Tak Adalah Sampai Terjerit Dan Mabuk – Julia Ziegler
Tak Adalah Sampai Terjerit Dan Mabuk – Julia Ziegler |
- Tak Adalah Sampai Terjerit Dan Mabuk – Julia Ziegler
- (13 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Misha Omar & Firos Ezzwan
- (TAHNIAH)Misha Omar Kini Sah Isteri Kepada Firos Ezzwan
- Rambut Gugur Akibat Kulit Kepala Berusia? Yun Nam Hair Care Ada Penyelesaiannya
Tak Adalah Sampai Terjerit Dan Mabuk – Julia Ziegler Posted: 01 May 2014 11:37 PM PDT Ya kalau anda seorang yang peka dengan perkembangan industri hiburan, anda sudah pasti tahu mengenai desas-desus seorang pelakon berdarah kacukan yang membuat perangai di Sydney, Australia baru-baru ini. Menurut khabar angin tersebut, pelakon yang mengikuti penggambaran sebuah drama di sana telah terjerit-jerit, mabuk dan berperangai tidak sopan di waktu siang hari di kota tersebut. Sepantas khabar angin bertiup, sepantas itu jugalah nama Julia Ziegler dikaitkan. Memang benar Julia Ziegler berdarah kacukan dan sememangnya dia berada di Sydney kerana terlibat dalam sebuah drama. Namun berkata kepada Harian Metro, pelakon jelita ini menafikan dakwaan tersebut. Kata Julia:-
Secara logiknya kalau nak mabuk pun takkanlah nak mabuk di siang hari kan? Lagipun rakyat Malaysia ramai di Sydney tue. Takkanlah Julia Ziegler tak tahu menjaga adab dan budi pekerti di negara orang tatkala dirinya pasti menjadi perhatian orang ramai. Diharap dengan penafian ini, kontroversi ini tidak lagi diperkatakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Misha Omar & Firos Ezzwan Posted: 01 May 2014 09:44 PM PDT Cantik berseri-seri sungguh Misha Omar di hari pernikahannya. Suka Abang Nara melihatnya. Setelah mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya Misha sah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan. “Bunga-bunga cinta” yang dinanti akhirnya mekar jua. Anda berdua memang sama cantik sama padan. Tahniah sekali lagi buat Misha Omar dan Firos atas perkahwinan anda. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Adibah Noor. P.S: Lelaki China hias rumah dengan bra
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Misha Omar Kini Sah Isteri Kepada Firos Ezzwan Posted: 01 May 2014 09:16 PM PDT Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Misha Omar dan Firos Ezzwan yang telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung pagi tadi sekitar jam 9.30 di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omarmenerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Adibah Noor yang bertindak selaku pengacara manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan. Untuk makluman, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan malam ini di hotel yang sama sementara 12 Mei adalah tarikh resepsi pengantin lelaki yang bakal diadakan di Hotel Concorde Kuala lumpur. Tahniah sekali lagi buat Misha dan Firros. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Tahniah!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Rambut Gugur Akibat Kulit Kepala Berusia? Yun Nam Hair Care Ada Penyelesaiannya Posted: 01 May 2014 06:04 PM PDT Prince William dan isterinya, Kate Middleton baru sahaja menamatkan lawatan mereka ke New Zealand baru-baru ini. Kate Middleton memang cantik gila kan? Tapi… pernah tak korang tertanya-tanya apakah yang terjadi pada Prince William? Wajahnya nampak sangat tua kan? Macam dah umur 40 tahun kan? Dah lah muka Abang Nara tak sekacak Prince William. Kalau rambut pun lebih kurang sama, memang hilang terus kekacakan diri ini. Sedar betapa bahayanya kebotakan, Abang Nara mula membuat sedikit kajian mengenai perkara ini. Rupa-rupanya, tabiat dan cara hidup kita akan menyebabkan penuaan kulit kepala dan keguguran rambut. Tak sangka kan? Jika anda mempunyai salah 1 tabiat di bawah, sila berhati-hati …. 1. Tidak membasuh rambut setiap hari Adakah anda syampu rambut anda setiap hari atau sekadar membilasnya sahaja? Cuaca panas sepanjang hari Malaysia menyebabkan rakyatnya banyak berpeluh. Sekiranya anda memakai tudung atau topi, lagilah cepat anda berpeluh. Jika anda tidak membasuh rambut (atau yang lebih tepat, membasuh kulit kepala dengan syampu SETIAP hari), liang rambut kita akan tersumbat dengan peluh, kelemumur dan kotoran. Lama-kelamaan, rambut akan gugur. Tak percaya? Cuba tengok gambar "scan" liang rambut yang tersumbat akibat kelemumur dan bijian minyak di bawah. Geli kan? Nak tahu sama ada kulit kepala anda kotor ke bersih? Dapatkan Imbasan Kulit Kepala 200 kali ganda secara PERCUMA di laman web ini. 2. Tidak cukup tidur/selalu tidur lewat Adakah anda stress sejak kebelakangan ini sehingga tidak mampu untuk tidur nyenyak? Atau anda terlalu sibuk sehingga tidur pun tak cukup. Tak kiralah apa puncanya, sama ada anda banyak kerja, ada masalah keluarga dan sebagainya, stress dan kekurangan tidur secara tidak langsung menyebabkan keguguran rambut. Mungkin anda tidak nampak kaitannya namun percayalah kerana ini adalah hasil kajian saintifik dan bukannya mitos. Nasihat Abang Nara, dapatkan rawatan scalp dengan urutan professional yang menenangkan untuk membantu masalah keguguran rambut anda dan sekaligus merilekskan diri dengan melawat laman web ini. 3. Diet/Pemakanan Tidak Seimbang Abang Nara selalu jaga makan, takut buncit nanti (walaupun dah mula ada tanda-tanda kebuncitan). Tapi tak sangka kalau tak makan makanan yang mengandungi vitamin D, besi dan kalsium, ia boleh menyebabkan keguguran rambut. Ingat tak bila kali terakhir anda meminum susu atau memakan bayam? Dapatkan tips pemakanan & penjagaan rambut PERCUMA daripada pakar dengan melawat web ini. Persoalannya, macam mana kita nak tahu usia sebenar kulit kepala kita atau sama ada keguguran rambut harian kita adalah normal? Senang je sebenarnya. Hanya perlu jawab beberapa soalan dalam masa 30 saat di laman web ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kulit kepala anda. Jangan risau sebab tiada komitmen atau bayaran yang perlu dilakukan. Ia adalah PERCUMA.Sekiranya selepas ujian tersebut sememangnya didapati kulit kepala anda mempunyai masalah, anda akan berpeluang mendapatkan rawatan kulit kepala secara PERCUMA. Inilah peluang anda untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sama dengan usia sebenar anda. Jangan lepaskan peluang ini. Layari laman web ini untuk informasi lanjut. Tak payah tertanya-tanya dan jangan tunggu lagi. Ambil langkah pertama hari ini jugak. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment