Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Rahsia Guru-Guru Pondok Mendatangkan Rezeki
- Sejarah Ayat Qursi
- Teddy Bear Bergerak Sendiri Ketika Main Papan Ouija
- Orang Melayu Boleh Berjalan Kaki Ke Mekah
- Ditanam Hidup-Hidup 4 Jam
| Rahsia Guru-Guru Pondok Mendatangkan Rezeki Posted: 24 Apr 2014 07:29 AM PDT ![]() Pada hari ini, sekiranya anda merasakan rezeki terlalu sempit, selalu kehabisan wang, sangat terdesak..peluang selalu terlepas, dipandang rendah, bisnes merundum atau hati tidak tenteram dengan keadaan hidup - maka kami akan bersedia berkongsikan satu rahsia yang menjadi amalan para ulama dahulukala untuk anda keluar dari segala macam masalah. 1) Amalan Zikir Pembuka Qalbu 2) Amalan Hembusan Sakti 3) Amalan Syahadah Tauhid Wa Rasul 4) Amalan Hujan Rezeki 5) Amalan Pancaran Cahaya Tubuh 6) Amalan Sapu Angin Sapu Bumi 7) Amalan Tafakur Sufi Ketujuh-tujuh amalan ini bakal mengubah kehidupan anda. Ramai telah membuktikannya. Prof.Dr.Hj Sharin bersedia membantu anda dalam Program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (Kerohanian II) InsyaAllah, selepas mengikut bengkel ini; - Rezeki anda akan mengalir lancar - Masalah hutang beransur hilang - Ketenangan di dalam hati - Kerjaya anda akan meningkat - Untung bisnes berlipat ganda - Rezeki yang tidak putus-putus - Terpancar energi yang baik pada diri anda - Disenangi semua orang - Musuh kaku dan gerun kepada anda - Dan pelbagai kelebihan lain Sekiranya anda bersedia, daftarlah untuk ke program ini Tarikh: 18 MEI 2014 (Ahad) Masa: 8.00pg - 1.00t/hari Yuran: RM180 Lokasi: Setapak, Kuala Lumpur PENAFIAN: Kesemua amalan yang digunakan adalah amalan orang-orang soleh dan alim ulama'. Tidak bersangkut paut dengan bantuan khadam, jin, syirik, tahyul dan sebagainya. |
| Posted: 24 Apr 2014 07:28 AM PDT ![]() Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT " |
| Teddy Bear Bergerak Sendiri Ketika Main Papan Ouija Posted: 24 Apr 2014 07:28 AM PDT Bagi anda yang meminati perkara-perkara mistik dan seram, pastinya anda mengetahui apakah itu papan ouija. ![]() Papan ouija dikatakan boleh memanggil roh orang yang sudah meninggal dunia dan berinteraksi dengannya menerusi huruf-huruf yang terdapat dalam papan tersebut. Daripada video yang ingin kami kongsikan ini, dapat dilihat sebuah teddy bear berwarna putih yang diletakkan di atas almari kelihatan bergerak secara tiba-tiba semasa tiga sekawan ini sedang bermain ritual papan ouija tersebut. Pada mulanya mereka tidak menyedari kejadian itu, namun apabila seorang daripada lelaki itu menyedari pergerakan teddy bear terbabit, mereka terus berhenti bermain dan mula memeriksa patung beruang itu. Selepas itu, mereka bertiga menyambung kembali aktiviti yang tergendala dan tidak semena-mena ketiga-ketiga mereka terus bertempiaran lari apabila teddy bear itu sekali lagi bergerak secara tiba-tiba. |
| Orang Melayu Boleh Berjalan Kaki Ke Mekah Posted: 24 Apr 2014 07:27 AM PDT ![]() Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, dan ilmu batin aje, pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. MalaysiaSensasi kali ini akan membawakan anda satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki. Namanya ialah Haji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an. Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab. Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong.. |
| Posted: 24 Apr 2014 07:27 AM PDT ![]() RANCANGAN 'luar biasa' itu bermula sekitar 46 tahun lalu. Ketika itu, Datuk Omardin Mauju sering mendengar guru silatnya serta rakan seperguruan yang lebih tua menceritakan betapa gagah dan hebatnya pahlawan dulu. "Mat Kilau boleh ditanam hidup-hidup!" Begitu kata mereka setiap kali menceritakan kisah berkenaan kepada Omardin. Mat Kilau..Pahlawan Pahang Seterusnya beliau berusaha menjejaki kesahihan cerita berkenaan. Dicarinya naskhah lama yang mencatatkan kehebatan luar biasa pahlawan Melayu itu tetapi didapati tiada satu pun dokumen sejarah yang memperincikan kehebatan berkenaan. Lama kisah kemahiran luar biasa pahlawan Melayu itu menemani minda fikirnya. Difikirkannya berulang kali sehingga akhirnya Omardin nekad memutuskan suatu perkara yang tidak sanggup dilakukan sesiapa. Dengan keyakinan yang menebal terhadap kehebatan ilmu persilatan Melayu, beliau ingin membuktikan yang kemahiran luar biasa yang pernah dipelopori pahlawan Melayu dulu, benar dan dapat dilakukan. Hari itu iaitu sekitar 1960-an, tanah di Simpang Empat, Melaka, dikorek sedalam kira-kira dua meter. Omardin yang ketika itu baru berusia 22 tahun, masuk dan berbaring di dalam lubang sempit berkenaan tanpa sebarang alat perlindungan. Dengan ruang untuknya bergerak amat terhad, keadaannya persis jenazah yang sedang dikebumikan dalam liang lahad. Papan keranda kemudian diletakkan di atas jasadnya dan beberapa rakannya segera menimbuskan tanah untuk kembali menutupi lubang berkenaan. Hari itu, menjejaki kehebatan kemahiran pahlawan Mat Kilau, Omardin ditanam hidup-hidup. Seterusnya detik masa berlalu; saat berganti minit dan minit berganti jam, Omardin masih ditanam di dalam 'liang lahad' berkenaan. Selepas beberapa lama, 'kubur' berkenaan kembali dikorek. Tanah yang menimbunkan jasad lelaki itu kembali dialih. Kira-kira dua meter mengorek, beberapa rakannya terlihat papan keranda yang menutupi jasad Omardin. Mereka mungkin tertanya-tanya keadaan Omardin ketika itu, berjam ditanam hidup-hidup, bagaimanakah keadaan rakan mereka itu? Dengan persoalan itu memenuhi ruang minda masing-masing, mereka mengangkat papan keranda berkenaan. Omardin kembali membuka matanya dan hari itu, beliau membuktikan sesuatu yang amat luar biasa kepada dunia - kehebatan silat Melayu membolehkan pengamalnya ditanam hidup-hidup. Hari ini, 46 tahun sudah berlalu sejak kali pertama Omardin ditanam hidup-hidup. Bagi dirinya yang kini Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), pengalaman ditanam hidup-hidup itu sudah tujuh kali ditempuhinya dan dengan izin Allah SWT juga, beliau masih mampu bernafas setiap kali selesai melalui proses itu. "Paling lama saya ditanam adalah kira-kira empat jam pada 1975 di Pulau Besar, Melaka. Ketika itu, krew penggambaran dari Jepun, Hong Kong dan Perancis datang membuat liputan bagi menyaksikan sendiri kehebatan pesilat Melayu. "Memang dahsyat sekali keadaan fizikal selepas saya dikeluarkan sehinggakan seorang jurukamera yang memiliki sakit jantung, jatuh dan meninggal dunia sebaik melihat keadaan saya selepas empat jam ditanam," katanya. Omarb din mengakui yang ditanam hidup-hidup bukanlah satu proses yang mudah atau boleh dilakukan sesuka hati oleh sesiapa saja. "Kekuatan fizikal bukan keutamaan, ia memerlukan ketahanan mental, kerohanian dan aspek dalaman seseorang yang kuat dan dalam silat, kami sememangnya diajar untuk menguasai aspek berkenaan," katanya. Beliau menceritakan, sebaik tanah menutupi jasad, ketakutan yang menjelma sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu menemui maut, kepanasan dalam ruang yang amat sempit sehingga tidak boleh menggerakkan sebarang anggota tubuh mampu menyebabkan jantung berdegup kencang dan sesak nafas. Pelbagai risiko bahaya boleh berlaku dan seseorang yang tidak memiliki kekuatan dalaman yang kuat, dikhuatiri akan menemui ajal dalam tempoh kurang tiga minit saja. "Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan latihan kerohanian serta kekuatan dalaman yang saya ada, saya dapat melalui proses itu dengan selamat seolah-olah saya pergi tidur saja. Paling lama saya ditanam kira-kira empat jam tapi saya yakin mampu lakukannya selama tujuh jam," katanya. Katanya, sebaik selamat dikeluarkan dan menonton kembali rakaman beliau ditanam hidup-hidup, beliau sendiri berasa ngeri melihat proses berkenaan dan tidak percaya yang beliau sanggup berbuat demikian. "Akan tetapi, saya buat semua ini bukan kerana takbur tetapi demi membuktikan yang silat Melayu ini hebat dan cerita kehebatan pahlawan dulu yang memiliki pelbagai kemahiran luar biasa adalah benar, satu fakta dan bukannya misteri. "Masyarakat kita mengagungkan seni mempertahankan diri dari luar negara tetapi tidak sedar yang kita sendiri memiliki seni mempertahankan diri yang amat menakjubkan," katanya. Selain ditanam hidup-hidup, kekuatan ilmu persilatan yang dipelajari beliau menyebabkan Omardin tidak cedera ketika ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan terjun dari ketinggian bangunan dua tingkat serta boleh melakukan pelbagai aksi luar biasa lain dengan selamat. |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 comments:
Post a Comment