Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25
Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25 |
- Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25
- (6 GAMBAR)Ziana Zain Semakin Manis Bertudung Sepenuhnya
- Kawan Baik Dakwa Rozana Misbun Menipu, Bukti & Penerangan Ditampilkan Di Instagram
- Tindakan Hitz.fm Jemput Kiki CDM25 Ke Konti Dicemuh Orang Ramai
- Jalan-Jalan Tengok Rumah Di KEN Rimba
Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25 Posted: 17 Jul 2014 02:03 AM PDT Secara jujur, Abang Nara tertanya-tanya mengapa kita perlu memberi publisiti sehingga tahap masuk TV dan radio kepada mereka yang telah membuat kesalahan seperti si Kiki pemilik kereta Peugeuot bernombor plat CDM 25 ini. Seolah-olah kita mengalakkan budaya ‘buat salah tak apa, nanti kau boleh jadi femes’. Seperti yang Abang Nara katakan pagi tadi, sepatutnya Uncle Lim yang dipanggil kerana pakcik itu menunjukkan nilai murni untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiki.
Di atas ialah beberapa komen di Facebook Era FM yang jelas kecewa dengan tindakan stesen radio itu menjemput Kiki ke konti. Memang tak masuk akal sungguh perbuatan tersebut. Turut menerima tempias ialah PakNil yang telah menemurah Kiki untuk program H!Live. Ramai peminat yang melahirkan rasa kecewa kerana Paknil sanggup membawa si pembuli jalanan itu ke dalam kaca tv.
Apa pun, Kiki sudah pun meminta maaf menerusi video yang dipaparkan di bawah. Diharap pihak pengurusan Astro lebih prihatin dengan isu sebegini. Jangan diulang kesilapan yang sama pada masa hadapan. Lepas ini takkan semua orang buat salah nak panggil masuk konti kan? Baca Yang Ini Pulak:- |
(6 GAMBAR)Ziana Zain Semakin Manis Bertudung Sepenuhnya Posted: 16 Jul 2014 09:33 PM PDT Ada yang keliru rupanya mengenai bilakah tarikh sebenar Ziana Zain mula bertudung. Untuk makluman, keputusan untuk berhijrah sepenuhnya ini telah diambil oleh penyanyi bersuara tinggi ini pada Nuzul Quran yang lalu. Sebelum ini, Ziana Zain memang mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadhan sebagai tanda menghormati bulan penuh mulia ini. Apa pun kejelitaan Ziana Zain yang masih tampak muda makin jelas terserlah selepas bertudung. Comel kan? Alhamdulillah. Memang bulan Ramadhan kali ini penuh dengan hidayah buat selebriti-selebriti wanita kita. Ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir. Moga ada berita gembira lagi selepas ini. Mana tahu rakan baik Ziana Zain, Erra Fazira pula mengambil keputusan untuk berhijrah juga. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Ziana Zain manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Sempena puasa dan raya ini, apa kata cari duit lebih sedikit dengan perniagaan TOPUP ini. Kalau dulu nak TOPUP kena keluarkan duit, sekarang dengan TOPUP pun boleh cari duit. Bukan sikit tau, boleh cecah ribu-ribu jugak sebulan. Menarik kan? Maklumat lanjut layari Facebook CunPrepaid.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Kawan Baik Dakwa Rozana Misbun Menipu, Bukti & Penerangan Ditampilkan Di Instagram Posted: 16 Jul 2014 08:54 PM PDT Wow. Abang Nara tidak mengenali siapa itu “MyGothSoul” namun bukti-bukti dan penerangan yang diberikan menerusi akaun Instagramnya mendakwa yang Rozana Misbun telah menipu kecederaan yang dialami untuk menyembunyikan perkara sebenar. Daripada apa yang Abang Nara baca di Instagram miliknya, “MyGothSoul” ini dikatakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana, “MyGothSoul” tampil untuk membersihkan nama baik Awie. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah penjelasan “MyGothSoul” ini mengenai satu artikel yang pernah dipampangkan di portal Murai. Di dalam artikel ini, kakak kepada Rozana iaitu Haliza Misbun memaklumkan yang adiknya berada dalam keadaan sakit teramat sangat dan tidak ingat bagaimana gambar kecederaan itu boleh diambil. “MyGothSoul” tampil menjelaskan satu demi satu perkara itu.
“MyGothSoul” juga turut memuatkan beberapa ‘screenshot’ yang didakwa perbualannya dengan Rozana Misbun. Salah satu yang mencuri perhatian ialah ‘screenshot’ yang menunjukkan laporan polis dilakukan oleh Rozana untuk menutup cerita mengenai duit. Malah “MyGothSoul” juga turut mempersoalkan komen salah satu anak Awie di Instagram bernama “Aleeya” yang menunjukkan sebenarnya hubungan antara Rozana dan anak-anak adalah tidak baik. “MyGothSoul” mendakwa air mata yang mengalir pada Rozana dalam video temuramah ini adalah palsu semata-mata. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Tindakan Hitz.fm Jemput Kiki CDM25 Ke Konti Dicemuh Orang Ramai Posted: 16 Jul 2014 08:15 PM PDT Kenalkah anda dengan Kiki iaitu pemilik kereta Peugeut berplat nombor CDM25? Abang Nara pasti ramai yang mengetahui mengenai gadis ini yang menjadi viral selepas videonya menghentam kereta seorang pakcik dengan stering lock kerana keretanya dilanggar dari belakang. Ia menjadi isu negara apabila Ketua Polis Malaysia turut sama memaklumkan akan mengambil tindakan kepada Kiki yang berlagak seperti seorang ‘road bully’. Tindakan Hitz.fm ini mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan dicemuh menerusi komen di Facebook mereka. Pada pandangan Abang Nara, ini adalah satu langkah yang salah oleh Hitz.fm kerana ia menunjukkan seolah-olah stesen radio ini menyokong tindakan Kiki yang membuli Uncle Lim.
Apa pendapat anda? Wajarkah Hitz.fm menjemput Kiki? Adakah ini satu tindakan yang salah? Apa pendapat anda mengenai tindakan Kiki terhadap Uncle Lim? P.S: Lubang pengakhiran dunia muncul di Rusia Baca Yang Ini Pulak:- |
Jalan-Jalan Tengok Rumah Di KEN Rimba Posted: 16 Jul 2014 06:09 PM PDT Harga rumah di Lembah Klang sekarang sememangnya tidak masuk akal. Rumah teres intermediate sudah hampir mencecah jutaan ringgit. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila kondominium yang saiznya 800-900 kaki persegi sudah berharga RM500 ribu ke atas. Memang boleh garu kepala dibuatnya kalau baru nak beli rumah. Kalau gaji setakat RM6,000, jangan haraplah nak boleh beli rumah di KL nie. Kesian kat generasi muda sekarang ini yang pasti serabut memikirkan masalah ini. Jadi apabila adik Abang Nara yang baru tamat belajar di UK bertanyakan mengenai rumah mana yang sesuai untuk dibeli pada harga yang berpatutan, Abang Nara terus teringat mengenai projek perumahan KEN Rimba di Shah Alam. Kalau korang ingat, dulu Abang Nara pernah ceritakan mengenai projek Legian Residence yang telah pun 'sold out'. Masa tue salah seorang sales officer Ken Rimba ada memberitahu Abang Nara mengenai projek kondominium mereka yang akan dibuka untuk tempahan. Katanya harga jualan yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi untuk dimiliki. Terus Abang Nara pun buka Facebook Greenbook by KEN Holdings Berhad untuk mendapatkan informasi lanjut. Melompat kegirangan Abang Nara apabila melihat tempahan sudah pun boleh dibuat untuk KEN Rimba Condominium 1 ini. Apabila tengok harga, makin tinggi lompatan Abang Nara. Bermula daripada RM399,000 sahaja. Jauh lebih murah berbanding dengan projek perumahan pemaju lain. Keesokan harinya selepas menghantar anak ke sekolah, Abang Nara terus pergi untuk melihat sendiri 'show unit' KEN Rimba Condomininium 1 ini. Untuk makluman, ada 2 jenis kondominium yang akan dibangunkan di KEN Rimba yang diberi nama KEN Rimba Condominium 1 dan KEN Rimba Condominium 2. Fokus Abang Nara ketika pergi ke showroom hanyalah pada KEN Rimba Condominium 1 disebabkan harganya yang amat berbaloi iaitu RM399,000 (freehold). Ini kerana keluasan unit Condominium 1 ini bukannya 800 atau 900 kaki persegi tetapi 1,119 atau 1,183 kaki persegi. Ini bermakna harga yang ditawarkan ialah RM357 untuk 1 kaki persegi. Bila Abang Nara tanya kenapa murah sangat, mereka memberitahu sebabnya ialah ingin berikan peluang kepada orang-orang muda dan juga pembeli pertama memiliki rumah sendiri. Terharu Abang Nara mendengar jawapan tersebut. Dengan 3 bilik di dalamnya, apa yang lebih mengujakan Abang Nara mengenai KEN Rimba Condominium 1 ialah fasiliti yang boleh digunakan untuk bakal pembelinya. Ada swimming pool yang besarnya 50 meter iaitu saiz Olimpik, ada gim, ada gelanggang badminton, ada jakuzi, tempat makan, cabana dan macam-macam lagi. Swimming pool nya bukan swimming pool biasa. Ada khas untuk kanak-kanak dan untuk orang dewasa. Semua fasiliti ini khas untuk kegunaan para pemilik 3 blok KEN RIMBA Kondominium 1, 16 unit penthouse dan juga 26 unit pools Villa dalam KEN Rimba. Bila Abang Nara tengok rekaan yang dicadangkan, terbeliak biji mata ini. Cantik sangat-sangat. Penuh dengan kebiruan dan kehijauan. Kalau Abang Nara beli confirm tiap-tiap hujung minggu akan bersarapan pagi di swimming pool sambil menikmati hembusan angin. Tunggu apa lagi? Dapatkan informasi lanjut dengan melayari www.kenholdings.com.my , LIKE Facebook Greenbook by KEN Holdings Berhad, LIKE Facebook KEN Rimba Legian Residences dan follow Twitter Ken Holdings. Kalau nak pergi ke showroom, alamatnya ialah KEN Rimba ,Jalan Sungai Rasau, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor . Gunakan GPS 3.057961,101.484768 untuk elak sesat. Kalau rasa sibuk tak berkesempatan nak ke showroom, anda boleh email sebarang persoalan menerusi contact@kenholdings.com.my atau telefon mereka di 1300-22-9933. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment