Saya Sedih Apabila Orang Kata Saya Gengster Yang Pukul Isteri Sendiri – Awie
Saya Sedih Apabila Orang Kata Saya Gengster Yang Pukul Isteri Sendiri – Awie |
- Saya Sedih Apabila Orang Kata Saya Gengster Yang Pukul Isteri Sendiri – Awie
- Bengang Dengan Komen Melampau Terhadap Scha, Awal Ashaari Dedahkan Wajah Si Pengomen
- Nabila Huda Kini Sudah Punyai Kekasih Baru?
- Mereka Tahu Atau Tidak Ada ‘Push-up’ Bra? – Nora Danish
- Tolong Maria Farida Buat Pilihan Yang Tepat
- Berlakon Tak Ada Kena Mengena Dengan Bayar Nafkah – Aidil Zafuan
- Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers
Saya Sedih Apabila Orang Kata Saya Gengster Yang Pukul Isteri Sendiri – Awie Posted: 16 Jun 2014 01:28 AM PDT Entah mengapa apabila berbicara tentang Awie, pasti akan ada perkataan “pukul-memukul” di dalamnya. Kesian juga jadi Awie. Terbaru, ada desas-desus yang menyatakan Awie telah memukul isterinya di sebuah bank di ibu negara baru-baru ini. Tak logik untuk lelaki semacho Awie berbuat demikian. Tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus itu, Awie menganggap tuduhan tersebut amat melampau. Menerusi Pancaindera semalam, Awie menerangkan yang dia tidak akan melakukan tindakan yang boleh memudaratkan orang tersayang. Terang Awie:-
P.S: Pekerja kilang bihun di China pijak bihun Baca Yang Ini Pulak:- |
Bengang Dengan Komen Melampau Terhadap Scha, Awal Ashaari Dedahkan Wajah Si Pengomen Posted: 15 Jun 2014 10:48 PM PDT Manusia memang macam-macam perangai. Ada yang tak boleh tengok kebahagiaan orang lain, ada yang turut tumpang gembira melihat kawan-kawan gembira dan ada yang tak senang duduk bila tengok orang lain hidup lebih senang daripadanya. Jadi apabila Awal Ashaari berkongsi satu komen daripada pengikutnya di Instagram, Abang Nara terkejut besar. Sejahat-jahat Abang Nara pun tak adalah nak komen sampai tahap begini. Sedih Abang Nara melihat mentaliti orang kita. Bengang dengan komen kurang ajar yang ditujukan terhadap isterinya, Awal Ashaari telah pun berkongsi gambar wajah si pengomen dan memberikan publisiti percuma terhadapnya. Dengan caption “You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I’m sure this is what u want, B“, Awal jelas geram dan kecewa dengan tindakan si pengomen ini. Pastinya si pengomen gembira kerana mendapat publisiti dan populariti yang diinginkan. Hmmmm. Lain kali berhati-hatilah ketika memberi komen di laman sosial. Tak kiralah di blog ke, di Instagram ke, di Facebook atau pun di Twitter. Lebih-lebih lagi jika komen kita itu mampu mengguris hati seseorang. Kesian Scha yang tengah mengandung. Tak ke sedih dapat komen “sundal” macam itu. Ish, ish, ish. Sebelum taip itu, fikir 2,3 kali dulu. Tak gitu? Apa-apa pun, Abang Nara tengok Scha makin comel dengan perutnya yang semakin jelas itu. Makin berseri-seri. Abang Nara teka “baby girl” dalam kandungan. Korang pulak? Lagi beberapa gambar Scha dan Awal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Nabila Huda Kini Sudah Punyai Kekasih Baru? Posted: 15 Jun 2014 09:14 PM PDT Sekian lama “single” selepas putus cinta dengan Nas-T, Nabila Huda nampaknya sudah pun menemui pengganti. Namun begitu, identiti lelaki tersebut masih rahsia dan Nabila Huda hanya memberikan “hint” mengenai kewujudan kekasih baru di dalam hidupnya menerusi akaun Instagramnya. Di dalam salah satu gambar yang dimuat naik olehnya dengan caption “Love lane..:)“, Nabila kelihatan berpegangan tangan dengan seseorang. Menariknya gambar tersebut diambil ketika Nabila Huda dalam perjalanan ke London. Adakah Nabila pergi bercuti bersama kekasih barunya di kota penuh romantik itu? Selain gambar berpegangan tangan di atas, pelakon hebat ini turut memuat naik sebuah gambar mereka berjalan beririrangan dengan caption “From london with love“. Amboi memang romantika habis. Abang Nara tertanya-tanya jejaka manakah yang berjaya mencuri hati Nabila Huda ini. Pasti kacak orangnya. Semoga Nabila berbahagia di samping kekasih barunya ini. Semoga kebahagiaan yang dicari akan ditemui. Lagi beberapa gambar Nabila Huda di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Mereka Tahu Atau Tidak Ada ‘Push-up’ Bra? – Nora Danish Posted: 15 Jun 2014 08:24 PM PDT Nampak gayanya selebriti tempatan kena sangat berhati-hati apabila berkongsi gambar di Instagram selepas ini. Mana tidaknya, setiap apa yang dimuat naik, akan diperhatikan oleh ratusan ribu rakyat Malaysia. Kalau ada salah sikit, ada yang pelik sikit atau ada yang macam lain sikit, pasti akan menjadi topik perbualan. Itulah yang terjadi kepada Nora Danish baru-baru ini. Berkongsi sekeping gambar dirinya dengan anak saudara, aset Nora Danish kelihatan lebih besar daripada biasa sehingga menyebabkan banyak pihak yang tertanya-tanya (macam tak ada benda lain untuk difikirkan). Gambar ini telah pun dibuang oleh Nora Danish kerana impaknya yang amat tinggi sehingga anak saudaranya turut terkena tempias. Bengang dengan reaksi yang diterima, Nora Danish sempat menyindir dengan kata-katanya menerusi Metro Ahad:-
Sabar je lah Nora Danish. Biasalah benda-benda begini memang sensitif terutamanya kepada masyarakat kita. Mungkin lebih ini boleh “double triple check” sebelum muatnaik apa-apa gambar. Apa pun, Abang Nara bagi 4 bintang kepada “push-up bra” Nora Danish. Memang power impaknya. Boleh la jadi duta produk lepas nie. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
Tolong Maria Farida Buat Pilihan Yang Tepat Posted: 15 Jun 2014 07:58 PM PDT Wow. Memang tak sangka perkara sebegini akan dikongsikan oleh selebriti tempatan di akaun media sosial. Seram jugak takut terend sebegini akan menular kepada selebriti-selebriti lain. Kalau Maria Farida tak apalah lagi sebab dia kan “hot mom”. Sukar juga untuk membantu Maria Farida memilih bikini yang paling sesuai untuk dirinya. Rasanya semua pun sesuai kot. Hehehe. Berkongsi gambar di bawah dengan caption “Can’t decide on which one… hmm“, reaksi yang diterima daripada pengikut Maria Farida tersangatlah epik. Ada yang meminta Maria Farida untuk solat istikarah, ada yang minta cuba satu demi satu dan dikongsi gambar di Instagram (pandai betul korang nie) dan ada yang siap cadangkan warna lain lagi. Hehehe. Tak tahu sama ada mereka benar-benar jujur atau sekadar menyindir pelakon ini. Yang mana satu paling sesuai untuk Maria Farida pada pandangan anda? Memang sukar keputusan yang perlu dibuat oleh Maria Farida sehingga terpaksa berkongsi permasalahannya ini di Instagram. Abang Nara yakin dengan “input” yang diterima daripada para pengikutnya, Maria Farida sudah pun membuat keputusan. Diharap Maria Farida akan sudi berkongsi gambarnya dengan bikini pilihan kelak. Heheh. P.S: BMW 3 series Turismo akan dipasang di Malaysia Baca Yang Ini Pulak:- |
Berlakon Tak Ada Kena Mengena Dengan Bayar Nafkah – Aidil Zafuan Posted: 15 Jun 2014 07:49 PM PDT Muka kacak, badan tough, ramai peminat dan ada pakej. Memang wajar dan logik kalau pemain bola sepak Aidil Zafuan terjun ke bidang lakonan. Abang Nara yakin pasti filem/drama/iklan lakonan Aidil akan mendapat sambutan hangat. Jadi apabila beberapa gambar dirinya sedang berlakon dikongsikan baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada Aidil berlakon kerana mahu mencari duit lebih untuk membayar nafkah anak-anaknya. Hmmmm. Kalau anda tak tahu, baru-baru ini bekas isteri Aidil, Rita Rudaini telah membuat permohonan nafkah tertunggak sebanyak RM100,000. Memang satu angka yang banyak. Malah Aidil juga sebelum ini mengakui hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM2,000 berbanding RM5,000 yang diminta oleh Rita. Namun Aidil tampil menafikan yang dia menceburi bidang lakonan kerana mahu membayar nafkah anak-anaknya. Kata Aidil:-
Semoga penceburan Aidil Zafuan dalam bidang lakonan ini akan bertambah serius apabila bersara daripada dunia bola sepak. Nampak gaya macam boleh pergi jauh. Buat masa ini, secara “part time” pun ok dah. Asah bakat terlebih dahulu. Nanti bila betul-betul nak fokus, bolehlah pergi kelas lakonan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Baca Yang Ini Pulak:- |
Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers Posted: 15 Jun 2014 07:38 PM PDT Abang Nara ialah salah seorang daripada peminat makanan Korea. Iyerlah, dulu pun belajar kat Korea jadi bila balik Malaysia nie, rindu pulak nak makan kimchi chige, sundubu, dan ramyeon. Nasib baiklah kat Malaysia ini restoran makanan Korea sudah semakin banyak. Salah satu restoran Korea kegemaran Abang Nara ialah Bulgogi Brothers. Abang Nara dan wife kalau pergi makan Bulgogi Brothers pasti akan order kimchi chige dan juga BBQ. Sedap menjilat jari. Jadi apabila mendapat jemputan untuk mencuba menu terbaru iaitu Korean Burgers daripada Bulgogi Brothers, memang terus Abang Nara bersetuju. Semasa memandu ke Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Abang Nara cuba meneka jenis burger yang akan dihidangkan. Dalam hati Abang Nara berkata "mesti ada burger kimchi" nie. Sambil menunggu burger siap dimasak, Abang Nara dan para blogger lain menikmati "side dish" yang disediakan terlebih dahulu sambil mendengar penerangan daripada Mr. Raymond, yang merupakan Marketing Director Bulgogi Brothers. Menariknya Bulgogi Brothers adalah restoran Korea pertama yang menampilkan burger di dalam menu mereka. Ada 4 jenis burger kesemuanya dan kesemuanya menggunakan ramuan asli yang sering didapati dalam makanan Korea seperti kimchi, jeruk kobis, gojuchang (pes cili Korea), sayuran segar, telur goreng gooey dan semestinya, bulgogi (daging lembu yang diBBQ). Dengar pun dah kecur air liur dibuatnya. Kami juga dimaklumkan yang setiap Korean Burgers dihidangkan dengan sos dan juga 'home made sweet potato chips'. Dan apabila Korean Burgers Bulgogi Brothers yang pertama iaitu Bibimbap Burger membuat kemunculan, memang hampir-hampir meleleh air liur ini dibuatnya. Diinspirasikan daripada makanan popular Korea iaitu Bibimpap, burger Bibimpap ini dipenuhi dengan telur goreng, lobak merah, dan paling penting, patty daging lembu yang dibuat khas hanya di Bulgogi Brothers. Memang tak nampak macam Bibimbap, tetapi rasanya memang sebijik. Kalau anda suka Bibimbap, anda pasti suka dengan kelazatan Bibimbap Burger ini. Yang ini adalah favourite Abang Nara. Kimchi Burger yang penuh dengan kimchi, makanan tradisional orang Korea. Nampak macam pedas kan? Jangan risau kerana Abang Nara yang jenis tak tahan pedas pun boleh makan. Tak adalah pedas mana pun. Ini kerana rasa pedas kimchi itu telah dineutralkan dengan lapisan cendawan, sayuran segar dan juga daging patty daging lembu Bulgogi Brothers. Apabila Abang Nara memakan Kimchi Burger ini, kesemua kenangan ketika belajar di Korea menerjah minda. Sedap sangat-sangat kimchi yang digunakan. Abang Nara yakin peminat kimchi pasti akan suka burger ini. Spicy Gwangyang Burger nama diberi, yang ini memang pedas sekali. Abang Nara tak mampu nak makan banyak burger ketiga daripada Bulgogi Brothers ini. Namun dalam kepedasan Spicy Kwangyang Burger ini, ada rasa manisnya. 2 daripada 4 blogger yang hadir telah memilih burger ini sebagai burger kegemaran mereka. Korang kalau suka pedas pun confirm akan suka burger nie. Patty daging lembunya telah direndam ke dalam sos BBQ pedas dan apabila dilengkapi dengan bawang, cendawan, dan cheese Amerika, rasanya memang padu!! Pastikan anda penuhkan cawan dengan air terlebih dahulu sebelum memakan burger ini. Hehehe. Abang Nara suka Unyang Burger yang merupakan burger terakhir dalam menu Korean Burgers Bulgogi Brothers kerana ada kentang rangup yang dikisar halus di atasnya. Memang jadi pelengkap rasa. Dan kalau anda penggemar daging, ini adalah burger paling sesuai untuk anda kerana dagingnya yang tebal. Walaupun sudah kekenyangan kerana memakan 3 burger sebelum ini, Abang Nara masih mampu menghabiskan Unyang Burger ini sebab rasanya yang unik. Gabungan rasa keju Amerika, bawang, kentang rangup dan dagingnya memang perfect. Begitulah kelazatan, keenakan dan keunikan rasa 4 Korean Burgers daripada Bulgogi Brothers ini. Harganya pun tak mahal sangat iaitu bermula daripada RM22.90 sehingga RM28.90. Akan mula berada di dalam menu pada 16 Jun ini (hari ini), korang boleh cuba rasainya sendiri kesedapannya di Bulgogi Brothers yang kini memiliki 4 cawangan iaitu di Paradigm Mall, e@Curve, Pavilion KL dan juga Midvalley. Abang Nara berani jamin yang sekali anda cuba, pasti nak rasa lagi. Bila anda di sana, jangan lupa sebut nama "BeautifulNara" untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% (hanya untuk pesanan Korean Burgers sahaja). Tawaran istimewa ini sah sehingga 30 Jun je, jadi kenalah cepat-cepat pergi. Kalau ada sebarang pertanyaan atau mahukan informasi lanjut, boleh terus ajukan sebarang soalan di Facebook Bulgogi Brothers Malaysia dan di www.bulgogibrothers.com.my. Abang Nara hujung minggu ini pun nak ajak wife cuba salah satu daripada Korean Burgers ini di Bulgogi Brothers. Kalau terjumpa nanti jangan segan nak tegur. Jumpa di sana!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment