Gambar Eksklusif Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai
Gambar Eksklusif Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai |
- Gambar Eksklusif Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai
- Punca Sharifah Aini dijangkiti H1N1
- Aksi Kontroversi Ibu dan Anak Tepi Pantai Pada Hari Ibu
- Video: Ibu Campak Dua Anaknya Dari Tinggkat 4 Pangsapuri
- Nurul Izzah Cuba Fitnah KLIA2 Di Twitter
- Kecoh! Dua Artis Terima ‘Datuk Naning’ Dijadikan Bahan Lawak
Gambar Eksklusif Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai Posted: 10 May 2014 04:06 PM PDT Gambar Eksklusif Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai | Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Nur Kasih tahun 2009, Tiz Zaqyah memang gemar mengambil gambar-gambar peribadi yang nakal ke mana sahaja beliau pergi atau melawat. Menariknya, apa sahaja gambar terbaru yang diambil akan dikongsikan kepada peminat di laman Instagram miliknya untuk menjadi tatapan mereka. Adakalanya, gambar-gambar yang dimuatnaik menerima kritikan peminat namun bekas kekasih Remy Ishak itu tidak memperdulikan. Sekitar petang tadi, Tiz telah memuatnaik sekeping gambarnya berselfie ketika berada di tengah-tengah padang pasir Dubai. Memang gaya manja dan sosial beliau terserlah sehingga menerima banyak likes dan komen dari pengikut-pengikutnya di Instagram. – sumber -
|
Punca Sharifah Aini dijangkiti H1N1 Posted: 10 May 2014 04:00 PM PDT Punca Sharifah Aini dijangkiti H1N1 | Penyanyi veteran negara yang pernah popular pada era 80-an, Datuk Sharifah Aini, 61, disahkan menghidap penyakit virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu sehingga terpaksa ditahan di Hospital di bilik berasingan selama 28 hari. Menurut Sharifah menerusi akaun facebook miliknya, jangkitan penyakit berbahaya itu berpunca daripada seorang wanita tidak dikenali yang menghidap batuk teruk ketika hadir ke majlis khatam al-Quran anjurannya atas pelawaan salah seorang tetamu jemputan. Wanita itu baru pulang bercuti dari luar negara dan dikatakan hadir tiga malam berturut-turut ke majlis berkenaan. Setiap kali datang, wanita tersebut akan memeluk dan mencium pipi Sharifah sehingga menyebabkannya berpeluk dan tidak selesa. |
Aksi Kontroversi Ibu dan Anak Tepi Pantai Pada Hari Ibu Posted: 10 May 2014 03:41 PM PDT Aksi Kontroversi Ibu dan Anak Tepi Pantai Pada Hari Ibu | Adegan panas Stephenie Seymour bersama anak lelaki beliau di tepi pantai mencetuskan kontroversi di hari sambutan hari ibu. Gambar-gambar beliau bersama anak lelakinya Peter Brandt II, 18 tahun mungkin terlihat terlebih mesra oleh pengunjung pantai yang lain. Perkara ini menjadikan gosip selebriti itu menjadi panas kerana kemesraan anak dengan ibunya amat luar biasa. Jom lihat siapakah artis tersebut bersama anaknya. |
Video: Ibu Campak Dua Anaknya Dari Tinggkat 4 Pangsapuri Posted: 10 May 2014 03:25 PM PDT Video: Ibu Campak Dua Anaknya Dari Tinggkat 4 Pangsapuri | Detik-detik yang menyayat hati di mana seorang ibu di Rusia terpaksa melempar kedua anaknya keluar dari tingkap di tingkat empat sebuah pangsapuri semasa kebakaran mula memusnahkan tempat tinggal mereka. Mila Aksakova, 36 tahun, dirakam kamera melempar kedua anaknya keluar dari tingkap dalam usaha drastik untuk menyelamatkan mereka dari kebakaran, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail. Warga di desa Energetic, Republik Persekutuan Bashkortostan, Russia, menyaksikan Vanya, 4 tahun, dan Natalya, 13 tahun, dilempar dari tingkap, setelah pintu keluar pangsapuri itu terhalang akibat kebakaran. Sebuah rakaman video, yang diambil dari seberang jalan pangsapuri itu, memperlihatkan bagaimana kanak-kanak itu dilempar ke arah jalanan, di mana penduduk lain sudah menunggu untuk menangkap mereka. Aksi menyelamat itu berjaya dan kedua kanak-kanak tadi selamat. Namun, Aksakova, yang bimbang peralatan tempat itu tidak akan mampu menahan berat tubuhnya, tidak melompat dari tingkap yang terbuka. Dia akhirnya menunggu di dalam pangsapuri, berharap anggota bomba akan sampai tepat pada waktunya. Tetapi dia terpaksa menghadapi asap tebal. Aksakova berjaya diselamatkan oleh anggota bomba ketika mereka tiba di tempat kejadian. Dia kemudian ditarik keluar dari bangunan yang terbakar dan mendapat rawatan kerana telah menghidu asap. Lebih dari 140 orang lain disahkan dipindahkan dari bangunan yang terbakar itu. Jurucakap bomba Damian Bulgakov, 43 tahun, berkata kebakaran bermula dari tingkat bawah pangsapuri, tempat di mana seorang wanita cacat tinggal.
Berikut video aksi Aksakova melempar anaknya keluar dari bangunan apartmen yang terbakar: - sumber - |
Nurul Izzah Cuba Fitnah KLIA2 Di Twitter Posted: 10 May 2014 03:18 PM PDT Nurul Izzah Cuba Fitnah KLIA2 Di Twitter | TINDAKAN Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah mengemaskini Twitternya hari ini berkenaan penunjuk arah yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ternyata memakan diri. Dia pada mulanya mempersoalkan penunjuk arah di KLIA2 yang dikatakan tidak mencerminkan jumlah pembinaannya yang berjumlah RM5 bilion. Bagaimanapun, persoalannya itu kemudian dijawab oleh pihak Malaysia Airports melalui Twitter rasmi mereka, sekaligus menafikan dakwaan Nurul Izzah itu. Pada masa yang sama, pengikut akaunnya turut mengecam kenyataan Nurul Izzah yang disifatkan mereka sebagai fitnah dan sengaja mahu mencipta kontroversi. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi sumber gambar tersebut. Namun, adalah lebih baik Nurul Izzah menjejakkan kaki terlebih dahulu ke KLIA2 sebelum membuat kesimpulan secara terburu-buru kepada umum. Oleh: ELZA |
Kecoh! Dua Artis Terima ‘Datuk Naning’ Dijadikan Bahan Lawak Posted: 10 May 2014 03:12 PM PDT Kecoh! Dua Artis Terima 'Datuk Naning' Dijadikan Bahan Lawak | Dua artis yang menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk daripada puak adat pepatih Naning berasa terkilan apabila ia dipersendakan oleh sesetengah pihak. Kedua-dua artis berkenaan iaitu Pian (Cecupak) dan Boy Iman menjelaskan adalah tidak wajar mereka dijadikan bahan jenaka kerana keputusan menerima gelaran itu hanya sebagai menghormati permintaan puak tersebut.
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk. Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei lalu. Tindakan Pian dan Boy Iman memuat naik gambar-gambar mereka menerima anugerah berkenaan di laman sosial masing-masing mendapat kritikan banyak pihak kerana gelaran berkenaan dikatakan tidak sah. Ia mengakibatkan kedua-dua mereka melepaskan rasa tidak puas hati di laman sosial masing-masing sebagai menjawab tuduhan berkenaan. Dalam pada itu Pian atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 44, berkata, dia tidak pernah berharap atau meminta untuk diberikan gelaran tersebut.
Pian berkata, dia menerima gelaran itu berikutan sumbangan yang diberikan atas kerja-kerja amal yang dilakukan bersama pihak berkenaan. Dia juga mempunyai beberapa perancangan dalam membesarkan perniagaan kuah rojaknya bersama koperasi yang dimiliki oleh puak Naning berkenaan. Sementara itu, pelakon Nurol Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman menganggap penganugerahan yang diberikan kepada beberapa selebriti termasuk dirinya adalah bagi membolehkan pihak berkenaan mendapat publisiti tentang wujudnya puak itu dalam masyarakat.
Dalam pada itu, Boy turut berharap agar masyarakat tidak mempersendakan dan terus menghentamnya secara terbuka di laman-laman sosial tentang perkara ini. – sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment