hati pelbagai pihak. Maklumlah dalam keadaan bencana seperti banjir, sukarelawan mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya jika ada aurat yang terselak kerana sibuk menolong mangsa banjir dan pihak media pula perlu melapor berita kerana orang ramai ingin tahu dan memberi bantuan.
Diharap Abby dapat memberikan komen tentang permasalahan lain juga melibatkan agama selepas ini bagi perkongsian ilmu. Apa pendapat anda?

0 comments:
Post a Comment