Shahir Akui Pernah Keluar Berdua Dengan Erra Fazira, Tak Timbul Soal Cinta
Shahir Akui Pernah Keluar Berdua Dengan Erra Fazira, Tak Timbul Soal Cinta |
- Shahir Akui Pernah Keluar Berdua Dengan Erra Fazira, Tak Timbul Soal Cinta
- (30 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Wan Zack Haikal & Nur Shahifa Daripada SBXS Photography
- Filem Abang Long Fadil Kutip RM2.1 Juta Dalam Masa 4 Hari
- (13 GAMBAR)Majlis Akikah Anak Apek & Leuniey, Kayla Elayna Daripada Camora Arts
- Akademi Fantasia Kembali Lagi Untuk Tahun 2014
- Abi Jangan Pergi Karaoke, Cyber Cafe – Anak Abby Abadi
Shahir Akui Pernah Keluar Berdua Dengan Erra Fazira, Tak Timbul Soal Cinta Posted: 03 Jun 2014 02:37 AM PDT Ya kisah palsu bibit-bibit percintaan antara Shahir dan Erra Fazira minggu lalu sememangnya menarik perhatian para pemerhati industri hiburan. Abang Nara sendiri terkejut, lebih-lebih lagi Erra Fazira baru sahaja melalui penceraian. Takkanlah semudah itu dah jumpa pengganti kan? Nasib baiklah Erra Fazira telah tampil untuk menafikan dan menganggap yang kenyataan Shahir mungkin dimanipulasi oleh pihak media. Apa pun, Shahir mengakui pernah keluar berdua bersama Erra Fazira namun itu semua adalah urusan kerja. Tidak pernah timbul soal cinta atau jatuh hati. Kesemuanya atas dasar professional. Kata Shahir menerusi MalaysianDigest:-
Semoga selepas ini tiada lagi desas-desus sebegini akan bertebaran. Kesian kat Shahir dan Erra Fazira. Kedua-duanya pun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam hidup masing-masing. Erra dengan penceraiannya, Shahir dengan kemunculan semulanya. Doakanlah yang terbaik buat mereka. Semoga masing-masing akan bertemu kebahagiaan akhirnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
(30 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Wan Zack Haikal & Nur Shahifa Daripada SBXS Photography Posted: 03 Jun 2014 02:21 AM PDT Segak bergaya dan manis menawan sungguh Wan Zack Haikal serta pasangannya Nur Shahifa di hari perkahwinan mereka. Tahniah diucapkan atas pernikahan kedua-dua mempelai ini yang telah berlangsung pada 30 Mei lalu di Masjid Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman sementara majlis persandingan pula telah diadakan di Puteri Foodcourt, Bukit Mentok, Kemaman. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Tahniah atas perkahwinan anda. Wan Zack Haikal merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaaan yang pernah menunjukkan kemampuannya di Jepun. Kini Wan Zack beraksi untuk pasukan Kelantan. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat buat Wan Zack dan Nur Shahifa. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan dan persandingan Wan Zack Haikal dan Nur Shahifa dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar SBXS Photography. P.S: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 bakal nikmati subsidi minyak
Baca Yang Ini Pulak:- |
Filem Abang Long Fadil Kutip RM2.1 Juta Dalam Masa 4 Hari Posted: 02 Jun 2014 09:28 PM PDT Di kala kesuraman kutipan filem tempatan, filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof berjaya membuktikan kehebatannya dengan mengutip RM2.1 juta dalam tempoh 4 hari. Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan harus dipuji. Untuk makluman, filem yang dibintangi Zizan Razak ini diberi klasifikasi 18PL oleh LPF yang sedikit sebanyak pastinya memberikan kesan kepada jumlah kutipan. Turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, filem Abang Long Fadil ditayangkan di negara tersebut tanpa sebarang potongan babak. Untuk tayangan Malaysia, filem ini dipotong sebanyak 6 babak. Kata Datuk Yusof Haslam menerusi Berita Harian:-
Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Sofi Jikan dan Syamsul Yusof, filem Abang Long Fadil masih lagi ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita beramai-ramai menonton filem ini yang khabarnya membawa pembaharuan dari segi CGI. Sama-samalah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti. Apa pun, tahniah buat Syafiq Yusof atas kejayaan ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Majlis Akikah Anak Apek & Leuniey, Kayla Elayna Daripada Camora Arts Posted: 02 Jun 2014 08:22 PM PDT Wah. Comelnya puteri sulung Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang diberi nama Kayla Elayna ini. Seronok Abang Nara melihat gambar mereka bertiga di majlis akikah yang telah berlangsung di Tunjong Banquets, Kota Bahru. Nampak bahagia sangat-sangat. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya buat mereka. Untuk makluman, Kayla Elayna telah dilahirkan pada 3 Februari 2014. Sebelum ini ada beberapa gambar Kayla Elayna yang telah dirakamkan selepas kelahirannya. Jelas nampak Kayla membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan agar puteri Apek dan Leuniey ini membesar tanpa sebarang masalah sehingga dewasa kelak. Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Camora Arts.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Akademi Fantasia Kembali Lagi Untuk Tahun 2014 Posted: 02 Jun 2014 08:08 PM PDT Secara jujur, bagi Abang Nara, program realiti Akademi Fantasia (AF) sudah tidak relevan lagi dengan dunia hiburan sekarang. Namun untuk tahun 2014, ia kembali lagi. Ini bermakna yang AF masih ada pengikutnya yang tersendiri. Kali ini AF akan mengekalkan format asal seperti pada awal kemunculannya di tahun 2003. Pastinya akan lebih banyak air mata, emosi dan drama untuk Akademi Fantasia 2014 kali ini. Ujibakat untuk AF2014 akan diadakan di Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun). Untuk anda yang tidak berkesempatan menghadiri sesi ujibakat, boleh mencuba nasib dengan memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014. Apa pendapat anda mengenai Akademi Fantasia 2014? Adakah anda ternanti-nanti program ini? Atau anda mahu Astro menganjurkan satu program hiburan yang lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Baca Yang Ini Pulak:- |
Abi Jangan Pergi Karaoke, Cyber Cafe – Anak Abby Abadi Posted: 02 Jun 2014 05:16 PM PDT Aduh. Sedih juga hati melihat luahan hati anak Abby Abadi yang bernama Danish ini terhadap bekas bapa tirinya, Farhan. Video yang telah dimuat naik oleh Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya ini menunjukkan Danish memujuk bapa tirinya untuk berkahwin semula dengan ibunya. Malah Danish turut meminta agar Farhan tidak berpeleseran bersama rakan-rakannya.
Walaupun begitu ada pihak yang mempertikaikan tujuan Abby memuat naik video ini kerana sedikit sebanyak ia membuka aib bekas suaminya itu. Apa pun, semoga pujuk rayu Danish berjaya. Sama-samalah kita doakan agar Farhan dan Abby boleh bersatu kembali demi anak-anak terutamanya. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment