Powered by Blogger.

Punca kereta rempuh medan selera Mydin Jasin (9 Gambar)

Punca kereta rempuh medan selera Mydin Jasin (9 Gambar)


Punca kereta rempuh medan selera Mydin Jasin (9 Gambar)

Posted: 26 Aug 2014 06:42 PM PDT


Tengok TV Online

Punca kereta rempuh medan selera Mydin Jasin (9 Gambar)


Satu kemalangan berlaku semalam di Mydin Jasin Melaka apabila sebuah kereta model Honda City terbabas lalu merempuh kiosk medan selera di pasaraya itu.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada pemandu yang tersalah masuk gear lalu menyebabkan kereta meluru ke hadapan.

Gambar-gambar tersebar di media sosial turut disertakan dengan caption "Drive Thru Mydin Jasin".

Lagi Gambar:











Harapan Wan Azizah Menjadi MB Hampir Berkubur.. Ini Dalilnya

Posted: 26 Aug 2014 06:21 PM PDT


Addin

Harapan Wan Azizah Menjadi MB Hampir Berkubur.. Ini Dalilnya


Titah Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh daripada capaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar).

Sehubungan itu, PR perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.

Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan  parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Sultan Selangor hari ini menitahkan PAS, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan lebih dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Berdasarkan titah itu, kita mungkin melihat pelan B daripada PR. Jika mereka bertegas dengan calon asal (Wan Azizah), Sultan mungkin menitahkan pilihan raya negeri dan adakah berbaloi untuk mereka mengambil risiko itu dalam keadaan rakyat jemu dengan krisis berpanjangan ini?" katanya hari ini.

Azmi juga tidak menolak kemungkinan menteri besar Selangor yang baharu datang daripada PAS, memandangkan parti itu kini "terpaksa" menamakan lebih dua calon, meskipun mempunyai "perjanjian gentleman" dalam PR, supaya kerusi nombor satu negeri itu diberikan kepada PKR.

Ditanya sama ada pelantikan menteri besar daripada PAS akan "meretakkan" hubungan PAS-PKR yang semakin rapuh ekoran krisis kerusi menteri besar, Azmi menjelaskan PKR seharusnya bertindak matang dan terbuka dalam menerima titah Sultan.

"PAS tidak melanggar 'gentleman agreement' kerana ia adalah titah Sultan untuk setiap parti itu menamakan lebih dua calon dan tidak ada salahnya jika seorang menteri besar dilantik daripada parti itu.

"PKR juga kena terima kerana mereka perlu ingat rancangan menyingkirkan Khalid bermula daripada Langkah Kajang yang kini bukan sahaja gagal, namun nampaknya memakan diri," katanya.

Azmi juga tidak menyifatkan tindakan Khalid ingin meletakkan jawatan sebagai mengalah, namun melihatnya sebagai tindakan terpuji yang 'mengenepikan ego demi kelangsungan pentadbiran Selangor dan kepentingan rakyat'.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Khalid adalah "mangsa politik" kerana tidak disabitkan kesalahan yang menyebabkan MB hilang kelayakan selain pemecatannya daripada mengangggotai parti juga masih belum "sahih mengikut undang-undang".

Beliau juga berpendapat krisis ini mungkin akan menyebabkan Khalid "hilang minat dan keyakinan" terhadap politik, memandangkan beliau menghadapi "episod gelap" dalam karier politiknya.

"Kita maklum Khalid jadi menteri besar kerana mahu berkhidmat kepada masyarakat dan insiden ini mungkin akan menyebabkan beliau terkilan atau tidak berpuas hati kerana apa yang diimpikan beliau tidak boleh dilaksanakan akibat campur tangan pihak lain," katanya.

Ditanya sama ada kemelut kerusi menteri besar Selangor akan selesai dalam tempoh terdekat dengan titah Sultan meminta lebih dua nama masing-masing daripada PAS, PKR dan DAP, Ahmad Marthada secara peribadi berpendapat krisis itu tidak akan selesai sepenuhnya.

"Sesetengah pihak nampak ia satu isyarat Sultan seolah-olah tidak mahu Wan Azizah, sedangkan PKR begitu mendesak. Jadi saya berasakan akan berlaku krisis antara PAS dan sekutunya PKR, apatah lagi PAS masih berdolak-dalik mengenai sokongan kepada Wan Azizah," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata PR perlu sedar mereka tidak boleh terlalu bertegas mahu Dr Wan Azizah menjawat jawatan menteri besar kerana Sultan berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam tradisi pelantikan menteri besar di negara ini.

"Kita perlu ingat penolakan calon sebagai menteri besar pernah berlaku di Malaysia pada 2008 di Terengganu apabila nama yang dicalonkan parti politik tidak dipersetujui Sultan, yang terus melantik individu lain sebagai menteri besar," katanya.

Justeru, Chandra melihat Sultan Selangor masih lagi bertoleransi dalam kemelut ini dan usaha itu seharusnya dihargai agar kepercayaan itu terus ada agar urusan pentadbiran berjalan lancar. ~tmi




Iklan C (ii)










Puluhan Ribu Rakyat Israel Jadi Pelarian Dari Sempadan Gaza.

Posted: 26 Aug 2014 05:05 PM PDT


Ibnu Hasyim

Puluhan Ribu Rakyat Israel Jadi Pelarian Dari Sempadan Gaza.

Puluhan ribu warga Israel mengungsi dari perbatasan Gaza
Warga Israel borong topeng gas. ©REUTERS

Ratusan warga Israel meninggalkan rumah mereka di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza semalam. Mereka menjadi pelarian kerana takut dengan serangan roket-roket Hamas ke wilayah tempat tinggal mereka.

Setakat ini sudah puluhan ribu penduduk Negera Bintang Daud itu meninggalkan kawasan sempadan selama dua bulan terakhir sejak operasi serangan Israel ke Gaza bermula, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Times of Israel, Selasa (26/8).


Kerajaan Israel menawarkan bantuan pemindahan bagi warganya menjelang tahun ajaran pendidikan yang baru. Kerajaan menganggarkan sebanyak 70 peratus daripada 40 ribu warga Israel dari komuniti pertanian di sepanjang sempadan Gaza berpindah kerana perang.

Ladang yang biasanya menghasilkan sayur-sayuran dan bunga-bungaan kini terbengkalai dan hancur lebur akibat serangan roket Hamas. Jalanan dan rumah-rumah tidak berpenghuni menghiasi kawasan sempadan.

"Masyarakat sangat dekat dengan sempadan dan kami hampir tidak diberitahu jika ada serangan akan datang," kata Elazar Ashtivkar, ayah empat anak berusia 30 tahun yang meninggalkan wilayah Nahal Oz beberapa minggu lalu dengan keluarganya.

Dia kini tinggal di penempatan pertanian terdekat. Dia mengatakan hanya perlu 15 hingga 20 saat untuk menyelamatkan diri ke tempat perlindungan jika berlaku serangan.

"Tanah pertanian kini sudah hancur. Tak ada apa-apa lagi sekarang," kata dia.
"Kami hanya ingin tenang. Kami tidak mahu bimbang apabila anak-anak pergi ke sekolah."

(IH) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semuanya ini berlaku kerana kepengganasan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Jahannam Israel!


Hamas & Israel Bakal Gencatan Senjata Panjang? Bohong!

Posted: 26 Aug 2014 02:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Hamas & Israel Bakal Gencatan Senjata Panjang? Bohong!

Hamas dan Israel bakal gencatan panjang? Roket Hamas hantam spbu Israel. ©REUTERS

ANGKA korban tewas warga Jalur Gaza, Palestin menembusi 2,136 orang. Pencerobohan sejak 8 Julai ini juga meratakan bangunan-bangunan di Gaza dan menjadikan perang ini suatu kejahatan terbesar tahun ini.

Namun hari ini pihak Hamas dilaporkan bersetuju dengan perjanjian damai yang dicadangkan kepada mereka, seperti dilaporkan stesen televisyen Al Arabiya (26/8). Perjanjian perdamaian ini tengah dibicarakan di Mesir.

Seorang pejabat Mesir menegaskan pengantara mereka telah menghubungi pihak Hamas dan Israel bersama proposal baru yang dirasa boleh diterima dua belah pihak. Jika ini tercapai kedua kumpulan bakal melakukan gencatan senjata yang panjang.

Pejabat Hamas mengatakan bersedia menerima perjanjian itu hanya jika Israel tidak mengubah isi kandungan tuntutan sebelumnya dan bersetuju tanpa syarat.  


"Idea ini termasuk membuka pintu sempadan dan membolehkan bahan bantuan serta pembinaan semula. Titik-titik yang dipertikaikan juga akan dibincangkan. Pokoknya kami bersedia menerima, tapi menunggu respon Israel atas ini," ujar pegawai yang namanya tidak bersedia disebutkan lantaran sensitiviti rundingan tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pejabat Hamas mengatakan bersedia menerima perjanjian itu hanya jika 'Israel tidak mengubah isi kandungan tuntutan sebelumnya dan bersetuju tanpa syarat.


Yang ini yang Israel tidak mahu. Sejarah perangai Israel membuktikan, dari dulu sampai sekarang. Al-Qurqan sendiri sudah menyebutkan berkali-kali. Bahkan perjanjian genjatan senjata baru-baru ini pun membuktikan. 

Hidung tak mancung, jangan pipi tersorong-sorong.  Tak mungkin terjadi gencatan senjata yang panjang. Bohong!
(IH)


Projek 1001 Penemuan Islam Gemparkan Dunia

Posted: 26 Aug 2014 01:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Projek 1001 Penemuan Islam Gemparkan Dunia



KEHIDUPAN moden tidak terlepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1,000 tahun warisan muslim yang dilupakan.

Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisans hingga kepada Yunani, kata Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

Ketika ini Penemuan 1001 sedang pameran di Muzium Sains London. Hassani mengharapkan pameran tersebut akan mengimbas kembali sumbangan peradaban bukan barat, seperti kerajaan Islam yang suatu ketika dulu pernah menutupi Sepanyol dan Portugis, Itali selatan dan terbentang seluas daratan China. Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Operasi Bedah

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al-Zahrawi menerbitkan 1,500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Di antaranya, Zahrawi menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan mencipta sepasang alat-flop pembedahan.

2. Kopi
BIJI kopi dikutip daripada najis gajah di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand
 Kopi Najis Gajah Pula, Bernilai RM221 Secawan. Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar dan kemudiannya kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi pada abad ke-16 ketika kacang mula direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka bentuk sebuah peranti sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Reka bentuk yang dibuatnya oleh Abbas menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maghribi. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersama menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1,200 tahun kemudian. Profesor Salim al-Hassani berharap orang akan ingat ilmu itu adalah teras utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan memberi inspirasi kepada wanita muslim.

5. Algebra

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 Kitab al-Jabr Wal-Mugabala yang diterjemahkan ke dalam buku The Book of Reasoning and Balancing. Membina akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem penyatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Ahli matematik lain Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia muslim, kata Hassani. Di antara tahun 1,000 masihi Ibn al-Haitham membuktikan manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Fizik hebat muslim lain juga mendapati fenomena pengukuran kamera dijelaskan bagaimana mata gambar dapat dilihat dengan sambungan antara optik dan otak.

 
7. Muzik

Pemuzik muslim mempunyai kesan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, biola. Skala not muzik moden juga dikatakan berasal dari abjad Arab.

8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Engkol

Banyak dasar sistem automotif moden pertama kali berasal dari dunia muslim. Dengan menukar gerakan putaran dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemui oleh Al-Jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.
(sumber islampos.com)


W/Azizah: Hanya Satu Nama Dari PKR & DAP. Tapi PAS...

Posted: 26 Aug 2014 12:37 PM PDT


Ibnu Hasyim

W/Azizah: Hanya Satu Nama Dari PKR & DAP. Tapi PAS...



KL: PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Ia juga mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (termasuk dirinya sendiri).

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor," kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Istana minta 4 nama tahun lalu. Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar. Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid. Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Menurut Menurut Malaysiakini lagi, pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas. Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu.


 Demikian lapor Malaysiakini. 

Sementara itu, menurut mStar, keputusan PAS Pusat sebelum ini yang menamakan dua calon, selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor adalah tepat. Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar yang baharu.

"Pandangan tuan guru Presiden PAS adalah sangat konsisten dengan titah tuanku sultan dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku itu.
"Sejajar dengan itu, PAS Selangor yakin cadangan calon menteri besar yang akan diserahkan oleh setiap parti politik adalah yang dapat diterima oleh istana kelak," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan baginda untuk beliau meletak jawatan sebagai menteri besar. Bagaimanapun baginda menitahkan untuk menangguhkan permohonan perletakan jawatan Khalid sehingga proses mencari calon penggantinya selesai.

Pada 17 Ogos lalu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor, selain Dr Wan Azizah. Bagaimanapun mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat pada hari yang sama tetap memutuskan supaya hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah dikemukakan kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan. (IH)


N/Aziz: Mudah-mudahan Keputusan Sultan Beri Manfaat Dunia Akhirat.

Posted: 26 Aug 2014 11:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

N/Aziz: Mudah-mudahan Keputusan Sultan Beri Manfaat Dunia Akhirat.






Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengharapkan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor hari ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Bekas menteri besar Kelantan itu dalam reaksi ringkasnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Baru turut berharap mudah-mudahan keputusan itu dapat memberikan manfaat di dunia dan di akhirat.

"Berdoalah kepada Allah sebanyaknya mudah-mudahan keputusan yang dibuat Istana itu dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, InsyaAllah," katanya.

Sultan Selangor hari ini menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda membuat keputusan itu setelah menerima menghadap Khalid yang menyembah hasrat meletak jawatan sebagai menteri besar di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Keputusan baginda itu mahu memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan teratur.

Selain itu Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. – Bernama, 26 Ogos, 2014.


Sah!! PAS Tidak Bersama Lagi Pakatan Rakyat?

Posted: 26 Aug 2014 08:43 AM PDT


Addin

Sah!! PAS Tidak Bersama Lagi Pakatan Rakyat?


PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Ia juga mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (termasuk dirinya sendiri).

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor," kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Istana minta 4 tahun lalu

Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar.

Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas.

Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu. ~mk





Iklan C (ii)









Kemukakan 3 Calon MB S'gor, Satunya Wajar Dari PAS...

Posted: 26 Aug 2014 07:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

Kemukakan 3 Calon MB S'gor, Satunya Wajar Dari PAS...




Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar A Samad. Dia pun layak jadi MB. (gambar kanan)

Walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memilih 'peralihan lancar' dengan menyatakan hasratnya meletakkan jawatan,  tetapi titah sultan yang meminta lebih daripada dua calon pengganti menteri besar mungkin memanjangkan lagi kemelut itu.

"Titah itu boleh ditafsirkan sebagai tanda-tanda bahawa calon tunggal Pakatan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Ismail, presiden PKR, bukan pilihan istana.

"Justeru, nasib Azizah masih penuh teka-teki walaupun beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), sekurang-kurangnya 30 daripada 56 ADUN."
Demikian pandangan Malaysiakini hari ini.


Justeru, adakah peluang Azmin kembali cerah dengan perkembangan terbaru ini? Tetapi tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini bagaimanapun mendapati Azmin masih seorang calon kurang popular.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut PSM, kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN. Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

"Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru. Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa." kata pengerusinya Dr Nasir Hashim selepas bermesyuarat pada 22 Ogos lalu.

Solusinya sekarang, wajarkah sorang lagi calon menteri besar diambil dari PAS? Kerana ADUN PAS berjumlah 15 melebihi  ADUN  PKR yang sudah tinggal 13 (14-1= 13)?

Kecuali kalau 2 ADUN PAS yang menyokong Wan Azizah sebagai MB lari meninggalkan PAS! (IH)


Lihat dari awal..E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Fitnah: M/Insider Diarah Minta Maaf Secara Terbuka.. -SUP Presiden PAS

Posted: 26 Aug 2014 03:34 AM PDT


Ibnu Hasyim

Fitnah: M/Insider Diarah Minta Maaf Secara Terbuka.. -SUP Presiden PAS

 
KL: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menafikan laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat".

Menurutnya, berita itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Mohamed Azmin Ali mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin Ali  kepada Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa.
"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 26/8/2014


Berita Tergempar Dari Istana Selangor

Posted: 26 Aug 2014 02:43 AM PDT


Addin

Berita Tergempar Dari Istana Selangor


Sultan Selangor hari ini memperkenan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar.Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menitahkannya kekal di jawatan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya. ~mk




Iklan C (ii)









KEMASKINI Sultan Cadang Lebih 2 Nama Ganti MB..

Posted: 26 Aug 2014 02:35 AM PDT


Ibnu Hasyim

KEMASKINI Sultan Cadang Lebih 2 Nama Ganti MB..

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid. Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor. Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana. Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.
 

Kenyataan SULTAN SELANGOR selepas KHALID mengadap sebentar tadi..!!
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t1.0-9/10639583_10204139442180349_5962645670611815602_n.jpg


Pakatan Rakyat Bakal Berpecah.. Ini Petanda Besar

Posted: 26 Aug 2014 01:39 AM PDT


Addin

Pakatan Rakyat Bakal Berpecah.. Ini Petanda Besar


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, "Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?"

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. ~tmi





Iklan C (ii)









DAP S'gor: Timbang Samada PR Terus Kekal & Siap P'raya.

Posted: 26 Aug 2014 12:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

DAP S'gor: Timbang Samada PR Terus Kekal & Siap P'raya.

 
DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal. Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini."

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.


Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Tony Pua pagi tadi juga mengesahkan bahawa kemungkinan menghadapi pilihan raya mengejut itu turut dibincangkan.

"Kami memaklumkan kepada kesemua wakil DAP negeri mengenai perkembangan terbaru ini dan meminta mereka bersedia menghadapi semua kemungkinan pada jam 4 petang ini," katanya.

Beliau merujuk kepada sidang media Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dijadualkan pada jam 4 petang ini. Khalid terdahulu akan bertemu dengan sultan dan dijangka akan mengesyorkan kepada baginda untuk membubarkan DUN.
 

Kini, Menteri Besar Selangor itu tiba di perkarangan istana tepat jam 2.19 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung langkah seterusnya selepas kehilangan sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). (IH)


Indahnya Muslimah Berhijab Di Kota London. Jom Soroti Mereka!

Posted: 25 Aug 2014 11:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Indahnya Muslimah Berhijab Di Kota London. Jom Soroti Mereka!


Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
Hanan (tengah) saat bersama rakannya bermain di kawasan sekolah di Hackney, London Timur (21/8). Hana yang berusia 16 tahun mula berhijab sejak 12 tahun semasa sekolah. Menurutnya, berhijab tidak akan mengubah apa-apa kecuali mengeuatkan hubungan dengan Allah SWT.

Sorot gaya dan alasan, mengapa wanita muslim di London pilih berhijab.  
Di negara minoriti Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemahuan peribadi, bukan kerana terpaksa.
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
 Ameera (12) saat bermain ice skating di London Timur (21/8). Ameera menentukan pilihan memakai tudung sejak usia 9 tahun, yang kebetulan menjadi salah satu pakaian seragam sekolah. Dan akhirmya menjadi kebiasaan memakai di luar sekolah walaupun ibu bapa Ameera tidak menyuruh berhijab.
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
Ameera (12) saat bermain ice skating di London Timur (21/8). Ameera saat ini mempunyai kira-kira 60-70 jenis tudung.
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa. 
Sanaa (10) memakai tudung semasa bersiap pergi ke sekolah di Leyton, London Timur (21/8). Walaupun sekolah menetapkan memakai tudung hanya hari Sabtu, Sanaa sering memakai tudung ke sekolah semasa hari biasa.
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
 Sundas (kiri) dan Shanza (kanan) saat bersama ibunya di kediaman di Walthamstow, London Timur (21/8). Sundas dan Shanza memilih berhijab dalam sehari-hari meski bertentangan dengan ibunya yang tidak berhijab. Walaupun begitu, ibunya tidak memberi peraturan ketat kepada anaknya, sehingga boleh disesuaikan dengan peraturan Islam.
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
Sundas mengenakan pakaian tradisional Pakistan saat acara pernikahan pada November tahun lalu 
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
Shanza mengabadikan momen saat kakaknya, Sundas berkahwin. 
Di negara minoritas Islam, banyak wanita muslim yang berhijab atas kemauan pribadi, bukan karena terpaksa.
Di negara minoriti Islam ramai muslimahnya berhijab. Data dan fakta menunjukkan mereka melaksanakan dengan kemahuan sendiri.
 (IH)


MB: Hanipa Maidin Lwn A/Hadi Semalam. Bocorkah Mesyuarat Ini?

Posted: 25 Aug 2014 08:40 PM PDT


Ibnu Hasyim

MB: Hanipa Maidin Lwn A/Hadi Semalam. Bocorkah Mesyuarat Ini?

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.




Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.














hanipa
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.

Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar sebelah) dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

"Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin," satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR. PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.

Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.

Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.

Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor."

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar 'tafsir (kenyataan) itu sendiri'.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS," kata sumber itu.
"Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor."

Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.
Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana. Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – 26 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat dari awal..E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Punca sebenar cincin tersekat di pangkal za kar lelaki

Posted: 25 Aug 2014 07:49 PM PDT


Tengok TV Online

Punca sebenar cincin tersekat di pangkal za kar lelaki



Gara-gara hanya 'suka' mencuba, derita yang dilalui.

Dalam melalui masa yang terluang, seorang lelaki dengan tidak semena-mena memasukkan cincin besi pada kemaluanya.

Malangnya, setelah telus, cincin itu tersekat di pangkal kemaIuan.

Beliau panik dan cuba mengeluarkannya secara paksa bersendirian hingga kemaIuannya membengkak.

Kejadian itu berlaku pada sekitar 5 petang Sabtu di Kampung Dewa Beta, di sini.

Setelah menderita dalam diam selama 11 jam, beliau akhirnya meminta bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira pukul 3 pagi keesokan hari (Ahad).

"Saya hanya suka-suka saja. Saya jumpa benda tu (gelang besi) dan saya pun cuba memasukkannya (ke dalam za kar). Tapi tak sangka ia tak boleh dikeluarkan." -kata lelaki itu.

Deritanya tidak berakhir di situ.

Doktor mengalami kesukaran mengeluarkan cincin berkenaan, kata Ketua Zon Kota Baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jamil Abdullah yang tampil memberi bantuan.

Ketika ditemui Jamil berkata, "Doktor gagal berbuat apa-apa memandangkan alat suIitnya membengkak dan meminta bantuan kami (unit Emergency Medical Rescue Team EMRS)".

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.25 pagi dan seramai empat anggota dikerahkan ke HRPZ II.

"EMRS mengambil masa selama dua jam untuk memotong cincin terbabit menggunakan 'ring cutter'.

"Kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada alat suIit mangsa," katanya.

Jamil berkata sepanjang prosedur terbabit mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius.

Katanya, ini merupakan kes pertama seumpamanya dilaporkan di negeri ini. -mStar


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani