Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Apabila Gadis Menerima Gangguan Seksual Bangla Penghantar Gas
- Sesuatu Terjadi Di Atas Pusara Ammar Selepas Pemergiannya
- Adik Usia 2 Tahun Lihat Abang Tergantung
Apabila Gadis Menerima Gangguan Seksual Bangla Penghantar Gas Posted: 14 Dec 2013 08:36 PM PST Mungkin ada tertanya-tanyasiapakah Fifi Athirah sebenarnya. Dirinya bukanlah seorang artis tetap seorang gadis biasa yang meluahkan perasaannya apabila diganggu oleh seorang lelaki bangla penghantar gas beberapa hari lalu. Namun sebagai rakyat Malaysia, jangan sesekali kita menganggap golongan ini semuanya jahat. Ini kerana kejahatan seseorang itu tidak tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja. Baik berkenaan dengan isu penghantar gas ini, kita perlulah berhati-hati agar tidak menjadi mangsa seperti dalam kes di bawah ini. ![]() Kisah mengenai seorang wanita yang didakwa diganggu oleh pekerja asing yang menghantar tong gas ke rumahnya telah tersebar secara viral dilaman sosial. Kisah ini ternyata benar dan menggemparkan negara apabila lelaki Bangladesh tersebut sanggup mengambil kesempatan terhadap seorang wanita yang ketika itu duduk bersendirian. Semuanya bermula apabila mangsa telah membuat panggilan untuk perkhidmatan menghantar tong gas memasak ke rumah dari Syarikat Petronas. Namun, seorang pekerja yang dipercayai warga Bangla telah datang ke rumah untuk menukar tong gas. Lelaki Bangla tersebut sempat mengambil kesempatan dengan meminta untuk melakukan perkara yang tidak senonoh bersamanya. Sumber Facebook Mangsa (Fifi Athirah) : https://www.facebook.com/princess.fifi.athira?fref=ts Penjelasan Mangsa Yang Dikenali Sebagai Fifi Athirah Insiden yang berlaku pada 3 Disember 2013 adalah benar dan kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis. Pihak polis dengan kerjasama Petronas mengambil berat tentang isu terbabit. Mangsa juga mengakui bahawa dia masih belum berkahwin namun terpaksa mengaku telah bersuami untuk mengelakkan dirinya diganggu oleh lelaki warga Bangla terbabit. Menurut mangsa lagi, ayat yang menunjukkan dirinya sudah berkahwin hanya sebagai perlindungan supaya lelaki warga asing tersebut lebih menghormatinya. Mangsa juga tiada niat untuk menimbulkan provokasi mahupun bersikap perkauman, namun ianya hanya memberi kesedaran mengenai isu yang ditimbulkan oleh warga asing yang kini semakin berani melakukan tindakan tidak sopan terhadap golongan wanita- Kata Fifi Athirah menerusi laman sosial Facebook |
Sesuatu Terjadi Di Atas Pusara Ammar Selepas Pemergiannya Posted: 14 Dec 2013 08:34 PM PST Siapa masih ingat lagi tentang kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ahmad antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara. Pada kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah menziarahi pusaranya di Turki. Subhanallah! Bunga-bunga di atas pusaranya kembang segar mekar. Boleh lihat gambar di bawah ini. ![]() HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas. Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan. Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ. Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar. Penulis hari ini turut berkongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar. Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak. |
Adik Usia 2 Tahun Lihat Abang Tergantung Posted: 14 Dec 2013 07:44 PM PST ![]() MARAN - Seorang ibu yang sedang menikmati makan malam tidak menyangka rengekan anak bongsu berusia dua tahun rupa-rupanya ingin memberitahu melihat abangnya tergantung di ruang tamu rumah mereka di Kampung Luit, dekat sini. Percakapan pelat anak kecil itu dengan isyarat tangan di leher pada mulanya tidak diendahkan, namun diulangi beberapa kali sehingga menarik perhatian ibunya. Menurut ibu berusia lingkungan 40-an itu, anak sulungnya yang baharu pulang dari rumah rakannya kira-kira jam 9.45 malam memberitahu mahu menghubungi isterinya di Kuala Lumpur. Katanya, lalu dia mengizinkan anaknya menggunakan telefon bimbitnya bagi tujuan tersebut. "Mereka baru enam bulan berkahwin dan kebetulan isterinya sekarang berada di Kuala Lumpur. Ketika mereka berbual melalui telefon, mereka bertengkar. "Dia kemudian memberi telefon kepada saya dan suruh saya dengar sendiri apa yang diperkatakan isterinya sebelum beredar ke ruang tamu," katanya. Bagaimanapun, talian telefon tersebut diputuskan oleh isteri si mati sebaik mengetahui ibu mertuanya berada di talian. Tidak lama kemudian, anak bongsunya berusia dua tahun itu yang dipercayai mengikut si mati ke ruang tamu kembali ke dapur. "Dia datang ke arah saya dan cakap 'ma, abang-abang' dengan tangan tunjuk di leher tetapi saya tidak mengendahkan. "Apabila banyak kali dia ulang dan merengek-rengek, lalu saya ikut ke ruang tamu sebelum terkejut melihat jasad anak sulung saya tergantung dengan tali di leher. Hanya jeritan terkejut mampu keluar dari mulut saya," katanya. Seorang saudara yang berada di rumahnya bertindak menurunkan anaknya itu yang sudah nyawa-nyawa ikan, namun tidak lama kemudian anaknya menghembuskan nafas terakhir. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintedan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dilakukan. Mayat si mati dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment