Hafiz Suip & Yuna Menang Anugerah Utama AIM20
Hafiz Suip & Yuna Menang Anugerah Utama AIM20 |
Hafiz Suip & Yuna Menang Anugerah Utama AIM20 Posted: 15 Dec 2013 07:13 AM PST Semalam telah pun berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 20. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berjalan dengan begitu lancar dengan Nabil dan Aznil Haji Nawawi menjadi pengacara. Abang Nara suka dengan gandingan mereka berdua terutama Nabil yang sangat menjadi lawaknya. Walaupun ada sesetengah berpendapat lawak Nabil agak kasar, namun kehadiran Paknil untuk meng”cover” sedikit sebanyak meredakan suasana. Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip 2. Lagu Terbaik Lelaki – Yuna 3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku 4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta 5. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) Saujana – Salam Atasmu 6. Lagu Pop Terbaik Lelaki – Yuna 7. Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih 8. Kulit Album Terbaik Penglipur Lara – Hazama 9. Rakaman Album Terbaik Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip 10. Video Muzik Terbaik #1 – Pretty Ugly & Altimet 11. Lagu Pop Etnik Terbaik Pahlawan Zafana – Ihab Ismail 12. Lagu Nasyid Terbaik Mawar Berdarah – Rabbani 13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik In The House – Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE! 14. Lagu Hip Hop Terbaik Aku Pelat – Salam Muzik Feat Zion Dread 15. Video Muzik Terbaik Pretty Ugly Feat Altimet (Perez Oldskool) 16. Lagu Rock Terbaik Di Bawah Gerbang Skaea – Amy Search 17. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara Hilang Naluri – Once 18. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Bila Resah – Anuar Zain & Dayang Nurfaizah 19. Anugerah Sri Wirama Tan Sri Dr Tony Fernandez 20. Anugerah Kembara Shila Amzah 21. Artis Baru Terbaik Alex Subryn Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Cristina Suzanne Akui Putus Tunang Dengan Ahli Perniagaan Posted: 15 Dec 2013 06:43 AM PST Ah, sedihnya mendengar apa yang terjadi terhadap Cristina Suzanne. Baru sahaja Abang Nara kongsikan gambar-gambar yang jelas menunjukkan kebahagiaan bersama tunang tercinta, hari ini menerusi BiPop, Cristina mengakui bahawa dirinya sudah pun putus tunang. Mereka berdua telah merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 22 Januari 2014. Cristina Suzanne enggan berkongsi punca sebenar putusnya pertunangan yang dibina kerana ingin menjaga hati banyak pihak. Kata Cristina:-
Abang Nara respek dengan sikap Cristina Suzanne yang berterus-terang dalam bab ini. Yang perlu dirahsiakan tak apalah dirahsiakan. Namun yang penting, status pertunangan Cristina yang menjadi teka-teki orang ramai sejak kebelakangan ini sudah terjawab. Sekurang-kurangnya tiadalah kedengaran khabar angin yang ditokok tambah selepas pengakuan ini. Kejujuran sebegini memang sukar dicari di kalangan selebriti tempatan. Apa pun, Abang Nara percaya jodoh yang lebih baik menunggu Cristina Suzanne di masa hadapan. Sabarlah atas dugaan ini. P.S: Kenaikan tol tidak dapat dielak Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment