Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Anak Bunuh Dan Kerat Bapa Sendiri
- Artis Ini Potong Tubuh Demi Seni
- Demi Anak, Ibu Tak Tidur Selama Sebulan
- Juara Fear Factor Malaysia Musim Dua
Anak Bunuh Dan Kerat Bapa Sendiri Posted: 11 May 2014 08:21 AM PDT Seorang lelaki yang didakwa membunuh dan mengerat mayat bapanya mengisytiharkan dirinya sebagai 'Tuhan, bapa kehidupan' dan meminta media mengikutnya dalam laman Twitter. Mengikut laporan penyiasat, Leroy Smith III, 24, - yang diarahkan menjalani penilaian kesihatan mental - mengakui mengeluarkan tulang bapanya sebelum ditanam dalam hutan kerana menderanya secara seksual. Smith didakwa memberitahu pegawai polis dia membunuh bapanya, Leroy Smith Jr, 56 dengan menikamnya di leher dan menggunakan tiga pisau untuk memotong badan mangsa. Smith mendakwa merakamkan beberapa minit peristiwa itu yang disebarkan menerusi YouTube dan Twitter sebelum memadam dan membuang rakaman dari kamera serta komputernya. Defendan yang tidak dibenarkan ikat jamin tidak merekodkan sebarang pengakuan ketika prosiding itu. Ketika meninggalkan mahkamah, dia sempat memberitahu wartawan: "Aku Tuhan, bapa kehidupan." Dalam satu wawancara televisyen WGME, Smith menyuarakan keinginannya untuk menceritakan peristiwa itu. Smith mengaku melakukan pembunuhan itu dan bangga kerana berjaya mendapat perhatian umum. "Saya berbuat begitu kerana ingin popular. Bagaimana lagi caranya mendapat perhatian kalau bukan begini. Saya bukan sesiapa di sini (Maine)," katanya. Sementara itu, akhbar Herald Maine melaporkan Smith menikam bapanya pada urat leher dan mengeratnya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam 16 beg sampah berlainan. Dia kemudian berhenti di beberapa kedai peralatan untuk membeli produk pencuci termasuk ammonia dan peluntur selain menyewa pengewap permaidani untuk menghapuskan bukti. Katanya, dia pada awalnya membuang mayat itu ke dalam tempat pembuangan sampah di luar apartmen tempat tinggalnya, tetapi mengambilnya semula kerana 'sampah' itu tidak diangkat pekerja pembersihan. Dia seterusnya memindahkan mayat mangsa ke dalam kereta dan memandu ke Richmond sebelum membuang sampah berkenaan di jalan Lincoln. Dia merancang kembali ke situ dan menanam mayat bapanya pada Isnin.- Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Artis Ini Potong Tubuh Demi Seni Posted: 11 May 2014 08:12 AM PDT Beijing: Artis terkenal China, He Yunchang mempamerkan karyanya 'One-Meter Democracy' yang antara lain memaksanya memotong bahagian badannya untuk mengeluarkan satu tulang rusuk tanpa menggunakan bius. Tulang rusuk itu kemudian dipakai pada lehernya seperti rantai. He - yang mendakwa karyanya itu bertujuan 'mengetengahkan ketegangan antara individu dan kerajaan' - melakukan prosedur itu dengan dipantau doktor sebelum potongan dibuat sepanjang satu meter dari leher ke pahanya pada sebelah kanan badan. Projek itu turut membabitkan sesi 'undian' membabitkan 25 pengundi yang bertujuan membayangkan proses demokrasi. Difahamkan, 12 pengundi menyokong projek itu manakala 10 menentang dan tiga berkecuali. Mengulas projeknya itu, He berkata: "Saya mahu hasil karya saya membuatkan orang berfikir. "Masyarakat China amat kompleks dan saya menganggap penting untuk menggabungkan kekuatan minda serta badan dalam berdepan realiti," katanya. He terkenal dengan karya yang menguji tahap kekuatan dan ketahanan fizikalnya. - Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Demi Anak, Ibu Tak Tidur Selama Sebulan Posted: 11 May 2014 08:10 AM PDT Kuala Terengganu: "Pernah seorang daripada mereka tak tidur selama sebulan, menyebabkan saya terpaksa berjaga lewat malam hingga akhirnya saya sakit," kata Fauziah Ngah, 56, ibu kepada enam anak orang kelainan upaya (OKU) yang menghidap penyakit genetik dan hiperaktif. Itu antara dugaan dan kepayahan dilalui ibu mithali ini menjaga Yazid Aziz, 30, Sufiya, 27, Surani, 25, Mohd Syukri Hafiz, 23, Rizal, 20, dan Mohd Amir Haikal, 11, yang sepatutnya dicontohi golongan ibu sempena Hari Ibu, hari ini. Biarpun terpaksa melayan pelbagai kerenah mereka yang mempunyai karakter masing-masing, ia tidak membuatkan Fauziah baran dengan keletah nakal enam daripada lapan anaknya. Sebaliknya, ibu tunggal ini menganggap mereka nadi hidupnya dan amanah Allah yang perlu dijaga walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga. "Saya menerima mereka seadanya. Biarpun tidak sempurna seperti orang lain, mereka ada tempat yang sempurna di mata saya. posted@malaysiasensasi.net |
Juara Fear Factor Malaysia Musim Dua Posted: 11 May 2014 07:56 AM PDT Tahniah untuk Erin Malik Dan Redha yang muncul sebagai Juara Fear Factor Malaysia Musim Kedua. Walaupun Erin Malek & Redha gagal menamatkan aksi terakhir dengan sempurna namun nasib melebihi mereka. Sebagai juara Fear Factor Malaysia Musim Dua mereka membawa pulang RM200,000. Tahniah juga kepada Nas T dan Khairul yang memberikan saingan sengit. Namun rezeki tidak menyebelahi mereka. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment