Kami Bukan Wanita Murahan – Rita Rudaini
Kami Bukan Wanita Murahan – Rita Rudaini |
- Kami Bukan Wanita Murahan – Rita Rudaini
- Vertical Horizon Gegarkan Malaysia 3 Jun Ini
- Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya – Heliza Helmi
| Kami Bukan Wanita Murahan – Rita Rudaini Posted: 08 May 2014 10:04 PM PDT Baru-baru ini, Abang Nara ada menerima mesej Whatsapp yang mengandungi nama 10 orang selebriti yang berstatus janda/ibu tunggal beserta dengan nombor telefon. Abang Nara hanya gelak sahaja kerana tahu ia adalah gurauan dan nombor telefon itu sudah tentu palsu. Antara nama-nama yang ada di dalam senarai tersebut ialah Rita Rudaini, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Noniswara, Nabila Huda, Nora Danish dan ramai lagi. Walaupun sekadar gurauan, sekiranya diri ini adalah salah seorang selebriti yang disenaraikan, sedikit sebanyak mesti terasa sedih, sakit hati dan marah. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa dan meluahkan isi hatinya mengenai penyebaran mesej Whatsapp tersebut. Kata Rita:-
Sementara itu Erra Fazira yang namanya turut tersenarai mendoakan agar individu yang bertanggungjawab mereka mesej itu dibersihkan jiwa dan raganya. Kata Erra:-
Semoga selepas ini tak akan ada lagi penyebaran sebegini yang akan berlaku. Tiada wanita yang mahu bergelar janda atau ibu tunggal. Semuanya mahukan kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta. Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Janganlah kita memperlekehkan mereka. Semoga selebriti-selebriti janda/ibu tunggal tabah menghadapi dugaaan sebegini. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Vertical Horizon Gegarkan Malaysia 3 Jun Ini Posted: 08 May 2014 08:35 PM PDT Ya kalau anda berusia lebih kurang Abang Nara, pastinya anda sering mendengar lagu Vertical Horizon ketika zaman muda-muda dulu. Antara lagu kumpulan ini yang popular ialah “Everything You Want”, “Best I’ve Ever Had” dan “You’re God”. Teringat kenangan belajar main gitar lagu “Best I’ve Ever Had” sebab minat sangat-sangat dengan lagu itu. Sayangnya diri ini memang tidak berbakat dalam seni jadi sampai ke sudah tak habis belajar. Hehehe.
Tiket-tiket berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau di kedai muzik Rock Corner. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada mereka yang membeli tiket “early bird” sehingga 19 Mei ini. Persembahan pembukaan Vertical Horizon In KL akan dilakukan oleh kumpulan OAG. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vhliveinkl.com. Jangan lepaskan peluang keemasa ini untuk menyaksikan Vertical Horizon secara “live”. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
| Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya – Heliza Helmi Posted: 08 May 2014 08:18 PM PDT Kalau Abang Nara ialah insan yang bernama Hafiz Hamidun, dah lama lari menyorokkan diri dalam gua selepas membaca kenyataan Heliza Helmi ini. Kalau Hafiz Hamidun dalam diam ada menyimpan perasaan dan berharap memperisterikan Heliza, nampaknya harapan tersebut sudah hancur berkecai. Lelaki idaman Heliza bukanlah Hafiz Hamidun. Perit tetapi itulah kenyataannya. Bagi Heliza, Hafiz Hamidun lebih kepada seorang abang dan tiada ciri-ciri seorang suami seperti yang diidamkannya. Jadi ciri-ciri lelaki yang bagaimanakah dicari oleh Heliza? Tiada jawapan yang diberikan oleh penyanyi comel ini. Biarlah ia rahsia. Kata Heliza menerusi Mstar Online:-
Kepada Hafiz Hamidun, bersabarlah kerana di”reject” secara terang-terangan oleh Heliza. Itu perkara biasa. Mana tahu memang sudah tertulis jodoh anda dengan Heliza, pasti suatu hari nanti Heliza akan terbuka hati untuk menerima anda. Buat Heliza, semoga cepat bertemu jodoh. Umur anda pun sudah masuk 28 tahun. Sesuai sangat untuk mendirikan rumah tangga. Abang Nara yakin ramai yang tak sabar untuk melihat anda berkahwin. Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment