Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat
Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat |
- Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat
- Respon Yana Samsudin Isu Foto Didukung Lelaki Mat Salleh
- Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan
- Engku Emran Kongsi Gambar Lama Dengan Erra Fazira di Instagram
- Azwan Ali “ludah” MB Selangor
- Facebook Untung $2.27 billion Untuk Suku Tahun Pertama 2014
- Aksi Mesra Nelydia dengan Sharnaaz, Qi Razali Tiada Hak Untuk Halang
- Lelaki Bernafsu Songsang Mahu Hisap Terima Padah
- Tanah Runtuh Jalan Bukit Bintang Ditutup
| Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat Posted: 24 Apr 2014 02:07 AM PDT Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat | Pelakon Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras dekat sini selama lima bulan.
Pelakon ini diminta mengulas gosip yang kedengaran kononnya dia tidak Pada Rabu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi tidak membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang. Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.
Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya. "Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan…," selorohnya. – sumber -
|
| Respon Yana Samsudin Isu Foto Didukung Lelaki Mat Salleh Posted: 24 Apr 2014 01:53 AM PDT Respon Yana Samsudin Isu Foto Didukung Lelaki Mat Salleh | Kecoh sedikit hari ini apabila sekeping foto Yana Samsudin sedang erat didukung oleh seorang lelaki mat salleh berbadan sasa telah tersebar di internet. Foto itu dimuatnaik di laman Instagram milik Yana dan menerima kecaman hebat dari sebahagian pengikutnya. Sebagai respon kepada kecaman yang dilemparkan, Yana memberitahu amat kecewa dikritik tanpa mengetahui perkara sebenar. Katanya, ketika itu kakinya terseliuh dan tidak boleh berjalan langsung. Jadi, dia terpaksa meminta bantuan lelaki yang kuat untuk menolongnya. - sumber - |
| Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan Posted: 24 Apr 2014 01:45 AM PDT Gambar kubur jenazah wanita bercahaya ketika hendak dikebumikan | Subhanallah… Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya. Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya. Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah - sumber - |
| Engku Emran Kongsi Gambar Lama Dengan Erra Fazira di Instagram Posted: 24 Apr 2014 01:31 AM PDT Engku Emran Kongsi Gambar Lama Dengan Erra Fazira di Instagram | Nampaknya, Engku Emran masih belum putus asa untuk memujuk hati Erra Fazira agar kembali ke pangkuannya. Kalau sebelum ni, beliau memperkenalkan hastag #prayformomandayah pada T-shirt Aleesya dan mengajak peminat berdoa buat mereka, lain pula perkembangan terbaru di Instagram Emran. Beliau telah memuatnaik sekeping foto lama sedang mesra bersama dengan Erra Fazira.
|
| Posted: 24 Apr 2014 01:22 AM PDT Azwan Ali "ludah" MB Selangor | Nampaknya makin sukarlah Khalid Ibrahim untuk menjadi Timbalan Presiden PKR apabila dia diserang dari segenap penjuru oleh Pakatan Rakyat. Dia tidak sahaja ditekan kerana kedekut dan suka menjual aset negeri untuk ditukarkan dengan tunai bagi tujuan membangga-banggakan diri kononnya pentadbirannya lebih pandai cari duit berbanding pentadbiran Barisan Nasional dahulu, malah sekarang ini isu air pula menjadi senjata utama puak-puak Pakatan Rakyat menghentam Khalid Ibrahim. Adiknya yang juga merupakan penyokong kuatnya, Azwan Ali kelihatan sudah berputus asa untuk melihat abangnya menjadi Menteri Besar sekalipun pada tahun 2010 dahulu, dia dengan bangganya mengumumkan abangnya akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim dalam usaha yang tidak kesampaian. Masalah bekalan air di Selangor nampaknya semakin mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk, bahkan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Walaupun Khalid Ibrahim mengumumkan catuan air mungkin akan berakhir dalam tempoh terdekat, namun nampaknya kemarahan para pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mereka yang tidak mampu menutup perasaan malu kerana Pakatan Rakyat sekadar bercakap besar tetapi tidak pandai mentadbir dan menguruskan negeri, semakin ketara. Kerana itulah, Azwan Ali 'meludah' Khalid Ibrahim. Kerana itulah juga Jeff Ooi mendesak agar Khalid Ibrahim meletak jawatan kerana tidak sanggup lagi 'mandi kerbau'. - sumber - |
| Facebook Untung $2.27 billion Untuk Suku Tahun Pertama 2014 Posted: 23 Apr 2014 04:09 PM PDT Facebook Untung $2.27 billion Untuk Suku Tahun Pertama 2014 | Hari ini, pihak Facebook telah melaporkan bahawa mereka telah berjaya menjana keuntungan sebanyak $2.27 billion dari sistem pengiklanan mereka untuk tiga bulan pertama tahun ini. Ianya peningkatan sebanyak 82% berbanding bagi tempoh yang sama tahun lepas. Berita ini sememangnya amat mengembirakan pelabur-pelabur dan pemegang saham facebook. Sementara itu, pengguna aktif bulanan facebook juga telah meningkat secara mendadak, iaitu sebanyak 1.28 billion pengguna. Terbaru, pihak facebook juga telah mengesahkan bahawa, pihak mereka sedang di dalam proses membangunkan rangkaian pengiklanan mobile untuk pembangun, di mana, ianya sekaligus akan memberikan saingan kepada pihak Google yang telah lama bertapak dalam pengiklanan mobile menerusi AdMob dan juga Twitter yang baru sahaja menyertai bidang ini menerusi MoPub. Dijangkakan, dengan kewujudan rangkaian pengiklanan tersebut kelak, ianya akan melonjakkan lagi keuntungan facebook di dalam dunia pengiklanan. – sumber - |
| Aksi Mesra Nelydia dengan Sharnaaz, Qi Razali Tiada Hak Untuk Halang Posted: 23 Apr 2014 02:35 PM PDT Aksi Mesra Nelydia dengan Sharnaaz, Qi Razali Tiada Hak Untuk Halang | Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz – Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima sesebuah tawaran berlakon itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak melibatkan pihak lain termasuk teman lelakinya, Qi Razali. Menurut aktres berusia 20 tahun itu, orang lain tidak perlu campurtangan dengan urusan peribadinya kerana dia sudah dewasa dan tahu menjaga batas-batas dalam lakonan, maruah diri dan keluarga.
Nelydia membuat penjelasan itu selepas diminta pihak media mengulas tentang kontroversi agenda mesra dengan aktor Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan cemburu Qi Razali. – sumber -
|
| Lelaki Bernafsu Songsang Mahu Hisap Terima Padah Posted: 23 Apr 2014 02:23 PM PDT Lelaki Bernafsu Songsang Terima Padah | Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta. Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri. Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu. “Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. – sumber - |
| Tanah Runtuh Jalan Bukit Bintang Ditutup Posted: 23 Apr 2014 11:33 AM PDT Tanah Runtuh Jalan Bukit Bintang Ditutup | Susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku pagi tadi, laluan Jalan Bukit Bintang (menghala ke Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Menara Worldwide ditutup hari ini. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata penutupan jalan raya telah dilaksanakan dengan serta-merta selepas Kontraktor Kerja Projek MRT Bawah Tanah KVMRT (T ) Sdn Bhd mengesan mendapan di bawah laluan pejalan kaki.
MRT Corp berkata penutupan , yang bermula dari jam 9 pagi, adalah supaya membolehkan kerja-kerja pengukuhan tanah dijalankan. MRT Corp turut berkata Jalan Bukit Bintang akan ditutup sehingga pukul 6 pagi esok.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata mendapan itu tidak menyebabkan lubang besar sehingga membolehkan kereta jatuh ke dalamnya atau kerosakan harta benda.
* Gambar diatas gambar hiasan. – sumber - |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




0 comments:
Post a Comment