Powered by Blogger.

Dalang Sebar Berita Palsu Tujuh Kanak-Kanak Ditetak Tersebar?

Dalang Sebar Berita Palsu Tujuh Kanak-Kanak Ditetak Tersebar?


Dalang Sebar Berita Palsu Tujuh Kanak-Kanak Ditetak Tersebar?

Posted: 01 Aug 2014 07:21 PM PDT


Addin

Dalang Sebar Berita Palsu Tujuh Kanak-Kanak Ditetak Tersebar?


SHAH ALAM: Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. 

Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain."Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber.

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata pihak polis menemui semula 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta milik sebuah syarikat yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Beliau berkata tembaga itu ditemui dalam sebuah lori di kawasan Sunway Kayangan di sini."Siasatan mendapati dua lori dilarikan suspek namun sebuah ditinggalkan berikutan keadaan lori yang mungkin bermasalah.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal keselamatan di kawasan itu telah diikat sebelum suspek melarikan diri," katanya.Beliau berkata lima suspek disyaki melakukan kes berkenaan. ~fmt




Iklan C (ii)





Ini Gambar Kemaluan.. Otak Kotor?

Posted: 01 Aug 2014 05:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Gambar Kemaluan.. Otak Kotor?

Warga Inggris unggah gambar awan bentuk mirip penis
Awan bentuk penis di Inggeris. dailymail.co.uk ©2014 Merdeka.com

Awan boleh berbentuk apa saja, tapi awan di langit Bandar Derbyshire, Inggeris ini bikin kening sedikit berkernyit. Awan itu berbentuk zakar.

Laman mirror.co.uk melaporkan, Khamis (31/7), seorang warga tempatan bernama Jim sedang melihat awan dari balik jendela rumahnya. Dia terkejut melihat awan mirip kelamin lelaki itu

"Saya langsung ambil kamera dan mengambil gambar zakar besar nampak melayang di atas kepala saya," ujarnya.

Dia memuat naik gambar itu di jejaring sosial Facebook miliknya. Meski demikian ini bukan satu-satunya awan berbentuk zakar tertangkap kamera. Bulan lalu masih di Inggeris awan sama juga kelihatan dan orang-orang mengatakan awan itu dihantar oleh Tuhan.

Adakah hal itu wujud kerana dia selalu memikirkan hal seks yang sesetengahnya menganggap kotor? (IH) 


Najib Dan Pemimpin BN Pasti Sakit Hati Baca Artikel Ini..

Posted: 01 Aug 2014 05:54 AM PDT


Addin

Najib Dan Pemimpin BN Pasti Sakit Hati Baca Artikel Ini..


Satu pungutan suara mengesahkan trend rakyat Malaysia Timur kini yang semakin bergolak, dengan kebanyakan penduduk bandar Sarawak bercakap secara terbuka mengenai meninggalkan idea meninggalkan Malaysia. 

Tinjauan terhadap 100 orang di Malaysia Timur mendedahkan 72% daripada rakyat Sarawak berasa meninggalkan Persekutuan adalah pilihan terbaik, dengan hanya 14% di Sabah bersetuju.

Tinjauan itu juga mendedahkan 43% daripada mereka percaya cara terbaik untuk Sabah dan Sarawak menyelesaikan masalah mereka adalah dengan meninggalkan Malaysia. Pemisahan dianggap pengkhianatan mengikut undang-undang Malaysia. 

Undian itu mendedahkan perasaan curiga dan kekecewaan yang masih wujud di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setengah abad selepas Persekutuan ditubuhkan pada 16 September 1963. 

Keputusan undian The Malaysian Insider ini sama dengan kaji selidik atas talian sebelum ini yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia Timur mahu Sabah dan Sarawak meninggalkan Persekutuan. 

Seorang ahli akademik kanan yang berpangkalan di Sarawak melihat keputusan undian berkata terdapat perbezaan besar di antara responden Sarawak dan Sabah dalam analisis serta memahami masalah mereka. 

"Penduduk Sabah mempunyai analisis lebih baik berkenaan masalah utama Sabah. Tetapi analisis Sarawak sebaliknya," kata Prof Madya Dr Andrew Aeria. Pungutan suara dijalankan secara temu bual bersemuka dengan 50 orang penduduk dari Sabah dan Sarawak ke atas semua kumpulan umur. 

Responden ditemu bual di Kota Kinabalu, Penampang dan Papar, Sabah. Responden Sarawak adalah dari Kuching, Serian dan Sri Aman. Sebanyak 71% penduduk Malaysia Timur mengatakan Putrajaya tidak melayan Sarawak dan Sabah dengan adil. Bilangannya lebih tinggi di kalangan rakyat Sarawak berbanding Sabah. 

Di kalangan penduduk Sarawak, 96% daripada mereka berkata masalah terbesar Sarawak adalah Putrajaya tidak melayan mereka dengan adil. Jawapan ini dipilih daripada senarai yang termasuk kelembapan ekonomi tempatan, jenayah yang tinggi, pembangunan yang tidak cukup atau peluang pekerjaan. 

Responden Sarawak mengadu Sarawak tidak mendapat bahagian saksama daripada dana pembangunan dari Putrajaya Sedangkan Sarawak membekalkan Putrajaya dengan hasil minyak setiap tahun. 

Ramai mengadu jalan yang teruk, bekalan air dirawat keruh dan elektrik terputus di kawasan pedalaman Sarawak. Kebanyakan penduduk Sabah yang ditemubual atau 42% juga berpendapat kerajaan Persekutuan tidak melayan Sabah dengan adil. Sebahagian 32% berkata Putrajaya adil kepada Sabah. 

Bagaimanapun, 57% daripada 100 orang yang ditinjau berkata mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan Sarawak atau Sabah. Sebanyak 76% daripada rakyat Sarawak yang mengundi berpuas hati dengan kerajaan Sarawak. 

Manakala antara 50 rakyat Sabah, 38% berpuas hati dengan kerajaan mereka berbanding 32% yang tidak.Majoriti rakyat Sabah ditinjau atau 52% mengatakan kebanjiran pendatang tanpa izin adalah masalah utama mereka. 

Ini diikuti ekonomi yang menurun pada 18%, tidak cukup pembangunan (10%), kadar jenayah yang tinggi (8%) dan pekerjaan tidak mencukupi (6%). Aeria, seorang ahli ekonomi politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), memberi amaran terhadap pungutan suara sebagai mewakili apa yang rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya fikirkan. 

Beliau berkata maklum balas daripada 50 penduduk Sarawak kemungkinan besar daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet. Mereka mempunyai sikap politik yang dibentuk media sosial. 

"Responden Sarawak menerima keseluruhan propaganda pembangkang dan kerajaan Persekutuan dipersalahkan bagi semua masalah Sarawak. "Daripada mengadakan perbincangan mendalam tentang masalah Sarawak, mereka lebih gemar bersikap menyalahkan," kata Aeria. 

Beliau berkata terdapat sentimen anti-kerajaan Persekutuan Semenanjung yang kuat dalam pilihan raya umum tahun lepas yang disebabkan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) Sarawak. 

BN Sarawak menemui penduduk dan menggesa orang ramai hanya mengundi "orang kita" atau parti Sarawak asli. Para pengundi menggesa menolak calon-calon dari parti berasaskan Semenanjung, seperti dalam PR. 

Bersama-sama retorik PR terhadap BN Persekutuan, ia melahirkan perasaan anti-Persekutuan yang diarahkan kepada Putrajaya. Sentimen ini terlepas pandang penglibatan BN Sarawak dalam masalah Sarawak. 

Maklum balas daripada 50 rakyat Sarawak seolah-olah menunjukkan bagaimana sentimen anti-Semenanjung ini membentuk wacana politik di Sarawak. "Jika anda marah dengan kerajaan Persekutuan BN kenapa anda masih mengundi untuk kerajaan BN negeri? 

BN Sarawak masih sebahagian daripada BN Persekutuan. Ia merupakan satu analisis masalah Sarawak," kata Aeria. ~tmi




Iklan C (ii)






Anwar Akan Terperangkap Dalam Permainannya.

Posted: 01 Aug 2014 05:02 AM PDT


Ibnu Hasyim

Anwar Akan Terperangkap Dalam Permainannya.


 
"Anwar akan terperangkap dengan mainan kotornya," Itu reaksi bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau berkata, kenyataan Mohd Zuhdi itu secara tidak langsung mula menampakkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui umum termasuk permainan politik cuba diaplikasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamaluddin turut mengakui kenyataan berkenaan menceritakan mengenai perkara sebenar yang berlaku khususnya di Perak, lima tahun lalu termasuk berhubung 'Behrang Move' yang terkandung dalam kenyataan berkenaan.

"Kenyataan itu sebenarnya menceritakan perkara sebenar, lagipun pada ketika itu saya dan rakan lain tiada pilihan. Sebagai Adun bebas, sudah tentulah kami akan lebih berpihak kepada pihak yang mahukan kami, bukannya pihak yang dah 'tak nak' kita, kan?

"Keseluruhannya, betullah, apa yang Zuhdi kata tu dan kalau dia (Zuhdi) nak tahu lebih lanjut, dia boleh datang berjumpa dengan saya selepas ini," katanya mengulas mengenai status Facebook Mohd Zuhdi yang dimuat naik pada 27 Julai lalu yang turut mengaitkan 'Kajang Move' dan 'Behrang Move.

Jamaluddin berkata, Pas adalah pihak  yang merampas kuasa di Perak, biarpun hanya memenangi enam kerusi berbanding PKR yang memenangi tujuh kerusi.
Malah dakwanya, Anwar juga pernah menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepadanya.

"Ramai tak tahu, rampasan kuasa sebenarnya dilaksanakan oleh Pas walaupun mereka (Pas) hanya memenangi enam kerusi berbanding tujuh dimenangi PKR. Oleh itu, bagaimana Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai menteri besar?

"Saya sendiri pernah ditawarkan jawatan berkenaan, tetapi saya tahu saya tidak layak, tambahan pula dalam PKR sendiri wujud macam-macam team. Team atau puak-puak ini memang tidak sukakan saya.

"Sekarang, Anwar cuba nak buat benda sama di Selangor. Bagi saya, dia pencatur yang anggap dirinya bijak. Saya rasa dia akan terperangkap juga nanti," katanya yang juga bekas Bendahari PKR Perak. (Diangkat dari Trnungkite)



Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


S'gor, Pusat Meterai Perjanjian Industri Air

Posted: 01 Aug 2014 03:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

S'gor, Pusat Meterai Perjanjian Industri Air

 
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan persekutuan manakala kerajaan Selangor diwakili Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, lapor Bernama.
  
Turut hadir pada majlis itu beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ongkili berkata perjanjian hari ini adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lepas berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Sistem Agihan.
  
"Kebanyakan kandungan MoU yang lepas itu diperincikan dalam perjanjian hari ini dan beberapa perkara penting sudah dimulakan pelaksanaannya," katanya.

Beliau berkata penstrukturan semula urusan pengambilalihan syarikat konsesi telahpun dimulakan dan kerajaan Selangor melalui kumpulan Darul Ehsan Berhad mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada pemegang saham empat buah syarikat konsesi.
  
Empat buah syarikat konsesi itu ialah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
  
"Setakat ini hanya pengambilalihan Splash sahaja yang belum dimuktamadkan lagi," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada menteri besar Selangor atas sikap keterbukaan, kesederhanaan dan kerjasama yang diberikan.
  
Kerjasama itu, kata Ongkili, membuktikan kepentingan rakyat mengatasi segalanya dan lebih penting daripada kepentingan politik.  
- Bernama



Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Cerita Sebenar Kes 6 lelaki "Melayu Tabligh" ditetak 10 lelaki India di Klang (10 Gambar)

Posted: 01 Aug 2014 02:50 AM PDT


Tengok TV Online

Cerita Sebenar Kes 6 lelaki "Melayu Tabligh" ditetak 10 lelaki India di Klang (10 Gambar)


Beberapa gambar ngeri tersebar menunjukkan kesan tetakan pada badan-badan mangsa yang sedang dirawat di hospital.

Namun, penyebaran gambar-gambar tersebut disertakan dengan caption yang salah seperti dibawah:
Mlm tdi keling potong 6 org melayu (tabligh) kt pandamaran klang.umur mangsa 5 tahun sehingga belasan tahun.abg mangsa 0172072530. Hbgi beliau utk maklumat lanjut. Panjangkan pd smua ahli.standby. Adakah ianya bersangkutan dengan ustaz sahul hamid yang menghina agama hindu tu
Mesej tersebut turut disahkan PALSU oleh Polis Selangor dalam satu kenyataan di status terbaru dalam Facebook Rasmi mereka.


Kejadian itu memang benar berlaku namun ia adalah satu lagi insiden pergaduhan dan mangsa bukanlah daripada kumpulan Tabligh. Penyebar mesej palsu itu amat tidak bertanggungjawab kerana ditakuti akan membawa kepada pemahaman yang salah dan membangkitkan isu yang lebih besar seperti pergaduhan antara Agama. 

Fakta kes adalah seperti dibawah:

Dalam tempoh terdekat cuma t'dpt satu insiden gaduh spt mana Klg rpt no 26257/14 iaitu pada 31 Jul 2014 l/krg 0450 bertempat d vital net (cyber cafe) no 290 jln batu unjur 7, tmn bayu perdana, Klang. 6 lelaki Sabahan (bugis) cedera kena tetak dgn l/krg 10 lelaki India. Daripada 6 orang tsbt, 4 cedera parah dlm icu. 2 lagi stabil. Ada seorg budak lelaki berumur 15 tahun cedera sekali tapi stabil. Seramai 6 OKT berjaya ditahan utk siasatan lanjut. Siasatan dibuka dibwh 148kk.
Mangsa yang cedera.
1) Mohd Rais bin M. Tahir (23 Tahun)
2) Abdul Mutalib bin abdul rahim (15 Tahun)
3) Mohd junaidi bin negeri (20 Tahun)
4) Amran bin amri (30 Tahun)
5) Mohd norhan bin abdul karim (26 Tahun)
6) aidil bin baddu (27 Tahun)
Tuan.

Pengadu bekerja sebagai juruwang di sebuah cyber cafe Vital Net.

Pada 31/7/14 jam l/kurang 0450 hrs, semasa pengadu sedang bekerja di cyber cafe Vital Net, tiba-tiba telah masuk ke dalam cyber cafe l/kurang 10 lelaki india yang bersenjatakan parang dan kayu. Kemudian kesemua suspek terus menyerang beberapa pelanggang yang sedang melayari internet dengan menggunakan parang dan kayu. Suspek kemudian telah melarikan diri setelah mencederakan pelanggan di premis tersebut tanpa merampas apa-apa barang milik mangsa.

Hasil siasatan awal:

1) Kejadian berlaku di sebuah cyber cafe Vital Net, No 290 Jln Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Klang.
2) Suspek 10 lelaki india, umur dalam lingkungan 27an, bersenjatakan parang panjang dan kayu.
3) Semasa kejadian terdapat l/kurang 10 orang pelanggan yang terdiri dari lelaki sabahan.
4) Pengadu dan mangsa tidak dapat cam suspek kerana suspek menutup muka dengan kain.
5) Suspek menaiki sebuah m/hiluk jenis mitsubishi storm warna silver dan sebuah kereta proton iswara no pendaftaran tidak pasti.
6) Suspek bersenjatakan parang dan kayu.
7) Seramai 6 lelaki sabahan mengalami kecederaan di badan akibat ditetak. Kesemua mangsa berada di HTAR.
8) Suspek tidak merampas hartabenda milik mangsa.








Mesyuarat PAS Isu MB S'gor Tetap 10 Ogos

Posted: 01 Aug 2014 01:53 AM PDT


Ibnu Hasyim

Mesyuarat PAS Isu MB S'gor Tetap 10 Ogos

 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan menetapkan tarikh lebih awal untuk mesyuarat bagi membincangkan pendirian berhubung rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Menurut Mustafa, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat itu tetap pada 10 Ogos dan tidak akan dipercepatkan kerana dikhuatiri mengganggu perkara lain.

"Tidak (akan tukar tarikh). Sebab tarikh sudah ditetapkan.
"Kalau ubah juga tarikh akan rosak jadual lain. Kita kekal tarikh itu.
"Kita minta semua orang bersabarlah. Tak lama pun 10 Ogos tu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika ditanya, beliau juga berkata isu berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki juga hanya akan dibincangkan jika ia dibangkitkan dalam mesyuarat.

Mustafa berkata perkara itu bukan agenda utama mesyuarat diadakan.

"Agenda utama mengenai Menteri Besar Selangor. Isu itu (Zuhdi) akan dibincangkan kalau ada orang bangkitkan. Sama ada akan membincangkan perkara itu atau tidak, terpulang kalau ada yang bangkitkan," katanya lagi.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat meminta mesyuarat PAS Pusat diadakan lebih awal. Selain Suhaizan, seorang lagi pemimpin parti itu, Dr Dzulkefly Ahmad turut melahirkan pendirian sama. Menurut Dzulkefly, tempoh 10 hari terlalu lama dan beliau turut  meminta agar persidangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat disegerakan tanpa menanti keputusan selepas mesyuarat 10 Ogos. (MK)


Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Hentikan 'Kemusnahan Sendiri' Dg Percepat Sidang 10 Ogos -Dr Dzulkefly

Posted: 01 Aug 2014 12:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Hentikan 'Kemusnahan Sendiri' Dg Percepat Sidang 10 Ogos -Dr Dzulkefly



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  

Seorang lagi pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan  bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri' yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.

"Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan' ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendesak pimpinan PAS mempercepatkan mesyuarat mereka tanpa perlu menunggu 10 Ogos depan untuk bermesyuarat seperti ditetapkan sebelum ini.

AJK PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.

Ekoran cadangan itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing. Menurut Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau 'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama mereka.

"Pimpinan tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan pendokong PR.

Beliau berkata, sangat malang jika PR berakhir di sini, kerana umum mengetahui hanya inilah wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu memberi 'check and balance' serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan Barisan Nasional (BN) dalam urus tadbir negara serta Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

"Berpada-padalah saudaraku bahkan sebaiknya 'segera hentikan' dalam 'menyerang serta menembak sesama sendiri' kerana saudara sedang ditertawakan oleh seteru politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.
"Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara... Ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi justeru kerana saudara menembak sesama sendiri... malang!" kata Dzulkefly.

Menurutnya, rakyat mengharapkan PR sedangkan mereka asyik bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara. – 1 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Putuskan Dulu Jika Wanita Layak Jadi MB - DAP

Posted: 31 Jul 2014 11:58 PM PDT


Ibnu Hasyim

Putuskan Dulu Jika Wanita Layak Jadi MB - DAP


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum dapat mengendalikan apa-apa lagi isu, pari-parti politik perlu menjelaskan pendirian masing-masing tentang jika wanita boleh dilantik sebagai menteri besar. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum dapat mengendalikan apa-apa lagi isu, pari-parti politik perlu menjelaskan pendirian masing-masing tentang jika wanita boleh dilantik sebagai menteri besar. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  

DAP mahu semua parti politik menjelaskan pendirian masing-masing tentang kelayakan wanita untuk dilantik sebagai menteri besar, sebelum mereka boleh bercakap tentang isu lain.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata isu jantina ini patut diselesaikan dahulu sebelum kelebihan dan kekurangan menukar menteri besar Selangor dapat dipertimbangkan. Lim berkata semua ketua parti, termasuklah pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak, patut menyatakan pendiriannya supaya menyokong kepelbagaian dan keterangkuman.

"Janganlah kita hilang tumpuan dengan cadangan menukar menteri besar. Isu utama yang perlu diselesaikan, seperti yang dikatakan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim, adalah tentangan terhadap wanita dilantik untuk jawatan tersebut.
"Ia amat penting bagi semua parti politik menjelaskan halangan jantina ini... jika tidak, kami akan menjadikannya seolah-olah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail tersingkir daripada kelayakan hanya kerana beliau seorang wanita," katanya pada sidang media di pejabat di Komtar hari ini. – 1 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat ini..
Wan Azizah Jadi MB S'gor, Bagaimana Dalam Islam...
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Ketahui bagaimana McDonald's Malaysia memperbodohkan rakyat Malaysia

Posted: 31 Jul 2014 11:46 PM PDT


Tengok TV Online

Ketahui bagaimana McDonald's Malaysia memperbodohkan rakyat Malaysia


Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.

Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus royalti kepada McDonald's Corporation.

Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.


Banyak restoran McDonald's milik penuh rakyat Malaysia

Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.

Petikan dari notis di laman web mereka
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242

Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?

Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!
Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan.Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?

Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?



McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia).

Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.

Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?

sumber : www.firdausariff.com

Budak 2 tahun maut dlm dakapan bapa akibat terkena mercun dibaling seseorang!

Gambar Sinar Harian Online

SIMPANG RENGGAM – Kegembiraan mengikut kumpulan marhaban bagi meraikan 1 Syawal bertukar tragedi buat Abdul Rahman Endot, 43, apabila anak kesayangannya, Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman, 2, maut selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Ithnin Maarof, di sini Isnin lalu.

Mangsa, Mohd Hafi Rayan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang, dekat sini, akibat kecederaan di dada, muka, tangan kiri dan bahagian dalaman.

Abdul Rahman berkata, dia bersama Hafi Rayan menyertai kumpulan marhaban bersama penduduk kampung berkenaan ketika kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari.

"Sebaik memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah bagi menantikan kunjungan kumpulan marhaban berkenaan, tiba-tiba sebiji bola mercun jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang meletup betul-betul di hadapan kami berdua.

"Sebaik saja mercun bola itu meletup, Hafi Rayan yang berada dalam dakapan saya terus terkulai bagaikan terkena tembakan," katanya.

Dia bagaimanapun bergegas ke Klinik Simpang Renggam untuk mendapatkan rawatan awal dan kemudian dirujuk ke Hospital Kluang,

Abdul Rahman turut mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

"Saya masih tidak dapat menerima kematian anak saya disebabkan kecuaian orang lain bermain mercun.

"Akibat kejadian itu, saya kini trauma setiap kali mendengar bunyi mercun dan kemungkinan menghadapi masalah pendengaran di telinga kiri," katanya.

Mengimbas kembali sebelum kejadian, Abdul Rahman berkata anaknya itu sungguh gembira apabila dapat mengikutnya marhaban.

"Namun saya tidak sangka rupa-rupanya itulah petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya…, kehilangan Hafi Rayan amat dirasai kami sekeluarga.

"Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden ini," katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia turut mengalami kecederaan ringan di muka, telinga dan bibir selain kerosakan di bahagian meter motosikalnya.

Sementara itu, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan itu dijalankan walaupun pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa laporan daripada keluarga mangsa.

Menurutnya, polis tetap memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 304(b) dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

"Polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa dan beberapa saksi lain bagi bantu siasatan," katanya. Sinar Harian Online


3 Pelacur Ditahan, Masih Operasi Di Gang Dolly?

Posted: 31 Jul 2014 09:34 PM PDT


Ibnu Hasyim

3 Pelacur Ditahan, Masih Operasi Di Gang Dolly?

Tiga PSK masih operasi di tempat pijat plus Gang Dolly
gang dolly. ©2014 merdeka.com/novita intan sari 

Satpol PP Kota Surabaya, Jawa Timur menahan tiga perempuan yang diduga berprofesi sebagai pekerja seks komersial (PSK) di Gang Dolly dan Jarak, Kelurahan Putat Jaya, Kecamatan Sawahan. Tiga perempuan itu, ditangkap saat petugas Satpol PP bersama Polrestabes Surabaya, Polda Jawa Timur dan TNI menggelar razia di lokalisasi terbesar se-Asia Tenggara tersebut.

Belum diketahui identiti tiga perempuan yang diduga sebagai PSK di salah satu rumah yang ada di Gang Dolly dan Jarak. Ketiganya ditangkap di salah satu rumah yang berada di Jalan Putat Jaya Barat.

"Mereka kita bawa ke pejabat untuk pemeriksaan lebih lanjut dan untuk pendataan," kata seorang anggota Satpol PP Kota Surabaya, Khamis (31/7).

Ratusan anggota gabungan yang sebahagian bersenjata lengkap tersebut, menyisir Gang Dolly untuk memastikan sama ada rumah di penempatan terbesar se-Asia Tenggara itu sudah benar-benar menghentikan operasi perniagaan prostitusinya. Selanjutnya, petugas menyisir Jalan Jarak dan di teruskan di Gang Lebar serta gang-gang kecil yang ada di Jalan Jarak.

Di kawasan yang juga diketahui banyak berdiri rumah esek-esek dan tempat karaoke serta urut plus-plus, petugas mengamankan tiga wanita yang didakwa sebagai PSK.

"Memang dalam operasi kali ini, semua rumah kita sikat untuk memastikan apakah sudah tidak ada lagi rumah yang beroperasi. Selain itu, kita juga mendapati ada banyak tempat karaoke yang tak berizin. Kerana tempat-tempat itu, ditengarai menyediakan PSK-PSK," terang Kasatpol PP Irfan Widyanto.

Irfan juga mengaku siap menindak tegas tempat-tempat hiburan nakal di Gang Dolly dan Jarak.  


"Jika memang tidak ada izinnya ya kita tertibkan. Kerana tempat-tempat ini (karaoke), yang ditengarai kerap menyediakan PSK-PSK, sementara kerajaan sudah menutup semua penempatan yang ada di Johor Baharu," tegas dia.  
(IH/Merdeka.com)


Lepas Ramadhan, Pusat Pelacuran Gang Dolly Bergema Lagi..

Posted: 31 Jul 2014 09:03 PM PDT


Ibnu Hasyim

Lepas Ramadhan, Pusat Pelacuran Gang Dolly Bergema Lagi..


Pasca-ditutup, karaoke liar marak di Gang Dolly
Personel gabungan antara polis, TNI, Binmas, Satpol PP dan petugas dari unsur PMK, melakukan razia (pemeriksaan) pertama pasca-lebaran Hari Raya Aidil Fitri 2014 di Gang Dolly dan Jarak, Kelurahan Putat Jaya, Kecamatan Sawahan, Surabaya, Jawa Timur, Khamis (31 / 7).

Razia ini merupakan usaha shock therapy bagi rumah-rumah yang masih degil pasca-penutupan penyetempatan pada 18 Jun lalu oleh Pemkot Surabaya. Dalam gelar razia itu, meski tidak dijumpai rumah yang buka pasca-lebaran, petugas mendapati ada banyak tempat karaoke yang tiada izin mendirikan Rumah Hiburan Umum (RHU).

Menurut Kasatpol PP Bandar Johor Bahru, Irfan Widyanto, razia yang diumum pihaknya bersama polis dan TNI ini, merupakan razia penertiban berkaitan penutupan penyetempatan Gang Dolly dan Jarak oleh Pemkot Surabaya.

"Kita menurunkan semua poster-poster, plakat-plakat yang ada di rumah, seperti poster tulisan Bir Bintang (iklan arak), nama rumah dan lain sebagainya. Kita juga ingin memastikan bahawa setelah lebaran, semua rumah sudah tidak beroperasi," kata Irfan di sela razia.

Sementara itu, dari pantau merdeka.com di lapangan, razia yang diumum hari ini, tidak hanya di Gang Dolly dan Jarak. Seluruh rumah yang ada, termasuk di Gang Lebar, dan gang-gang kecil yang ada di sekitar Jalan Jarak, tak luput dari pantauan petugas gabungan tersebut.

Gelar operasi dilakukan usai epal pasukan di Mapolrestabes Surabaya di Jalan Sikatan sekitar pukul 15.00 WIB. Dan kira-kira pukul 16.00 WIB, razia bermula di Gang Dolly, kemudian berlanjut di Jalan Jarak dan Gang Lebar, serta gang-gang yang lain.

Razia berjalan tertib, sebab pegawai tidak mencari satupun rumah yang buka hari ini, hanya mencari beberapa tempat karaoke yang disyaki tidak membenarkan penggunaan.

"Tadi kita mendapati ada banyak tempat karaoke yang tidak membenarkan penggunaan di sini (Gang Dolly dan Jarak). Tadi kita juga mengajak pihak Disparta, dan mereka memastikan tidak ada tempat karaoke di sini yang mengantongi izin," tandas dia.


(IH/Merdeka.com)


Tunjuk Isyarat Lucah Kpd Raja Dihukum, Kalau Menteri Kpd Rakyat?

Posted: 31 Jul 2014 07:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

Tunjuk Isyarat Lucah Kpd Raja Dihukum, Kalau Menteri Kpd Rakyat?

 Pemuda ini ditahan siang tadi (13 Februari 2013) dan dibicarakan di Mahkamah Majistret Balik Pulau
KL: Dimaklumkan bahawa pemuda yang menunjukkan isyarat lucah pada Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah telah dihukum penjara 30 hari dan denda RM 8000. Hukuman itu dijatuhkan oleh  Majistret Muhamad Hidayat Wahab di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang.
Berikut adalah petikan daripada sebuah laman blog mengenai kejadian tersebut;
Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, seorang lelaki telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapatinya. Amaran telah diberikan kepada lelaki tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK.Bagaimanapun, lelaki itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya.Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampirinya, lelaki tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali.Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.
 Gambar Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah ketika di Pulau Pinang. Sumber : Facebook Ketua Menteri  Pulau Pinang




Manakala di George Town Pulau Pinang, Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan semakan hukuman ke atas seorang juruukur bahan yang mengaku bersalah menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan seorang pegawai polis pada tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng turut memerintahkan Leong Pei Koe, 30, dibicarakan semula di hadapan majistret lain. Bagi pertuduhan pertama, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dekat sini pada pukul 11.50 pagi 11 Februari tahun lepas.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama kepada pegawai polis Asisten Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Teck Meng berkata, kedua-dua pertuduhan yang dihadapi Pei Koe tidak digambarkan dengan jelas dalam fakta pendakwaan. (IH)

Bagaimana pula menteri  tunjuk isyarat lucah kepada rakyat?
www.youtube.com/watch?v=2xV--vCSG3c   Cached
The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, impliedly says the mentri besar of Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, was right to make obscene ...
www.youtube.com/watch?v=2xV--vCSG3c   Cached
The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, impliedly says the mentri besar of Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, was right to make obscene ...

ISU Jonker Walk yang dikhabarkan bakal ditutup oleh Ketua Menteri ...


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani