Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Kambing Jadi Pemuas Nafsu
- Lelaki Tabur Wang Kertas Di Pasar Raya
- Tembakan ‘Bersejarah’ Di Iceland
- Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen
- Budak Misteri Di Gurun Sahara
- Pantai Ini Berada Di Tengah-Tengah Padang Rumput
- Misteri Kolam Buatan Airnya Boleh Berubah Warna
Posted: 03 Dec 2013 10:30 PM PST Nairobi: Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun. Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri. Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki. Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes. Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu. Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok. Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu. Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis. Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. - Agensi |
Lelaki Tabur Wang Kertas Di Pasar Raya Posted: 03 Dec 2013 09:30 PM PST Seorang lelaki, Serge Vorobyov menaburkan puluhan keping wang kertas berjumlah AS$1,000 (RM3,215) dari tingkat empat pasar raya Mall of America di Amerika Syarikat. Dia kemudian ditangkap polis dan didakwa melakukan perbuatan yang tidak senonoh kerana tindakannya itu boleh menyebabkan orang ramai cedera kerana merebut wang tersebut. Vorobyov turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan dia membuang wang itu. Lelaki berkenaan memberitahu di laman sosial itu bahawa dia kini dilanda krisis perceraian dengan isterinya menyebabkan perbuatan tersebut dilakukan. Vorobyov menganggap nasibnya pada tahun depan akan bertambah baik selepas dia membuang wang itu ketika sebuah band sedang membuat persembahan. Lelaki itu yang berusia 29 tahun menyatakan tujuannya berbuat demikian untuk mewujudkan perasaan gembira dalam kalangan orang ramai. Selain bercerai, dia juga gagal dalam perniagaan mengangkut kereta dengan trak. Dia turut menyatakan perasaan gembiranya dengan perbuatannya itu. Ketika menceritakan tentang perceraian itu, lelaki berkenaan memberitahu: "Saya tidak mempunyai banyak wang untuk membeli banyak barang. Saya kini mengharungi perceraian yang dahsyat. Dia (isterinya) turut mengambil kucing kami. Dia enggan memberitahu di mana kucing itu kini." Polis berkata, Vorobyov melakukan perbuatan itu sebagai salah satu cara untuk memujuk bekas isterinya kembali kepadanya. - Agensi |
Tembakan ‘Bersejarah’ Di Iceland Posted: 03 Dec 2013 07:30 PM PST Seorang lelaki bersenjata menjadi individu pertama ditembak mati polis Iceland dalam kejadian dianggap 'bersejarah' di negara itu. Dalam kejadian itu, lelaki terbabit ditembak selepas dia sebelumnya melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis yang cuba menahannya di sebuah apartmen. Pesuruhjaya Polis Iceland, Haraldur Johannessen berkata pihaknya kesal dengan kejadian itu dan mengucapkan takziah kepada lelaki terbabit. Menurut laporan, polis menerima panggilan kecemasan dan pergi ke sebuah apartmen di Arbaer untuk menyiasat. Di situ seorang lelaki berusia lewat 50-an berkubu dalam kediamannya dan melepaskan tembakan ketika dua anggota polis tidak bersenjata memasuki premis berkenaan. Polis kemudian melepaskan bom asap ke rumah berkenaan dalam usaha menenangkan suspek tetapi gagal apabila dia melepaskan tembakan ketika cuba ditahan. Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan dan suspek cedera sebelum disahkan mati ketika dia dalam perjalanan ke hospital. Ketua Polis Reykjavik, Stefan Eriksson berkata tembakan suspek melalui tingkap apartmen itu memaksa pihak berkuasa bertindak balas. Sehingga malam tadi belum diketahui motif suspek bertindak begitu tetapi sumber berkata, dia pernah mengugut jirannya. Iceland mempunyai populasi seramai 320,000 dan sangat jarang berlaku keganasan membabitkan senjata api di negara itu. Kadar jenayah di Iceland juga rendah, malah polis di negara itu lazimnya tidak membawa senjata api ketika bertugas. Senjata api hanya dibenarkan untuk memburu dan rakyatnya percaya pengharaman senjata punca kadar keganasan amat rendah di negara berkenaan. - AP |
Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen Posted: 03 Dec 2013 05:44 PM PST Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen. Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran. Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya. Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013. Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012. Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah. Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan. |
Posted: 03 Dec 2013 04:56 PM PST Pada tahun 1960, seorang ahli antropologi dari Spanyol Auger menerima laporan dari orang nomad di bahawa ada seorang budak telah berjalan merayau di gurun itu. Dia kemudia pergi untuk menyiasan, dan memang benar dia melihat seorang budak laki-laki bersama sekumpulan gazelles atau kijang gurun. Beliau kemudian memperhatikan budak lelaki itu dan beliau sangat terkejut apabila melihat budak itu boleh berkomunikasi dengan kijang-kijang gurun tersebut sambil memakan akar-akar dan cacing. Auger kembali dua tahun kemudian dengan tentara Spanyol untuk menangkap budak itu. Tetapi ketika mereka mencuba untuk mengejarnya, Jeep yang ditumpanginya terbalik. Tahun 1966, Auger membuat satu usaha terakhir untuk menangkap budak dengan helikopter dan jaring, tetapi juga tidak berhasil menangkap anak tersebut. Apakah kesudahan budak itu?. Entahlah.. - malaysiasensasi.net |
Pantai Ini Berada Di Tengah-Tengah Padang Rumput Posted: 03 Dec 2013 04:56 PM PST Terletak jauh ke dalam pedalaman dan berada betul-betul di tengah-tengah padang rumput, Playa de Gulpiyuri adalah salah satu pantai yang paling menakjubkan di dunia. Terletak berhampiran bandar Llanes di utara Sepanyol, Pantai Gulpiyuri adalah pantai kecil yang menawan berada di tengah-tengah padang rumput hijau. Pantai ini dikatakan terhasil akibat terowong bawah tanah yang bersambung dengan lautan. Airnya yang jernih seringkali menarik perhatian pengunjung untuk berenang ditambah pula dengan air lautnya yang sejuk akibat berada di bawah tanah sebelum keluar di Pantai Gulpiyuri. |
Misteri Kolam Buatan Airnya Boleh Berubah Warna Posted: 03 Dec 2013 04:56 PM PST Cukup dikenali sebagai "Blue Pond", sebuah kolam buatan di bandar Biei di Hokkaido, Jepun kelihatan berubah warna, ianya boleh di lihat belaku di depan mata. Bergantung pada bagaimana cahaya jatuh atau lebih tepatnya cuaca, kolam yang indah itu boleh menjadi warna biru turquoise atau hijau zamrud menakjubkan. Pada bulan Oktober dan November tahun ini, Shiraishi, seorang jurugambar menangkap gambar kolam hijau ini dengan pohon-pohon ditutupi salji di sekitarnya. Kolam buatan itu diciptakan sebagai sebahagian daripada sistem kawalan hakisan yang dibina untuk mengelakkan kerosakan Biei dari letusan Gunung Tokachidake berhampirannya. Warna biru kolam, yang diketahui, belum sepenuhnya dapat dijelaskan tetapi dikaitkan dengan kehadiran aluminium hidroksida dalam air yang mencerminkan panjang gelombang cahaya biru lebih pendek, cara yang sama seperti yang terjadi pada atmosfera bumi. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment