Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Lubang Pintu Ke Neraka Di Turkmenistan

Posted: 02 Dec 2013 11:23 AM PST

Pada tahun 1971, ahli geologi Soviet (Russia) telah menggerudi deposit gas di Derweze, Turkmenistan. Malang tidak berbau, tanah ditapak itu telah runtuh dan telah membentuk satu lubang yang besar yang mengeluarkan gas asli. Ini menyebabkan pencemaran udara, ahli geologi memutuskan untuk menyalakan gas dan membiarkan ianya terbakar (supaya gasnya habis). Tetapi, nyalaan api itu tidak pernah padam selama lebih 40 tahun!

Mereka telah menggelarkan lubang ini - Pintu ke neraka

Jambatan Paling Tua Di Dunia Berada Di India

Posted: 02 Dec 2013 11:23 AM PST

Jambatan Rama seperti yang dilihat dari Landsat 5 TM satelit pada bulan Februari 1988

Jambatan Rama, juga dikenali sebagai Jambatan Adam, adalah sepanjang 30-batu (48 km) 103 Sandbanks yang membentuk sambungan semula jadi antara pulau Rameswaram di Tamil Nadu, India dan Mannar di barat laut Sri Lanka. Bukti geologi menunjukkan bahawa jambatan itu adalah sisa sambungan bekas tanah antara India dan Sri Lanka. Walaupun biasanya simbol sambungan dan keamanan, jambatan ini tertentu telah menyebabkan kontroversi antara Hindu, Muslim, ahli politik dan alam sekitar untuk beberapa lama sehingga sekarang.

Masalah bermula dengan asal-usul yang dilihat jambatan. Tuntutan Hindu bahawa jambatan itu dibina oleh Rama dan tenteranya ketika mereka menyerang Lanka (hari ini Sri Lanka) untuk membebaskan Sita, isteri Rama yang telah diculik oleh sepuluh kepala setan raja Ravana. Kemenangan Rama ke atas Ravana masih disambut hari ini dengan perayaan Dussera dan beliau kembali ke India tiga minggu kemudian sebagai Diwali, tahun ini jatuh pada 17 Oktober. Sebagai bukti, Hindu memetik dari buku purba Sanskrit epik, Ramayana, yang menggambarkan kehidupan Rama. Jambatan itu dianggarkan telah berumur 1.750.000 tahun dan sekaligus meneguhkan catatan yang terdapat dalam kitab kuno Ramayana.

Maklumat ini mungkin tidak begitu penting bagi para arkeologi, namun paling tidak boleh membuka gerbang spiritual bagi masyarakat dunia yang ingin mengetahui sejarah yang berkaitan dengan mitologi India.

Kereta Hibrid Mahal Tahun Depan?

Posted: 02 Dec 2013 11:23 AM PST

HARGA kenderaan hibrid kemungkinan akan meningkat sekiranya kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas kereta hibrid yang akan tamat pada akhir tahun ini.

Seorang penganalisis industri automotif berkata, apa yang diketahui mereka setakat ini adalah insentif bagi kenderaan hibrid yang dinikmati pengeluar kenderaan jenama asing sekarang tidak akan dilanjutkan oleh kerajaan.

"Sebaliknya, kerajaan dijangka memberikan insentif cukai kepada kenderaan hibrid yang dipasang dalam negara (CKD) tetapi bukan lagi kepada kenderaan hibrid yang diimport siap dipasang (CBU)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ini bermakna mana-mana kenderaan hibrid yang diimport selepas 1 Januari 2014 akan dikenakan duti import dan eksais, menjadikan harga kenderaan hibrid import yang dijual di negara ini jauh lebih mahal berbanding sekarang.

Sementara itu, penganalisis MIDF Research pula berkata, status pelaksanaan insentif cukai untuk kenderaan hibrid belum diketahui buat masa ini sehinggalah Dasar Automotif Nasional (NAP) diumumkan, tahun depan.

"Jika insentif cukai itu tidak dilanjutkan, kesannya adalah harga bagi kenderaan import hibrid akan meningkat," katanya.

Harap insentif cukai hibrid kekal

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia Mohamad Madani Sahari berkata, pihaknya berharap insentif cukai itu akan terus dilanjutkan selari hasrat kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai hab serantau untuk kenderaan hibrid dan kenderaan cekap tenaga (EEV).

"Kita tunggu sahaja apabila NAP diumumkan pada pertengahan Januari tahun depan," katanya ketika diminta mengulas kemungkinan insentif cukai itu dilanjutkan atau sebaliknya.

Sebelum ini, penganalisis dan pemain industri automotif mempersoal status insentif cukai bagi kenderaan hibrid selepas tiada sebarang pengumuman dibuat mengenainya pada pembentangan Bajet 2014, bulan lalu.

Johan Anggap Shila Tak Matang?

Posted: 02 Dec 2013 11:31 AM PST

PELAKON utama Juvana, Johan As'ari nampaknya kurang senang apabila penyanyi, Shila Amzah sering meluahkan perasaan di media sosial.

Sebelum ini, Johan dan Shila digosipkan hangat bercinta sehinggalah Johan mengakui telah melamar Lana Nordin untuk dijadikan suri hatinya.

Sejak berita itu tersebar, pelantun lagu, Masih Aku Cinta ini sering dilihat meluahkan kata-kata di laman sosial miliknya ekoran kekecewaan itu, namun dalam nada positif.

"Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha. Doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya," katanya yang menjawab respons peminat di laman mikro Twitter miliknya.

Johan yang ditemui pada Majlis Anugerah Skrin 2013 bagaimanapun menyifatkan tindakan Shila sebagai tidak matang.  

"Bagi saya dalam hal begini Shila Amzah menunjukkan sifat yang tidak matang," katanya dipetik daripada portal Gua.com

Berkata kepada portal Oh Bulan pula, Johan percaya, Shila sebenarnya masih melalui fasa kematangan. 

"Mungkin sebab sejarah yang pernah dilaluinya. Tapi tak apa, saya faham.

"Kalau dia cakap dia berasa tertipu, tak apalah. Saya belajar untuk memaafkan orang.

"Saya maafkan dia. Dia sahabat saya, sayang saya pada dia akan sama sampai bila-bila," katanya. 

Malah Johan turut menegaskan bahawa dia dan Shila tidak pernah bercinta.

"Saya tidak pernah bercinta dengan Shila Amzah. Kenyataan mana yang mengatakan saya dengan dia bercinta?," katanya.

Katanya lagi, Shila turut 'block' semua laman sosial miliknya.

Kecewa Punca Ustaz Kazim Keluar PAS

Posted: 02 Dec 2013 11:29 AM PST


Pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keputusan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.

Beliau berkata, fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.

Lebih mengecewakannya ialah beliau anggota Pas tetapi diserang berterusan dengan panggilan tidak sesuai seperti binatang dan munafik selain ada pimpinan parti itu mengatakan beliau umpama kambing yang dimakan serigala, agamawan celaru serta menjadi berhala atau patung sembahan dalam Umno.

"Kalau mereka mengatakan saya masih Pas, atau selepas kenyataan ini mereka mengatakan saya telah dipecat, tidak kiralah sama ada saya masih anggota Pas atau telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan saya keluar daripada Pas dan tidak menyokong apa yang telah dibuat fitnah dan kata-kata nista terhadap seorang yang cuba menegakkan Islam melalui bidang dakwah.

"Saya masih sayang kepada Pas yang dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep yang sebenarnya tapi saya kecewa dengan Pas sekarang yang apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing Umno sedangkan saya adalah anggota Pas dan tidak pernah daftar sebagai anggota Umno," katanya.

Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini berhubung pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menegaskan keputusan beliau untuk keluar daripada Pas tiada kaitan dengan pertemuan dengan perdana menteri hari ini, sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah terhadap beliau yang turut menjejaskan anggota keluarga yang lain.

"Bertahun-tahun saya sabar dengan finah yang dilemparkan oleh sahabat-sahabat tapi pada dua tiga hari ini, saya rasa kesabaran saya telah sampai kemuncak. Ada yang panggil sebagai babi, anjing, barua. Saya ada mak dan ayah walaupun dah meninggal, kalau masih hidup, macam mana perasaan ibu saya yang anaknya dipanggil babi.

"Adakah ini perjuangan Pas yang cuba memartabatkan Islam dan menyatupadukan Islam tapi kerjanya memfitnah mengata yang bukan-bukan terhadap saya sedangkan mengatakan saya masih ahli mereka. Kemudian ada pula kenyataan, Ustaz dipecat lepas tu memang ada usul tapi belum ada surat pemecatan. Jadi bagaimana keadaan begini, hendak mengurus seorang ahli pun dah timbul masalah besar bagaimana nak uruskan sebuah negara," katanya.

Sementara itu, menjelaskan status pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ustaz Kazim berkata beliau menyerahkan semuanya kepada perdana menteri yang juga Presiden Umno untuk mengumumkan perkara berkenaan.

"Saya berbesar hati tetapi saya serahkan kepada PM untuk buat pengumuman rasmi. Saya rasa beliau lebih berhak untuk buat pengumuman," katanya.

Ustaz Kazim berkata, selepas pertemuan hari ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Najib khususnya mengenai peranan yang boleh beliau laksanakan sebagai anggota Majlis Tertinggi.

"Apabila Datuk Seri terangkan kepada saya bagaimana orang agama boleh memainkan peranan dalam Umno dan agensi lain, saya rasa itu bentuk yang baik dan pihak luar perlu pandang baik, orang jemput kita sebab nak dengar nasihat.

"Penerangan yang diberikan puas hati dan yakin apa yang rakyat perlukan dan saya pun suarakan apa yang rakyat biasa inginkan, dan Datuk Seri dengar dengan sangat terbuka dan ada dua tiga benda yang saya lihat terkesan di hati Datuk Seri, dan saya yakin akan ada perubahan selepas ini," katanya.

Pada 29 November lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden Umno mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno. - Bernama

Lantik Ustaz Kazim, Umno Tak Ada Pilihan

Posted: 02 Dec 2013 11:27 AM PST

Pas mendakwa Umno tidak ada "pilihan" untuk menyaingi ulama parti itu dengan hanya melantik ahli biasa menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimana Umno boleh melantik seorang ahli biasa dalam Pas menjadi MT.

Menurutnya, perkara itu hanya kerana Umno terdesak dan tidak mempunyai pilihan untuk menyaingi tokoh agama dalam Pas.

"Dia (Ustaz Kazim) bagi saya dia hanya ahli biasa dalam Pas.

"Saya rasa hairan kenapa Umno boleh pilih ahli biasa dalam Pas menjadi MT Umno.

"Ini mungkin kerana Umno tak ada pilihan, tak ada tokoh agama yang hebat untuk menyaingi Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Susulan itu, Mohammad Kazim berkata, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota  MT Umno.

Mohammad Kazim berkata, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Terbaru, Pas telah menyatakan Mohammad Kazim telah dipecat pada Mei lalu, selepas PRU13.

Sehubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Mohammad Kazim yang menemplak Pas perlu malu kepada Umno, Tuan Ibrahim berkata : "Sepatutnya dia yang perlu malu, dia ahli Pas tapi berceramah bagi pihak Umno.

"Dia naik atas pentas Umno," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang mendakwa pendakwah atau tokoh agama yang "keluar" Pas dan menyertai Umno kebanyakannya akan "hanyut".

"Kalau kita tengok mana-mana ahli Pas atau pendakwah atau tokoh hebat agama yang pada mulanya ahli Pas, bila keluar sertai Umno semuanya hanyut dan hilang.

"Kita tengok beberapa contoh seperti bekas Imam Besar Masjid Negara, apabila masuk Umno mereka akan hilang, lenyap begitu saja," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata itu adalah hak Mohammad Kazim untuk menyertai mana-mana parti.

Hishammuddin Masuk Hospital, Saluran Arteri Sempit

Posted: 02 Dec 2013 11:26 AM PST

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami masalah saluran arteri yang sempit.

Setiausaha Akhbarnya Azmi Akop berkata doktor telah menjalankan prosedur angioplasti pada 3 petang ini, semuanya berjalan dengan baik dan keadaan Hishammuddin, 52, stabil.

"Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengah hari tadi, dan telah diminta untuk berehat oleh doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun kurang pasti sama ada Hishammuddin akan menyertai Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.

"Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan Naib Presiden Umno itu dan atas kebenaran doktor yang merawatnya," katanya. - Bernama

Lelaki Ini Cuci 50 Pinggan Dalam 10 Saat

Posted: 01 Dec 2013 04:59 PM PST

cuci-pinggan
Berapa lama masa yang anda perlukan untuk mencuci pinggan? Mungkin10 sampai 15 minit untuk membersihkan selepas makan malam untuk keluarga bersaiz biasa. Seorang lelaki di China mampu membersihkan 50 pinggan hanya dalam 10 saat.
Dengan buih di tangan, pencuci pinggan menggosok pinggan sebelum dibilas di wastafel. Hanya dalam masa beberapa saat, tumpukan pinggan kotor telah di cuci dan siap dibilas di wastafel.
Jom saksikan Video menarik ini :
zamrispoon

Inilah Tandas Paling Ekstrem Di Dunia

Posted: 01 Dec 2013 04:58 PM PST

Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.

Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.

Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama "Black Heart" dalam bahasa Altaya Selatan.

Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. - Agensi

Bukan Niat Mak...

Posted: 01 Dec 2013 04:58 PM PST

Kuala Lumpur: "Kenapa emak buang Mat Nor? Emak tak ada niat macam tu nak... emak mintak maaf. Macam-macam orang buat pada Mat Nor. Sabarlah nak, nanti Tuhan balas."

Itu antara dialog awal diungkapkan dengan diiringi esak tangis dan juraian air mata oleh pemuda cacat yang dipaksa mengemis, Mohd Nor Abdullah dan ibu kandungnya, Mek Yah Yusuf, ketika dipertemukan semalam, selepas terpisah sejak 17 tahun lalu. 

Kisah Mohd Nor, 21, yang dijaga lebih 20 keluarga angkat sejak berusia empat tahun dan dipaksa mengemis oleh keluarga angkatnya yang terakhir pada Oktober lalu, disiarkan Harian Metro, Selasa lalu dan kelmarin.

Sejak melarikan diri daripada keluarga angkat terakhirnya, dia yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan hidup menumpang di rumah rakan dan pihak yang bersimpati kepadanya di Taman Wahyu, di sini, buat sementara waktu.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani