Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar
Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar |
- Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar
- Punca Kes Buli Pelajar Di Sekolah Kota Samarahan Sarawak Tersebar
- Lelaki Tayang Kemaluan Pada Wanita Mati Dibelasah
- Pengantin Perempuan Murtad Dakwa Penganut Hindu Sejak Kecil
- Niat Saya Berhijab Hingga Memakai Kain Kafan – Raja Azmi
Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar Posted: 02 Jun 2014 03:38 PM PDT Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar | Pelakon Eina Azman tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi yang mengaitkan dua beranak iaitu bekas kekasihnya Afiq Muiz dan ibu pemuda itu, Hasliza Mohd. Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19, berkata, dia juga tidak berhasrat untuk memberi sebarang ulasan berhubung isu kononnya dua beranak itu berhasrat menampar mukanya.
Terdahulu, Hasliza menerusi laman Twitter miliknya menyifatkan laporan sebuah akhbar yang mendakwa dia dan Afiq mahu menampar muka Eina Azman jika berjumpa wanita itu sebagai satu fitnah. Eina adalah pelakon yang sebelum ini dikatakan menjadi punca Afiq Muiz menderhaka kepada ibunya sehingga tidak pulang ke rumah. Dalam pada itu, Eina berkata, biarpun terkejut dengan berita berkenaan namun dia tidak mampu untuk menolak kesahihan laporan yang dibuat akhbar itu. Bagaimanapun katanya lagi, dia tidak mahu membebani fikirannya dengan persoalan tersebut kerana ia tidak memberi sebarang kebaikkan kepadanya.
Sementara itu, Eina menafikan dia memusuhi Afiq sebaliknya menjelaskan kesibukan dengan kerjaya masing-masing menyebabkan hubungan mereka tidak rapat seperti dahulu. Jelas Eina lagi, faktor dia kini mempunyai teman lelaki turut menjadi alasan mengapa dia tidak lagi bertemu dengan Afiq seperti bagi menghormati kekasihnya.
Dalam perkembangan lain, Eina berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra di TV3 disamping aktres Fasha Sandha. - sumber - |
Punca Kes Buli Pelajar Di Sekolah Kota Samarahan Sarawak Tersebar Posted: 02 Jun 2014 03:32 PM PDT Punca Kes Buli Pelajar Di Sekolah Kota Samarahan Sarawak Tersebar | Punca sebenar kes buli pelajar wanita di Sekolah Menengah Kota Samarahan Sarawak. Mangsa iaitu pelajar perempuan tingkatan tiga telah dipukul oleh tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama. Mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama. Berdasarkan maklumat terkini, tiga suspek pelajar tingkatan empat telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan kini sudah dibebaskan dengan jaminan. Terdahulu, rakaman video yang dipercayai berlaku pada 25 April 2014 telah tersebar dilaman sosial secara viral pada 2 Jun 2014. |
Lelaki Tayang Kemaluan Pada Wanita Mati Dibelasah Posted: 02 Jun 2014 03:18 PM PDT Lelaki Tayang Kemaluan Pada Wanita Mati Dibelasah | Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong. Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit. Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan” Jurucakap polis
Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek. – sumber - |
Pengantin Perempuan Murtad Dakwa Penganut Hindu Sejak Kecil Posted: 02 Jun 2014 03:14 PM PDT Pengantin Perempuan Murtad Dakwa Penganut Hindu Sejak Kecil | Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan sepasang pengantin di kuil Jalan SS 1/25 Shah Alam jam 10.30 pagi selepas menerima aduan pengadu yang mendakwa pengantin perempuan tersebut beragama Islam mahu melangsungkan perkahwinan yang tidak sah dengan lelaki bukan Islam. Namun, pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid, 32, menjelaskan nama dia memang didaftarkan sebagai Islam namun dia adalah penganut agama Hindu sejak dari kecil lagi.
Majlis pada jam 10.30 pagi itu terpaksa dibatalkan selepas Zarena diitahan oleh pegawai penguat kuasa JAIS untuk siasatan. Bagaimanapun, suasana majlis terkawal bilamana kedua-dua pihak keluarga pasangan pengantin & tetamu memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan dilakukan oleh pegawai JAIS yang turut dibantu oleh anggota polis. Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi. Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.
Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa. – sumber - |
Niat Saya Berhijab Hingga Memakai Kain Kafan – Raja Azmi Posted: 02 Jun 2014 03:04 PM PDT Niat Saya Berhijab Hingga Memakai Kain Kafan – Raja Azmi | Gara-gara kenyataannya yang mempertikaikan tentang wanita tidak bertudung masuk neraka dalam sebuah program TV, penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya terbuka hati untuk berhijab. Menurut laporan Mstar, selepas Raja Azmi membuat kenyataan itu, dia mula terfikir soal kata-katanya itu kembali.
Malah Raja Azmi bertekad untuk kekal berhijab sehingga penghujung usianya.
Keputusannya itu juga disambut baik oleh suami dan anak-anaknya. Sebelum ini, Raja Azmi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengenai pemakaian tudung sejurus kepulangannya dari menunaikan umrah.
Ekoran kenyataan itu, beliau menerima kecaman hebat daripada masyarakat. – sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment