Berkat Ramadhan, Umie Aida Selesa Berhijab
Berkat Ramadhan, Umie Aida Selesa Berhijab |
- Berkat Ramadhan, Umie Aida Selesa Berhijab
- Apa Punca Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin
- Pengantin baharu dibakar suami
- Emma Maembong Bergaduh Dengan Zizan Dan Luahkan Di Instagram
- Ziana Zain Kini Telah Berhijrah Untuk Bertudung?
- Gambar Dato Siti Nurhaliza Baca Yassin Untuk Pemergian Kak Pah
- Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu!
- Gambar Terkini Rozana Misbun, Isteri Awie Yang Cun Melecun Sebelum Dibelasah
- Almy Nadia Membuat Pendedahan Mengejut
- Saya Ada Bukti Cakera Keras Kecurangan Sham Kamikaze – Farazila
Berkat Ramadhan, Umie Aida Selesa Berhijab Posted: 06 Jul 2014 09:26 PM PDT Berkat Ramadhan, Umie Aida Selesa Berhijab| Berkat bulan mulia Ramadhan, kita dapat lihat ramai selebriti tempatan menemui ketenangan dan diri mereka sendiri dalam tuntutan agama Islam. Jika sebelum ini Neelofa mengambil keputusan untuk berhijrah dan bertudung penuh, seorang lagi kini mengikut jejak. “Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal” Umir Aida turut menambah yang Ramadhan menjadi satu dorongan kuat buat dirinya untuk terus bertudung dan tidak takut akan rezeki apabila tampil dengan imej baru ini.
“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” tambah Umie Aida lagi.-rotikaya
|
Apa Punca Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin Posted: 06 Jul 2014 09:17 PM PDT Apa Punca Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin | Penyanyi Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei lalu.Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan berumahtangga.
"Sekarang ini saya mudah alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja," katanya.
Ditanya mungkin rasa sakit itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha menafikannya. "Ishhh mana ada! Kami serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami," ujarnya.-cari |
Pengantin baharu dibakar suami Posted: 06 Jul 2014 04:49 PM PDT Pengantin baharu dibakar suami| “Abang! Tolong, tolong sayang.” Itu jeritan seorang isteri selepas disimbah dengan petrol dan dibakar suaminya sendiri akibat cemburu buta di Kampung Abi Padang Machang, Kangar.
Pasangan yang berkenalan sejak belajar di kolej swasta ini baru sahaja seminggu bernikah di Negara jiran. Mangsa yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke 23 hari itu, didakwa menjalin hubungn sulit dengan lelaki lain.
Lokasi mangsa dibakar Jeritan sayu mangsa meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.. Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Alor Setar.. |
Emma Maembong Bergaduh Dengan Zizan Dan Luahkan Di Instagram Posted: 06 Jul 2014 03:00 PM PDT Emma Maembong Bergaduh Dengan Zizan Dan Luahkan Di Instagram | Ops, apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa tiba-tiba Emma Maembong luah perasaan di laman sosial Instagram miliknya? Adakah memang benar Emma dan kekasihnya Zizan Razak bergaduh? Banyak betul persoalan dari foto yang dikongsikan Emma itu.
Kalau sebelum itu ada yang menyebarkan cerita kononnya populariti Zizan jatuh menjunam sejak bercinta dengan Emma Maembong. Itu dijadikan punca Zizan kurang mendapat undian dan pulang tangan kosong walaupun tercalon dalam lima kategori dalam ABPBH2013. Apapun mungkin ia bukan rezeki Zizan dan tiada kena mengena dengan Emma pun. |
Ziana Zain Kini Telah Berhijrah Untuk Bertudung? Posted: 06 Jul 2014 02:54 PM PDT Ziana Zain Kini Telah Berhijrah Untuk Bertudung? | Selepas aktres Neelofa disahkan telah berhijrah untuk berhijab, kini penyanyi popular iaitu Ziana Zain turut dikatakan mengambil langkah yang sama apabila gambar di laman Istagram miliknya menunjukan yang dia telah memakai tudung penuh. Terdapat 4 keping gambar kecil yang dirangkumkan dalam satu potrait foto yang turut kelihatan anak kembarnya yang begitu gembira dengan penampilan ibu mereka itu. Memakai tudung berlainan warna seperti hijau, hitam dan kelabu, Ziana Zain kelihatan sungguh anggun dan manis sekali dengan penampilan terbarunya itu.
Mungkin berkat Ramadan Al Mubarak dan bulan yang mulia ini, telah membuka hati penyanyi berusia 46 tahun itu untuk berhijrah dan memakai tudung. Sudah tentu ramai yang gembira dengan penampilan terbaru Ziana Zain, dan diharapkan kehidupannya lebih baik dan bermakna. – sumber -
|
Gambar Dato Siti Nurhaliza Baca Yassin Untuk Pemergian Kak Pah Posted: 06 Jul 2014 02:45 PM PDT Gambar Dato Siti Nurhaliza Baca Yassin Untuk Pemergian Kak Pah | Pasti ramai tertanya-tanya ke mana kelibatnya penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza kala jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimandikan serta dikapankan di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, sekaligus dikebumukan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi. Kehadiran Siti Nurhaliza sememangnya ditunggu-tunggu kebanyakan pihak media yang awal-awal lagi sudah membanjiri Masjid At-Taqwa sedari jam 8 pagi lagi. Rata-ratanya mahu mendapatkan komen Siti Nurhaliza mengenai pemergian Sharifah Aini atau Kak Pah yang amat tidak diduga ini. Siti nyata hadir bersama suami tecinta, Dato' Khalid Mohd Jiwa (Dato' K) dengan pakaian sedondon serba hitam, namun Siti berpisah buat seketika daripada Dato' K kerana mahu bersama golongan muslimah lain yang berada di dalam masjid itu untuk membacakan Yassin. Sepanjang membacakan surah tersebut, air mata Siti tak henti-henti mengalir dan sesekali dia menyeka air matanya dengan tangannya yang mulus. Pasti ada suatu perkara yang membuatkan Siti benar-benar hiba dengan pemergian Kak Pah yang berpunca daripada jangkitan pada paru-paru. Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 1,26 pagi setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pusat perubatan tersebut sejak Selasa lalu. Ditemui selepas selesai membaca Yassin, Siti Nurhaliza yang masih tidak dapat menahan rasa hiba dan sebak berkata, bukan semudah itu bagi seseorang umat Islam untuk meninggal dunia pada bulan ramadan yang penuh barakah. Namun, pemergian arwah jelas menunjukkan bahawa dia adalah insan hebat yang dipilih oleh Allah SWT untuk pergi meninggalkan kita semua pada bulan yang cukup mulia ini.
Jelas Siti lagi, biarpun tidak begitu rapat dengan arwah, namun dia bersyukur apabila diberi kesempatan untuk menjayakan sesi fotografi bersama arwah untuk akhbar Berita Harian.
Jelas Siti lagi, dia sendiri amat meminati lagu-lagu Kak Pah dan antara lagu yang diminatinya adalah Seri Dewi Malam serta Hapuslah Air Matamu. |
Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu! Posted: 06 Jul 2014 02:32 PM PDT Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu! | Pelakon Haliza Misbun menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar Rozana Misbun dalam keadaan dibelasah teruk kepada pihak media.
Pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) berkata demikian ketika mengulas tindakan vokalis Awie Wings yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun hingga mendatangkan kecederaan ketika dakwaan tersebut dibacakan di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu. Ditanya apa tindakan selanjutnya susulan daripada perbicaraan tersebut, Haliza berkata, dia tidak meminta apa-apa kecuali meminta semua pihak menghormati undang-undang.
|
Gambar Terkini Rozana Misbun, Isteri Awie Yang Cun Melecun Sebelum Dibelasah Posted: 06 Jul 2014 01:21 PM PDT Gambar Terkini Rozana Misbun, Isteri Awie Yang Cun Melecun Sebelum Dibelasah | Sejak penyebaran beberapa keping gambar Rozana Misbun, isteri Awie dalam keadaan lebam teruk di bahagian muka akibat dipukul seseorang, kisah rumahtangga mereka kini menjadi perhatian hangat peminat dan pihak media. Tentunya, Awie menjadi suspek utama di sebalik kes penderaan itu sehingga ia telah dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut. Begitupun, penyanyi rock terkenal itu mengaku tidak bersalah dan beliau telah diikatjamin sebanyak RM9,000 di mana tarikh sebutan semula ialah pada Ogos nanti.
Berikut ialah dua keping gambar terkini Rozana Misbun yang terlalu jelita dan cun melecun. Menariknya, adik kepada Haliza Misbun itu lebih tinggi dari ayahanda Awie. |
Almy Nadia Membuat Pendedahan Mengejut Posted: 06 Jul 2014 01:11 PM PDT Almy Nadia Membuat Pendedahan Mengejut | Pelakon Almy Nadia mengesahkan dia kini sedang hamil empat minggu iaitu anak pertamanya bersama aktor Fizz Fairuz. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan pada Ahad lalu.
Almy dan Fizz bernikah pada 26 Mei lalu. Sementara itu, Almy berkata, dia juga bersyukur walaupun kini sedang mengandung, dia masih lagi boleh berpuasa sehingga.
|
Saya Ada Bukti Cakera Keras Kecurangan Sham Kamikaze – Farazila Posted: 06 Jul 2014 01:04 PM PDT Saya Ada Bukti Cakera Keras Kecurangan Sham Kamikaze – Farazila | Sebenarnya Abang Nara tertanya-tanya juga satu persoalan yang sama ketika membaca artikel mengenai Sham Kamikaze oleh bekas isterinya, Farazila di BiPop semalam. Sham sebelum ini menafikan yang dirinya sudah berkahwin lain sedangkan pada ketika itu memang benar-benar dia sudah berkahwin. Adakah apabila penafian sebegitu dilakukan, talak boleh terjatuh? Rasanya perlu ada alim ulama yang tampil untuk menjelaskan perkara ini untuk mengelakkan selebriti-selebriti membuat penafian perkahwinan mereka. Apa yang lebih menarik mengenai pengakuan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila semalam ialah kewujudan cakera keras (CD) yang mengandungi bukti kecurangan bekas suaminya itu. Bukan satu bukan dua, tetapi 5 cakera keras. Kesemuanya itu kini dalam simpanan polis. Kata Farazila:-
Kata Farazila lagi:-
Sekiranya anda tidak tahu, baru-baru ini perkahwinan Sham Kamikaze dengan isteri barunya telah dianggap tidak sah oleh mahkamah dan mereka perlu berkahwin semula. Apa pun pendapat Farazila ini ada benarnya jugak. Namun Abang Nara pasti, Sham lebih tahu apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Diharap Sham tidak menipu diri sendiri dan tidak menipu masyarakat. Tak gitu? Apa pendapat anda? - sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment