Gambar Selfie Romantik Abby Abadi dan Farhan
Gambar Selfie Romantik Abby Abadi dan Farhan |
- Gambar Selfie Romantik Abby Abadi dan Farhan
- Pian Cecupak, Boy Iman, Nash Terima Gelaran Datuk
- Misteri Kain dan Tudung Terapung Di Parit
- Pelawak Komedi Enot Hidap Kanser Usus Tahap Dua
- Lawak Bangang Harith Iskandar Mengenai Hudud Di Salah Tafsir
- Isu Berpelukan Hazama dan Genervie Kam Dikritik Peminat
- Tekun Belajar Walaupun Terlibat Kemalangan Dengan Lori Hantu
- Pelawak Enot Dedah Perangai Sebenar Bekas Suami
| Gambar Selfie Romantik Abby Abadi dan Farhan Posted: 08 May 2014 02:06 AM PDT Gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan | Gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan – Sememangnya suami bekas pelakon Abby Abadi seorang yang amat romantik dan tenang. Mungkin sebab itulah hubungan mereka tetap bahagia sehingga sejak berkahwin Julai tahun lalu. Jom layan tiga keping gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan yang pasti dicemburui oleh ramai pasangan artis lain. Tak semestinya kahwin lelaki muda hubungan itu tak bahagia, tak gitu? Asalkan jumpa lelaki yang benar-benar ikhlas menyintai. – sumber - |
| Pian Cecupak, Boy Iman, Nash Terima Gelaran Datuk Posted: 08 May 2014 01:54 AM PDT Pian Cecupak, Boy Iman, Nash Terima Gelaran Datuk | SIAPA sangka, aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini. Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.
|
| Misteri Kain dan Tudung Terapung Di Parit Posted: 08 May 2014 01:47 AM PDT Misteri Kain dan Tudung Terapung Di Parit | Misteri penemuan kain dan tudung terapung dalam sebuah parit di Kampung Parit Jawa,di sini, kelmarin, membawa penemuan mayat seorang wanita bersama sebuah motosikal dinaikinya kelmarin. Dalam kejadian jam 4.00 petang, mayat Siti Ashah Razali, 45, ditemui seorang penduduk setelah curiga melihat sebuah motosikal terbalik di atas jalan utama, manakala kain dan tudung dilihat berada dalam keadaan terapung di dalam parit berhampiran. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, berdasarkan keterangan saksi, penemuan kain dan tudung terapung menimbulkan rasa sangsi seorang saksi kejadian sehingga menyebabkan individu itu nekad terjun ke dalam parit untuk membuat pemeriksaan.
Sementara itu, ibu mangsa, Maimunah Dahari ketika ditemui berkata, mangsa keluar dari rumah sekitar jam 3.20 petang untuk menjemput seorang anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, di sini. Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan sedang makan bersama ahli keluarga lain, bergegas keluar dari rumah tanpa menghabiskan nasinya untuk mengambil anak di sekolah.
Maimunah berkata, dia sedih kerana arwah anaknya pergi meninggalkan mereka sekeluarga sekelip mata. Menurutnya, kehadiran beberapa penduduk kampung memaklumkan tragedi menimpa mangsa menyebabkan dia sekeluarga berasa pilu.
|
| Pelawak Komedi Enot Hidap Kanser Usus Tahap Dua Posted: 08 May 2014 01:40 AM PDT Pelawak Enot Hidap Kanser Usus Tahap Dua | PELAKON komedi, Aliza Abdullah mendedahkan yang dia kini sedang menderita sakit kanser usus tahap dua. Menurut portal hiburan OhBulan, pelakon yang mula dikenali menerusi watak Enot ini kelihatan kurang sihat ketika menghadiri Sidang Media Mega Bazar, KL Life Centre, Rabu lepas. Enot kemudiannya mendedahkan kepada media mengenai penyakit yang sedang dihadapinya.
Enot turut mengakui yang dia tidak menerima tawaran berlakon semenjak setahun yang lalu dan kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuat. |
| Lawak Bangang Harith Iskandar Mengenai Hudud Di Salah Tafsir Posted: 07 May 2014 06:46 PM PDT Lawak Bangang Harith Iskandar Mengenai Hudud Di Salah Tafsir | Pelawak terkenal tanah air, Harith Iskandar telah dilihat membuat lawak bodoh mengenai isu pelaksanaan hukum hudud menerusi laman Twitter. Pelawak terkenal tanah air, Harith Iskandar telah dilihat membuat lawak bodoh mengenai isu pelaksanaan hukum hudud menerusi laman Twitter. - sumber - |
| Isu Berpelukan Hazama dan Genervie Kam Dikritik Peminat Posted: 07 May 2014 03:47 PM PDT Isu Berpelukan Hazama dan Genervie Kam Dikritik Peminat | Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hazama sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain muzik violin terkenal, Genervie Kam, seorang wanita berbangsa cina. Seperti beberapa artis lain, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama di luar negara di mana mereka memilih Boston, Amerika Syarikat sebagai tempat melancong. Bagi tatapan peminat, Hazama telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bercuti di sana dengan teman wanita menerusi laman Instagram semalam. Bagaimanapun, salah satu daripada gambar yang dikongsikan tidak disenangi peminat kerana memperlihatkan Hazama dan Genervie Kam berpeluk dengan begitu erat. Ekoran itu, segelintir peminat melemparkan teguran dan kritikan secara terbuka kepada Hazama dan memintanya agar menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. |
| Tekun Belajar Walaupun Terlibat Kemalangan Dengan Lori Hantu Posted: 07 May 2014 02:37 PM PDT Tekun Belajar Walaupun Terlibat Kemalangan Dengan Lori Hantu | Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans. Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar. Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.
Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.
Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge. |
| Pelawak Enot Dedah Perangai Sebenar Bekas Suami Posted: 07 May 2014 02:29 PM PDT Pelawak Enot Dedah Perangai Sebenar Bekas Suami | Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.
|
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment