Neelofa Enggan Bergiat Sebagai Penceramah Selepas Penghijrahan
Neelofa Enggan Bergiat Sebagai Penceramah Selepas Penghijrahan |
- Neelofa Enggan Bergiat Sebagai Penceramah Selepas Penghijrahan
- Amar Baharin Tak Tolak Jodoh Dengan Izreen Jika Itu Suratan Takdir
- Rumah Dimasuki Perompak, Yusof Haslam Lepas Tembakan Amaran
- Nukilan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff
- (TAHNIAH)Umie Aida Kini Berhijab, Terasa Lebih Tenang
- Bergaya Muslimah Seperti Felixia Yeap
- Rozana Berada Dalam Kesakitan Yang Amat Ketika Gambar Dirakamkan – Haliza Misbun
- Saya Ada Bukti Cakera Keras Kecurangan Sham Kamikaze – Farazila
Neelofa Enggan Bergiat Sebagai Penceramah Selepas Penghijrahan Posted: 07 Jul 2014 01:33 AM PDT Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh selebriti wanita yang berhijrah ialah tampil memberikan ceramah. Malah ada yang siap terus tukar kerjaya jadi penceramah bebas. Bukanlah satu perkara yang salah lebih-lebih lagi sekiranya berkongsi mengenai kisah penghijrahannya. Manalah tahu dapat memberikan petunjuk dan pengajaran buat orang lain juga. Neelofa yang baru sahaja mengenakan tudung sepenuhnya minggu lalu bagaimanapun tampil memaklumkan yang dia tidak akan berkongsi pentas dengan mana-mana pihak untuk memberikan ceramah. Satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Daripada sibuk berceramah, lebih baiklah pergi menuntut ilmu. Kata Neelofa menerusi Berita Harian:-
Antara selebriti yang sudah berhijrah paling Abang Nara hormati ialah Mizz Nina dan Ummi Nazeera. Tiada publisiti meluas dan daripada apa yang dikongsikan, jelas mereka berdua sibuk pergi belajar mengenai agama Islam untuk memperbaiki diri dan bukannya sibuk mencanang kisah penghijrahan masing-masing. Apa pun, baru-baru ini Neelofa telah tampil di radio IKIM untuk berkongsi sedikit mengenai cerita hijrahnya. Menarik untuk sama-sama kita ambil iktibar. P.S: Video baru MatLuthfi pasal bulan Ramadhan. Terbaik!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Amar Baharin Tak Tolak Jodoh Dengan Izreen Jika Itu Suratan Takdir Posted: 07 Jul 2014 01:16 AM PDT Pernah dikatakan menjadi punca penceraian antara Izreen Azminda dan suaminya, Amar Baharin memaklumkan yang dia tidak mampu berkata apa-apa sekiranya orang ramai menganggap dirinya bercinta dengan Izreen. Kemesraan antara mereka berdua memang jelas terserlah menerusi gambar yang dikongsikan untuk tujuan promosi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Kalau tak tahu ia adalah tuntutan kerja, memang Abang Nara ingat Amar dan Izreen ini adalah pasangan bercinta. Diajukan persoalan “Betulkah Amar dan Izreen sedang asyik bercinta?” menerusi suratkhabar BiPop semalam, Amar Baharin berkata:-
Betul kata Amar tue. Soal jodoh tiada siapa yang tahu. Hari ini mungkin tak ada perasaan apa-apa, tup-tup esok jumpa terus rasa cinta separuh mati. Yang penting bagi Abang Nara ialah Amar bukan punca keruntuhan rumah tangga Izreen dan suaminya. Soal masa depan, biarlah Allah menjadi penentu. Kalau betul jodoh Amar dengan Izreen, Abang Nara yakin peminat akan merestuinya. Tak gitu? P.S: PTS dengan kerjasama Aman Palestin dan Muslim Care bersama merealisasikan kempen Love Hope: Let’s Make It Happen bersempena Ramadan kali ini. Melalui kempen ini, RM1 daripada keuntungan jualan buku dengan logo Love Hope akan disalurkan ke negara-negara Islam seperti Syria, Palestin, Mesir, dan etnik Rohingya di samping sejumlah dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Pembeli setia buku-buku PTS berpeluang menyertai kempen ini dan turut sama membantu mereka. #lovehope #donate #amanpalestin #muslimcare #csr Baca Yang Ini Pulak:- |
Rumah Dimasuki Perompak, Yusof Haslam Lepas Tembakan Amaran Posted: 06 Jul 2014 09:54 PM PDT Gerak gerak khas. Gerak gerak khas. Pergh~~~ Memang power Datuk Yusof Haslam. Tak sia-sia berlakon sebagai polis dalam drama Gerak Khas. Silap besarlah si perompak cuba nak merompak rumah beliau. Rumah Datuk Yusof Haslam yang terletak di Taman Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Ketika kejadian, Datuk Yusof Haslam sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa. Mendengar jerita tersebut, Datuk Yusof Haslam bingkas bangun dan bergegas ke bilik untuk mendapatkan pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya. Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu. Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak. Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti. Takziah kepada Datuk Yusof Haslam atas berita ini. Nasib baik beliau tak tidur lagi. Tapi memang serius ‘cool’ kerana melepaskan tembakan. Terasa macam dalam drama Gerak Khas pulak. Bukan calang-calang orang boleh bersikap berani begitu. Semoga selepas ini kejadian sebegini tidak berulang lagi. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nukilan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff Posted: 06 Jul 2014 08:33 PM PDT Pastinya Allahyarham Sharifah Aini tenang dan gembira apabila melihat anak tunggalnya, Aliff mengimamkan solat jenazah untuknya di Masjid TTDI Sabtu lalu. Ini kerana di dalam nukilan terakhir Biduanita Negara ini buat Aliff, salah satu hasratnya ialah apabila beliau meninggal dunia kelak, biarlah anaknya itu menjadi imam untuk solat jenazahnya. Abang Nara sangat terharu dan hampir mengalirkan air mata apabila membaca nukilan tersebut. Sesungguhnya Sharifah Aini beruntung dan bertuah kerana memiliki seorang anak yang sehebat Aliff. Sama-samalah kita cuba dan berusaha untuk mencontohi Aliff. Di bawah ialah nukilan terakhir Allahyarham Sharifah Aini buat anaknya itu. Bacalah dan ambil pengajaran sepatutnya:-
Tahniah Aliff kerana menjadi seorang anak seperti yang diimpikan oleh ibu anda. Salam takziah daripada Abang Nara atas pemergian ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarham Sharifah Aini ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Umie Aida Kini Berhijab, Terasa Lebih Tenang Posted: 06 Jul 2014 08:17 PM PDT Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini. Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Teringin nak bergaya dengan fesyen dari Korea? Dapatkan koleksi pakaian terkini Korea menarik daripada SimpleGirlCloset pada harga yang murah, Ada cardigan, dress, tops lengan panjang dan macam-macam lagi. Boleh rambang mata nak memilih. Layari www.simplegirlcloset.com untuk lihat sendiri koleksi mereka.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Bergaya Muslimah Seperti Felixia Yeap Posted: 06 Jul 2014 07:00 PM PDT Hari ini Abang Nara ingin berkongsikan sedikit informasi mengenai pakaian muslimah dengan anda semua. Kebiasannya orang menganggap memakai pakaian muslimah adalah tidak mengikuti trend semasa dan membuatkan diri kita nampak lebih tua. Malah ada segelintir kaum Adam menganggap kaum Hawa yang mengenakan pakaian muslimah sebagai mereka yang kolot dan tidak mengikuti fesyen terkini. Namun sekarang ini, pakaian muslimah semakin mendapat tempat di kalangan kaum Hawa dan mampu menyerlahkan kejelitaan seseorang. Kalau zaman mak ayah kita, memang tak banyak pilihan untuk pakaian muslimah. Yang ada pun cuma jubah je. Itu yang kalau kita tengok gambar mak kita masa muda-muda, kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada. Namun untuk generasi kita, semakin banyak pilihan yang ada untuk pakaian muslimah sampai boleh kelabu mata dibuatnya. Kesemuanya cantik-cantik dan menepati syariat. Namun dengan lambakan pakaian muslimah di pasaran sekarang ini, kita harus lebih berhati-hati apabila memilih pakaian yang mahu digayakan agar ia menepati garis panduan yang telah disediakan oleh Islam. Antaranya ialah:- 1. Jangan berpakaian ketat, longgarkan pakaian anda. Nanti timbul fitnah pada agama dan jadi bahan tatapan pada tempat-tempat tertentu pulak yang tu yang tak elok Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana Felixia Yeap atau Raisyyah Rania menggayakan pakaian muslimahnya:- Longgar, tidak menampakkan bentuk badan namun masih tetap menyerlahkan kejelitaan Felixia Yeap. Cantik bukan pakaian muslimah serba merah ini? Red Long Cardigan berharga RM34.00 dan Palazzo pula pada harga RM32.00. Jubah berwarna pink dipadankan dengan beg berwarna pink memang akan menyerlah lagi keayuan mana-mana wanita yang memakainya. Beg tangan pada harga RM21.20 dan jubah pink pula berharga RM58.90 sahaja. Double-toned jubah ini menggunakan konsep 2 warna yang sepadan dengan rekaan lace pada hujungnya. Pasti akan membuatkan anda terasa seperti seorang puteri apabila menggayakannya. Harganya? Murah je. Hanya RM39.90 sahaja. Mengambil inspirasi daripada kecantikan burung merak, bahagian tengah pakaian muslimah ini adalah daya penarik utama yang pastinya akan menambahkan kejelitaan si pemakainya. Anda boleh mendapatkan pada harga RM39.90. Baju Muslimah Berlin Maxi Set ini pula hadir bahagian atas yang longgar dengan warna serta corak yang menarik. Kesemuanya hanya RM42.00 sahaja. Murah tetapi cantik kan? Sebenarnya jika kita pandai memilih, bergaya sebagai seorang muslimah bukanlah satu perkara yang mahal. Bersempena dengan raya yang bakal hadir, nile.com.my Malaysia Online Shopping kini menawarkan pelbagai reka bentuk pakaian muslimah seperti tudung, jubah dan juga muslimah dress pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Dan anda juga akan layak menerima penghantaran PERCUMA dengan setiap pembelian minimum bernilai RM48 di nile.com.my. Lebih maklumat mengenai penghantaran PERCUMA ini boleh dibaca di sini. Nak bergaya dengan baju muslimah? Tapi tak nak mahal? Kunjungilah nile.com.my sekarang! Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadat Puasa. Baca Yang Ini Pulak:- |
Rozana Berada Dalam Kesakitan Yang Amat Ketika Gambar Dirakamkan – Haliza Misbun Posted: 06 Jul 2014 06:30 PM PDT Selaku seorang kakak, pastinya hati Haliza Misbun sedih, pedih dan sakit apabila melihat gambar adiknya, Rozana Misbun yang merupakan isteri kepada Awie tersebar dalam keadaan yang amat teruk. Muka Rozana Misbun yang lebam memang membayangkan kesakitan yang teramat sangat ketika itu. Tidak diketahui siapa yang menyebarkan gambar itu, Haliza memaklumkan yang adiknya tidak mengingati siapakah yang merakamkan gambar tersebut. Kata Haliza Misbun menerusi portal Murai:-
Tak apalah. Sekarang ini kes ini akan dibicarakan ke mahkamah. Semoga mereka yang terbabit akan mendapat perbicaraan yang adil. Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal. Di bulan baik ini, semoga Rozana banyak berdoa kerana sesungguhnya doa orang teraniaya itu makbul di sisiNya. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Ada Bukti Cakera Keras Kecurangan Sham Kamikaze – Farazila Posted: 06 Jul 2014 05:30 PM PDT Sebenarnya Abang Nara tertanya-tanya juga satu persoalan yang sama ketika membaca artikel mengenai Sham Kamikaze oleh bekas isterinya, Farazila di BiPop semalam. Sham sebelum ini menafikan yang dirinya sudah berkahwin lain sedangkan pada ketika itu memang benar-benar dia sudah berkahwin. Adakah apabila penafian sebegitu dilakukan, talak boleh terjatuh? Rasanya perlu ada alim ulama yang tampil untuk menjelaskan perkara ini untuk mengelakkan selebriti-selebriti membuat penafian perkahwinan mereka. Apa yang lebih menarik mengenai pengakuan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila semalam ialah kewujudan cakera keras (CD) yang mengandungi bukti kecurangan bekas suaminya itu. Bukan satu bukan dua, tetapi 5 cakera keras. Kesemuanya itu kini dalam simpanan polis. Kata Farazila:-
Daripada apa yang Abang Nara baca, Farazila tampil memberikan kenyataan sebegini untuk memberitahu orang ramai sikap sebenar Sham Kamikaze yang berselindung di sebalik imej alimnya. Agak menarik juga sebenarnya kerana penipuan yang dilakukan oleh Sham bagi Farazila tidak melayakkan dirinya diangkat sebagai pendakwah. Kata Farazila lagi:-
Sekiranya anda tidak tahu, baru-baru ini perkahwinan Sham Kamikaze dengan isteri barunya telah dianggap tidak sah oleh mahkamah dan mereka perlu berkahwin semula. Apa pun pendapat Farazila ini ada benarnya jugak. Namun Abang Nara pasti, Sham lebih tahu apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Diharap Sham tidak menipu diri sendiri dan tidak menipu masyarakat. Tak gitu? Apa pendapat anda? Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment